11 Konsep Bisnes Yang Akan Merubah Hidup Usahawan Internet

Pada mula-mula saya melibatkan diri dalam bidang Internet Marketing, saya buat apa sahaja yang mahu dilakukan tanpa memikirkan secara mendalam. Projek demi projek dilaksanakan tanpa memikirkan keberkaitan di antara satu sama lain. Website demi website dihasilkan..

Selain daripada itu, tiada gambaran (blueprint) menyeluruh terhadap perniagaan yang saya lakukan. Ia lebih kepada projek demi projek. Malah, tiada sistem ataupun konsep operasi yang difikirkan. Pada masa itu, yang penting hanyalah buat dan dapat hasil.

Namun selepas daripada itu, saya dapat merasakan, konsep bisnes yang saya lakukan itu lebih kepada “mahu buat” dan bukan berpaksi kepada “model”, konsep dan blueprint tertentu. Kesannya, saya keliru apakah bidang kepakaran saya yang utama, apakah pergerakan bisnes pada hadapan dan banyak lagi persoalan lain.

Akhirnya saya membuat keputusan, apa-apa bentuk bisnes yang akan saya lakukan bermula sekarang dan seterusnya, saya akan utamakan konsep-konsep berikut:

  • Bertindak sebagai pemilik (business owner). Setiap projek adalah pengurus dan pasukan tersendiri. Saya hanya memantau dan menjadi pendorong sahaja. Contohnya, katakan saya seorang trainer IT. Saya boleh melatih sekumpulan trainer untuk modul-modul tertentu. Jadi, saya tidak perlu lagi menjadi trainer kerana saya sudah ada barisan trainer yang ‘bekerja untuk saya’.
  • Automasi. Setiap projek dan bentuk bisnes perlu diautomasikan semaksimum mungkin dengan menggunakan sistem online (contoh: autoresponder, payment gateway) dan juga tenaga manusia. Online dan automasi sepenuhnya. Seboleh mungkin saya mahu bisnes yang dilakukan online dan automasi sepenuhnya tanpa bersemuka dengan pelanggan, melibatkan kerja-kerja tangan (seperti pembungkusan) dan sebagainya. Jika ia melibatkan pengeposan barang, saya akan cuba guna khidmat orang lain (outsource). Jika konsultasi atau training, saya akan cuba wujudkan barisan konsultan dan trainer online.
  • Pendapatan pasif (passive income). Projek yang dilakukan itu mampu memberikan pendapatan berterusan dalam tempoh yang lama, berterusan ataupun dalam satu waktu tempoh tertentu.
  • Evergreen. Sesebuah projek itu tidak hanya berpaksi kepada trend semasa, tetapi saya akan lebihkan projek yang berdaya tahan lama. Contohnya, ebook mengenai sesebuah perisian mudah cepat ‘lapuk’ berbanding ebook mengenai ‘cara dan petua mendapat jodoh‘.
  • Dokumentasi. Setiap bentuk model bisnes dan projek akan didokumentasikan. Jika selama ini semuanya di dalam kepala (ingatan), setiap projek perlu didokumentasikan agar mudah untuk pihak lain (seperti staf dan rakan seniaga) membuat rujukan. Ini penting apabila kita sakit atau bercuti, mereka hanya perlu merujuk dokumentasi itu sahaja tanpa perlu bertanya kepada kita.
  • Leverage. Contoh: Sistem jualan online. Untuk membangunkan sistem sendiri, ia menelan kos ribuan ringgit, malah puluhan ribu. Ia tidak mampu bagi kebanyakan perniagaan baru. Jadi solusinya adalah, gunakan sistem yang disediakan oleh pihak lain. Saya sendiri telah mula praktikkan kaedah ini dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak yang mempunyai sistem sebegitu. Kelebihan lain, saya perlu fokus pada usaha penerbitan dan pemasaran sahaja.
  • Follow up. Sebahagian besar hasil perniagaan sebenarnya adalah daripada pelanggan sedia ada. Melupakan mereka adalah satu kesilapan yang merugikan. Gunakan sistem autoresponder untuk menghubungi mereka secara automatik.
  • Back end atau upsell. Buat tawaran istimewa selain tawaran pertama. Ini adalah strategi menggandakan keuntungan. Mengapa buat upsell? Kerana pada waktu pembelian, mood pembeli sudah bersedia untuk membeli. Jadi mengapa tidak kita tawarkan sesuatu ‘pakej’ istimewa ataupun terhad di saat mereka sedang mahu membeli?
  • Recurring income (pendapatan berulangan). Ini adalah salah satu bentuk passive income. salah satu caranya adalah dengan mewujudkan membership site dan menerima bayaran setiap bulan berbanding menjual ebook sekali sahaja. Konsep ini sama seperti penyedia talian broadband postpaid seperti Celcom.
  • Analitik. Dahulu saya ambil remeh statistik dan ukuran-ukuran tertentu. Statistik amat penting untuk kita ukur sejauh mana perkembangan semasa perniagaan dan juga berguna untuk merancang tindakan semasa dan akan datang.
  • Conversion rate. Ia lebih kurang sama dengan analitik. Tanpa mengetahu jumlah pembeli per jumlah trafik, jualan tidak akan meningkat kerana tiada sesuatu usaha dilakukan.

Itu adalah beberapa konsep penting yang akan saya terapkan (amalkan). Kata kuncinya adalah sistem dan automasi. Semua konsep di atas seeloknya dilakukan secara automasi tanpa melibatkan penglibatan diri kita. Dengan cara ini, barulah kita mencapai erti ‘kebebasan sebenar’.

Satu perkara penting lagi adalah, tidak kisah anda berniaga online (jadi usahawan) sepenuh masa ataupun part time, ia bukan lagi satu persoalan penting. Bagi saya, perbincangan itu sudah tidak relevan pada masa sekarang kerana Internet telah merubah segala-galanya.

Sewajarnya, perkara utama yang perlu lebih ‘dirisaukan’ adalah, bagaimana kita boleh wujudkan sebuah empayar perniagaan yang betul-betul beroperasi tanpa kehadiran kita. Pada waktu itu (setelah memilih bisnes sebegitu), walaupun kita masih makan gaji, di sana ada sebuah ‘mesin duit’ yang terus menerus menjana wang ke akaun bank kita. Menarik bukan? 🙂

Hot Tip! Apa kata ubah mindset kita pada hari ini. Fikirkan bagaimana kita boleh menjadi penggerak (pemilik bisnes) sahaja dan bukan orang yang melakukannya. Gunakan konsep-konsep yang saya senaraikan di atas. Lupakan kaedah lama iaitu bagaimana cara melakukannya sendiri. Lupakan juga bagaimana cara berjimat, sebaliknya fikirkan bagaimana kita keluarkan kos (pelaburan) untuk wujudkan sebuah bisnes yang mampu beroperasi secara automasi. Modal boleh dicari, masa tidak dapat diganti!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “11 Konsep Bisnes Yang Akan Merubah Hidup Usahawan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *