Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Motivasi, Inspirasi, Kesedaran.. Kalau Anda Perasan.

Jika anda selalu masuk dan pembaca tetap blog ini, anda akan perasan satu perkara, kalau lah. Tidak seperti blog perniagaan internet yang lain, saya banyak menulis mengenai motivasi, inspirasi, erti keusahawanan internet itu sendiri dan lain-lain perkara dalaman yang perlu ada di dalam diri seorang usahawan internet.

Tidak banyak yang saya kongsikan teknik-teknik perniagaan dan pemasaran internet di sini. Kenapa? Kerana saya melihat rata-rata terus terjun ke bidang ini tanpa melihat kepada aspek dalaman mereka terlebih dahulu. Saya melihat dan memerhatikan, tahap kesedaran terhadap nilai keusahawanan itu sendiri begitu dipandang mudah sekali oleh kebanyakan mereka. Ramai yang melakukan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh, kerana satu sebab, iaitu mereka TIDAK memahami erti keusahawanan yang sebenar. Rendah sekali mana pun modal anda, ia tetap modal dan ia tetap bisnes. Anda tidak boleh bermain-main itu dan ini atau sebagai medan cuba-cuba. Tiada istilah cuba-cuba di dalam mencari rezeki melalui perniagaan, sebaliknya anda mesti bersungguh-sungguh, ada perancangan, matlamat, visi dan diaturnya strategi yang berkesan.

Entahlah, untuk mengatakan ramai sudah ‘terdidik’ dengan blog ini susah juga, sebab saya tiada angka ataupun sesuatu untuk mengukurnya. Cuma pada andaian saya, ramai yang telah ter-singgah ke blog ini dan akhirnya memahami erti keusahawanan internet yang sebenar. Bersyukur kepada Allah.

InsyaAllah, jika sebelum ini dan ketika ini saya menulis lebih kurang 85% mengenai nilai keusahawanan itu sendiri, maka kini sudah tiba berlakunya keterbalikan pula. Saya akan banyak menulis mengenai teknik dan panduan perniagaan internet, dan hanya 15% sahaja akan menyentuh mengenai perkara-perkara umum seperti sebelum ini tetapi tetap berkaitan dengan keusahawanan internet.

Akhir kata, salam maju jaya dan semoga anda sentiasa bermotivasi.

Wassalam.

PS. Kekadang seorang penulis juga akan melalui saat lemahnya motivasi, dan inilah satu cara saya meningkatkan motivasi saya iaitu menulis danmenulis mengenai motivasi. Seperti kata Ahmad Azwan, “cara nak atasi semangat yang down, motivasikan orang lain..”. Good tips! ;)

Facebook comments:

7 Responses to “Motivasi, Inspirasi, Kesedaran.. Kalau Anda Perasan.”

  1. Tuah Emas says:

    biasa la tu Zul. Kita manusia biasa, tiada yg luar biasa. Ada naik turun. Kadang lupa kadang ingat. Manusia mudah lupa dan selalu perlu diingatkan. Itu hikmah diwajibkan semayang Jumaat setiap minggu. Ada maksud tersirat…

  2. aidacutes says:

    Saya suke blog u. Sometimes bila otak nie dah overload, saya suka tengok blog orang. Salah satu blog u. Memanglah sape kata kite setiap masa bersemangat? Apalagi kalau bende yang kita buat asyik menjurus ke’fail’ je. Tapi saya suka beritahu di sini, setiap kali saya rasa down, saya tak buka pc. Kekadang sehari suntuk tak sentuh. Alhamdulillah, selalunya lepas solat Subuh saya akan bersemangat untuk memulakan kerja2 saya semula. Sebab apa? sebab saya selalu ingatkan diri saya, apa matlamat saya untuk involed in this kind of bisnes.

    p/s – Semua orang boleh berjaya, asalkan usahanya berganda-ganda. Go! caiyok!caiyok! :)

  3. cikgubiz says:

    Hari2 baca blog smartzul insyallah kita akan lebih mudah memahami apa itu erti keusahawanan internet yang sebenar. banyak post2 yg lama yg masih belum saya baca.

  4. FATAH says:

    Jika anda telah mempelajari apa-apa tips yang boleh merubah ke arah kejayaan yang lebih berganda. Laksanakannya dengan seberapa segera yang boleh. Dapat tips hari ini? Jangan duk diam gitu je. Kita mesti cuba untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Kalu dibiarkan begitu sahaja, ia akan merugikan diri kita sendiri.

    Lepas tu jangan pulak tergopoh-gapah jika mahu melakukan apa-apa perubahan ke arah kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan seharian anda. Cukup hanya memperkayakannya secara kaizen. Arigato gozaimazz !

    Cuba anda membaca tips satu minit dari dr irfan khairi. Setiap hari satu minit je. Tak banyakpun tak per. Yang penting anda kaizen…

    Perubahan ke arah kebaikan sikit demi sedikit…

    “sememangnya anda kaizen… bebetul hang kaizen daaa…”

    wuhuuuu… boleh pakai ke ayat camtu gitu?

    Langkah yang sebijaksana lebih bagus untuk memulakan satu-satu perniagaan anda adalah anda adalah dengan melakukannya secara bootstrap. Jika anda mulakan perniagaan mengikut teknik bootstrap dengan step yang berkesan, sudah tentu anda akan dapat melipatgandakan pendapatan anda dengan lebih terjamin lagi. Lebih baik dari membuat pinjaman. Lebih jimat dan lebih selamat.

    “apa cara hang guna sampai berjaya macam nih?”

    “dah tentu hang bootstrapkan perniagaan hang. kalu dah begitu punya power up teknik bootstrap yang digunapakai, lebih baik dari duk meminjam dengan orang sana-sini.”

    hari ini mesti cepat-cepat! esok lusa bootstrap. esok lusa lagi kaizen.

    hari-hari mesti cepat-cepat! hari-hari mesti kaizen! hari-hari mesti bootstrap!

    sekadar celoteh biasa je.

  5. abdfatah says:

    memang bermotivasi dan memberikan inspirasi yang bagus. dah tentu akan memberikan kesedaran dan impak yang maksima jika ada yang mahu kembali ke pangkal jalan…

  6. Han says:

    motivasi memang diperlukan…
    jika takde motivasi, takkan ke mana…
    kita juga kan tersekat di tengah jalan…

    untuk bermotivasi, baca lah buku atau artikel motivasi…
    pasti motivasi akan kembali jika semangat kita hilang…

    han

  7. abdfatah says:

    jika tak dak motivasi maka mereka yang memberikan ceramah motivasi takka dapat untung yang lumayan melalui blog atau kaset2 atau vcd atau buku2 motivasi yang tersedia di pasaran. motivasi melalui teladan…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)