Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mitos Zon Selesa: Usahawan Vs Pemakan Gaji

Seringkali kita mendengar dakwaan seperti ini:

  1. Pekerja makan gaji berada dalam zon selesa, takut untuk berubah dan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Golongan ini bukanlah golongan yang hebat kerana mereka ada jaminan kerja.
  2. Usahawan dikatakan sebagai seorang individu yang berani kerana masuk ke dalam zon tidak selesa di mana mereka tiada gaji dan jawatan tetap.

Tetapi saya berfikir sejenak, betulkah andaian sebegini? Maka saya membuat kesimpulan berikut:

  1. Pekerja makan gaji juga berada di dalam zon tidak selesa, di mana jika mereka ponteng kerja, tidak ikut peraturan majikan, kerja tidak berkualiti, tidak meningkatkan pengetahuan, maka pasti satu hari nanti merea akan disingkirkan oleh majikan.
  2. Usahawan juga berada di dalam zon selesa, di mana sesetengah usahawan lebih selesa melakukan sesuatu yang sudah biasa bagi mereka. Mereka TAKUT untuk bermain dengan risiko yang lebih besar dan tidak biasa bagi mereka.
  3. Usahawan yang tidak berani melakukan sesuatu yang baru adalah usahawan yang sudah selesa dengan usaha yang biasa dilakukannya sejak bertahun-tahun yang lepas. Mereka tetap berada di takuk yang lama.
  4. Pekerja makan gaji yang tidak berhenti kerja dan menjadi usahawan tidak semestinya takut untuk menjadi usahawan kerana seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga ada zon tidak selesa mereka sendiri.
  5. Usahawan mampu mencipta zon selesanya sendiri dengan memutuskan untuk tidak melakukan sesuatu yang lebih besar dan mencabar.
  6. Salah satu tanda usahawan yang berada di dalam zon selesa adalah pendapatan mereka tidak meningkat bertahun-tahun lamanya, melakukan perkara yang sama dan tiada peningkatan dalam usaha bisnes.
  7. Pekerja makan gaji yang selesa dengan zon selesanya, akan terus dengan sikap, perangai, fikiran dan ilmu yang sama. Orang lain sudah naik pangkat, tapi dirinya masih ‘di meja yang sama’.
  8. Pekerja makan gaji yang dinamik faham bahawa jawatan kerja mereka bukanlah satu jaminan. Maka mereka memperkasakan lagi diri dengan menambah ilmu dan kemahiran, sama ada ia akan digunakan untuk naik pangkat, memohon pekerjaan yang lebih mencabar dan berguna untuk mereka berdikari andaikata tiada lagi tawaran kerja untuk mereka.

Pendek kata, siapa pun kita sama ada usahawan ataupun tidak, yang pasti zon selesa atau zon tidak selesa tidak mengenal semua itu. Kita sendiri yang perlu menilai diri masing-masing agar sentiasa ada keinginan untuk berubah dan memperbaiki diri.

Kadang-kadang kita ada melihat, pekerja makan gaji yang dikatakan amat asyik dengan zon selesa adalah lebih hebat dan keterhadapan berbanding usahawan yang dikatakan hebat di dalam zon tidak selesanya. Mengapa ini berlaku? Ya, usahawan tadi sedang asyik dalam zon selesa yang diciptanya sendiri.

Semoga tulisan saya ini dilihat dengan satu sisi yang berbeza iaitu tidak kisah bentuk peranan kita di dunia ini, sebaliknya yang wajib bagi kita adalah kita perlu rajin, bersungguh-sungguh, terus menerus belajar dan yang terpenting adalah, sentiasa ada perubahan.

Maka jelaslah, zon selesa itu bukan hanya milik pekerja makan gaji semata-mata. Dan kepada para usahawan, AWAS! Anda mungkin sedang lena dibuai zon selesa yang anda cipta sendiri!

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • gaji selesa
  • makan gaji vs bekerja sendiri
  • perbezaan usahawan takaful dan pekerja makan gaji
  • usahawan dengan pekerja curi tulang
  • usahawan rajin

6 Responses to “Mitos Zon Selesa: Usahawan Vs Pemakan Gaji”

  1. ali says:

    apa-apa pun bergantung kepada niat kita :

    makan gaji – kita mesti berniat berkhidmat berdasarkan tugas yang diberikan kepada kita dan dibuat sungguh-sungguh bukan curi tulang.

    bisnes – niatkan untuk dapatkan rezeki yang halal bukan sekadar untuk diri sendiri tapi juga ummah secara keseluruhannya.

  2. titan says:

    setuju. orang kita memang dah bina zon selesa tanpa mereka sedari. Dan mereka selesa dengan zon tersebut. sebab tu kekadang diorang marah kalau orang kacau periuk nasi diorang.

    Kalau diorang nak stay dengan zon selesa tu. tak ada masalah. Tapi kalau diorang mahukan sesuatu yang berbeza, keluarlah dari zon selesa tu dengan cara yang luar biasa.

  3. Hanafi Wawi says:

    Orang yang bekerja makan gaji berada di zon selesa bila ia rasakan tak perlu lagi untuk bersusah payah untuk menambah pendapatan sedia ada dan hanya merasakan cukup dengan apa yang telah mereka dapat. Zon tidak selesa juga berlaku apabila duit gaji tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan ini memerlukan ianya berusaha untuk menambah pendapatan dengan pelbagai cara. Jadi tidah hairanlah kalau ramai orang bekerja makan gaji terlibat dengan pelbagai skim cepat kaya kerana mengharap dapat keluar dari zon selesa selama ini.

  4. Hadi Rofiee says:

    Salam.

    Bagus artikel ini kerana ia membuka minda semua & mengubah segala persepsi sebelum ini.

    T/kasih SZ> ;-)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Berniaga Sepenuh Masa dan Makan Gaji | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)