Menjadi Usahawan Internet Muslim Yang Berjaya

Assalamu’alaikum.

Pertama sekali, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang berAgama Islam, syukur kepadaNya kerana tahun ini sempat lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan.

Sempena dengan itu, saya ingin menulis mengenai keusahawanan dari sudut agama Islam. Agama yang suci dan universal ini adalah untuk semua bangsa, bukan untuk satu kelompok atau satu-satu bangsa sahaja. Agama ini juga mempunyai nilai-nilai yang menyeluruh dan menyentuh segenap aspek kehidupan, lengkap dan tiada cacat cela, mudah diamalkan dan sudah pasti, ia adalah agama yang diredhai olehNya, Allah Yang Maha Esa.

Dalam agama ini terdapat ajaran dan jalan yang tersendiri di dalam muamalah atau kegiatan perniagaan. Walaupun Islam tidak melarang untuk belajar dengan mereka yang bukan ber-agama Islam, namun, batas tetap ada. Walaupun Islam tidak melarang kita mengguna-pakai apa yang dihasilkan oleh mereka yang bukan ber-agama Islam, namun batas juga tetap ada. Kita dan mereka tetap ada bezanya, kita ada nilai tersendiri, tidak boleh menceduk 100% apa yang mereka tulis, cakap dan lakukan. Kita tetap ada acuan tersendiri dan mesti sentiasa berada di atas jalan-jalan yang telah ditetapkan untuk kita.

Usahawan, satu kerja yang mulia, dijanjikan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Namun begitu, adakah untuk semua usahawan? Ya, jika kita lihat, usahawan yang pandai ‘memutar-belit’ pun tetap dapat rezeki yang berganda bukan? Sebaliknya, usahawan yang sebenar dan sentiasa taat pada hukumNya, pendapatan tidak pula sebanyak si usahawan putar-belit tadi. Mengapa ini terjadi? Jawapannya mudah, “orang yang beriman, sentiasa menganggap susah atau senang mempunyai buruk baik tersendiri. Dia faham apa itu erti usaha dan maksud qadha dan qadar. Maka dengan itu, hatinya tetap tenang.”

Manakala si usahawan penipu, guna cara yang salah dan pandai memutar-belit benda yang salah, hatinya tetap tenang, namun kesenangannya terus mengalpakan dirinya daripada tanggungjawab kepada rabbNya.. Allah itu Maha Adil. 🙂

Jadi apa yang ingin disampaikan adalah, jika usaha kita menghasilkan pendapatan yang besar atau kecil, Yang ‘di atas’ jangan sesekali dilupai. Jika TER-lupa, beristighfarlah. Kita manusia biasa, memang ada kelemahannya, tidak sempurna, cuma, kita mestilah sentiasa ingat dan mengingati. Ingatkan diri sendiri, dan mengingatkan orang lain.. Inilah erti persaudaraan Islam, saling pesan-memesan, bukan hidup bersifat “aku aku kau kau”, dan mementingkan diri sendiri.

Pokok bicaranya, jadilah usahawan yang diredhai dan mempunyai sifat yang terpuji. Jika terbuat kesilapan tanpa sengaja, sudah tentu ia di luar kehendak kita. Yang tidak patut adalah, SENGAJA melakukannya.. 😉

Semoga 1 bulan puasa ini, kita sama-sama tingkatkan usaha untuk menjadi usahawan yang bukan sahaja berjaya di dalam erti ‘material’, malah berjaya juga dalam ruang ‘kerohanian’. “berjaya di dunia dan berjaya di akhirat”.

Hayati kata-kata ini, “tidak cukup bagi seorang usahawan muslim hanya mengira-ngira duit dan keuntungan, tetapi dalam masa yang sama mesti juga mengira-ngira kualiti (bukan kuantiti) ibadah dan amalan sehariannya termasuk caranya berniaga..”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Menjadi Usahawan Internet Muslim Yang Berjaya

  1. Selamat bersahur dan berniat puasa. Tak sah puasa kalau tak berniat!!
    Tak sah juga berniaga kalau lalai dengan niat atau tak berniat langsung.
    Moga2 kita semak kembali niat kita untuk menjadi usahawan ni.

  2. assalamualaikum..
    selamat bersahur, selamat berpuasa. semoga dibulan yang mulia penuh barakah ini kita akan lebih mengenali diri sendiri..untuk melihat dalam2 mana yang berlubang…juga untuk melihat sekeliling, mana duduknya kita. untuk jadi lebih baik dari tahun2 lepas.

    trimakasih buat sdr yang tak henti2 menulis artikel2 yang bagus utk dikongsi bersama. teruskan usaha murni sdr ini!

    wassalam. 🙂

  3. Assalamualaikum…

    Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Berpuasalah dengan cemerlang. Puasa Ramadan merupakan Wajib bagi semua orang Islam.

    ISLAM…cara hidup kita.

  4. Assalamualaikum.
    Selamat menjalani ibadah puasa.Moga mendapat keberkatan..
    Di bulan yang Mulia ni,mari kita buang jauh-jauh niat buruk kita terutama dalm bidang perniagaan seperti hasad dengki.Kita jadikan bulan puasa ni bulan membersihkan jiwa.Moga bisnes kita bertambah maju.. Aminn..

    Salam Usahawan! 🙂

  5. Assalamualaikum……

    Ramadhan datang lagi…

    Berniaga (usahawan) dengan betul itu ibadah. Berniaga pun dapat pahala. Semoga posa tahun ni lebih baik daripada posa tahun lepas.

    Tip bulan Ramadhan..
    Jikalau kita tak banyak baca Ai-Quran dalam bulan ini, jangan harap bulan lain kita akan baca.
    Kalau kita tak solat jemaah dalam bulan ini, jangan harap kita akan solat jemaah dalam bulan lain.
    Kalau kita tak berhenti mengumpat dalam bulan ini, bulan lain apatah lagi.

    Dan boleh diumpamakan perkara-perkara yang lain-lain. Sama2 kita renungkan.

  6. He he.. Biasa la tu muhdmuax.. Zul kadang2 tu busy sampai tak online tu..
    Kenapa saya tau? Huhu saya salah sorang mangsanya..
    🙂

    PS: Jgn marah zul.. Tak smestinya kena online 24 jam kan? hu hu

    PPS: Selamat Menyambut Ramadhan.. First time saya sambut bulan puasa sbg Usahawan Internet..

  7. haha, ko pun dah terkena fai? aku dah terkena ngan Zul, Misticmind, Shuth, dan banyak lagi . ish5 .

    Aku ada soklan untuk yang banyak duit nih.

    Agak agak zul nanti bila raya , sapa dulu kena terkam ngan anak buah lepas sembahyang raya? hahaha jawab.

  8. Assalamualaikum,
    Kalau terasa nak buat jahat dalam bulan puasa tanyalah iman tentu iman kata tidak boleh…… jangan tanya tanya aiman nanti dia kata aiman tak kisah…… SELAMAT BERPUASA.

  9. Saya masih kurang faham pengertian dan definisi ‘Usahawan Internet Muslim/Usahawan Muslim’ Adakah kita kena capai satu2 tahap atau makam baru boleh mendapat gelaran tersebut?

    Seperti yang kita tahu, ‘muslim’ ialah nama lain kpd umat Islam. Jadi kalau ikut logik akal saya, sesiapa sahaja usahawan internet/usahawan yang berAgama Islam layak bergelar ‘Usahawan Internet Muslim/Usahawan Muslim’.

    Atau mungkin kena buat satu istilah baru pula ? 😉

  10. Tak perlu makam atau tahap².

    apa yang diperlukan ialah menjadi usahawan yang diredhai oleh Allah iaitu dengan menjalankan perniagaan berlandaskan syariat Islam iaitu dengan jujur amanah, cara² yang halal dan sebagianya.

    1. betul tu hamid,

      Tak perlu makam atau tahap².

      apa yang diperlukan ialah menjadi usahawan yang diredhai oleh Allah iaitu dengan menjalankan perniagaan berlandaskan syariat Islam iaitu dengan jujur amanah, cara² yang halal dan sebagianya.

      tambah lagi, doa dan usaha…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *