Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mini Gathering WangCyber.Com JB + ‘Sesi Eksklusif’.. ;)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebab saya dan beberapa ahli wangcyber.com dan juga pembaca blog saya telah berjaya berjumpa sepertimana yang dirancangkan. Cuma perjumpaan non-formal sahaja. ‘Borak-Borak’. ;)

Seramai sembilan orang telah bersua muka pada sesi mini perjumpaan tersebut iaitu saya, hasrul, adik hasrul, partner bisnes saya (Jefri), Zam Jutacash.Com, Cikgu Nayan bersama 2 orang sahabatnya dan juga en Zolkiflie dari Kulai.

Tidak ada apa yang dibincangkan, hanya sekadar bertukar pendapat, fikiran dan idea. Pendek kata, tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan yang dibina melalui internet selama ini. InsyaAllah, antara yang datang mungkin akan melakukan Joint Venture atau kerjasama. Apapun, kami lebih banyak bercerita mengenai industri perniagaan internet ini.

Sebaik sesi satu bersurai, saya dan hasrul melanjutkan perbincangan mengenai beberapa perkara mengenai wangcyber.com terutama projek t-shirt wangcyber dan juga hala tuju komuniti/forum perniagaan internet tersebut sendiri. Alhamdulillah, beberapa idea dan cadangan telah diperolehi untuk kebaikan bersama.

Untuk cerita lebih lanjut mengenai apa yang kami bincang dan borakkan, boleh baca di forum wangcyber di sini: KLIK SINI.

Temuramah Eksklusif Bersama Radio Best 104

Inilah ‘rahsia’ yang saya janjikan untuk didedahkan kepada pembaca blog saya. Beberapa hari lepas, saya telah mendapat satu peluang emas dari radio ini melalui DJ Em R. Saper yang selalu dengan radio ni, tahulah abang DJ yang mempunyai suara yang ‘best’ tu. ;)

Untuk dipendekkan cerita, RAKAMAN temuramah eksklusif yang berlangsung hampir sejam juga itu bertujuan untuk dicalonkan ke dalam satu pertandingan / anugerah. Kiranya, temuramah ini adalah salah satu projek mereka dan ia tidak akan disiarkan ke udara, dan insyaAllah kata abang DJ Em R, “lain kali kita buat live pula”. ;) InsyaAllah, sempena bulan merdeka ni, mereka juga akan menjadikan topik keusahawanan untuk salah satu pengisian mereka.

Apapun, saya begitu berterima kasih kepada pihak radio ini, bukan sebab saya dijemput atau bukan sebab saya terpilih, bukan, tetapi inilah radio pertama yang saya rasa betul-betul mahu membantu industri perniagaan internet di Malaysia. InsyaAllah, di dalam temuramah itu, pelbagai jawapan dan sanggahan kepada persepsi negatif orang-orang kita telah saya jawab dan berikan. Di dalam interview itu, saya betul-betul menegaskan, “anda jangan pandang sebelah mata kepada usahawan internet, setakat pendapatan 2,3 ribu sebulan, itu tidak mustahil bagi kami. Bahkan usahawan internet boleh buat income lebih dari itu.”. ;) Saya terpaksa menegaskan sebegini kerana, kebanyakan usahawan internet yang SEBENAR, banyak dipandang negatif oleh masyarakat persekitaran. Kalau yang dah lama berkecimpung, saya yakin mereka boleh survive dengan cabaran sebegini, tetapi kepada para newbie, mereka mungkin akan berputus-asa. Ya, seorang sahabat saya terpaksa mengambil cuti untuk menenangkan fikirannya disebabkan kata-kata negatif yang bertubi-tubi dari orang yang dekat dengannya termasuk keluarganya. Padahal, dia baru di peringkat permulaan. “Tak apa sahabatku, aku yakin kamu akan berjaya, insyaAllah”. ;)

Jadi, rakaman radio itu tidak akan disiarkan sebab ia adalah untuk satu pertandingan/anugerah bagi projek pihak radio terbabit. Tapi, saya akan meletakkan rakaman tersebut di blog ini dan anda boleh dengar di sini juga. Tengoklah, kalau keadaan mengizinkan, saya akan jadikan ia boleh di-download. :)

Apapun, nak taip memang banyaklah, insyaAllah dalam minggu depan, saya akan letakkan audio rakaman tersebut ok. Kepada DJ kita Em R, terima kasih banyak-banyak dan tak lupa juga kepada semua orang-orang Best 104. Anda memang best! Sedikit mengenai abang DJ Em R, dia selalu ke udara waktu 6 petang dalam rancangan melodi senja. ;)

Oklah, masih banyak kerja yang perlu disiapkan, jumpa lagi! Salam sukses kepada usahawan internet! Kepada yang pandang negatif kepada usaha kami, jangan pandang sebelah mata. ;) Kami bukan orang gaji lelaki atau bukan buang masa di depan komputer atau bukan menjadi ‘hamba’ kepada isteri. Sebaliknya, kami begitu banyak masa untuk famili. ;)

Wassalam.

PS. Ini adalah gambar-gambar di JB siang tadi. ;)

smartusaha

usahawan internet

smartusaha perniagaan internet

bisnes

perniagaan internet

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

21 Responses to “Mini Gathering WangCyber.Com JB + ‘Sesi Eksklusif’.. ;)”

  1. sham says:

    wah orang JB dah wat gathering..anyway tahniah kepada smartusaha kerana usaha anda kini mula di iktiraf..

  2. Mohd Sufian says:

    Tak sabar nak dengar interview tu. Apa pun tahniah Zul atas peluang ini.

  3. hasrul says:

    memang best dan seronok. thanks zul dan yang lelain.

  4. RRC says:

    Syabas Zul, satu turning point yang akan membawa perubahan kepada usahawan-usahawan internet

  5. smartzul says:

    Sham, thanks. Actually, bukan sebab saya ni expert atau dah berjaya, cuma lebih banyak bercakap perihal keusahawanan internet sahaja kat interview tu. More kepada kesedaran dan pendidikan. :)

    Sufian, saya pun tak sabar juga! ;)

    Hasrul, insyaAllah kita jumpa lagi. Maybe saya ke Batu Pahat nanti ke. Nanti saya contact hasrul. Tadi tak abis bincang pasal projek saya tu.. ;)

    RRC (En Hazemi), terima kasih. Moga2 semua berjaya.

  6. galadriel says:

    Congratulations Zul!

    Saya berbangga Zul dapat masuk Radio. InsyaAllah next time Zul boleh membawa kesedaran tentang ‘the real internet business’ di TV pula. Terlalu ramai yang masih kabur dan ragu-ragu dengan bisnes kita ni, apatah lagi bila ia dikelompokkan bersama skim GRQ (get rich quick), online money trading dan skim ponzi. Hold the Banner of Truth for all of us… :)

  7. Zack says:

    tunggu rakaman interview la…

  8. Labanon says:

    Wah… ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berniaga melalui internet…. :D

  9. matzfain says:

    Fuh.. Tak sangka zul masuk dalam radio ye.. Muat ke? :D Gurau ye..

    Tahniah ye zul.. Nanti bila saya masuk TV nanti saya bgtau.. Huh Muat Ke Ni?

    PS: Sori.. Gurau saja utk hiburkan hati yg tluka.. Good Luck Zul.. :D

  10. ramzwatcher says:

    boleh tahan jugak kamu ni zul ya :p

  11. smartzul says:

    Labanon, usahawan internet adalah sama seperti usahawan lain. Salah satu sebab usahawan internet orang pandang sebelah mata, sebab kebanyakan orang tidak ada business minded. ;) Tu jer..

    Fai, online juga yer.. Bagus.. InsyaAllah masuk TV nanti. hehe..

    ramzwatcher, huhu, saya tak sebagus yang lain. Actually, saya lebih banyak tumpu kepada nilai keusahawanan itu sendiri. Bab expert, serah kat orang lain. :) Ermm, boleh tahan? Apa yg boleh tahan tuu..? :lol:

    Apapun, saya lakukan semua ini bukan untuk saya, tapi untuk industri ini. InsyaAllah.

  12. matzfain says:

    He he zul.. Saja ambil 20 minit ni sblm berehat lagi..

    Btul ke zul nak masuk tv.. Msti best ni.. Muat ke?

    PS: Teringat crita the Ring ada hantu kuar dr TV plak.. He he Good Luck

  13. cikgubiz says:

    Tahniah smartzul… wa buat gath ngan otai-otai internet biz… bila aku leh joint ni….

  14. Jutacash says:

    Saya pun nak ucapkan tahniah kepada yang hadir..kepada Zul dan usahawan2 internet yang lain, perjuangankan perniagaan internet Melayu…

  15. Abd Rahman says:

    mari kita ceburi bidang bisnes internet ni, tapi ingat ranjau amat berduri, tengok kawan kita dah demam, ambil cuti… kena tabah selalu…insyaallah berjaya… tahniah smartusaha… semoga anda terus berjaya….

  16. abu_muadz says:

    memang begitu.. apa yang penting.. usahawan mesti berjiwa kental.. tidak kira apa orang kata, usahawan tetap akan teguh dengan pendiriannya.. :)

  17. cikgunayan says:

    assalamualaikum..

    Thanks zul sbb buat perjumpaan ni..
    dapat jugak saya jumpa dengan usahawan internet…
    all the best..

  18. Tuah Emas says:

    congrats! zul nampaknya dah meriahkan komuniti ebiz di Johor

  19. medichuman says:

    at lease ada gambar,, boleh gak saya kenal walaupun tak jumpa.. nantilah saya jumpa kamu semua,,,

    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  20. Bunnyrich says:

    wahh..semakin hebat smartzul ni..bagus2…teruskan lagi usaha dan buktikan orang melayu kita pon boleh berjaya!! malaysia boleh!!

  21. Afzai Afandi says:

    ohh ada perjumpaan WC kat JB jugak ekk..ingatkan kat Bukit Jalil jer…tahniah bro..selangkah ke depan

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)