Mereka Semua Ada Kemahiran Komputer & Internet

Mungkin ramai yang pelik, kenapa seseorang itu boleh berjaya dengan mudah dalam perniagaan internet dan orang lain pula terlalu sukar.

Sebenarnya salah satu faktor utama adalah KEMAHIRAN Penggunaan Komputer & Internet. Tak ada kemahiran ini, sukar sikitlah untuk mendapat hasil atau mencapai kejayaan.

Tak percaya? Mari kita lihat “sejarah” atau “asal usul” para usahawan internet kita:

1. Mohd Zulfadli (SmartZul) : Anda boleh baca di sini kisah saya dari tak tahu langsung komputer kepada tahu sikit-sikit. Saya ambil masa lebih kurang 10 tahun sebelum betul-betul tahu guna komputer dan internet terutama cara buat laman web. Blog pula saya mula buat pada tahun 2005.

2. Noorizam Shah (usahawan ebay) : Jurusan Sains Komputer (UTM)

3. Mohd Zaki JomTraining.com : Jurusan Sains Komputer (UTM)

4. Yusry JomSeminar.com : Jurusan Sains Komputer (UTM). Yusry ni pakar dalam membangunkan perisian.

5. Kidino MoneyClicking.net : Jurusan Sains Komputer (UTM). Expert dalam design dan PHP Programming.

6. Sham RajaAdsense.com : Jurusan Teknologi Maklumat (UUM)

7. Shuth WangCyber : Jurusan Teknologi & Sains Maklumat, UKM. Berpengalaman bekerja sebagai IT Eksekutif selama 5 tahun di sebuah syarikat GLC. Kini usahawan internet sepenuh masa.

8. Ammar Zahar : Buat bisnes design web sejak sekolah lagi.

9. Labanon : Ada pengetahuan komputer dan internet sejak sekolah lagi. Malah sudah terdedah dengan keinginan untuk jadi usahawan jutawan walaupun masih bersekolah. Mindset juga amat penting selain kemahiran teknikal.

10. Mohd Sufian (MohdSufian.com) : Jurusan Sains Komputer (UTM) – Juga senior saya.

11. Irfan Khairi : Jurusan Multimedia Design, Staffordshire University, United Kingdom.

dan ramai lagi… Rata-rata kalau mereka bukan jurusan IT, kebanyakan usahawan internet ada pengalaman menggunakan internet dan komputer. Kiranya mereka ada pendedahan mungkin oleh keluarga atau persekitaran.

Di sini bukanlah saya bermaksud anda perlu masuk Universiti atau Kolej untuk pandai guna komputer. Tapi banyak lagi cara lain seperti belajar dari kursus, bengkel dan buku.

Ketahuilah.. Dah nama bisnes INTERNET, maka kita kenalah tahu cara guna INTERNET. πŸ™‚

Nah, sekarang selepas melihat antara usahawan internet yang sudah establish tu, barulah kita tahu bahawa mereka semua tahu guna komputer, tahu buat blog, tahu bina laman web dan pelbagai lagi perkara teknikal asas.

Dan barulah kita tahu salah satu faktor kenapa mereka yang asyik belajar strategi perniagaan internet, tapi satu sen pun belum dapat. Kerana mereka tergendala pada bahagian perkara teknikal.

Walaupun kita boleh outsource (upah orang) untuk buat sesuatu perkara, tetapi tidak semua. Bayangkan, takkanlah emel pun suruh orang tolong buka walhal dalam keadaan tertentu kita boleh lakukannya sendiri terutama emel peribadi kita. πŸ˜‰

Belajarlah banyak mana pun rahsia perniagaan internet, strategi, teknik dan taktik, tapi kalau tak tahu guna komputer, ia sedikit sukar untuk kita meraih hasil yang memuaskan.

Belajarlah.. Tak ada cara lain selain belajar dan mencuba.

PS. Dapatkan tiket percuma untuk ke seminar satu hari perniagaan internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Mereka Semua Ada Kemahiran Komputer & Internet

  1. Memang sama seperti apa yang saya perhatikan.
    Kebanyakan IM mesti ada background ilmu komputer.
    Sebab tu mereka mudah terdedah kepada ilmu perniagaan Internet.

  2. Salam bro,
    Memang tidak dinafikan mostly IM kita semua ada backgnd IT & Internet.
    Ramai lagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kita masih tidak tahu tentang internet. Memang betul cakap Bro Zul, nak bukak email takkan nak suruh orang lain tolong bukak kan :). Tapi memang ada. Mostly orang kita tahu internet nih, tapi mereka masih tidak tahu untuk mengeksploitasikan kelebihan yang ada dari internet ini. Maksud saya tidak tahu untuk membuat perniagaan secara online. Mereka bukan tidak mahu untuk membuat perniagaan online, Mahu tuh ada..Tapi kesungguhan tuh yang takder.. Contohnya cam rakan-rakan saya lah..Eh macam mana nak buat online bisnes nih? Tanya dekat 10 kali tapi kesungguhan tuh tiada. Asyik chating, main game online, tgok P**** itu yang tahu.

    Saya pun dulu langsung takder backgnd IT & Internet nih, stakat skolah menengah jek. Sbb adanya kesungguhan nak tahu lebih mendalam saya belajar sendiri dan beli ebook-ebook berkaitan jek..
    Oklah itu ajer sket sebanyak komen saya πŸ™‚

    1. Huntai, tepat sama sekali.

      Ramai yang mahu, tapi kesungguhan tak ada. Nak duit, tapi usaha tak nak. Berat kaki, berat tangan, tak nak belajar. Sorry kalau ini sedikit “kasar”, tapi ia kenyataan.

      Ramai yang nak mudah.

      ps. P**** tu apa? πŸ˜†

  3. Saya rasa sebab pendedahan yang telah dilalui oleh mereka menyebabkan mereka semua lebih senang untuk memahami pasal internet kot. Macam saya langsung tak tau apa-apa sehinggalah masuk tahun 2000 barulah kenal komputer (bukan jurusan komputer tetapi eng). Lagi satu kalau nak cepat pandai, kenalah ada komputer sendiri. Kena ada internetlah lagi baik

    Kalau komputer rosak rajin-rajinlah belajar untuk membaiki komputer tersebut. Ini pendapat sayalah. Kalau nak cepat pandai baik beli sendiri komputer sendiri dan buatlah sesuka hati. Dari sini secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran seseorang itu terhadap komputer dan internet. Ditambah lagi dengan minat yang ada tentu seseorang tu akan menjadi cepat pandai komputer? πŸ™‚

    1. Saya dulu tak tahu repair PC. Takutlah, apa lah. Tapi bila dah cuba sekali, sekarang dah tak payah minta orang lain repair dah. Alat ganti beli sendiri melainkan dah rosak teruk baru hantar kedai.

      Betul, ada komputer dan internet sendiri lagi bagus. Dua alat penting dalam bisnes internet.

  4. Ada tahu ilmu bisnes tp ilmu internet tidak tahu.
    Ada tahu ilmu internet tp ilmu bisnes tidak tahu.
    Bagus jika mereka bertukar2 ilmu, tp sayangnya ia terlalu sukar berlaku dikalangan kita.
    Yang ada hanya kutukan dan kritikan negatif sahaja.

    PS : Bagi saya ramai yg sudah silap ingin menjadi usahawan dengan memandang sebagai pemikiran jutawan tetapi tidak memandang kepada pemikiran orang yang berjaya. Selamat merenung bersama πŸ™‚

    1. Nabieel, saya rasa tak ada orang yang tak nak kongsi ilmu. Dan kalau kita kata mereka sombong, kedekut dan sebagainya, bermakna kita awal-awal lagi telah berfikiran negatif.

      Masalah sekarang adalah orang yang nak sesuatu itu tak memulakannya. Jadi bagaimana orang lain boleh membantu? Tak gitu? πŸ™‚

      Kalau kita salahkan orang yang mengkritik, kita juga perlu salahkan diri kita juga sebab kita mengata orang lain tidak mahu membantu. Padahal kita dah salah sangka. Kedua, adakah kita melakukan apa yang kita kata tersebut? Mulakan dari diri kita dahulu dan yang lain akan follow. Jadikan diri kita teladan & tak cukup suruh orang lain saja yang buat.

      Pemikiran jutawan tak salah. Kan bagus kalau semua orang berfikiran begitu. Dan setahu saya, sebahagian besar jutawan adalah baik-baik belaka. Cuma kita sahaja diselubungi pemikiran negatif terhadap mereka. Kalau nak berfikiran berjaya, buang jauh-jauh fikiran negatif dan bersalah sangka.

      Kita perlu bersangka baik. InsyaAllah hati akan tenang.

      1. thanks bro πŸ™‚

        Sy pernah bersangka baik walaupun dituduh menipu duit company tanpa usul periksa. Nasib baik yang berkata itu malu sendiri dan sedar apa yg telah dia lakukan.

        Mungkin bro berada di tempat yang mempunyai pemikiran yang terbuka. Sekiranya bro berada di kawasan yg sy duduki, huh..pening kepala melihat kerenah manusia yg tak masuk dek akal, yg hanya mampu sy lakukan adalah senyum seorg diri melihat telatahnya πŸ™‚

        PS: Seronok bila dapat jumpa blog sebegini kerana dapat bertukar pendapat

  5. Zul, saya pun tak ada basic IT dan belajar sikit-sikit dengan buku, ebook dan seminar. Asalkan ada kemahuan mesti ada jalan. Yang penting tak cepat putus asa . Yakin dengan diri sendiri yang saya BOLEH !

  6. Hi Zul,

    Saya pun takde background komputer/IT (yelah, budak kampung huhu) … mula belajar komputer masa kat matrikulasi dulu … btw, memang bisnes internet nie kena tahu asas komputer/internet/script .. kena belajar dengan otai2 atau belajar sendiri pun boleh (cuma lambat sikit nak faham & banyak try-error) hehe….

  7. Hmm…Zul, pada pandangan saya latarbelakang IT yang ada pada IM kita pasti memberikan kelebihan kepada mereka…

    Tapi tak semestinya mereka yang ada latarbelakang IT sahaja yang boleh berjaya dalam bisnes internet….

    Yang penting mereka ada kemahuan, komitmen dan kesungguhan untuk berjaya dalam perniagaan ini…kekurangan dan kelemahan teknikal yang ada boleh dipelajari secara informal…

    Yang penting mereka tahu, faham dan nampak bagaimana bisnes internet ini berjalan…

    p/s: ramai juga yg ada latarbelakang IT tapi tak ada idea nak buat bisnes internet..sbb mereka tak minat berniaga…

    p/s/s : ramai juga yg tak ada latarbelakang IT yang buat duit ribu-ribu tiap-tiap bulan sbb mereka minat dan komitmen dalam bisnes internet…

    1. Yup, betul.

      Apa yg saya ingin sampaikan melalui artikel ini adalah, kebanyakan IM yang dah berjaya, mereka amat jarang mendedahkan satu rahsia mereka:

      “PERLU TAHU GUNA KOMPUTER & INTERNET”

      Keduanya, sudah semestinya yang ada pengetahuan IT lebih mudah buat bisnes internet.

      Buatlah analisa SWOT dan fokus pada kekuatan. Yang lemah (mcm tak tahu bina website), serahkan kepada yg boleh buat (upah). Tapi asas-asas yang lain macam cara nak menaip, edit website, perlullah belajar juga. Apa-apa yang berlaku nanti mudah sikit tak bergantung kepada orang lain sepenuhnya.

  8. Memang betul,untuk berjaya dalam sesuatu bidang mesti mempunyai ilmu,yg penting sx komitmen dan minat terhadap bidang yg kita ceburi..

    saya pun tkda asas IT dan blajar dari ebook dan google,try & error dh jdi prkara biasa..hehe saya pun taktau dh brapa byk RM sy laburkan utk membeli ebook,tp sy tk kisah slagi ianya bermanfaat..

    p/s : sifat kebanyakan org melayu kita adalah inginkan kejayaan dalam masa yg singkat,bagi saya ini merupakan faktor utama kegagalan kepada sesebuah perniagaan baik perniagaan Online mahupun Offline..

  9. Pengetahuan IT memang sangat – sangat membantu untuk membangunkan perniagaan di internet. Saya sendiri tak ada pendidikan asas tentang IT, tetapi berkat ketekunan belajar sendiri, alhamdulillah… tau la serba sikit pasal programming, coding etc yang banyak diperlukan untuk pembangunan web – web perniagaan.

    Yang paling penting minat dan keinginan nak belajar. Kalau ada minat, semua boleh jadi bila kita usaha sebab kita tak kan jemu. πŸ™‚

    Last sekali, jangan cepat melatah, menggelabah dan mudah give up.

    Saya ada kenal sorang pakcik nih (umur sekitar 60 ++, bukan local person ), katanya dia type di keyboard hanya guna 2 jari telunjuk dia jer.. tp tetap boleh berjaya bina perniagaan di internet.

    Kesimpulannya, kita perlu tahu apa perkara yang nak dibuat di komputer dan di internet.

    1. Amirol, sahabat kita JimieRay JagaKesihatan.com pula menaip guna satu jari saja (jari telunjuk). Tapi dia dah ada dua blog dan hari tu siap dapat build list hampir 1000+.

      Nak seribu daya, tak nak sejuta dalih. πŸ˜€

  10. a’kum
    saye baru habis SPM dan sementara menunggu result SPM keluar saye keje jap
    tp saye ade masalah yg sentiasa saye fikirkn spt saye x tau nk amik course bhgn komputer mane sbb ade banyak course ditawarkan spt comp engenering,It dn mcm2 lg.masalahnye saye x tau nk amik yg mane satu tp saye suke bab2 komputer ni dan klau blh berilah cadangan korang kt saye course mane yg patut saya ambil

    1. Salam Faez.

      Saya galakkan saudara bertemu dengan pihak kaunselor di sekolah. Mereka akan berikan panduan bagaimana untuk memilih kursus di IPT. Bertanya pihak guru adalah lebih bagus kerana mereka lebih tahu tahap dan kebolehan saudara.

  11. Setuju dengan topik ni. Untuk berjaya dalam IM, mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer dan internet. Pengetahuan dan kemahiran tu, tak semestinya mempunyai kelulusan dalam bidang IT.
    Yang penting, ada minat untuk belajar walaupun bukan secara formal. Banyak buku, ebokk dan macam2 lagi untuk dijadikan panduan dan rujukan untuk belajar. Dan.. mestilah kena rajin explore dan godek2 πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *