Keusahawanan: Bukan Titik Noktah Segalanya…

Ramai yang mahu jadi usahawan. Kononnya dengan menjadi usahawan, diri lebih cepat berjaya, kaya, berharta, dihormati, dikagumi dan jauh meninggalkan orang yang hanya makan gaji.

Betulkah? Boleh diterimakah alasan sebegitu? Adakah hanya usahawan penyelamat sesebuah negara?

Jawapannya TIDAK.

Jika ditanya kenapa tidak, mudah sahaja jawapannya. Kita perlukan petani, kita perlukan penyapu sampah, kita perlukan pemandu bas, kita perlukan tukang masak, kita perlukan pakar komputer, kita perlukan cerdik pandai dalam pelbagai bidang dan kita perlukan sesiapa sahaja.

Jika anda seorang usahawan, jangan sesekali ego atau berlagak dengan kekayaan anda. Tanpa mereka yang bukan usahawan seperti anda, anda tidak dapat hidup senang. Yang tidak tidur malam, yang menjaga keamanan negara (polis, tentera), yang memantau kuasa elektrik siang dan malam sehinggalah kepada si tukang angkut barang-barang yang kita perlukan.

Itu jika kita lihat yang ‘bawah’, tidak lagi yang atas. Kita perlukan para pendidik seperti guru, pensyarah, bijak pandai seperti ulama, saintis, para penyelidik, pemimpin dan juga pentadbir.

Mengapa saya bangkitkan hal ini?

Kerana saya memerhatikan, ramai sangat yang sedang elok-elok bekerja mahu melompat ke alam keusahawanan. Mereka tidak tahan lagi dengan kerja makan gaji. Tapi apabila dikaji balik, rupa-rupanya masalah tidak tahan itu berpunca dari mereka; Masalah dalaman.

Mereka tidak tahu (atau tidak mahu tahu?) bagaimana menjadi pekerja yang baik dan berdisiplin. Mereka tidak tahu bagaimana berhadapan dengan bos yang garang. Mereka tidak tahu bagaimana berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja. Paling teruk, mereka tidak tahu bagaimana bekerja dengan baik dan efektif bagi mencapai matlamat syarikat atau jabatan.

Itu puncanya, bukan sebab kerja. Lainlah jika kerja itu tidak sesuai dengan diri, carilah kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa. Sebaliknya, ramai yang terpengaruh dengan cerita-cerita manis seperti “jadi jutawan”, “duit mudah dengan bisnes”, “10,000 sebulan”, “duduk diam buat duit” dan sebagainya.

Ia (buat duit banyak dengan bisnes) bukanlah mitos, malah ia sudah terbukti. Tapi ingin saya katakan, ia biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap itu. Dan biasanya yang mahu meninggalkan alam pekerjaan selain tertekan dengan kerja adalah kerana sudah terpengaruh dengan cerita-cerita ini yang menyatakan hidup senang, kereta besar, melancong ke sana sini, banyak masa untuk rehat dan sebagainya.

Saya rasa, jika ditanya kepada usahawan yang berjaya mereka pasti akan katakan, kerjaya usahawan ini lebih mencabar dan lebih susah daripada kerja makan gaji. Ketahuilah, tidak semua orang sesuai menjadi usahawan sepenuh masa. Mungkin hanya sekadar menambah pendapatan atau melakukan secara sampingan itu sudah memadai.

Fikirlah ‘beribu-ribu kali’ sebelum membuat keputusan untuk lari daripada kerja makan gaji bagi melakukan perniagaan sepenuh masa. Salahkah? Jijikkah? Low standardkah kerja makan gaji?

Sebelum mengatakan kerja makan gaji itu tidak bagus, tanya dahulu diri sendiri, kerja yang bermasalah atau aku yang bermasalah?

Saya juga menyatakan hal ini kerana melihat, ramai para cerdik pandai kita berhenti menjadi pendidik kerana sudah membuat duit yang banyak. Gaji sebelum ini RM5000, tapi dengan bisnes sekarang (bisnes atau skim cepat kaya?) sudah mendapat RM20,000 sebulan. Biasanya ayat sebegini digunakan oleh geng-geng skim cepat kaya atau MLM (kebanyakan).

Sorry to say, itu pengalaman saya dalam MLM. Alih-alih dijadikan mereka yang ada PhD, Doktor dan pegawai yang telah berhenti kerja makan gaji untuk mengumpan orang lain. Paling teruk, orang ramai dipengaruhi agar kelak mereka juga boleh berhenti makan gaji. Parah, kritikal dan rosak masyarakat jika hal ini tidak dibendung.

Tidak perlu belajar tinggi-tinggi, tak perlu ambil diploma, ijazah, PhD dan sebagainya. Tengok tu Bill Gates, tak lulus Universiti pun boleh jadi jutawan. Tengok si usahawan Internet tu, dia tak lulus pun SPM boleh jadi kaya. Pemikiran-pemikiran sebegini sebenarnya boleh merosakkan kekuatan bangsa kerana akan wujud bangsa yang malas belajar dan mahu pergi lebih jauh. Sebaliknya hanya fikir duit dan duit. Padahal Bill Gates sendiri telah berpesan, “belajar baik-baik sampai habis!”.

Biasanya, kisah-kisah tak belajar tinggi tu banyak di dalam buku-buku motivasi. Bukan tidak boleh, tetapi jika tidak dikawal, ramai pula yang tidak mahu bersekolah. Betapa ruginya generasi kini dan masa depan.

Tidak Salah Berhenti Kerja

Tidak salah berhenti kerja sebab itu adalah hak individu dan sudah pasti ada penggantinya, tetapi janganlah mempengaruhi seseorang yang tidak mampu atau sesuai menjadi usahawan atau melakukan seperti apa yang kita lakukan. Kita mampu, tidak mereka. Lagi-lagi jika mereka tidak berminat.

Saya tidak berani dan insyaAllah tidak mahu menggunakan taktik ‘kotor’ seperti menggunakan ayat “beli Ebook ini dan jana RM20,000 sebulan!” atau headline sebegini, “siapa lagi yang mahu membuat RM1000 sebulan?”. Seolah-olah memang akan dapat hasil sebegitu, tiada ragu-ragu, confirm!. Paling teruk, ada yang menyatakan, “kini, anda tidak perlu kerja lagi, ucap selamat tinggal kepada bos anda!”.

Ini bukan cara kita orang timur. Itu adalah ayat-ayat dari Barat.

Habis? Bagaimana?

Apa yang perlu kita terapkan adalah mengenai realiti keusahawanan. Mendidik dan mengajar dengan ikhlas, bukan hanya mahu wang dan keuntungan semata-mata. Buat masa ini, saya belum berjumpa dengan sebuah buku dalam Bahasa Melayu Malaysia yang betul-betul mengajar apa itu perniagaan yang sebenar-benarnya, seninya, caranya dan hal-hal yang berkaitan. Amat sukar sekali.

Walhasilnya, maka adalah suara-suara yang mengatakan “buku ni hanya mahu buat duit sahaja. Tajuk sahaja gempak, tapi isinya copy and paste“. Buku jenis ini tidak salah, tapi sebaiknya dalam masa yang sama ada buku-buku evergreen yang boleh dirujuk sepanjang zaman untuk generasi seterusnya. Inilah dikatakan sebagai khazanah yang amat berharga.

Kesimpulan

Jika anda mahu menjadi usahawan (sepenuh masa/dijadikan sebagai kerjaya), tanya dahulu diri sendiri:

Sudah ada ilmukah aku?

Sudah bersediakah aku dari segala aspek?

Sudah ada perancangan ke aku untuk perniagaan?

Kuatkah emosi dan kesabaran aku untuk hadapi cabaran? Beranikah aku?

Jika kebanyakan jawapan kepada persoalan di atas adalah TIDAK, maka jangan ringan kaki untuk melangkah ke alam keusahawanan. Jangan sesekali. Belajarlah dan mahirkan dulu dengan ilmu-ilmu keusahawanan. ‘Jangan terjun ke air yang dalam jika belum pandai berenang’.

Dari aspek lain pula, anda bekerjalah bersungguh-sungguh dengan kerja makan gaji anda sekarang. Tiada yang jeleknya, malah ia amat terpuji di sisi Agama. Dari saat bangun pagi yang amat sukar dilakukan oleh orang lain dan kemudian bersesak-sesak di jalan semata-mata mahu menjalankan amanah yang dipikul, adakah itu tidak mulia?

Anda sebenarnya juga perwira kepada negara kerana sama-sama membangunkan ekonomi negara. Jika memang terbukti rezeki anda bukan dalam keusahawanan, maka itulah hakikatnya. Jangan dilayan dengan kaki-kaki yang menghasut anda buat duit mudah. Mereka semua itu tukang karut-marut dan perosak bangsa.

Ingat, tiada istilah duit dan kaya dengan mudah secara hakikinya. Kalau ada, ia hanya barang yang sementara sahaja…

Seperti biasa, tulisan saya bukan hanya mahu mengingatkan orang lain, malah diri sendiri juga. Hidup, pemikiran dan pemahaman, adalah seperti ombak, terkadang tinggi, terkadang rendah, tidak menentu. Pemikiran dan kata-kata semalam, mungkin hanya untuk semalam, tidak untuk esok atau lusa. Semoga bermanfaat dan membuka minda kita untuk berfikir.

Kepada anda yang mahu berhenti kerja dan mahu menjadi usahawan sepenuh masa, fikir-fikir dahulu!

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Keusahawanan: Bukan Titik Noktah Segalanya…

  1. slmt pagi zul dan semua,
    saya setuju sangat dengan pendapat zul ni…
    ramai orang ingat keusahawan tu senang…
    nama dah keusahawan, kalau tak usaha mana boleh berjaya dengan begitu senang…

    utk header yang 10,000 sebulan tu, memang buat orang menguja…
    tapi kita kena ingat, mereka tu dapat 10,000 sebulan tu bukan goyang kaki…
    mereka telah usahakan dalam masa yang lama… sekurang2nya 2/3 tahun…
    kalau kita nak 10,000 dalam sebulan, rompak bank lah senang…hehe… πŸ˜†

    untuk geng-geng MLM tu, mereka berhenti kerja setelah mereka berjaya…
    bukannya join je MLM terus berhenti kerja…
    yang belajar tak habis tu pun dapat berjaya kerana mereka berusaha…
    bukan kerjayaan tu datang bergolek…
    tapi, seperti zul katakan, mereka gunakan ayat :
    belajar tak habis pun boleh berjaya… ini boleh rosakkan generasi akan datang…
    mereka akan jadi tidak berminat untuk belajar…
    lama-kelamaan, generasi ini akan membawa susah kepada mereka sendiri…

    han

    1. maka belajarlah secara santai dan menyeronokkan. kalo belajar dengan cara yang membosankan memang takkan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam kehidupan…

      1. memang betul tu kalau belajar main2 tak guna…
        hasil takkan datang…
        nak buat benda tu buatlah betul2…
        sampai berjaya…

        han

  2. Saya sangat tertarik dengan tulisan saudara ini.
    Memang benar kata saudara “Keusahawanan: Bukan Titik Noktah Segalanya…”.

    Namun, satu perkara yang ingin saya bangkitkan ialah ;
    “Bagaimana pula orang yang bekerja hanya kerana WANG/DUIT??”
    Awal pagi, gelap-gelap lagi, dah pergi kerja.
    Dah gelap, malam, baru balik kerja.
    Cukup bulan dapat gaji, bayar hutang kereta, hutang rumah, bil air, bil letrik, bil telefon, bil kad kredit…hujung bulan kering kontang.
    Begitulah bulan demi bulan, tahun demi tahun.
    Apa kesudahannya mereka yang seperti ini?

    Saya tak mahu jadi seperti itu.
    Anda semua bagaimana?

    1. kalo kerja sekadar ingat duit semata-mata memang sukar sikit nak hidup atas dunia ini. pagi petang siang malam asyik kerja hanya untuk cari duit aje… takkan takleh nak ingat menda lain…? duit aje yang hendak diingat…? ish ish ish ish… duit punya pasal…

  3. Tiba-tiba, ramai orang pulak yang ingin menanam pokok durian kerana mereka nampak pokok-pokok durian Pak Joel dan Pak Armand berbuah beratus-ratus biji dalam satu malam. 😯

    Banyak orang juga yang ingin lepaskan day time job mereka dan menjadi usahawan durian. πŸ’‘

    ➑ Tapi ada banyak rahsia yang orang ramai tak tahu.

    Pak Joel dan Pak Armand telah menggunakan masa lebih 10 tahun untuk menanam pokok-pokok durian tersebut dan telah menjalankan banyak kajian untuk mendapatkan baka pokok durian yang baik. :mrgreen:

    Jangan bagi tau Pak Joel dan Pak Armand yang saya kongsi rahsianya di sini tau. Shhhh…. πŸ˜›

    1. yeaa… sebagaimana buah-buahan yang menghasilkan pulangan yang setimpal dari usaha bertahun-tahun hidup atas muka bumi ini. nak jadi buah durian bukan dalam masa yang singkat. kalo anda tanam durian dan mengharapkan esok lusa anda akan dapat hasilnya dah tentu anda kecewa…

  4. Assalamualaikum sahabat2.

    Memang betul apa yg saudara zul katakan. Keusahawanan bukan sesuatu yang mudah, tapi ia mesti diusahakan secara bersungguh2..Tapi kita juga kena tahu bahawa keusahawanan juga bukan bakat,tapi boleh dipelajari.

    Bagi mereka yang telah pun makan gaji dan ingin menceburi bidang keusahawanan dia mesti rajin belajar apa sahaja yg berkaitan dengan keusahawanan. Paling penting disiplin hendaklah dipraktikkan.Kalau dulu masa makan gaji boleh bangun pagi2 nak pegi kerja,so bila dah jadi usahawan jangan pula susah nak bangun pagi.Kalau dulu kerja 8pg-5ptg, dlm keusahawanan pun kena tetapkan masa untuk jalankan perniagaan.

    Kerja makan gaji tak salah,keusahawanan pun sama.Malah Nabi kita sendiri menyebut 9/10 rezeki di muka bumi datangnya dari perniagaan. Pada saya bidang keusahawanan lebih banyak membuka minda kita,lebih banyak mengeluarkan potensi dlm diri seseorang..Bidang keusahawanan mendatangkan banyak PELUANG,tetapi setiap PELUANG itu akan datang juga dengan cabaran.Mereka yang tahan dengan cabaran itu yang akan berjaya memperoleh PELUANG itu.

    Tapi dalam memilih peluang keusahawan itu kita jangan pulak kelabu mata bila melihat satu peluang yang dikatakan boleh mendatangkan hasil yang besar dalam waktu yang pendek.Tiada perniagaan yang boleh buat kita kaya sekelip mata. Beri masa pada diri kita untuk berjaya.At least 6bulan-1Tahun untuk kita menjayakannya. Apa yang sedihnya ramai orang kita yang baru buat bisnes tak sampai sebulan,dah mula putus asa. Sedangkan kalau makan gaji pun,diperingkat awal mana ada kenaikan gaji.Lepas setahun baru ada.Itu pun sikit jer.Jadi dalam perniagaan takkan kita tak boleh nak bersabar.

    So lastly,sempena bulan Ramadhan ambil peluang untuk kita berdoa Allah memurahkan rezeki kita dalam perniagaan sebab bulan ni bulan yang paling berkat dan orang berpuasa doa nya dimakbulkan..Salam Ramadhan,Salam Keusahawanan!

  5. 9 per 10 rezeki adalah dari perniagaan. Pendek ‘statement’ itu tapi dalam maknanya. Ianya juga membawa kita berfikir 1 dari 10 adalah rezeki adalah selain perniagaan, anda harus ambil dahulu yang pertama itu sebelum mendapat 9 lagi. Tidak boleh terus ambil yang ke 2 mahupun terus ambil 9 sekali gus.

    Pekerjaan memberikan kita banyak pengalaman, terpulang kepada individu untuk menceburi bidang keusahawanan selepas mereka sudah ada pengalaman yang mencukupi. Namun sekiranya pengalaman belum cukup, sebaiknya bekerja lah dahulu.

    Perlu di ingat, pekerjaan memerlukan ilmu juga, ianya datang dari pembelajaran, lagi tinggi pembelajaran seseorang, lagi besar pengalaman yang akan diperolehi.

    Perlu ingat juga, belum tentu berjaya dengan pengalaman dan pengetahuan kalau tidak ada daya usaha, sebab ianya berkait rapat.

    Ilmu + Pengalaman + Usaha = Kejayaan!
    Belajar > Makan Gaji > Perniagaan = Kejayaan!

    Mamat yang hanya belajar takat SPM, tidak akan berjaya dalam perniagaan kalau dia takde ilmu dalam bidangnya, mamat ini mendapat ilmu dari pekerjaan awalnya, dan dia berusaha untuk membuka perniagaan di atas apa yang dia tahu, bukannya membuka perniagaan di atas apa yang dia tak tahu dan tidak ada pengalaman.

    Namun hasrat orang yang mempunyai minat keusahawanan harus di galakkan, cuma mereka perlu di bimbing.

    Salam usahawan!

    1. yeaa… sekiranya mereka dah ada minat dalam berniaga, mereka perlukan bimbingan yang sewajarnya untuk terus memantapkan lagi ilmu usahawannya itu agar dapat berdikari dengan jayanya…

  6. Saya nampaknya setuju dgn pendapat Zul berkenaan hal ini. Especially part niat mereka samada merea genuinely interested dlm bidang perniagaan atau sekadar as a reason to escape office job that they can’t cope because less skillful knowledge dalam menguruskan hal pejabat.

    anyway, impian adalah hak milik setiap insan. semoga kita semua dpt capai end result apa yg kita mahu samada through makan gaji atau berniaga.

  7. Ho ho sebelum bersuara nampaknya En Ramdzan(Perantis Internet) telah bertukar arena? walauapapun tahniah nanti kita sembang.

    Pendapat saya tidak perlu tergesa gesa untuk berhenti makan gaji semata mata untuk mengejar gelaran jutawan. Tidak dinafikan sapa yang tak nak tetapi berpada pada bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri dahulu.

    Tetapi jika kita telah bersedia mengapa tidak mungkin dengan perniagaan yang kita ada ianya dapat membantu orang lain pula yang memerlukan cth menwujudlan peluang pekerjaan.

  8. yang penting niat kena perbetulkan. Langkah kena berhati2 dan diperkemaskan.

    pegang pada pepatah ni…”bukan senang nak jadi senang, bukan sukar nak jadi susah.” sudah dpt beri kta gambaran yg dunia usahawan yg sebenar penuh rintangan.

  9. Saudara Zul,
    Tak semua perniagaan MLM tu tak baik. Biasalah, dlm banyak2 mestilah ada yang buat tak betul.Kalau tak, takderlah dosa dan pahala.

    Ramai juga yang berjaya dengan jalan yang betul dlm MLM,cuma akhir2 ini sahaja ada pihak yang buat skim,tapi mendakwa mereka buat MLM.

    So kita jangan pandang negatif pada industri MLM kerana kalau ia tidak baik dah lama kerajaan haramkan. Ramai orang dlm MLM yang sabar,berusaha, paling penting membantu rakan2 mereka untuk berjaya. Tiada kejayaan individu dlm MLM tapi kejayaan sekelompok manusia yang menjayakan manusia lain. Sama jugak dgn perniagaan internet saudara. πŸ˜†

    Jadi saya mewakili rakan2 yg berada dlm industri MLM mintalah jangan beri pendapat2 negatif terhadap MLM tanpa menyelidik terlebih dahulu..Nanti jadi pula seperte pepatah “Kerana nila setitik,habis susu sebelanga”

  10. 😐 Hati hati apabila menulis dan bercakap πŸ‘Ώ . Biasanya ramai individu bermula dengan kerja makan gaji . Apabila ada rasa ingin dapat lebih , mereka mula cari part time?side income . Kedua-duanya dijalankan serentak supaya pendapatan lebih besar. Berhenti makan gaji akan berlaku apabila , pendapatan part time/side income melebihi pendapatan kerja tetap 3 -4 kali ganda. πŸ˜‰ Mana ada orang berhenti kerja setakat dengar khabar angin je . πŸ˜‰ Antara part time yang senang dilakukan adalah MLM , sebab ada produk ,ada sistem pemasaran dan sistem buat duit. Kalau income dah stabil RM10 000 sebulan , buat apa berhenti kerja & buat apa nak susahkan badan buat part time. Cuma., ada ramai orang lupa nak cakap “alhamdulillah “, itu sebab mereka sentiasa rasa tak cukup.

    Rezeki yang berkat itu perlu berbanding dengan duit yang banyak. πŸ˜•

    Akhir akhir ini ada ramai yang mencipta pelbagai kaedah untuk mendapatkan duit yang mudah. Untuk itu mereka ciptalah pelbagai promosi dan cogankata untuk menarik minat orang ramai . Itu cara mereka . Kita lah , “sendiri mau ingat” .

    Kalau semua orang lurus bendul , pasif dan negative thinking , tidak mau berubah atau mencuba sesuatu yang baru, korang ingat e-book yang korang buat tu , boleh laku ke….? πŸ˜†

    Adanya manusia lemah minda inilah baru ada bisnes korang. πŸ˜†

    Tuhan jadikan makhluknya dengan pelbagai spesies ada sebabnya.

    Okaylah , kang melalut plak ………. πŸ˜† Sorry.

    Ciptalah ruang dan peluang untuk dimanfaaatkan dan rebutlah ruang dan peluang untuk dipergunakan. Itulah saya- pyan.

  11. Aiseh, en Taza kenal saya yer? Namun, Saya bukan bertukar bidang, tapi saya mencabangkan lagi perniagaan saya dengan apa yang saya tahu dan pengalaman yang saya dapat πŸ˜‰

    Yer, kadang-kadang statement kita di tulis tanpa mengenal sebenarnya bidang yang kita mahu komen seperti MLM, dalam MLM banyak lagi perkara yang memberi manfaat, seperti mengajar kita lebih yakin, lebih bersabar dan sebagainya. Dalam MLM juga kita dapat mengetahui setakat mana sebenarnya potensi diri kita, dalam MLM juga kita dapat berasa ‘berjaya’ dan ‘gagal’ sebagai batu asas kejayaan kita.

    Namun saya faham, tujuan Zul ialah untuk memberi tahu bahawa tidak semestinya semua orang mampu dan perlu menjadi usahawan, nanti ekononmi tak akan stabil kalau begitu keadaannya. Perlu ada usahawan!, perlu ada pelanggan!

  12. betul tu perantisinternet…
    kalau semua orang jadi usahawan, siapa nak tanam sayur untuk usahawan sayur???
    siapa nak sapu lantai macam zul katakan tu…hehe… πŸ˜‰

    tuhan telah buat manusia ni bukan satu sikap…
    setiap orang ada sikapnya masing2…

    han

    1. yeaa… sudah tentunya anda pelu berterima kasih kepada mereka yang bekerja di telekom dan streamyx. begitu jugak mereka yang bekerja di stesen minyak untuk mengangkut anda ke destinasi tatkala cuti raya sakan… dan tak lupa juga mereka yang bekerja angkut sampah dengan jayanya dari majlis perbandaran…

  13. tema yg mengujakan … itulah taktik untuk menarik kita join program2 mereka … tetapi juga di ingatkan bukan sedikit modal mereka untuk bermula … maybe orang yg macam kita ni ie. perlukan duit tambahan utk tampung perbelanjaan harian … akan tertarik utk menyertai lagipun utk bermula mungkin kurang dari RM50 dan semmgnya lebih dr mampu … bagi kita yg ingin mencuba tidak rugi rasanya melabur … jika nasib sabut timbul, kalau batu alamat tenggelam lar … dengan kos hidup yg makin meningkat kini amat rugi jika dibiarkan peluang yg datang – itulah kata mereka yg telah menyertai … termasuk diri saya juga …

    so … tepuk dada tanya selera … saya bukan menyokong tetapi menyampaikan kenyataan hidup … bagi yg terasa saya mohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki ..

  14. kes yang macam siapa nak tanam sayur tu dah berlaku dah. macam buruh binaan lah. hampir semuanya ambik dari luar (indon, myanmar, nepal).
    tapi lama-lama bila diorg dah terer technical skill tu, satu hari nanti mesti diorg akan jadik towkey punya.

  15. haa.. betul tu vrempire,
    lama-lama mereka jadi towkey punya bila dah terer… πŸ˜‰
    skrg ni rakyat malaysia dah taknak bekerja buruh lagi…
    mereka lebih suka takde duit dari kerja buruh…

  16. Ermm, jika anda membaca artikel saya yg lain, sy ada juga mengkritik usahawan Internet dan cara mereka. Bukan setakat MLM.

    Yg saya kritik, biasanya yg terbukti benda tak elok. Dan kalau anda ada baca artikel saya yg lain, saya ada menyokong biz MLM.

    Juga, jangan sesekali anggap saya tak mengkaji dan tak tahu mengenai MLM. Sy juga pernah bergelumang dgn mcm2 MLM dan skim cepat kaya. Malah tanyalah kawan2 saya, sy adalah orang No. 1 yg menentang skim cepat kaya dan amat pantang dgn pengamal MLM yg bermain cara kotor.

    Cara penulisan banyak style atau gaya. Sindiran, tegas, straight to the point, beremosi, kiasan dan banyak lagi cara. Untuk artikel ni, saya guna cara yg ‘mencabar’ emosi dan mental pengamal MLM atau mereka yg berkaitan. Kalau mereka faham tulisan saya dan tujuan saya, mereka tidak akan melatah, sebab mereka tahu tujuan saya mahu ‘bersihkan’ MLM.

    “Siapa makan lada, dia rasa pedas”.

    Wallahu ‘alam.

    1. itlah dia gaya penulisan zul yang tersendiri memberikan kesedaran kepada mereka yang mahu kembali ke pangkal jalan. sekurang-kurangnya mereka perlu tahu cara yang tak elok itu memang tak elok dan perlu dielakkan dalam MLM untuk menjadikan MLM yang sebenar sebagai bisness yang menguntungkan dan bermanfaat untuk semua orang.

      kalo ramai yang cop MLM sama dengan skim yang lain macam mana MLM yang sebenar nak berkembang lagi???

  17. saya sokong zul,
    sekarang ni banyak skim cepat kaya bertopeng MLM…
    MLM yang dpt buruk…
    kesian btl kat MLM…

    sekarang ni ramai yang agak MLM tu skim cepat kaya sb skim yang membuat MLM dpt nama buruk…

    jadi kita sama2 hapuskan skim cepat kaya…

    han

  18. Bila difikirkan balik, kenapalah ada sesetengah manusia yang cuba nak jadi kaya secara kotor? Sudah tentu duit yang diperolehi dengan cara sebegitu tak ada berkat. Kalau sesuatu benda kita perolehi secara senang, senang jugalah benda tersebut akan hilang dari kita πŸ™‚

  19. cara nak cepat kaya memang ada yang suka dan mereka akan tetap akan mempertahankan cara mereka lantaran mereka dah nampak duit cepat semata-mata. jadi hanya duit cepat sahaja yang menjadi idaman kalbu mereka…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

  20. sapa lah taknak cepat kaya…
    kalau nak cepat kaya pun jangan lah guna taktik kotor…
    ni yang buat saya marah…

    pernah sekali skim cepat kaya guna ayat “sertai seminar perniagaan internet”
    saya tertipu dgn mereka…hati saya menyala api ni…
    terus saya balik tanpa fikirkan apa2…

    kalau kita tipu dia mcm mana rasanya dia tu…

    han

  21. menda berhenti kerja nih teringat citer dari ayah saya… bercerita hal mereka yang berhenti kerja untuk berniaga…

    mereka yang elok2 kerja dan dah bersiap sedia dengan wang yang secukupnya untuk memulakan prniagaan. maka berhentilah insan tersebut untuk berniaga. maka perniagaan berjalan seperti biasa dan sampai satu tahap meniaganya nampak makin merosot tiada pembahruan.

    mula2 memang laa banyak duit yang disediakan sebelum berhenti kerja. namun selepas beberapa bulan dah berniaga. makin merosot jadinya… apakah rasional untuk beliau berhenti kerja…?

    beliau nampak orang berniaga dah bertahun dan berjaya sakan. namun beliau belum nampak lagi potensi dirinya untuk berjaya. maka sampai sekerat jalanlah jadinya… sesal tak sudah berhenti kerja. nak cari kerja dah tentu sukar la pulok…

    itulah citer teladannya…

    sekian terima kasih… πŸ˜€

  22. cite ni mcm kisah bapa saudara saya…
    dulu masa ayam seri rama tengah top, ramai yang buka kedai jual ayam seri rama tu…
    masa tu saya ingat lagi seekor ayam dijual dengan harga yang sangat tinggi…
    sampai boleh capai RM30000 seekor…
    huh memang gila lah orang masa tu…
    di negeri kelantan memang gila2 peminat ayam seri rama ni…

    jadi bapa saudara saya pun buka juga kedai jual ayam tu…
    tapi tak sampai setengah tahun…dah tak tahan sebab makan modal…
    las2 tutup la kedai tu…

    han

  23. bisness makan modal banyak adalah ayam itik dan lembu kambing. mereka semua nih makan banyak sebenarnya. dan bapa saudara saya yang pelihara itik secara suka-suka memang tak dapat nak tampung perbelanjaan makanan itik yang dibelanya… tambahan pulak dengan kenaikan harga makanan ayam itik.

    kalo makan nasi biasa okeh jugak, kan?

    1. nasi kan lebih mahal dari makanan ayam…
      nanti rugi besar nanti…

      kalau buat benda dengan suka2, memang susah untuk menjadi…
      buat betul2 pun susah nak menjadi apatah lagi buat main2…

      han

    2. akhirnya semua itik serati yang ada itu disembelih dan diberikan kepada sanak saudara yang terdekat. maka takder laa kemudahan untuk mendapatkan telur itik tersebut untuk membuat kuih akok manis… hihiii… kena beli kat kedai laa pulok telur itik tersebut…

      berniaga ayam itik memang untung sakan. cumanya selsema burung aje laa risikonya yang tak menentu namun masih terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *