Mitos RAHSIA Perniagaan Internet

Adakah rahsia itu wujud di dalam perniagaan Internet?

Jawapan cepat: TIDAK WUJUD.

Jawapan panjang lebar, artikel di bawah akan menerangkannya:

Seringkali begitu ramai orang mencari rahsia. Di sini saya tidak nafikan tidak salah menggunakan perkataan rahsia. Ia normal di dalam pemasaran. Namun, yang saya amat gusarkan adalah, minda kebanyakan orang iaitu keyakinan dan kepercayaan mereka bahawa, di dalam bidang ini wujudnya 1001 rahsia.

Mengapa saya mengatakan tiada rahsia untuk berjaya? Adakah mereka yang kita gelar sebagai otai, sifu, guru, pakar dan sebagainya itu banyak teknik rahsia sehingga mereka berjaya menghasilkan puluhan bahkan ratusan ribu? Sudah pasti tiada rahsia.

Alasan saya amat mudah. Lihat sahaja cara dan praktik yang mereka lakukan, ia hanya sekadar teknik, kaedah dan strategi yang semua orang tahu. Tetapi, mengapa mereka yang berjaya itu boleh berjaya, dan mengapa orang lain yang juga tahu tidak berjaya?

Sebenarnya, di dalam melakukan sesuatu kemahiran (skills), hanya satu sahaja yang akan menentukan kejayaan iaitu keberkesanan. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sejauh mana ilmu yang kita tahu itu, dan sejauh mana praktik yang kita lakukan itu berkesan di dalam menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik?

Umpamanya begini sebagai analogi. Semua orang tahu mengenai bola sepak. Terkadang, si penyokong bukan main hebat mengkritik sesebuah pasukan atau pemain. Tetapi apabila diminta dirinya beraksi di padang, dirinya gagal, malah kecundang dengan mudahnya. Pelajaran pertama di sini, semua orang boleh tahu, tetapi tidak semua orang mampu melakukannya dengan berkesan.

Kedua, masih dengan analogi yang sama. Di dunia ini, begitu ramai orang yang boleh bermain bola sepak, tetapi seramai mana yang boleh menjadi pemain bola sepak yang terbaik di antara yang terbaik? Tidak semua orang. Kalau hanya setakat tahu, jangan impikan kejayaan yang luar biasa. Kita perlukan lebih daripada tahu.

Maka sebab itulah, ada pasukan bola sepak yang hebat, dan ada pasukan yang mudah kalah. Ini kerana, tahu sahaja tidak cukup, tetapi perlu menguasai kemahiran yang terbukti berkesan. Perlu tahu cara yang berkesan dan perlu tahu cara mana yang tidak/kurang berkesan.

Pendek kata, mereka yang berjaya itu telah tahu menggunakan pengetahuan yang mereka tahu itu dengan berkesan, sama ada melalui pembelajaran, percubaan sendiri, kajian dan juga pengalaman yang lepas.

Dalam konteks pemasaran internet, kita boleh contohkan seperti berikut:

Ali dan Abu adalah dua orang usahawan internet. Produk yang mereka jual adalah sama. Harganya sama. Teknik yang mereka gunakan adalah pemasaran emel (email marketing). Jumlah ahli (subscribers) di dalam autoresponder mereka adalah sama jumlahnya.

Namun, Ali lebih banyak mendapat jualan berbanding si Abu. Mengapa ini berlaku walaupun semuanya sama? Jawapannya telah saya nyatakan di atas iaitu Ali tahu bagaimana cara yang berkesan dan Abu pula tidak melakukan cara yang berkesan.

Cerita ini boleh kita simpulkan dengan pepatah rekaan saya ini: “Tidak guna mempunyai keris yang hebat, andai tidak mahir menggunakannya. Kelak, tertikam diri sendiri.”.

Kesimpulan di sini adalah:

1. Tahu sahaja tidak cukup. Perlu ada kemahiran yang baik dan berkesan apabila digunakan. Perlu tahu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Utamakan yang terbukti berkesan dan jangan buang masa pada cara yang terbukti tidak berkesan.

2. Latih, latih dan latih secara konsisten agar kemahiran tadi menjadi darah daging kita. Tidak ada perkara yang lebih penting selain melakukannya. Jangan takut terbuat kesilapan kerana ia sebahagian daripada usaha. Mereka yang telah berjaya adalah kerana mereka tahu dan mereka bertindak (usaha). Itu sahaja.

3. Perlunya fokus kepada satu-satu teknik seperti mana yang saya nyatakan pada artikel sebelum ini. Tidak kisah banyak teknik, yang penting iaΒ dapat dikuasai dengan baik walaupun tidak menyeluruh.

4. Belajar daripada mereka yang sudah tahu keberkesanan sesuatu teknik, strategi dan kaedah pemasaran atau promosi. Ini adalah jalan cepat dan mudah. Mungkin di sini kita perlu melabur sedikit kos untuk menyertai mana-mana seminar, bengkel, membeli e-buku dan sebagainya.

5. USAHA. Berapa ramai orang yang telah menemui rahsia tetapi TIDAK berusaha mempraktikkannya? Mereka terus mencari rahsia tanpa henti. Berniaga bukan untuk mencari rahsia, tetapi menggunakannya.

6. Maksud rahsia adalah perkara yang kita tidak tahu. Untuk mengetahuinya, kita belajar, membaca, mencuba dan bertanya.

7. Hapuskan kepercayaan bahawa wujudnya rahsia. Ia tidak wujud secara hakikatnya. Keburukan kepercayaan ini ialah menyebabkan kita terus mencari informasi kerana merasa belum cukup atau belum menjumpai yang sepatutnya, padahal ia sudah cukup untuk digunakan.

Bebaskan minda kita daripada permainan yang tidak akan berkesudahan ini. Daripada mencari rahsia orang lain yang belum pasti dapat diketahui, lebih baik kita mencipta rahsia sendiri.

Sekian.

——————

Makluman Penting: Kepada mereka yang membaca artikel ini melalui emel, saya ingin maklumkan bahawa saya akan menulis artikel dengan lebih kerap pada tahun ini. Paling kerap adalah satu kali sehari.

Maka, jika tidak mahu menerima emel yang terlalu banyak, bolehlah mendaftar keluar (unsubscribe) dengan klik pada link di bawah sekali pada emel yang diterima. Anda boleh terus ke blog smartusaha.com untuk membaca artikel terkini atau subscribe menggunakan RSS Reader. Terima kasih.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Mitos RAHSIA Perniagaan Internet

  1. I always use the analogy of Sir Alex Ferguson – he is be the great, best and most successful manager for MU. But he was not a great player like Beckham, Ronaldo, Ronaldinho during his tenure as player. Yet he emerged as the most successful manager of MU. Yes, it's about effectiveness of what you are doing.

  2. Nice artikel. Tahu sahaja mmg tidak cukup, kita perlu amalkan/praktikkan/Take Action ilmu yang sudah kita tahu adakah berkesan atau tidak. Bak kata org putih, “practices makes perfect”

    1. Ye betul, selama ini kita hanya terpedaya dengan rahsia itu, rahsia ini, tetapi rahsia tersebut adalah buat, praktikkan, buat kajian dan ulang sehingga kita berjumpa dengan rahsia kita sendiri di samping istiqamah dengan apa yang kita buat. Azam saya pada tahun ini adalah istiqamah dalam membuat sesuatu.

  3. Artikel yg hebat bro SmartZul. Boleh dijadikan cetusan kegusaran kepada para newbie yg terkial mencari sesuatu so call RAHSIA. Teruskan dgn artikel sehebat ini

  4. Apa yag membezakannya adalah kemahiran dalam bidang yang berkaitan juga yang berkaitan pula dengan bidang itu dan apakah yang lebih menjadi tarikan pelanggan.

    Contoh, 2 laman web yang menjual produk yg sama secara keseluruhannya tetapi yang satu itu tidak mampu menjual mungkin disebabkan ayat jualan, design produk, kesan back ground produk, susunan warna background pd laman web dsbg adalah faktor-faktor penentu kejayaan.

    Juga tidak lupa kepada peribadi yang ditunjukkan utk kaedah promosi seperti laman2 web sosial, blog dan sebagainya yg juga tidak boleh dipandang remeh.. πŸ™‚

  5. Teringat pula adab ilmu org tua dulu-dulu kadang kala ilmunya tdaklaa tinggi belajar sampai masuk U ada ijazah dsbgnya tetapi ilmu yang sedikit yang diwariskan diamalkan akhirnya membawa keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan…ada telinga dengar, ada mata pandang ada ILMU sama-sama kita sebar dan manfaatkan. Untuk TIPS & INSPIRASI kehidupan lebih khusus lagi alam perkahwinan, rumahtangga & PERSONAL GROWTH sudi-sudi layari http://anizanwar.com Salam Rahmat! LOVE LIFE…LIVE LIFE!!!U'll be LOVED…

  6. Izinkan saya mengulangi kata-kata keramat ini πŸ™‚

    “There is no secret ingredient, you just have to believe”.

    Saya suka dengan penggunaan perkataan ‘rahsia’ dalam artikel ini. Secret Story πŸ™‚

  7. Bernas sungguh artikel kali ini..betul..jika diperhatikan pada trend msa kini..ramai betul IM yg menggunakan perkataan rahsia pada produk mereka. Maka tidak mustahil ramai yang sudah berhabis ribuan ringgit semata2 ingin mencari rahsia2 ini..walhal..apa yang sudah diketahui sudah mencukupi untuk dipraktikkan πŸ™‚

  8. nice info bro. memang benar ape yg terdpt dlm artikel ni. Walau bnnyk mane pon kiter beli ebook buat duit kat internet, klau x practise kn memang xder guner. Fokus kiter mudah hilang.

    Thanks again for the info.

  9. Terlalu banyak ‘Rahsia”. Perkataan “Rahsia” lah yang biasa digunakan oleh para IM sekarang ni untuk menarik dan memancing pembeli. Rasanya sudah bosan dengan iklan yang di hantar melalui email yang kerap menggunakan perkataan “Rahsia”.
    Bagaiman pendapat rakan-rakan yang lain?

  10. salam Zul,artikel yg menarik.
    moga “newbie” tidak keliru & tidak terlalu ghairah bila mendengar perkataan “Rahsia”.

  11. Rahsia bukanlah lagi rahsia kalau ramai yang dah tahu tetapi ia kekal rahsia bagi yang tidak tahu@tak mahu ambil tahu.terima kasih kepada artikel yang banyak membuka minda ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *