Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!

Saya banyak belajar mengenai pengurusan kewangan daripada kawan-kawan di Internet malah daripada pembacaan buku. Dengan sedikit kefahaman yang saya ada, apa yang dapat saya katakan, walaupun harga minyak naik dan terus naik, dan dalam masa yang sama harga barang naik tak habis-habis, itu bukanlah masalah besar.

Bagi mereka yang faham pengurusan kewangan atau teknik kewangan, saya yakin mereka tak pelik dengan kenyataan saya tersebut. Bahkan saya ingin menambah satu lagi kenyataan: Duit gaji yang anda dapat, anda boleh simpan 100% dan tak perlu guna pun. Sebaliknya, anda boleh guna duit dari sumber lain. Soalnya, dari mana duit tersebut?

Buat Ebiz Secara Part Time!

Di Malaysia, tak ramai yang buat ebiz secara sepenuh masa (full time). Boleh dikira dengan jari. Tapi, kalau yang buat secara part time, memang ramai sangat. Dan inilah yang saya mahu ceritakan sikit pada hari ni.

Jika anda asyik mengeluh harga minyak naik dan menekan pihak kerajaan agar menurunkan harga minyak, itu bukan satu-satunya tindakan yang bijak. Tak perlulah kita melaung kuat-kuat kepada ‘bukit’ yang pasti tak akan mendengar untuk melakukan sesuatu kepada kita. Dengar pun tak, apatah lagi mahu menerima kehendak kita..

Harga barang naik, harga minyak naik, itu bukan lagi masalah bagi anda yang bekerja makan gaji melalui cara yang saya mahu dedahkan di sini. Secara biasa, gaji RM1000 hingga RM3000 boleh habis macam tu sahaja, lagi-lagi kalau tak ada perancangan kewangan. Dengan bayar bilnya, hutangnya, shoppingnya dan macam-macam lagi, gaji anda lesap begitu saja.

Caranya? Apa yang mahu saya nyatakan di sini ialah, buatlah ebiz secara part time. Jangan berhenti kerja. Bekerja tu seronok sebenarnya. Yang menjadikan ia tak seronok adalah diri anda sendiri, melainkan persekitaran kerja yang menjadi faktornya. Bekerjalah, jangan berhenti.

Ramai yang buat ebiz secara part time mendapat perolehan atau pendapatan yang lebih daripada gajinya. Kalau gaji RM1000, melalui ebiz yang dibuat sejam dua dalam sehari dia dapat RM3000 sebulan. Jadi inilah maksud saya, gaji yang anda dapat tu, simpan elok-elok dalam akaun simpanan anda. Sebaliknya, guna duit yang anda dapat daripada usaha ebiz untuk bayar bil, bayar sewa kereta, rumah dan sebagainya.

Inilah strategi bijak. Tak perlulah menghabiskan masa bergantung harap kepada pihak yang tak akan mendengar kehendak kita agar harga minyak diturunkan. Sebaliknya, lakukanlah reverse punya strategi untuk menjadi seorang yang ada kuasa beli yang tinggi. Caranya? Tambah pendapatan melalui perniagaan internet secara part time.

Melakukan ebiz secara part time hanya memerlukan masa sejam dua sahaja dalam sehari. Sebab boleh dikatakan semuanya dah automate. Tak perlu ada depan komputer 24 jam.Bentuk ebiz yang saya sarankan ialah yang bermodelkan produk digital. Anda boleh jual ebook, audio, video, template web, menulis artikel dan macam-macam lagi.

Banyak cara sebenarnya. Kalau nak buat program affiliate dan google adsense pun boleh juga. Nah, dah lebih daripada tiga cara buat duit dah anda lakukan. Kalau satu cara bagi hasil RM200 seminggu, dalam sebulan anda boleh dapat RM2000 lebih. Lumayan tak? Bolehlah diguna untuk bayar bil dan sebagainya. Harga minyak mahal tak lagi memeningkan kepala.

Namun…

Cakap memang mudah. Anda perlukan asas. Hari demi hari, ramai yang SMS dan emel saya untuk belajar buat ebiz. Maaf, buat masa sekarang saya tak dapat buat personal training. Perancangan memang ada, tapi tahun ni saya mahu fokus pada bisnes saya dulu. InsyaAllah pada tahun depan saya akan mula buat seminar, bengkel dan personal training.

Malah kawan-kawan saya pun ramai yang berminat untuk buat ebiz. Yang serius, yang tak serius, semuanya ada. Secara mudah, saya memang ada beberapa orang yang saya bantu mereka. Ya, mereka yang ada sifat serius sahaja. Yang inilah saya pilih. Kalau mereka yang kejap nak, kejap tak nak, saya pasti tak akan ambil kisah pasal mereka. Kalau nak duit, kena kerja kuat, jangan harapkan duit besar dengan mudah dan dalam masa yang singkat.

Satu hint yang saya nak bagitahu kat sini, saya sentiasa memerhati anda yang ada potensi. Saya akan hubungi anda untuk buat projek bersama. Saya akan bantu anda secara underground. RM1000++ tak mustahil dalam beberapa hari. Saya memang boleh bantu anda. Tapi saya hanya mahu yang serius, ada kehendak yang tinggi dan keinginan belajar yang tak henti-henti. Tak semua orang ada sifat-sifat ini.

Saya ada beberapa projek yang mana saya akan jemput mereka yang ada potensi. Jaga-jaga, mungkin anda salah seorang yang akan saya jemput untuk buat projek bersama dengan saya. Saya tak akan kenakan caj untuk anda. Sebaliknya saya akan guna konsep win-win situation. Sama-sama dapat manfaat. Cuma yang pasti, lepas anda sukses, saya akan ‘lepaskan’ anda survive sendiri.

Sebelum saya melalut dari topik asal, saya mahu berhenti menulis dulu untuk kali ini. Saya ada beberapa kerja yang perlu disiapkan sebelum saya pindah rumah pada awal bulan depan. Banyak kerja nak kena buat.

Kesimpulan..

Kepada mereka yang berjawatan atau dalam istilah makan gaji, bekerjalah dengan penuh keseronokan dengan kerja semasa anda. Hargailah kerja yang anda ada sekarang. Soal duit tak cukup bukan lagi satu alasan yang boleh diterima pada zaman sekarang. Kalau anda nak berjaya survive, anda perlu kreatif dan ada usaha penyelesaian. Bukan bergantung harap kepada pihak kerajaan semata-mata.

Carilah pendapatan sampingan. Internet adalah salah satu caranya. Ada komputer, ada talian Internet, gerbang untuk menghasilkan pendapatan terbuka luas untuk anda. Namun, segalanya terserah kepada anda. Nak atau tak nak, semua keputusan berada di tangan anda.

Selamat berjaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on “Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!

  1. Wah Zul sudah berpindah rumah baru yea??Murah rezeki la tu…

    Hoho…Bukan hanya yang berkerja sahaja perlu dapatkan pendapatan sampingan tetapi bagi saya seorang pelajar juga perlu memilih jalan dalam perniagaan Internet ini mrupakan satu cabang pendapatan sampingan di samping kita menimba Ilmu.

    nampaknya zul dah nak buat personnal class ke??Melalui Yahoo messenger ke ZuL??Bukan apa…cara tersebut mungkin lebih mudah bagi kalangan belia cam saya nie…Lagipun kalau Zul nak buat seminar bukannya saya tak nak datang tetapi keadaan lokasi menjadi faktor utama 🙂

    1. InsyaAllah. Mungkin saya akan buat ikut YM juga. Banyak pilihan / pakej. Tapi kalau ikut pemerhatian saya, belajar secara bersemuka lagi mudah nak faham untuk mereka yg tak ada asas langsung.

      Yang ada asas, ikut YM tak ada masalah. 🙂

  2. Salam Zul 😀

    Saya ni boleh dikategorikan serius jugaklah nak buat ebiz ni, cuma masih baru sangat. So, nak cuba dan buat sendiri dulu apa yang mampu.

    Tak naklah ganggu hidup orang, macam Zul cakap Zul cuma nak tolong yang serius saja. Saya bukan tak nak serius dengan mendapatkan bantuan Zul, cuma ada kekangan yang tak dapat saya elakkan.

    Buat masa ni usaha sendiri, sambil2 menuntut kat sini, blog2 atau forum2 lain. 🙂 Target jangka masa pendek nak dapatkan U$D100.00 tiap2 bulan. InsyaAllah…

    p/s: dulu masa mula2 berjinak2 ni pon selalu SMS Zul 😀 Kalau Zul perasan la…

  3. Betul la tu kelas melalui YM dah merebak daripada pemerhatian saya la 🙂
    Kalau betul2 nak belajar melalui YM pun boleh yang penting kadar bayaran tu…

    Apaa mcam zul?? 🙂

  4. harga barang kalo dah naik,memang takkan turun dah… kenaikana harga barang rasanya semua aware dengan keadaan semasa..

    cuma mereka susah nak terima hakikat bahawa dunia hari ini semakin mencabar poket mereka..dulu boleh simpan 2,3 ratus,sekarang tinggal beberapa puluh.. memang poket mereka tercabar…

    1. Yup, bagi saya harga barang tak akan turun. Kita kena terima hakikat dan realiti. Zaman skrg dan akan datang tak akan sama dgn tahun2 yg lepas.

      Dengan ilmu kewangan, sikap berjimat dan ada pendapatan tambahan, insyaAllah kita boleh survive di dunia yg mencabar ni.

