Menjadi usahawan yang sibuk, produktif dan berjaya

Terdapat dua jenis orang yang sibuk:

  • Sibuk dengan perkara yang merugikan
  • Sibuk dengan perkara yang menguntungkan

Apabila kita menyibukkan diri dengan perkara yang menguntungkan sahaja sama ada untung dari segi kewangan, kesihatan, perhubungan sesama keluarga dan sebagainya, kita akan menjadi seorang yang amat produktif, yang hasil akhirnya adalah sebuah kejayaan. Namun syaratnya adalah kita perlu melakukan dengan efektif (cara yang betul).

Kemudian, terdapat dua jenis usahawan:

  • Usahawan yang berniaga cara biasa-biasa
  • Usahawan yang kreatif dan berbeza.

Usahawan yang hanya melakukan cara yang sama, ditambah lagi dengan cara yang biasa-biasa, usahawan ini akan sukar untuk meraih kejayaan yang besar. Mereka teramat sukar untuk mengalami perubahan dan peningkatan dalam perniagaan.

Manakala bagi usahawan yang kreatif dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, mereka biasanya akan lebih jauh ke hadapan. Perbezaan ini bukanlah pada asas dan prinsipnya, tetapi pada ‘pandangan mata’ dan strategi sahaja. Contohnya dua buah kereta yang menggunakan enjin yang sama, tetapi mempunyai rekabentuk yang jauh berbeza, di mana rekabentuk yang lebih menarik dan ergonomik biasanya lebih mendapat sambutan.

Jadi tuan dan puan para pembaca, kita pilih untuk menjadi usahawan yang bersungguh-sungguh, mempunyai visi dan misi yang menggugah jiwa, bersemangat waja, bertindak tanpa bertangguh dan melakukan usaha dengan cara yang berbeza. Semoga kita menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Menjadi usahawan yang sibuk, produktif dan berjaya

  1. kadangkala tergugat dengan aktiviti2 di media sosial, asal niat nak tingkatkan jaringan, tetapi last2 tersangkut dengan aktiviti luar niaga :)Ada petua tak utk elak buang masa di media sosial sambil mempromosikan Perniagaan kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *