Model Perniagaan Drop Ship
Anda berminat untuk melakukan perniagaan internet.. Tapi… Mesti memikirkan produk & juga modal bukan? Tahukah anda terdapat satu model perniagaan internet yang hanya memerlukan anda melakukan sedikit kerja sahaja. Samada menggunakan laman web untuk memasar atau mempromosi, itu terserah kepada anda..
Drop ship.. Ya, itulah model yang ingin saya sampaikan secara ringkas di sini. Dengan model ini, anda tidak perlu risau lagi mengenai produk. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari syarikat ataupun pihak yang mempunyai produk. Terserah kepada anda untuk memilih produk apapun tetapi pastikan produk tersebut diperlukan oleh orang ramai..
Setelah anda mendapatkan produk & membuat perjanjian dengan syarikat tertentu, maka anda sudah boleh mempromosikan model produk tersebut melalui pelbagai medium termasuklah menggunakan laman web (ini yang digalakkan).
Setelah produk tersebut dipesan & pembayaran telah dilakukan oleh pelanggan anda, anda perlu memesan produk tersebut kepada syarikat tadi. Berikan maklumat pemesan produk tersebut seperti nama & alamat pembeli untuk membolehkan syarikat menghantar terus produk tersebut kepada pelanggan anda. Yang menariknya, nama anda atau nama company (jika anda berniaga atas nama company) akan terpapar pada bungkusan produk tersebut. Jadi, seolah-olah anda yang memproses & menghantar produk tersebut.
Dari segi harga produk, terserah kepada anda untuk tentukan. yang penting adalah harga yang anda dapatkan dari syarikat produk tersebut. Buat perjanjian & kemudian anda tentukan harga sendiri..
Itulah secara ringkasnya model drop ship ini.. Jika anda berminat, anda boleh mencari syarikat-syarikat atau pun pihak yang menerima model ini.. Pesanan dari saya, pastikan anda memilih pihak yang kukuh & dipercayai.. Jangan pula anda tertipu.. Al-maklum, begitu banyak penipuan di mana-mana pun..
Sedikit tips mengenai model ini:
1. Pilih produk yang diperlukan oleh pengguna
2. Jangan jual banyak produk, cukup hanya beberapa produk sahaja. Atau cukup hanya satu jenis sahaja. Ini bertujuan agar anda dapat fokus kepada pemasaran & juga kos
3. Pilih pembekal/syarikat yang ada reputasi atau kukuh
4. Pastikan produk sentiasa ada dalam stok syarikat. Jika bayaran telah dilakukan tetapi stok produk telah tiada, anda perlu memulangkan kembali bayaran pembeli atau buat perjanjian dengan pembeli bahawa pesanan mereka akan diproses dalam tempoh terdekat
5. Tips umum. Berniagalah dengan serius, jangan lakukan SPAM, dan amalkan etika-etika internet yang lain.
Jumpa lagi.









dropship nak guna spam jugak ke? banyak menda boleh diniagakan dalam ruangniaga dropship nih.
menda dropship nih memang popular terutama dekat ebay nun laa. kena buat bungkus membungkus produk. kualiti produk juga kena titikberatkan dan juga dari kecepatan delivery… kena pantas semuanya… tak gitu?
nak meniaga kapal terbang laa serupo dengan saifulsham. boleh naik kapal terbang sekali sekala.
eh… nak meniru laa tu.. apohal nak tiru orang???
saya nak buat bisness kapal terbang jugak laa… nak tiru saifulsham. hehee… dan juga perniagaan peta malaysia. nak tiru dr irfan khairi…
eh eh… boleh laa kalo nak tiru sedikit cara mereka dan menghambik produk yang kita minat untuk diniagakan…
tengah tercari2 lagi nak buat drop ship apa… dropship kapal selam bleh???
kalo dapat dengah harg murah dan jual dengan harga yang berpatutan memang berbaloi laa kalo nak cuba model dropship punya bisness nih… jimat bajet sikit2 laaa dengan keuntungan yang maksima…
saya ingin bertanya.. dropship apa hukumnya dalam islam?? saya berminat tapi ragu2
Salam saudara Armangs. Saudara pun otai juga dalam dunia internet business.
Hukum dropship, wallahu ‘alam. Mungkin boleh melihat dari aspek jenis urusniaga yang diharuskan oleh Islam.
Saya belum buat lagi model ni, sekadar menyarankan sahaja.
terima kasih.. saya mmg berminat dengan dropship sbb jimat masa…. tapi dari segi hukum agak ragu2.. tgh mencari dan bertanya lagi
Salam, maaf mencelah.. ini sekadar pendapat saya… apa yg saya faham.. dalam Islam kita xboleh jual benda yg kita tak ada.. tp xtau lah plak kalau keuntungan kita tu… kita charge sebagai upah menjadi org tengah antara pengeluar dan pembeli. Pendapat saya sahaja…
Pendapat saya pula, kita hanya sebagai orang tengah sahaja (agen). Dan barang yang dijual tu pula dah diketahui sifat-sifatnya.
Yang dilarang dalam Islam adalah seperti membeli/menjual:
1. Barang yang belum siap yg belum diketahui secara sempurna sifat-sifatnya.
2. Penjual jual dengan melanggar syarat supplier (dropship).
Wallahu ‘alam.