  5. betul tu.Kerja makan gaji ni untuk masa depan sebab apa2 hal income tetap dapat.Ebiz plak ada turun ada naik.Macam kata Zul,boleh simpan sebab duit ebiz dapat backup pembelanjaan bulanan.

    Kalau nak berjaya kena ada usaha dan pengorbanan dalam ebiz ini.

    Sekadar pandangan..

  6. Saya sokong, hasil pembacaan saya mereka yang tinggal di lembah klang dan berpendapatan isi rumah sebyk RM 3K sebulan boleh dikatakan ‘miskin’ sebenarnya. Mungkin kasar nsikit bunyinya tapi inilah realitinya.. Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan setiap langkah yang diatur sentiasa memerlukan wang.. tol, parking dsb. Kesimpulannya, org mcm saya yg duk kl xleh ler senang2 goyang kaki bila balik umah.. 🙂

  7. Tidak guna menyalahkan orang lain dan menyuruh itu ini, lebih baik persiapkan diri untuk menghadapi apa jua masalah yang datang.

  8. seperti yang di garapkan oleh zul, pengetahuan mengenai kewangan amat penting. untuk mempelajari prinsip kewangan ini kita tidak perlulah sampai ke universiti. apa yang penting disini adalah kita fahami konsepnya. konsep yang penting adalah ‘kehendak dan keperluan’.
    kita dapat menguruskan kewangan kt dgn baik jika memahami konsep ini betul2..

  9. ini adalah artikel paling mengarut aku pernah baca…

    bullshit! ko tak tahu ape kabinet2 tu bodek si pak hadhari tu.. yang diorang buat banggunan tinggi nak buat ape? pembangunan?

    rakyat dapat ape? dapat nengok bangunan cantik2.. tapi hidup susah ya amat… korang ni mesti kerja dengan kerajaan atau masih budak belajar lagi.. mak bapak tanggung… ko dah keje baru ko tau minyak subsidi tu penting…

    1. memang minyak subsidi tu penting. tapi apa lagi boleh kita buat untuk menyekat harga minyak??
      nak buat rusuhan? nak kena simbah asid dgn FRU boleh la.
      so skg kita ada alternatif lain iaitu cara yang diterangkan diatas.
      biar la kabinet nak bodek pape pun, apa yang penting disini kita jangan fikirkan masalah tetapi kita fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah.
      orait bro sedap2cakap?

    2. Heheee….Rupa2nyer dia ni masih tak faham apa yang dia baca. 🙂 SmartZul bukan membicarakan tentang ‘kabinet dapur’ pakLah. Apa yang SmartZul bincangkan adalah dizaman ekonomi yang serba mencabar ni internet adalah satu cabang untuk buat duit secara part time.

      ps- Tahniah Zul atas pelancaran produk terbaru.

      pss-Kadang2 kebodohan tu terserlah apabila kita mula bercakap.

      1. Demam pilihanraya tak habis kot. Sabar je laa.. Tu yg dia tak faham tu pasal artikel ni. Kita cakap pasal ebiz part time, dia cakap pasal subsidi. Sah demam tak kebah lagi. 🙂

        1. hahahaha… yea laa harga minyak memang naik sokmo…

          hang memang tak faham laa dengan subsidi dari kerajaan yang berbillion tu.. kerajaan yang tanggung bukannya sedap hati je kerajaan nak naikkan harga minyak… hohoooo…

          rakyat jugak yang tanggung untuk buat bangunan yang cantik2 tu…

          adesh… apa yang saya merepek nih..

    3. ramai lagi yang tak kerja… asyik duk makan anggur je banyak. lebih baik cari alternatif buat kerja part time… ada time ada sometime ada laa income timenya…

      1. Saya pun makan anggur je pasal tak de majikan, tak de bonus, tak de cuti, tak de traffik jam, tak de insentif.

        Mujurlah aku ni disara oleh “Bank Click” dan “Pal Bayar”

        Kalau tak, tentu tinggal tepi jalan.

        1. lagi bagus jika anda berjaya mengaplikasikan raja affiliate dan raja adsense dengan penuh minat. nak berniaga pun kena ada minat dan serius dalam usaha masing2. jika tidak anda tidak akan mendapat apa-apa.

          apalah sangatnya nak bising dengan harga minyak melambung kat dunia mana sekalipun. namun di manakah usaha anda untuk merobah cara hidup anda.

          minyak naik? okeh laa

          barang naik? okeh laa

          dan caranya ubah cara hidup anda. jika tidaknya lebih baik anda pakai selipar aje pergi kerja… itupun kalo ada kerja yang hendak dibuatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………………..

  10. Saya harap tak ada orang salah faham tentang artikel ni. Ia sama sekali tak bermaksud saya sokong kenaikan minyak atau harga barang. Tapi kalau benda2 ni naik yg mana kita tak dapat nak kawal, apa yg dapat kita buat?

    Tak ada cara lain selain menambah pendapatan dan urus kewangan. Inilah isi utama artikel ni.

    Harap pembaca semua mengerti. Saya bagitahu ni sebab ada pembaca yg salah faham (sila rujuk komen saudara kita kat atas – maybe saya akan delete lepas ni. Tak sedap untuk dibaca. Ada bahasa kesat, bukan adab melayu). Dia ingat saya ni sokong kerajaan naikkan harga minyak dan barang. Ingat saya sokong ke? Bacalah artikel ni elok2 bang, bukan main komen jer.

  11. Sabar yea Zul…
    Orang lain lain la cara pembacaannya..Ada yang fokus ketika membaca..ada yang sambil lewa je baca apa2 je artikel or buku.
    Yalah Kita kan mempunyai pandangan yang berbeza kan?? 🙂

    Siapa nak menyokong kenaikan minyak??? 🙂
    Kalau dah tak dapat menahan kenaikan minyak macam mana lar yea…

  12. Salam sejahtera….

    Saya bersetuju dgn artikel zul kali ini dan jg pendapat kebanyakan pembaca-pembaca lain yg memberi komen. Point yg ingin disampaikan oleh zul ialah bagi menghadapi kenaikan minyak dan kenaikan barang2 yg lain, antara plan tindakan yg kita perlu laksanakan ialah menguruskan kewangan peribadi kita dengan bijaksana (sebagaimana yg sering ditekankan oleh saudara Azizi Ali) dan juga menambahkan pendapatan sampingan menerusi internet. Macam yg zul bagitau, xkiralah kita jalankan perniagaan internet ke, buat program google adsense ke, jadi agen affiliate ker atau lain-lain, yang penting kita tdk lepaskan peluang utk menggunakan internet sbg wadah utk jana pendapatan secara sampingan tanpa perlu berhenti kerja (saya berpendapat itulah isi yg ingin disampaikan oleh zul). Emm mungkin saudara Sedap2cakap tersilap faham dengan apa yg cuba disampaikan oleh zul dlm artikel ini (utk pengetahuan sedap2cakap, zul jg bukanlah kakitangan kerajaan @ bdk sekolah lagi hohoho). Saya tdk berniat berpihak kpd mana2 pihak sebenarnya, tetapi adalah lebih elok sekiranya kita berprasangka baik dan menghormati pendapat orang lain (lain orang lain pandangannya) serta dapat melontarkan kata-kata @ pendapat secara rasional (bukan emosional) heheheh. Maafkan saya jika ada yg tersinggung atau tidak bersependapat dengan saya. Maafkanlah orang lain, pasti orang lain akan maafkan pula kesalahan kita (pinjam kata-kata dato Dr.Fadzilah Kamsah) 🙂

  13. Alhamdulillah, saya dah pun bermula… cuma belum masuk fast track jer lagi… 🙂 InsyaAllah, dalam tahun ni ada sesuatu yang menarik akan saya buat..

  14. apa kisah harga minyak dan barang naik? gunakan akal fikiran kita untuk terus berusaha dengan pelbagai cara yang boleh difikirkan perlu untuk menambahkan pendapatan harian anda. takkan nak mengharapkan orang lain untuk menambahkan pendapatan untuk kita…

    sudah tentunya kita punya pilihan yang tersendiri untuk mempelbagaikan sumber pendapatan kita dengan penuh komitmen…

    apa guna berniaga kalo tak reti nak uruskan sumber kewangan kita dengan lebih bijak???

    apa guna bekerja keras setiap hari dengan penuh kerajinan dan komitmen yang teguh… setia namanya… namun kewangan juga kucau kacir… tak reti nak uruskan kewangan dengan lebih bijak terurus…

    kalo setakat berniaga pada takuk lama apa maknanya anda berniaga?

    kalo kerja berada pada tahap yang lama apa makna anda bekerja makan gaji…?

    pengurusan kewangan yang bijak akan menjadikan anda lebih kaya dari hari2 sebelumnya dan juga untuk masa depan kewangan anda…

    apa guna gaji berjuta…? apa guna dapat duit cepat dan banyak…? dan semuanya habis sekelip mata sahaja…. mana nak cekau duit lagi jika hanya bergantung harap dengan KERAJAAN semata-mata…???????????????????????????????????????????????????

  15. Betul tu. Apapun semuanya up to you…. Yalah, semua atas kita, klu silap buat perhitungan mesti bermasalah. Pasal harga minyak naik, kita mmg takleh nak control. Tp kita bley control kewangan kita dgn mbuat kerja part time cth part time ebiz. Mmm…saya mmg sokong klu kita fikir mcm ni – buat ebiz part time. Klu wat full time mesti lg besh!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *