Mitos Produk Master Resale Rights
Mitos: “Produk Master Resale Rights (MRR) atau Resale Rights akan mudah tepu jika ia tidak dihadkan jumlah reseller kepada bilangan yang tertentu”.
Hakikat:
1. Hanya kurang 10% daripada pemilik lesen MRR (Resellers) yang akan betul-betul melakukan promosi dan pemasaran yang ‘agresif’, berkesan dan konsisten. Tak percaya? Cuba anda lihat trend pasaran bagi produk jenis ini. Mula-mula panas, tetapi kemudian sejuk. Pada ‘musim sejuk’ inilah anda boleh dominate semula pasaran dengan produk ini.
“Tapi Zul, dah ramai orang miliki produk ni”. Sangkaan anda silap. Setiap hari dan ketika, bilangan pengguna internet sentiasa bertambah dan bilangan orang yang mahukan peluang perniagaan di Internet juga turut meningkat. Jadi mereka pasti berminat untuk dapatkan produk yang boleh dijual semula ini.
Pendek kata, tidak semua Reseller pandai dan cekap di dalam memasarkan produk MRR tersebut. Bagi anda yang bijak, pandai-pandailah ‘mengintai’ waktu yang sesuai untuk melakukan pemasaran yang agresif atau terus menerus mendapatkan pembeli dengan promosi tanpa henti.
2. Untuk menjual produk Master Resale Rights, anda bukan hanya boleh menjualnya dengan hanya satu cara. Sebaliknya, terdapat pelbagai strategi untuk menjualnya.
Contoh: Ebook Panduan Mudah FTP (ada lesen MRR) boleh dijual dengan pelbagai cara seperti menjadikannya sebagai bonus atau dipakejkan dengan produk lain.
Walau apa pun, cukuplah hakikat yang saya nyatakan di atas: “Tidak semua Reseller bertindak dengan tindakan yang sepatutnya. Malah, hanya 1% daripada reseller betul-betul bertindak”.
Akhir kata, JANGAN percaya kepada MITOS.
*Mitos atau hakikat ini bergantung kepada terma dan syarat tuan punya asal produk tersebut. Dan, lihat juga kepada jenis produk. Kalau isinya dah tak relevan (lapuk) dengan keadaan masa, maka jangan beli produk sebegini.









Saya berpendapat memiliki hak jualan semula merupakan jalan pintas kepada mereka yang ingin terus memulakan perniagaan internet tanpa perlu bersusah payah memikirkan produk apa yang ingin dijual diinternet. . Nak2 lagi jika sekiranya mendapat hak jualan produk dari usahawan2 yg dah terkenal seperti Zul ni..
Namun, teknik dan kemahiran pemasaran amat penting kerana reseller mempunyai persaingan dari reseller2 lain dan juga pemilik asal produk itu sendiri.. but nothing it’s imposibble, jika sentiasa berusaha keras.. hasilnya pasti memuaskan..
Produk MRR Zul ialah produk MRR pertama yang saya miliki. sebab yakin dgn produk yang zul keluarkan. Jadi, reseller kena tahu tip dan trik untuk menjual produk MRR. Perkara ini yang mesti saya pelajari.
Anda bagaimana? Kepada newbies, anda kenalah tahu asas perniagaan internet terlebih dahulu sebelum menjadi reseller.
Good Luck to all reseller..
Jika produk MRr je tak cukup. BIasakan beri bonus yang lumayan. Itu akan menarik lebih ramai pembeli.
hah ni teknik lama ni…
kadang2 org bukan nak produk yang dijual tapi nak bonus baru beli…hehe
tapi bonus banyak2 tu, mereka tak guna juga…membazir je…
han
sebab tu aku kata berikan bonus yg lumayan. Biarpun taktik ni lama. Tapi berkesan..
Jangan bagi lebih dari 3 produk. Itu yang aku biasa wat. Kalau lebih dari 3 dan aku rasa produk tu cam lama dan dah lapok. Aku takkan beli even harga 1usd + MRR..fuh. bonus pun MRR?
kalau mahal. tapi aku nak. memang aku angkat gak produk tu MRR ke personal use ke..tapi klu aku tak minat.Bagi free pun aku tak nak..
memang betul kata zul tu…
mitos tak boleh percaya…
tapi kalau produk MRR tu, kena juga produk apa…
takut kan produk lama yang tak update memang tak boleh guna dah…
kalau org beli, kesian kat dia sebab teknik yang di ajar tidak digunakan lagi…
han
Yup, bersetuju dengan Zul tentang Mitos MRR/RR akan tepu ini satu statement yang tidak boleh kita percayai.
Produk MRR/RR/PLR akan sentiasa mendapat sambutan hatta produk tersebut lama sekalipun tetapi perlulah berkualiti dan diupdate versinya.
ye la zul. biarpun byk produk MRR ni, tapi IMer yg jual balik takde la ramai. Jadi, bagi aku masih berpotensi market ni.
Potensi tetap anda.. saya syorkan rebrand balik produk MRR tu, insyaAllah boleh meletup..
Saya ada beli produk MRR dan rebrand balik, setakat ni memang puas hati la sebab pulangan dah lebih dari 3000% .. syukur…
banyak potensi…betul pendapat enDlietu.Saya memang ada ada beli product MRR tu.tp setakat ini belum dapat pulangan balik lagi tp saya rasa ia berpotensi.
kalau nak senang jual produk MRR jadikan produk tu seperti produk anda sendiri… Ubah web jualan, cover produk dan kalau pandai sales letter pun tukar sekali