“Err, Macam Mana Nak Buat Bisnes Internet Ya?”

Saya teramat banyak kali menerima emel-emel yang bertajuk seperti di atas. Tidak cukup emel, SMS juga pun ada. Saya bukan tidak mahu menjawab emel-emel tersebut atau membalas SMS-SMS mereka tetapi banyak sebab yang membuatkan saya tidak membalasnya. Kalau hanya seorang dua Ok lagi, tapi kalau dah ramai…

Tidak cukup untuk menjawab soalan-soalan tertentu secara lengkap melalui emel. Maka usahalah untuk membaca tulisan di blog ini dan juga di laman web yang berkaitan sebab soalan-soalan yang ditanya itu sudah pun terjawab di dalam kebanyakan artikel. Persoalan di sini, kenapa tidak berusaha mencari dahulu sebelum bertanya? Mahu mudah tanpa perlu usaha dahulu?

Atau, beli sahaja panduan yang sudah disusun lengkap dan teratur. Cuma perlu ikut dan buat sahaja. Tak perlu bersusah-susah untuk mencari sendiri yang kononnya mahu menjimatkan wang. Keluarkanlah sekitar RM100 (termasuk domain dan hosting) dan kemudian anda boleh hasilkan pendapatan lebih daripada itu. Itupun jika anda betul-betul serius.

Saya bukanlah anti-percuma, bahkan saya sendiri memberikan begitu banyak ebook percuma termasuklah menulis di blog ini. Tapi ubat utama untuk memudahkan mereka yang masih tercari-cari dan masih keliru ialah membeli panduan yang sudah dihidangkan secara langkah demi langkah. Adakah ini suatu cara yang sukar..?

Untuk memulakan perniagaan internet atau membuat duit di internet, perkara yang paling asas untuk diketahui ialah anda mesti mengetahui model-model perniagaan internet dan buat duit di internet ini. Begitu banyak sebenarnya, cuma anda perlu pilih satu dan fokus padanya.

Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang di saat pertama kali memulakan bisnes internet ialah mereka tersalah memilih model. Kalau si A sesuai untuk produk fizikal, namun ia tidak semestinya sesuai untuk anda. Mungkin anda lebih sesuai melakukan perniagaan berasaskan produk informasi digital.

Tersalah memilih model, bermaksud anda akan membuang begitu banyak masa melakukan sesuatu yang tidak sepadan dan sesuai dengan anda. Akhirnya, ia akan mati tak berkubur begitu sahaja kerana kurang membuahkan hasil. Kemudian hilanglah semangat dan motivasi untuk melakukan model bisnes internet tersebut.

Jadi, apakah model Ebiz yang sesuai untuk anda?

Bergantung pada minat anda, masa yang anda ada, kemahiran yang dimiliki dan beberapa faktor lain lagi. Jika anda bukan seorang yang suka membungkus barangan, bergerak ke sana ke sini dan masa amat terhad, maka produk digital amat sesuai untuk anda seperti menjual ebook.

Anda juga boleh menjana pendapatan dengan membina dan menguruskan laman web atau blog. Hasil yang diperolehi melalui cara ini biasanya adalah dengan sesuatu program seperti Google Adsense, pengiklanan dan program affiliate.

Jika anda tidak suka berurusan dengan orang ramai (pelanggan), maka anda boleh menjana pendapatan secara autopilot dengan apa-apa program yang terbukti memberikan hasil yang lumayan seperti Google Adsense dan juga program affiliate seperti yang saya katakan di atas.

Banyak lagi model-model bisnes internet yang ada. Anda perlu tahu model-model itu dan cuba ukur kesesuaiannya kepada diri anda sendiri. Jangan tanya orang lain, tapi tanya pada diri sendiri model yang mana lebih sesuai untuk anda atau yang paling anda rasa mudah untuk anda lakukan. Pilih satu yang padan dengan anda dan lakukannya dengan istiqamah. InsyaAllah anda akan berjaya.

Panduan Model Bisnes Internet

Saya yakin, ramai yang tidak tahu akan kewujudan sebuah ebook yang murah harganya (RM20.00) iaitu Model Bisnes Internet, tulisan sahabat saya saudara Tazilan. Di dalam ebook ini, anda akan diterangkan mengenai model-model bisnes internet dan pro kontra bagi setiap model tersebut.

model ebiz

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Jika anda mahu tahu apakah model ebiz yang sesuai untuk anda TANPA perlu menggeledah internet dan membazir masa, dapatkan ebook ini pada hari ini juga. Tiada apa yang rugi. Membazir masa yang banyak mengkaji sendiri adalah lebih rugi daripada membayar wang ringgit. Duit boleh dicari dan diganti, tetapi TIDAK untuk MASA.

Sekali lagi saya ulangi, masa tidak boleh diganti, tetapi duit boleh dicari ganti. Kata-kata saya ini ditujukan khas untuk mereka yang asyik mempertahankan cara percuma sahaja (cari dan kaji sendiri) dan menidakkan cara berbayar. Orang yang bijak begitu sayang pada masa sebab mereka tahu, duit boleh dicari ganti pada bila-bila masa sahaja.

Cari Sendiri: Mudah bertambah keliru, tidak tahu secara tepat langkah yang betul, banyak guna masa, mudah berputus-asa, perlu berusaha kuat, kebanyakan maklumat sudah ‘lapuk’ (tidak dikemaskini) dan ambil masa untuk bermula apa yang dikaji.

Beli Panduan Lengkap: Hanya perlu ikut langkah demi langkah, menjimatkan masa dan boleh terus boleh bermula dalam masa yang singkat.

Belilah sesuatu untuk kepentingan masa depan anda. Dan sesuatu yang dibeli itu adalah pelaburan jangka panjang untuk anda. Hidup di zaman sekarang tidak lagi menerima 1001 alasan itu dan ini. Yang perlu ialah kesanggupan untuk melakukan yang tidak biasa kita lakukan dan bertindak dengan cara yang lebih bijak.

Manfaatkan masa yang ada untuk perkara yang lebih menguntungkan. Semoga berjaya di tahun 2008!

Wassalam.

ps. Apa kata bermula tahun baru ini, pilih satu atau dua model perniagaan internet yang anda mampu melakukannya dan FOKUS padanya sehingga memberikan hasil yang memuaskan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on ““Err, Macam Mana Nak Buat Bisnes Internet Ya?”

    1. abg zul tu marah dalam iman.. :mrgreen: hehehe..oh ya, saya ni anti berbayar.Nampak bercanggah plak. Tapi tak kisah la anti mana-mana pun. Yang penting kalau ada keinginan, di situ ada jalan.

      Jangan mudah mengharap pada orang. Dalam konteks sumber berbayar, memang awalnya belanjakan la duit sebagai asas perniagaan. Mana ada orang berniaga tanpa kos kan?

      takde duit? join je dulu affiliate takpun mana2 program internet. Kumpul duit beli ebook yang tersedia ada.

      Dalam dunia informasi kini, kebijakan /kecemerlangan seseorang bukan bergantung kepada berapa banyak dia tahu, tapi bergatung kepada apa tindakan yang dia ambil dari ilmu yang dia tahu.

      Kalau ada orang yang boleh khatam satu Google ni, nescaya dia lah bapa kepada einstein.Hohoho..Tapi sekejap saja urat-urat otak dia akan jadi biol. Contoh macam john forbes nash. Tp mujur la dia dapat jugak nobel prize.

      berapa banyak ebook yang saya beli?

      1) CD dan buku Dr Irfan ( asas minat saya )
      2) panduan raja adsense ( fokus saya )
      3) pakej kit blogger ( alat pemudah saya )
      4) lain-lain ebook yang saya anggap hampeh…( ini sebab kurangnya support hingga menyebabkan saya biol sorang2 )

      kalau banyak membeli pun, satu haprak tak aplikasikan..Memang hampeh sokmo. So, hargai setiap ilmu yang diketahui tu.

      ps: fuuhh..lega rasanya

        1. aku beli buku sebab nak baca. sebab aku suka membaca.
          Soal guna tak guna… aku untuk membaca lah…… :lol: sorry geng

    2. emat, bukanla marah tapi sekdar nasihat..
      kadang2 kena bertegas sket ngan orang2 camni..
      saya takdela nak salahkan merka tp kadang2 kalau tak paham kenala di “ajar” sket…
      takda tujuan yang tak baik..
      sekadar mendidik..
      :)

  1. slmt ptg zul,
    tanya tak salah sebenarnya…(kalau tak tanya sesak jalan)….
    tapi dah banyak org tanya…mcm mana zul nak jawap…hehe
    nak tanya pun kena pada tempat dia…
    kalau nak tanya boleh masuk forum…situ banyak orang yang anda boleh tanya…confirm terjawap! hehe

    han

    1. senang cakap han, JANGAN TANYA SOALAN BODOH…hehehe betul tak? betul kan? Bukan tak boleh bertanya, sebagai penyoal, perlu jugak kita memikirkan maslahah si penjawab

      maslahah=kepentingan

      maksudnya, tengok le orang macammana. Takkan polis traffik tengah sibuk kawal traffic jam, kita plak pi sibuk tanya macammana nak cari lampu traffic..memang nak kena sekeh

        1. nak tanya ….hak penyoal.
          nak jawab ……. hak zul.
          Kalo tak nak jawab buat dekkkkkkkk , aje la.
          “mendengar itu lebaih baik dari berkata-kata”

  2. Saya bersetuju dengan pendapat zul yang maklumat percuma mudah mengelirukan sebab dalam era teknologi maklumat ini, maklumat yang betul pada hari ini mungkin tidak sesuai digunakan pada masa depan.

    Kalau nak beli panduan pun pastikan maklumat itu ada update dari semasa ke semasa.

  3. Salam semua;
    Saya ingin memberitahu kepada yang ingin berniaga tapi banyak tanya macam Zul beritahu.

    Sebenarnya tak payah tanya pun boleh asalkan rajin mencari maklumat sumber2 perniagaan di internet.Cthnya taip je “perniagaan internet” di GOOGLE dah tentu blog ini akan dok kat no 1 pastu tak cukup lagi baca yang seterusnya sampai kedudukan ke 10 di search enjin google tu.

    Dah lebih pada cukup takut nanti ‘over loaded’ plak.Nak ngan tak nak je.Pastu dapatkan ebook percuma berlambak sekarang pastikan dapat yang berkualiti.

    Bila dah ada idea atau dah fahm apa itu perniagaan internet dapatkan lah ebook berbayar.Biasanya yang berbayar lebih lengkp dengan panduan langkah demi langkahnya.

    Fahamilah kat internet ni takde produk pun boleh berniaga he..he..Macam saya ni belum pandai nak hasilkan produk sendiri tapi affiliate dan program reseller banyak memberi sumber kewangan untuk saya.

    Pada perigkat awal ni toksah nak target banyak2 dapat settlekan bil internet,bil api dan air pun dah syukur ..alhamdulillah.

    Satu pesanan penting jangan terjebak dengan progaram skim cepat kaya(kayap) dan seangkatan dengannya.Tak tahu macammana nak bezakan senang je cari kat internet ni ada banyak maklumat.Jangan tahu nak bertanya je..cari dulu ..usaha dulu…tak dapat gak baru boleh tanya.

    Ingat “bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah”-pesanan cikgu sekolah saya dulu………

  4. Em, betul la…Smartzul cam marah jer…hehehe, gurau! :mrgreen:

    Kepada yang bertanya, saya adalah antara orang yang banyak bertanya soalan seperti itu! tapi saya yakin smartzul ataupun semua otai2 dlm perniagaan internet tidak pernah dapat soalan sedemikian daripada saya. Kenapa?

    Kerana SAYA BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI! :idea:

    Saya yakin maklumat yang saya inginkn telah lama terdapat di mana-mana saja. Hanya atas usaha saya sendiri untuk mendapatkannya! Bagaimana nak memulakan pernigaan internet? :?: Antara jawapanya adalah “Aku harus belajar dan mencari maklumat untuk memulakan perniagaan internet meskipun aku terpaksa membayar untuk mendapatkannya!” :!:

    Apakah maksudnya? Ya! Anda harus menjawabnya sendiri untuk anda!

    Em..banyak lagi rasanya nak tulis, tapi cukup la sampai di sini… :smile:

  5. Salam Zul,

    Betul cakap Zul,produk berbayar tak payah pening kepala nak memikir,semua dah disediakan.

    Cadangan saya nak bertanya pasal bisnes join Wang Cyber.memang berbaloi.

  6. Salam sahabat semua, :smile:

    Kadang-kadang ramai orang kita yang malas nak buat sedikit homework sebelum memulakan perniagaan. Sepatutnya utk memulakan sesuatu perniagaan spt perniagaan internet, kita kenalah buat sedikit homework sbg persiapan utk berniaga. :eek:

    Saya rasa sekarang ni pun dah byk e-book bahasa melayu yang dihasilkan oleh IM2 di Malaysia ni. Jadi yang perlu kita buat cuma keluarkan sedikit shj kos utk dptkan ilmu2 perniagaan internet ni.

    Lagipun dah byk cara utk memulakan perniagaan internet ni, cuma kita sendiri yg decide nak pilih mana satu..

  7. Wah post pada kali ini agak kencang…tetapi saya setuju dengan Zul…
    Bukan apa…kekadang kita ini malas nak mencari terlebih dahulu soalan atau apa-apa yang kita nak atau kehendaki….
    Tetapi…Jikalau setelah puas mecari tetapi tidak menjumpai barulah bertanya kepada yang lebih arif…
    Tetapi teknik mencari ini perlulah dikuasai dahulu :neutral:
    Mencari sesuatu tanpa hala tuju itu boleh menyesatkan kita…
    Apa-apapun kita haruslah bersabar semasa pencarian kita :smile:

    P:S kalau comment saya itu salah silakan lah memperbetulkan…

  8. Nak tanya tentang sesuatu perkara tu ada adabnya. Jika boleh dapatkan jawapan dengan usaha sendiri dahulu sebab tuntut ilmu itu wajib.Pahala pun dapat. Soalan yang teknikal rasanya soalan yang baik untuk ditanya.Itupun ada salurannya juga seperti dalam laman web forum.Ramai yang boleh tolong.Apa pun saya setuju kalau nak berniaga dalam internet ni, kita kena beli ebook tempatan.

  9. ho..ho..ho. kalau ada org jadi biol. bagaimana pula org buat adsence nak memastikan hasil daripada adsence tu halal. bermacam-macam link iklan di dalam website,ada iklan bermacam-macam, salah satu perkara yg sukar dielak adalah iklan yang direct kepada website yang mendedahkan aurat.. ho,ho,ho..halalkah??? , belum lagi iklan menjual brg yg menyakiti hati,berkaitan dengan arak,agama dan lain-lain.. ho,ho,ho. memnag kita boleh pilih kategori iklan, tapi susah nak elak kejadian yang tak diingini!!!!!

  10. Buku2 yang saya dah beli:
    1. Rahsia Internet Terbongkar
    2. Rahsia Buat Duit Dgn Internet
    3. Blog, Blogger, Blogging

    Ebook:
    1. Pakej Kit Blogger
    2. Panduan Adsense
    3. Panduan Cpanel
    4. panduan Mudah FTP
    5. Pakej Web Jualan
    6. Dan lalin2 yang berkaitan dgn bisnes online

  11. Tepuk dada. Tanya selera..

    Banyak cara. Tapi pilihla mana yang sesuai dan senang kita buat. Jangan dok paksa diri sangat. Sakit nanti sape yang susah..

  12. Dulu sebelum kewujudan usahawan internet malaysia dan juga blog2 perniagaan internet, boleh pula diaorang cara maklumat sendiri guna google dan yahoo.. tapi sekarng ni apa dah jadi ek?

    Mungkin disebabkan masa, tapi tak kan 24 jam bz plak.. emmm..

  13. Nak buat bisnes internet kenalah keluar baget, itu adalah hakikat…beli dan bayar apa yang patut.
    klu setakat join affilate program boleh juga tapi pendapatan tak seberapa.

  14. Salam Sejahtera,

    Biasanya mereka yang banyak tanya ada masalah nak mulakan sesuatu perniagaan, niat nak jana pendapatan semua pun ada tapi tak tau nak buat apa dulu. Maklumlah sekarang ni banyak betul offer sini offer sana dalam internet khas untuk menarik pelayar internet join masuk group untuk buat duit. Macam saya ni pun pada mulanya keliru dengan pengaruh buat duit kat internet ni, tak tau mana yang betul mana yang tak. Dari situ saya menyedari akan pentingnya ilmu pengetahuan sebelum memulakan apa-apa perniagaan secara online. Nasihat saya penuhkan ilmu di dada tambahkan pengetahuan dengan menyertai seminar dan rajin-rajin bertanya dengan mereka yang sudah berjaya dalam bidang ini.
    Selamat sukses!

    Yang iklhlas,
    Jenny Liu

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.