Menjual di Facebook: Tak ada orang beli produk anda?

Pelanggan Tidak Membeli?

Facebook Page anda sudah mempunyai banyak Like (prospek), namun sukar mendapat jualan…

Malah ramai yang bertanya melalui ruangan komen dan Inbox (Message), tetapi mereka tidak juga melakukan pembelian…

Yang paling memelikkan, orang yang sama tetap bertanya soalan namun tidak membuat sebarang pembelian.

…Apakah sebabnya…?

Antara sebabnya adalah mereka ragu-ragu, risau dan takut. Ini disebabkan kerana mereka belum mengenali kita dan belum ada pengalaman berurusan dengan kita.

Menjual kepada pelanggan baru memang sukar berbanding menjual kepada pelanggan sedia ada…

Pelanggan baru mempersoalkan siapa kita, jujurkah kita, baguskah layanan kita dan cepatkah barang diposkan? Fitrah manusia mahu berurusan dengan penjual yang mereka rasa yakin, selesa, jaminan servis yang baik dan selamat.

Jadi…

Berikan mereka JAMINAN dan tunjukkan bukti yang kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Kongsikan testimoni positif pelanggan sedia ada.

  • Berikan jaminan penghantaran segera dan selamat.
  • Berikan jaminan pulangan wang.
  • Jaminan boleh tukar produk jika kita tersalah hantar.
  • Tunjukkan gambar tempahan-tempahan yang telah diposkan.
  • Tunjukkan perkara yang sedang dilakukan seperti gambar borang poslaju / kurier.
  • Letak pengiktirafan pihak yang ada autoriti (logo, sijil, keratan akhbar, dan lain-lain…).
  • dan banyak lagi cara lain…

Kepercayaan dan jaminan adalah faktor yang paling utama dalam menukar prospek kepada pembeli. Dengan memenuhi dua faktor itu, proses menjual akan menjadi lebih mudah.

menjual di facebook

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Menjual di Facebook: Tak ada orang beli produk anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *