Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?

Kadang-kadang, kita terlalu teruja dengan perkara-perkara di luar bidang kita terutama yang tidak mampu kita lakukan. Yang tidak tahu kita mahu ambil tahu dan yang kita tahu, ia terbiar begitu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa keuntungan atau duit kepada kita.

Di dalam bidang perniagaan Internet, terlalu banyak model perniagaan dari produk fizikal, servis dan juga produk digital.

Bagi saya setakat ini, saya merasakan masih banyak ruang yang belum terisi di dalam bidang produk digital. Apabila menyebut produk digital, jangan hanya melihat hanya ebook semata-mata, tapi ia lebih daripada itu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, fokuslah pada kekuatan dan keupayaan anda yang ada pada masa sekarang. Usahlah terlalu mengejar-ngejar sesuatu yang belum anda tahu. Ini kerana ilmu baru sudah semestinya memerlukan usaha dan masa untuk memahirkan diri dengan perkara tersebut.

Walaupun katakan ada panduan untuk bidang yang anda baru ingin lakukan itu, tidak semestinya anda akan terus berjaya. Tahu dan bertindak adalah dua perkara yang berbeza. Untuk tahu, dua tiga jam pun dah boleh belajar. Tapi untuk melakukan perkara baru tersebut, tidak mungkin seminit dua, tapi mungkin berhari-hari atau berminggu-minggu lamanya.

Lain jika menggunakan ilmu dan apa yang telah anda lama pelajari, anda boleh hasilkan produk dengan mudah atau menjana pendapatan dengan skill yang sedia ada tersebut. Malah dengan ilmu dan pengetahuan sedia ada, anda boleh ‘leverage’kan ia untuk keuntungan jangka panjang.

Jika anda sudah ada asas dalam apa-apa model perniagaan Internet, cuba lakukan satu projek yang mudah untuk dilakukan TETAPI memberikan hasil yang lumayan. Memang agak sukar bunyinya (projek mudah tapi hasil lumayan). Sebenarnya tidaklah begitu payah. Yang penting adalah bagaimana kita ‘deliver’ sesuatu projek/produk itu kepada bakal pembeli.

Jika kita menyampaikannya dalam bentuk yang menarik minat orang, maka projek yang mudah pun akan mendapat sambutan yang hangat. Contoh termudah maksud ‘deliver’ adalah design atau ‘packaging’ produk. Anda mungkin pernah membeli produk yang bagus bungkusannya tapi barang di dalamnya bukanlah bagus sangat. Soalnya, kenapa anda beli? Ya, kerana bungkusan produk itu amat cantik dan menarik.

Akhir kata daripada saya, “buat apa pilih cara yang lain kalau anda sudah ada sesuatu yang sudah boleh digunakan untuk buat duit?” Hanya keyakinan diri yang akan menentukan segala-galanya. Sekali lagi… Tahu dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.

Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?

  1. Salam..

    Betul tu zul. Kita perlu lakukan apa yang diri kita kuasai. Saya sendiri telah merombak beberapa projek yang saya rasa kurang pembeli di internet, tapi saya jual pula kepada pasaran offline. Untungnya lebih 2-3 kali ganda daripada jualan di internet 🙂

  2. Assalamualaikum,

    Info kali ini sungguh menyedarkan saya, dalam pencarian “duit” pertama dari internet, saya sendiri kadang kala seperti ingin melakukan semua perkara yang orang lain lakukan, kalau boleh…semuanya perlu ada..dengan alasan,kenape orang lain boleh buat,kita tidak boleh…mentaliti ini sangat melalaikan kita dalam memandang potensi dalam diri kita yang sebenar. Ilmu adalah tunjang kepada kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan. Terima kasih

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  3. Perkara2 teruja ni lah yg selalu buat kita tidak focus dan mula lompat si katak lompat..Diawal penglibatan sy, tak byk perkara yg dpt sy lakukan kerana kekurangan kemahiran dan tidak cukup berani..tp rasanya yg penting bile kita sudah bersedia untuk deliver sesebuah produk hasilnya mmg diluar jangkaan.

  4. Salam,

    Saya ni orang kampung dah umur 45thun..amat berminat nak blajar buat blogging..tpi bkan cra on line…sya nak ada gru yg mgajar scara teori dan pritikal.

    Saya bekerja petani…dan ingin menjualkan hasil usaha pertanian saya melalui cara blogging.Nak buat web mahal…di luar kmampuan saya..

    Adakah sdra mengadakan kelas untuk org seperti saya ni…

    Saya memang sedang mencari dan amat berminat sangat2 untuk mempelajari dari asas..kebtulan jumpa laman sdra ni…

    Saya minta tolong jika sdra boleh membantu saya dalam hal ni..

    Sekian, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *