Merdekakan Diri Anda…

Pada hari ini, saya tidak akan menulis mengenai perniagaan Internet kerana selain saya mahu berehat, hari ini (Jumaat) adalah hari cuti kerana sambutan hari kemerdekaan.

Malah, keesokannya iaitu 1 September 2007, SmartUsaha.com akan mencapai usia dua tahun… Saya mahu berehat, mahu menganalisis dan mahu melihat kembali apakah yang telah berjaya dilakukan, apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang tidak perlu dilakukan selepas ini.

Malaysia sudah merdeka selama 50 tahun. Kekalkanlah kemerdekaan ini sebaik-baiknya. Janganlah diwujudkan isu perkauman. Janganlah mudah menyebar-nyebarkan berita yang palsu. Itu semua dakyah musuh negara yang dengki dengan kemakmuran Malaysia…

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah hasil perjuangan orang dulu-dulu. Bukan setakat perjuangan dengan fizikalnya, malah perjuangan akalnya juga di dalam menentang pemikiran-pemikiran yang melemahkan bangsa dan rakyat.

Walaupun kita sudah merdeka 50 tahun, namun tidak bermakna kita merdeka dari segala aspek perangai, amal, pemikiran, minda, kewangan, perniagaan dan sebagainya.

Ya, sebelum kita laungkan merdeka, tanya diri kita dahulu, “sudah merdekakah aku?”. Jika tidak, laungan itu hanya memekikkan telinga semata-mata, masuk dari telinga kanan dan keluar di telinga kiri.

Kalau sekarang kita suka berfikir negatif, tidak yakin, maka bebaskan diri kita dari cengkaman tersebut.

Jika sekarang kita takut untuk memulakan perniagaan Internet, buangkan perasaan itu.

Jika sekarang kita dengki dengan kejayaan orang lain, maka buangkan sifat itu dan berusahalah agar kita juga berjaya.

Jika sekarang kita asyik berfikir negatif itu dan ini, tukarlah kepada fikiran-fikiran yang positif…

Kalau sekarang mudah benar menyanggah pendapat orang lain, sudah tiba masanya mendengar pandangan mereka dengan penuh hormat. Jika tidak setuju, hormatilah cara, pegangan, prinsip dan pendapat mereka selagi mana ia tidak memudaratkan anda dan orang lain. Kita, tidak boleh menjadi “hakim” untuk hidup orang lain.

Kalau sekarang kita suka menyusahkan orang lain, tidak kira apa bentuk dan caranya, hentikanlah sikap itu. Berdirilah atas kaki sendiri dan jangan sesekali suka menyusahkan orang lain.

Juga kalau sebelum ini kita malas untuk belajar, mengkaji dan berusaha lebih untuk perniagaan, maka kali ini, katakan pada diri sendiri, aku tidak boleh malas lagi!

Ingatlah di saat si ibu melahirkan kita, mereka mahu menjadikan kita seorang yang baik dan tidak menyusahkan orang. Tapi kalau sekarang kita suka menghasut dan memfitnah, menyusahkan hati dan hidup orang, betapa hancurnya hati dan impian seorang ibu?

Kemudian, jika sebelum ini atau sekarang ini kita rasa jauh ketinggalan, katakan pada diri sendiri, “mengapa aku perlu rasa begini??”. Sekali lagi tekankan pada diri sendiri, “aku, perlu jadi diri sendiri!“.

Maksudnya, kalau si dia memandu kereta BMW… “cukuplah aku Perodua Kancil sahaja”. Ini bukan menanamkan minda dengan impian yang rendah. Ini bukan bermaksud merendah diri tak bertempat. Tetapi, itulah hakikatnya kemampuan anda sekarang. Usahalah, kelak mungkin bukan hanya BMW, malah mempunyai Jet Peribadi sendiri.

Ingat, kejayaan bukan terletak pada harta semata-mata! Tak guna harta bertimbun-timbun, tetapi diri begitu penuh dengan sifat-sifat yang negatif.

Pendek kata, jika sekarang kita mempunyai sesuatu yang negatif atau sifat mazmumah (buruk), usahlah lagi menyimpan sifat, sikap dan perangai tersebut. Ia bukan hanya menyusahkan diri sendiri, malah menyeret sekali orang lain.

Tidak kisahlah kita mahu melihat aspek negatif itu dari segi Agama, motivasi diri, minda atau apa-apa saja cara, janji anda melihat dengan ilmu yang benar, penuh keinsafan dan boleh mengubah diri kepada yang lebih baik. Yang penting, kita diredhaiNYA.

Untuk itu, saya dan blog ini akan berehat sementara waktu untuk bertanyakan diri sendiri, “sudah merdekakah aku?”.

Jumpa lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Merdekakan Diri Anda…

  1. slmt pagi semua,
    sebelum nak menglaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!,,,
    ingat apa zul kata…tanya kepada diri sendiri dulu…
    kalau betul kita dah merdeka, baru kita menglaungkan
    MERDEKA!!!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

    hah tu dia…
    saya bangga menjadi anak malaysia!

    han

  2. Ketika Malaysia mendapatkan kemerdekaan saya belum lahir lagi.Setelah 7 tahun baru saya lahir.Nasib saya sungguh bertuah kerana saya dilahirkan di bumi bertuah ini.Dari satu pemimpin ke satu pemimpin negara ,sehinggakan menjadi idola negara2 membangun yang lain.Jadi saya rasa kita rakyat Malaysia jadi lah bangsa yang dicemburui dalam segala aspek kehidupan.
    Untuk ZulSmartUsaha,semoga blog anda merdeka dari segala fitnah dan keji.

  3. Pg smlm time tgk perarakan, terlintas kt kepala teringat pejuang2 kemerdekaan dulu… bile baca artikel zul ari ni, mmm!! sependapat ngan zul.. “aku ni dh btul2 merdeka ke?” Harap dgn semangat kemerdekaan kali ni, segala ape yg blum merdeka lg dlm dr sy, ble bg “merdeka” tahun ni… 😉

  4. Ya Zul, teringat saya satu lirik dikir barat. Apa erti kemerdekaan. Kalau kita tak nak terima perubahan, sedangkan orang lain sudah jauh ke depan. Apa diharapkan kepada laungan di mulut sahaja. Selepas itu sama sahaja. Minda tetap dijajah. Perangai juga dijajah. Cara hidup barat menjadi kiblat. Apa erti merdeka…
    Semoga Allah Taala memelihara kita dari sebarang bentuk penjajahan…

  5. salam zul
    bila saya baca blog awak nie memberi motivasi kpd diri saya..dan buatkan saya teringin nak berblog, ada ramai kenalan dalam masa yg sama nak gak duit masuk :mrgreen: masalah nya..saya nie tak le berapa pandai dlm IM nie
    perlu kan bantuan dan bimbingan.. tapi tak tau nak mula dr mana..untuk pengetahuan zul saya tengah mencari info dr blog nie…terima Kasih zul….harapan saya blog nie dapat membantu saya…

  6. assalamualaikum,

    merdeka bukan hanya pada negara, tetapi yang penting diri kita. diri kita mesti merdeka dari ape yang telah zul tulis di atas.

    happy birthday kepada smartusaha.com.. insya’Allah semoga lebih maju.

  7. Tahniah SmartUsaha atas kelahiran anda. Berinformasi, mantap dan penuh dengan motivasi. Semoga dengan adanya blog seperti ini akan lahir ramai lagi IM dikalangan kita. Amin~

  8. sudah pasti satu hari nanti blog zul ni akan melahirkan IM yang berjaya…amer!!!
    terutamanya kita lah…
    haha…
    jadi jangan putus asa pl kalau gagal…
    kita kena terus membangun…
    kebanyakan org, mereka gagal, mereka dah putus asa…

    saya masih igt lagi…
    sahabat kita FAI…
    sekarang entah buat apa…
    tapi ebiz sedang menantikan kemunculan FAI…

    han

  9. merdeka yang berlalu jadikan pedoman dan merdeka akan ttap terus datang da hadir dalam kehidupan kita setiap tahun…

    jadi sekiranya anda mempunyai hutang yang berlipat2, anda memng takleh sambut merdeka. tak ada makna sambut merdeka sedangkan hati nurani tidak merdeka dari beban hutang berlimpah ruah…

    1. hah…
      betul tu abdfatah…
      kalau ada hutang mcm mana nak merdeka…
      hati pun tak senang…
      runsing sini, runsing sana…
      fikir ni, fikir tu…hehe..

      merdeka kan diri kita dulu!

      han

    1. hehe…
      betul tu abdfatah…
      merdeka diri kita dari skim cepat kaya…
      nanti cepat kayap mcm DR irfan cakap dalam audio dia…

      han

      1. Merdeka kah kita , kalo masih nak pakai tie pegi pejabat ❓
        Merdeka kah kita , kalo setiap kali jumpa orang putih di panggil sir ❓ Merdeka kah kita kalo setiap kali 31 Ogos kita berkonsert sampai ke pagi dan asyik panggil artis je .

        Merdeka itu ada dalam diri. 😀

  10. saya mahu merdekan diri saya dari hutang yang dah lama berlapok tak terbayar. kalo dah merdeka dari hutang memang untung lumayan laa jadinya…

    kalo “jeles buta” tengok orang yang telah berjaya maka cara yang paling mudah dan senang adalah merdekakan diri anda dari sikap PHD yang keterlaluan dan fokuskan kepada kejayaan untuk semua… jangan jadi hackers…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *