Mininiaga: Ulasan Ringkas (1)

Ramai yang mengatakan tidak perlu menggunakan Sistem Mininiaga kerana boleh menggunakan cara biasa iaitu menggunakan perisian Web Editor seperti Frontpage, Dreamweaver dan Kompozer.

Saya juga setuju, tetapi kita perlu tahu bahawa tidak semua orang tahu dan mahir menggunakan perisian-perisian tersebut walaupun begitu banyak panduan yang ada.

Lain orang, lain keadaan, faktor sekeliling dan keperluan di mana:

  • Tidak tahu dan tidak mahir.
  • Ada modal tetapi tidak tahu.
  • Tiada masa dan tidak tahu.
  • Tiada masa tetapi ada modal.
  • Tahu dan ada modal, tetapi tiada masa.

Senarai di atas sudah cukup menunjukkan bahawa lain orang, lain keperluan dan keadaan. Bak kata pepatah, “lain padang, lain belalang.” Sebab itu kita tidak boleh sewenangnya mengata sesuatu itu tidak perlu. Walaupun ia betul untuk kita, tetapi ia bukan jawapan yang tepat untuk semua orang.

Sistem Mininiaga adalah jalan pintas untuk membina sebuah laman web berbentuk minisite. Sistem ini amat mudah untuk dipasang (ya, perlu tahu sedikit asas teknikal). Namun ia menjadi lagi mudah apabila tutorial lengkap juga turut disediakan.

Namun begitu, wujudnya sistem ini tidak bermakna ilmu kemahiran membina laman web boleh diabaikan begitu sahaja. Kemahiran itu tetap perlu ada untuk:

  • Membina laman Squeeze Page
  • Membina laman ulasan produk (review page)
  • dan apa jua jenis laman web selain berbentuk minisite.

Sistem Mininiaga hanyalah satu pilihan dan bukan satu kemestian. Seperti yang dikatakan, ia adalah jalan pintas dan jalan mudah untuk menyiapkan sebuah laman web jualan berbentuk minisite.

PS. Kurang ‘berminat’ dengan tawaran Projek-15 saya? Tidak mengapa. Saya ada lagi satu bentuk tawaran, tetapi juga untuk sejumlah orang yang terhad sahaja. Tawaran ini betul-betul bernilai RM100.00. Tunggu pengumuman saya dalam masa terdekat.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Mininiaga: Ulasan Ringkas (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *