Menjual Produk ‘Percuma’ : Salah atau Boleh?

Salam bahagia semua, semoga sihat hendaknya.

Artikel kali ini, saya ingin memberikan pendapat mengenai menjual produk percuma.

Produk Percuma: Produk yang didapatkan secara percuma tetapi ada harga (boleh dijual beli) dan bukan produk yang diedarkan percuma dan ia tiada harga (bukan untuk dijual beli)

Saya menulis artikel ini ada dua sebab:

1. Menghilangkan kekeliruan sesetengah orang

2. Ada orang kata saya penipu setelah menjual beberapa produk yang boleh dijual ;)

Baik, saya amat yakin sebahagian besar anda adalah “kaki download” produk percuma seperti perisian, ebook, audio, video dan sebagainya. Begitu juga saya, hehe.. Apa yang biasanya kita download adalah:

1. Produk percuma yang tidak boleh dijual-beli (just for personal use) dan tidak boleh disebarkan tanpa izin

2. Produk percuma yang tidak boleh dijual-beli tetapi boleh diedarkan dengan syarat tidak mengubah mana-mana bahagian produk

3. Produk percuma yang boleh dijual-beli samada resell rights, master resell rights atau private label rights dengan beberapa syarat seperti hanya boleh dijual dan tidak boleh diberi percuma (maksudnya kalau nak bagi kat orang lain, kena jual/ada harga, bukan bagi free)

4. Sama seperti no. 3 tetapi boleh diberi percuma kepada orang lain atau dikenakan harga. Dalam bahasa mudah, suka hati anda selagi tidak melanggar syarat tertentu.

Ok, cukup contoh jenis produk percuma tersebut. Secara umum dan kebanyakan, produk-produk percuma jenis itulah yang kita download bukan?

Persoalan di sini, salahkah jika kita menjual balik produk yang kita download secara percuma itu untuk jenis no 3 dan 4? Untuk memudahkan anda menjawab soalan saya ini, biar saya berikan klu dia. ;)

Anda diberikan kebenaran untuk menjual produk yang diberi secara percuma itu untuk apa sahaja harga yang anda mahu…

Saya tidak mahu memberikan jawapan saya di sini kerana jika anda faham klu yang saya berikan, maka itulah jawapan saya. ;)

Persoalan lain, jika kita boleh menjual produk yang di-izinkan untuk kita jual kembali, maka adakah kita dikatakan sebagai penipu? Soalan ini biar saya jawab: TIDAK. Hanya mereka yang tidak tahu dan keliru dengan diri sendiri sahaja akan mengatakan orang yang menjual produk yang boleh dijual sebagai penipu. Mereka ini tidak faham sebenarnya dan mungkin jiwa mereka tidak ada unsur keusahawanan. :)

Mungkin tulisan saya ini tidak dipersetujui oleh sesetengah orang (ada, anda jangan kata tak ada). Kepada mereka yang susah untuk mendengar dan berlapang dada dengan pendapat orang lain, maka sudah tiba masanya untuk anda cuba belajar mendengar pendapat orang lain dan menilai dengan hati yang tenang.

PS. Apa pendapat anda akan hal ini? Orang luar tidak pun bersoal-besar akan hal ini tetapi kebanyakan orang kita masih lagi di takuk lama.. Mungkin kefahaman asas tertentu belum ada (boleh dimaafkan).

Soalan Cepu Emas:

Saya memberikan satu produk saya secara percuma untuk anda dan saya mengizinkan anda menjualnya dengan apa sahaja harga. Kemudian ada orang mengata anda seorang penipu kerana produk ini boleh didapatkan secara percuma daripada saya. Maka adakah tuduhan mereka itu betul? Jawab jangan tak jawab, hohoho.. ;)

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Menjual Produk ‘Percuma’ : Salah atau Boleh?

  1. alamak macam terkena batang hidung…hehehe…
    Produk saya pun boleh download kalau nak,kalau nak jual pun boleh dengan quote ni
    “if you want to distribute (sell or give away) the CD, feel free to do so”

    Yang penting kita faham apa yang kita buat.Jangan ikut suka hati kita je terutama produk orang lain yang tak beri kita kebenaran untuk jual,tapi kita jual jugak…dah tentu melanggar syarat dia.Kalau nak jual tu baca & faham betul-betul syarat yang dipaparkan tu.

    Saya tahu produk Zul tu mungkin orang boleh dapat percuma dari internet.Tapi kalau diorang dah tahu benda tu boleh dapat percuma,kenapa nak beli jugak?kenapa tak download sendiri je?Orang yang tuduh penipu tu sebenarnya dia tak paham apa makna private label,master resell dsb.

    Kalau produk tu kita dapat percuma tapi boleh dijual,terpulanglah pada kita nak jual ke tak..nak bagi percuma pun boleh…apa hak orang lain nak tuduh kita penipu pulak?isk pelik betul la…hehehe

  2. Konsepnya macam ni.. Yang kita jual bukanlah produk software atau ebook tu (yang percuma). Tapi kita menjual perkhidmatan “mendownload”.

  3. Mmg betul pandangan Zul. Tapi ada juga yang menjual ebooknya sendiri dengan baca dahulu bayar kemudian tetapi mmg dah azali manusia tak semua yang dah baca membayarnya.

  4. zul, tq for tips;

    bagi saya, jika kita berbuat sedemikian, kemungkinan rezeki yg kita dpt hasil jualannya tidak berkat, dan jika dpt banyak pendapatan sekalipun drpdnya, pastinya duit itu akan hilang tanpa disedari.

  5. “bukan senang nak jadi senang”
    Tu lar ungkapan yang selalu kita dengar apabila menceburi bidang ebiz nie. Byk benda yg perlu kita tahu.. bukan untung sahaja yg perlu ambil kira tapi bagaimana perniagaan kita mengikuti undang-undang atau peraturan ebiz ni.. So baru lar bleh bertahan lama..

    Zul, apa pun thanks for your info

  6. Heheh, jawapannya amatlah jelas … xyah lagi la nak terangkan . Pendapat saya pon amatlah jelas –> sama cam smartzul . Kita tak menipu, tapi mengambil peluang atas kemalasan dan kekurangan ilmu org melayu kita nih yg malas dan tak tau mencarik benda percuma tuh … hehehe . Kalau anda tahu, download jerla secara percuma. Kan senang. :)

    Pernah dengar MRR, PLR, RRP ?? Kalau x pernah dengar menatang tuh xyah la nak cakap smartusaha menipu .. salahkan org melayu kerana kurang ilmu :)

    Tips nak barang percuma: Search jer kat google “Free ___ download” .. kan senang

  7. Betul.. yang penting jgn mudah kondemkan org… maklum laa.. kadang2 kita terasa diri kita pandai… dan kita je la yang betul.. hehehe..

    biasanya masalah macam zul nih.. saya jawab dengan baik dan panjang lebar… dan keputusannya biasanya baik setelah dengar penjelasan saya.. hehehe

    well.. kadang2 kita pikir kita cerdik.. tapi ada org lagi cerdik dari kita..

    p.s: bunga2 sket jawapan saya. tak apa ya.. hehehe

  8. “PS. Apa pendapat anda akan hal ini? Orang luar tidak pun bersoal-besar akan hal ini tetapi kebanyakan orang kita masih lagi di takuk lama.. Mungkin kefahaman asas tertentu belum ada (boleh dimaafkan).”

    Btul.. Org kita hanya akan cakap kita penipu bila dia sudah membeli produk percuma yang kita jual cthnya ebook percuma yg diberi hak utk mnjualnya kembali dan apabila dah bacanya dia mendapati smua produk tu percuma.. Salah siapa? Salah sendirilah sbb pemalas nak mencarinya sblm membeli dan jgnlah mnyalahkan org lain plak..

    PS: Allah S.W.T menciptakan akal untuk manusia berfikir yg mana baik buruk.. So terpulanglah.. ;)

    PPS: Eh, ni pndapat peribadi yg xdituju kpd sesiapa pun.. Kalau terasa maaflah tp kalau yg pahit tu telanlah kalau ia penawar.. ;)

  9. yap, saya setuju dengan anda zul, coz benda yang dah diberi keizinan dijual, kita boleh la jual…xkisah kalau dia memang bagi free…lainlah kalau benda tu x bagi jual…
    lagipun, ia bagus coz dapat membantu usahawan baru yang masih tercari-cari produk yang hendak dijual..
    mesti rezeki penulis tu bertambah disebabkan bantuan dan sumbangan yang beliau berikan pada orang lain :)

Comments are closed.