7 Langkah Mudah Menjadi Usahawan Hebat dalam Masa Singkat

Mustahil? Tiada yang mustahil selagi Allah izinkan.

Berikut adalah beberapa langkah bagaimana untuk menjadi usahawan hebat dalam masa yang singkat. Jika ditanya berapa lama masa singkat itu, ia mungkin sekurang-kurangnya tiga bulan.

1. Kenal pasti potensi diri. Tidak perlu beli buku berkaitan potensi diri, sudah memadai terlebih dahulu menyenaraikan kelebihan, kepakaran dan kemahiran yang kita miliki. Senaraikan juga perkara yang kita suka lakukan tidak kira siang dan malam, lapar dan dahaga.

2. Pilih potensi diri itu yang mempunyai potensi dalam pasaran. Bermaksud, apabila kita menghasilkan sesuatu produk ataupun servis, produk itu ada potensi untuk dibeli.

3. Mulakan apa yang ada di tangan. Bermaksud, gunakan dahulu kemampuan dan peralatan yang kita ada. Ini adalah langkah bijak apabila kita kekurangan sumber kewangan (modal).

4. Berhenti: Belajar, berfikir, merancang, baca buku, mencari maklumat di Internet dan berhenti menyertai mana-mana seminar.

5. Merancang. Rancang tindakan yang mudah dilaksanakan. Jangan “over planning”!

6. Mulakan. Mulakan usaha perniagaan dan senaraikan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan.

7. Teknik pemasaran. Gunakan teknik pemasaran yang sedia ada kita ketahui. Saya yakin, ramai di kalangan kita sudah banyak tahu, tetapi adakah sudah banyak tindakan? 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “7 Langkah Mudah Menjadi Usahawan Hebat dalam Masa Singkat

  1. Salam tuan zul,

    Dari apa yang tuan senaraikan insyaAllah saya ada semuanya, tetapi ada beberapa kelemahan saya yang menyebabkan apa yang saya tahu itu terbantut.

  2. salam zul..aku ni kije gomen..nak daftar SSM.tapi aku nak guna nama akak aku boleh x?? satu lagi..dalam pendaftaran perniagaan tu..aku nk tulis cam ner ek..aku nk berniaga macam2..katering la,produk makan la..alat tulis la macam2 lgi..tapi xtau nk tulis macam mana..leh tolong x..sambil aku jual gak melalui tenet ni..

    1. Salam..

      Cuba minta kebenaran ketua jabatan dengan buat surat kebenaran terlebih dahulu. Itu lebih baik. Sebab nanti bila bisnes maju, banyak pula income masuk ke akaun kita. Nanti LHDN kejar pula. 🙂

      Guna nama orang lain adalah pilihan terakhir. Ramai rakan-rakan saya yang kerja kerajaan guna nama sendiri sahaja. Pihak kerajaan sudah berikan kebenaran pekerja kerajaan buat bisnes, dengan syarat minta kebenaran.

      Bawa surat kebenaran itu semasa mendaftar perniagaan.

  3. stuck utk take action mgkin ada beberapa perkara masih memerlukan sokongan dan tunjukajar dr sifu.. atau ada perkara yg kurang jelas utk dilaksanakan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *