Senyumlah!
Ada banyak artikel berkaitan perniagaan Internet yang saya mahu publishkan, tetapi saya tidak boleh keluarkan tanpa jarak masa yang dekat-dekat. Saya lebih suka menyelangi artikel yang berlainan kategorinya satu demi satu.
Seperti biasa, artikel kali ini berkaitan motivasi. Ya, saya sebenarnya lebih sukakan motivasi ‘Islami’ kerana ia terus datang dari Allah (melalui kitab dan RasulNya) tanpa perlu diragui, berbanding motivasi jenis lain yang kadang-kadang terkandung kekosongan.
Senyumlah!
Senyumlah wahai saudaraku.
Gagal Di Dunia, Tidak Bererti Gagal Di Sana…
Ramai yang gelisah apabila hasil usaha mereka tidak begitu memuaskan.
Ramai juga yang berputus-asa di dalam hidup ini apabila yang diimpikan di dunia ini tidak kesampaian. Ramai yang gundah-gulana apabila diri tidak memiliki seperti apa yang orang lain miliki (harta, kekayaan, nama, pangkat…).
Seolah-olah jika tidak kaya sebelum mati merupakan satu kesalahan yang besar. Seolah-olah jika tidak menjadi jutawan, ia adalah satu penyeksaan kepada diri. Jika boleh, tidak mahu mati sebelum diri dikenali ramai (femes), kaya dan ‘ada nama’.
Di dalam Islam, tidak ada dalil yang mengharamkan menjadi kaya, berharta, berpangkat dan sebagainya selagi cara mendapatnya adalah jalan yang halal. Malah umat Islam digalakkan menjadi kaya tetapi zuhud pada hartanya.
*Berkaitan dengan erti Zuhud, sila rujuk artikel tulisan ustaz Zaharuddin di laman web beliau: http://www.zaharuddin.net.
Namun, tidak semua manusia akan mendapat apa yang diimpikan…
Ketahuilah, ‘gagal’ di dunia, tidak bererti gagal di akhirat.
Jika anda beramal soleh, sentiasa beristighfar, telah berusaha kuat, telah cuba sedaya-upaya dalam segala hal yang baik, yakinlah, di sana ada ganjaran yang lebih bagus, lebih baik, malah tiada nilai bandingan dengan apa yang ada di dunia ini.
Erti ibadat di dalam Islam amat luas, bukan hanya solat lima waktu, berzikir dan seumpamanya, tapi ia juga meliputi ilmu-ilmu dan amal pekerjaan yang lain. Kerja anda sekarang (makan gaji) atau jika anda seorang usahawan, maka lakukan dengan ikhlas dan sebaik-baiknya. Itu juga ibadat namanya.
Nikmat Tak Terhingga
Bacalah surah Al-Ghaasyiyah dari ayat 8 hingga ke 16, Allah swt menyatakan nikmat-nikmat yang amat tinggi untuk hambaNya yang bertaqwa dan beriman di dunia ini.
Begitu juga di dalam surah Al-Waaqi’ah dari ayat 27 sehingga ayat 40, Allah swt menceritakan balasan-balasan di syurga kelak untuk hambaNya yang beriman dan beramal soleh di dunia ini.
Wahai saudaraku,
Kita di akhir zaman ini janganlah terlalu leka mengejar harta dan benda. Walaupun ia satu keperluan, namun Allah telah berpesan, jangan biarkan harta benda itu melalaikan kita. Ia sebenarnya merupakan satu ujian. Nikmat di sana, tentunya lebih baik daripada di dunia ini.
jika kita perhatikan di dunia ini, ramai yang sedih dan kecewa apabila impian dan cita-cita duniawi mereka terbantut atau tidak tercapai. Padahal jika niat mereka ikhlas, maka mereka akan sedar, tidak perlu ada apa-apa kekecewaan dan kekhuatiran. Kerana, mereka telah berusaha sebaik mungkin dan semuanya dilakukan HANYA NIAT kerana Allah, bukan kerana mahu mendapat nama di sisi manusia dan dunia.
Beringat Sebelum Bermaksiat
Ingatlah, tatkala kita mahu melakukan kejahatan, Allah telah memberi peringatan di dalam al-Qur’an:
“Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan”. – Surah Al-Infhitar (10-12)
Ayat ini bagi saya memberikan kita dua motivasi:
1. Untuk diri kita. Kita sedia maklum, malah dari kecil lagi dididik, malah dalam rukun iman pun, kita percaya kepada malaikat dan salah satunya ada di sisi kita. Maka, setiap kali terdetik mahu melakukan kejahatan, sentiasalah ingat malaikat pencatat itu.
2. Orang yang jahat kepada kita. Anda usah gentar dan takut jika ada mereka yang melakukan kejahatan kepada anda. Dalam konteks perniagaan Internet, jika ada mereka yang ‘hack’ server anda, jika ada yang hantar emel ugutan atau sebagainya, senyumlah! Kejahatan mereka dicatat sebenarnya dan pengadilan ‘di sana’ akan menghakimi mereka.
Jika kejahatan mereka tidak terbalas di sini, di sana sudah pasti.
Akhir kata, anda miskin atau kaya, bernama atau tidak, berpangkat kecil atau besar, bekerjalah bersungguh-sungguh dan senyumlah!
Sesungguhnya hati, taqwa, keikhlasan dan amalan yang soleh jua menjadi kayu ukur untuk mendapat tempat terbaik di akhirat sana.
Dan sesungguhnya, motivasi yang terbaik hanyalah berita-berita gembira daripada Allah (melalui kitab dan RasulNya). Itu pun jika kita mahu mengambil tahu…
Wassalam.
ps. Jom tonton video di bawah. Dengar saya bernasyid. Hoho…
[video]http://youtube.com/watch?v=9dqLCksKUxo[/video]















selamat bersahur zul,
‘senyum itu sedekah.’ senyum juga adalah awet muda.
tp kita kena berhati-hati juga dengan orang yang senyum tp senyum ade makna. mereka ni walau kita lihat sentiasa senyum tp senyum ade makna. mereka cover niat mereka dengan senyum.
Ermm, takut bila dh berjaya dlm IM, terus tak ingatkan Allah. semoga kita semua tak kufur nikmat. Aminn..
Tak pasal2 nnti nikmat kita kena tarik balik. Terus tak leh nk senyum
bile dah ader fulus nanti zaki…jgn lupe perihal zakat.
ia menyucikan jiwa dan menambah rezeki.
kalo dah settle bayar zakat dah tentu hati gembira tersenym lebar bukan kepalang lantaran perkara wajib dh selesai.. senyumlah selalu…
betul tu saladin, ramai yang kecundang dalam bidang perniagaan kerana tidak mengeluarkan zakat. rezeki jadi tak berkat. tp ramai yg tidak sedar tentang kepentingan zakat ni.
senyumlah ahai cekmek molek… macam mana nak senyum kalo takdak gigi? senyum gitu2 aje laaa…
i za wa qo a’ til wa qi’ah . ayat 1 surah al waqi’ah . Surah ni jika diamal secara ikhlas , insya Allah , dibukakan pintu rezeki untuk kita.
Org kaya tak perlu jadi miskin untuk taat perintah Allah, org miskin tak perlu jadi kaya utk taat perintah Allah. Allah swt jadikan seseorang miskin untuk uji sifat sabar, Allah swt anugerahkan kekayaan untuk uji sifat syukur. Dalam apa jua keadaan, hanya yg bertaqwa akan berjaya.
pendek kata semua orang perlu berusaha untuk tidak jadi miskin dn berusaha untuk jadi kaya. sebagai manusia di muka bumi ini sepatutnya semua orang bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah terutama di bumi malaysia ini agar dapat tersenyum sentiasa…
Semoga Masyarakat kita tahu erti Zuhud yang sebenar
Salam Muhibah Zul,
Senyum tu sedekah kita tahu, tahukah zul SEDEKAH TU PERLU SENYUM..
Maknanya ikhlas dan bersyukur. Semuanya kerana Allah.
Wassalam
hihiii… rata-ratanya akan tersenyum laa kalo bayar zakat. kalo ada yang mencuka je muka masa bayar zakat, ada yang tak kena laa. banyak mana sangat laa zakat yang hendak dikuarkan. bukannya habis semua harta untuk membayar zakat. malahan melimpahgandakan lagi ada laaa..
yaaa… senyumlah dengan penuh ketenangan di hati. sekiranya tiada senyuman maka gundah gulanalah dunia tanpa senyuman. semunya sedih aje…
dan semuanya tidak ceria aje…
kalo gini
bagus apa? dan senyuman itu adalah sedekah untuk semua orang. dan jika anda pandang orang tersebut dengan senyuman mereka juga akan memberikan senyuman kepada orang lain…
sekian terima kasih…
Teringat lagu Raihan..
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyuman bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
senyum lah selalu…
kerjayaan akan lebih mudah mendekati kita…
cuba kita tengok bila kita senyum, mulut kita akan kelihatan mcm U…
bila kerjaya datang, ia akan masuk dalam U ni dan tak boleh keluar lagi…
kalau sedih akan jadi sebaliknya…kerjayaan pun akan tercicir…
han
senyum memang patut senyum. depan pc pun senyum…
maka senyumlah walau dimana jua anda berada. senyum dalam hati walau gundah gulana. namun kalo kita pergi ke satu2 kedai dan jumpa tokei kedai yang payah nak senyum macam mana nak buat? lari lintang pukang laaa kalo boleh… miahahaha
senyumkan sedekah…
mana tahu tersalah senyum jumpa duit satu juta kan…
terus jadi jutawan…haha…
tak payah susah buat ini itu…
han
susah kan kalo jumpa orng yang payah nak senyum. namun kalo dh sikap dia payah nak senyum nak buat macam mana. jangan terasa hati dah laa. jumpa aje mukanya mencuka… kita pun payah nak tegur…
namun tetiba dia tersenyumlah… sekali giginya jarang daaaa…. senyum tak nampak gigi pun okeh jugak… nampak sangat tak boleh senyum…
macam citer iklan tv senyumlah ahai cekmek molek lakonan saiful apek dan kuman…. tersenyumlah pakcik sorang tu dengan giginya yang tiada itu…. kelakar pulak rasanya…
soklan kelakar : ada sapo2 im di sini tak ada gigi untuk senyum?
em…
kalau muka mcm cuka je, kita nak tegur pun susah…
las las tak jadi tegur..hehe…
kalau dia tu senyum je kan senang…
orang tengok orang suka…
taklah orang membenci bila orang tengok…
kalau muka selalu masam je… sapa entah tegur…
mana tahu tegur2, kena marah pl…hehe…
han
kita nak tegur depa marahkan kita pulo tak pasal2. kalo kita marah balik laa mereka dengan senyuman ikhlas, itupun kalo jumpa hari2 laa. kalo dah sekali jumpa hari itu… kiranya bagi senyuman gitu2 aje laa…