Modal Percuma Pengiklanan PPC – Artikel 1

Google Adwords adalah salah satu kaedah pengiklanan yang paling berkesan di Internet. Ia juga dikenali sebagai Pay Per Click Advertising, iaitu bayar bila ada orang klik iklan. Namun, satu perkara yang perlu ada ialah modal (kos).

Kos pertama ialah kos pengaktifan akaun iaitu sebanyak $5.00 atau bersamaan RM20.00. Kemudian, kos lain ialah kos per klik (ppc). Satu klik, anda perlu membayar mengikut caj yang ditentukan oleh Google. Katakan 1 klik anda perlu membayar RM0.20, maka 100 klik bermakna anda perlu membayar sebanyak RM20.00. Jika 1000 kali, bermakna RM200.00.

Tidak semua orang mampu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengiklanan terutama mereka yang baru melibatkan diri di dalam perniagaan Internet. Malah, usahawan lama pun tetap mencari jalan bagaimana untuk berjimat-cermat.

ppc percumaUntuk itu, Naem dari DiariAdsense.com telah menyediakan satu panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana untuk berjimat-cermat ini dengan langkah yang bijak.

Dengan beberapa kaedah yang beliau kongsikan di dalam Panduan PPC Percuma, anda mampu mendapat ‘modal’ percuma untuk pengiklanan Adwords.

Di dalam Panduan PPC Percuma ini, bukan hanya Google Adwords sahaja yang diterangkan, malah cara untuk mendapatkan kredit atau modal pengiklanan percuma dari Yahoo Search Marketing dan Microsoft Adcentre juga ditunjukkan kepada anda.

Kes Studi

Saya sekarang sedang cuba mendapatkan kredit percuma dengan kaedah 1 yang diterangkan dalam ebook panduan ini untuk akaun Google Adwords. Saya masih menanti hasilnya. Saya akan update di blog ini (artikel seterusnya) setelah saya mendapat hasilnya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan ini, sila klik di sini untuk ke laman web Ebook panduan ini.

p/s. Dengan mendapatkan Ebook ini, anda juga akan diberikan Panduan Asas Google Adwords termasuk cara mendaftar dan beberapa tip berkesan PPC.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Modal Percuma Pengiklanan PPC – Artikel 1

  1. Wah dah makin hebat budak Naem tu..
    Nak iklankan di Adword mestilah produk yang mengancam dan berkualiti..
    Buat masa ni saya masih belum berjaya lagi dalam menghasilkan produk…. Apa2 pun mesti terus mengejar juga…
    takkan nak pandang orang lain kumpul duit je kan… sambil kita ternganga je…

    1. Memang best ebook ni. Sekarang saya sedang tunggu hasilnya. Memang confirm akan dapat. Kalau tak cara A, guna cara B. Ada banyak cara yang ditunjukkan..

  2. Hai Sdr Zul,

    Saya dah beli buku tu(RahsiaPPCPercuma). Saya memikirkan kaedah utk. dpt. iklan yang termurah, apabila terlibat dgn. pengiklanan Google,dan pula ada orang beli product dan servis itu. Kalu main klik-klik saja mana boleh. Kalu begini tiada win-win situation. Sebenarnya eBook saudara Naem pada pandangan saya adalah stepping stone kpd pengiklanan Google. Sangat bagus kpd. sesiapa shj. yg ingin berjinak dgn PPC.

    Saya harap Sdr Naem akan mengeluarkan buku lagi sambungan kpd yg pertama. Saya pasti akan laris lagi krn beliau telah menunjukkan keberkesanan dan ada pengalaman di situ.

    Hai, maaf Sdr Zul, kempen sebelah Sdr Naem shj. ni!. Sekian dulu, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *