Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

Jika anda perasan, saya amat jarang membuat post atau tulisan di blog ini dalam beberapa waktu yang terdekat ini. Ya, begitu sibuk. Sibuk buat duit. ;)

Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ‘peminat’ setia blog ini dan meletakkan smartusaha sebagai salah satu sumber rujukan yang dipercayai. Bahkan, ada juga yang menganggap saya telah berjaya. Oh, mungkin belum berjaya, sentiasa dalam perjalanan. Sebab prinsip saya, kejayaan itu adalah satu perjalanan. ;) Kalau kita kata kita dah berjaya, biasanya kita akan stop dan sudah kurang usaha untuk meningkatkan kejayaan kita. Harapnya tidak begitulah. Sentiasalah berusaha untuk mencapai lebih lagi kejayaan dan perbaiki kekurangan yang ada.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, biasanya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya melihat, begitu banyak perniagaan di internet hidup segan mati tak mahu. Mereka tidak ada masalah dari segi membangunkan laman web, tetapi dari segi pemasaran, mereka masih lagi tercakup dan terikat dengan satu dua kaedah sahaja. Ini merupakan satu kesalahan atau satu cara yang membahayakan. Pelbagaikan kaedah pemasaran untuk menjadikan anda berjaya dan diketahui ramai. Fahami dan amalkan konsep niche yang sering dilaung-laungkan oleh internet marketer. Kalau dah ada orang buka kedai buku online, kita pun nak buka. Macam-macam buku pulak tu. Boleh, tetapi agak sedikit sukar untuk bersaing, lebih-lebih jika anda masuk ke pasaran antarabangsa. Di sana, beribu bahkan berjuta orang menjual buku secara online. Jadi bagaimana untuk anda bersaing? Tak lain tak bukan, anda perlu ada perbezaaan. Inilah saja cara pertama jika anda ingin menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Lainlah jika anda sudah membina kredibiliti dan nama di persada internet. Sekurangnya, anda tiada masalah untuk menjual apa-apa sebab anda sudah terkenal.

Itu niche, bagaimana pula dengan ciri yang lain? Ya, sabar adalah salah satunya. Ingat, bisnes internet bukan mula hari ini esok terus kaya. Tapi tidak mustahil, jika mula hari ini, malam ini atau keesokan hari, anda akan mendapat jualan.

Pendapatan Puluhan Ribu atau Juta?

Inilah bahagian yang suka untuk saya sentuh. Rata-rata kebanyakan kita menjadikan pendapatan yang tinggi sebagai satu ukuran dan titik tolak untuk menentukan seseorang usahawan itu berjaya atau tidak. Tapi saya sebaliknya. Saya meletakkan ciri dalaman seseorang usahawan itu sebagai aspek pertama. Bagi saya, seorang usahawan internet itu tidak diletakkan sebagai seorang yang berjaya sepenuhnya jika ciri dalaman dia ego, sombong, kedekut ilmu, menggunakan cara yang salah, penting diri sendiri, materialistik dan lain-lain sifat madzmumah atau tercela. Setuju? ;)

Ya, anda buatlah jualan berjuta sekalipun, tetapi ia tidak bermakna jika anda tidak mempunyai aspek dalaman yang terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Saya bukanlah seorang ustaz untuk bercakap mengenai hal ini atau bukanlah orang yang layak bahkan tidak sesekali untuk menentukan sifat dalaman atau peribadi orang lain. Hanya pesanan dan pendapat semata-mata.

Berapa lama dah awak buat bisnes internet?

Ini satu lagi soalan cepu emas dan sentiasa berlegar di pemikiran manusia tidak kira di Malaysia atau luar negara. Bagi saya, tempoh bukan faktor utama untuk menentukan seseorang itu berjaya atau tidak. Yang utama adalah, dia memiliki kefahaman yang jelas mengenai perniagaan internet, melakukan dengan betul, mengikut syari’at, mempunyai peribadi usahawan yang ‘sejati’ dan tidak melangkaui batasan undang-undang. Bagi saya, jika dia telah memiliki ciri-ciri tersebut, mereka adalah golongan usahawan yang berjaya. Jualan dan keuntungan hanyalah sebahagian penentu kejayaan dalam keusahawanan, bukan keseluruhan.

Sudah tiba masanya kita membuang belenggu ukuran yang lama ini. Ukuran dari aspek keuntungan semata-mata, tetapi membelakang atau melupakan aspek dalaman dan lain-lain yang tidak kurang pentingnya.

Saya nak tengok statement income awak

Ini satu lagi ‘penyakit’ yang sering melanda pemikiran kita. Bagi saya, cukuplah menunjukkan yang kita betul-betul buat bisnes dan mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan di atas. Saya dari segi peribadi, tidak sesekali akan menunjukkan penyata pendapatan saya kepada umum. Alasan saya, “ini pendapatan saya. Kalau saya tunjuk pun, tak ada guna bagi awak. Awak nak hasil, usaha lah.”. ;) Ya, saya hanya pernah sekali menunjukkan income saya di wangcyber.com berjumlah RM400 untuk satu transaksi. Berapa income saya setiap bulan? Tak guna saya beritahu, sebab ia tak berguna pun untuk anda. Untuk apa ditunjukkan? Hanya sekadar untuk memuaskan hati dan nak membuktikan yang kita betul-betul buat bisnes? Bagi saya, ia soal kedua. Sekali lagi, tak guna melihat statement orang lain yang berjela-jela jika ANDA TIDAK ADA USAHA!

Usahawan internet yang berjaya adalah, mereka yang mempunyai jati-diri seorang usahawan yang sebenar, dalaman dan luaran. Jangan jadikan pendapatan yang tinggi sebagai ukuran utama dan terakhir, kerana itu hanya ukuran material, bukan ukuran yang hakiki. Pendek kata, kombinasikan aspek keuntungan dari segi luaran dan dalaman peribadi kita, insyaAllah kita akan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan yang penting, diredhai Allah. ;)

Wallahu ‘alam.

PS. Kepada yang baru bermula atau baru nak mula buat ebisnes, sediakan pelan perniagaan yang jelas, faham erti perniagaan internet yang sebenar, belajar dan mulakan dengan bersungguh-sungguh dan kekalkannya! Saya amat yakin, jika anda betul-betul membuat persediaan rapi, anda boleh bersaing dan memintas mereka yang telah berjaya!! ;)

Kepada orang pantai timur atau orang Malaysia umumnya, jom pergi bengkel perniagaan internet. KLIK SINI! 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Menjadi Usahawan Berjaya dan DiRedhai

  1. A’kum…

    Akak setuju dengan apa yang Zul post kat atas tu,
    yang penting bukan berapa lama kita buat bisnes kat internet tetapi pengetahuan dan pengalaman kita tu bernas, berguna dan berfaedah.

    Kalo kita dah 15 tahun pun berniaga kat internet tapi pengalaman perniagaan kita dipenuhi dgn skim autosurf, skimcepatkaya, etc…. tak guna gak…

    Dan betul…pasal statement wang tu, tak perlu nak tahu berapa yang orang buat, yang penting orang tu ada pendapatan consistent dari internet. Orang lain tak boleh tunjuk kita cara buat duit kalo kita sendiri tak berusaha.

    Sekarang ni saya paling minat Rich Schefren dan Manifesto beliau. Rich kata ramai orang mula bina website tetapi tak ada long-term goals dan tak ada perancangan…in the end bila lingkup, terus salahkan website, anak-anak, isteri, kawan-kawan, orang ramai, kerajaan…tetapi tak tengok muka kat cermin tu….

  2. Saya pun setuju..Tapi nila mentaliti orang malaysia..sebenar banyak perkara di internet yang boleh mendatangkan wang,cuma ramai yang takut & nak orang lain cuba dulu…tunggu org dah berjaya baru nak ikut,sedangkan diri dah ketingalan jauh di belakang…Kita sering diterapkan budaya “Tengok orang berjaya dahulu” bukannya budaya “Aku nak Berjaya dahulu”… Tapi saya lebih suka konsep “Berjaya bersama sama” dan konsep membantu orang lain bersama sama berjaya dengan kita..

  3. Hmm saya juga setuju berapa yg kita dapat itu dapat tidak penting takkan setiap kali kita dapat income berjuta juta kita nak tunjuk statement saya percaya kebanyakan jutawan pun tak buat begitu..apa yg penting usaha kita sendiri kalo kita dah nampak wang yg oarng tu dapat tapi tak belajar dan usaha bagaimana nak dapat wang itu maka takde maknanya….

  4. “Tengok statement bulanan awak”. Ini adalah ayat org yang berpenyakit. Penyakitnya ialah malas dan suka buat alasan, bila dah tengok statement org yang beribu2 nanti, mulalah cemburu dan irihati. Tapi bagi diri dia, langsung satu kerja pun tak buat, cuma banyak buat alasan sahaja, org macam ni, biarkan saje..

  5. Hmmm..mmg betul apa yang saudara zul tulis..ini adalah antara penyakit2 org kita..yang susah nak kita ubat..huhuhu..apa pun..terima kasih pada saudara zul yang banyak membimbing newbie seperti saya ini dengan tulisan2 saudara..yang penting sekaramg ni…kita terus berusaha dan berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya dan diredhai Allah..
    Sesungguhnya..yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang kurang baik itu datangnya dari diri kita sendiri..Wallahu’alam..

  6. Budaya orang kita masa ini memang begini. Bak kata orang hati dah liat. Kalau nak ubah bukan boleh sekelip mata atau setahun 2 tahun. kurang-kurang 20 tahun.

    Tugas kita, buat kerja sendiri, beri contoh terbaik, beri nasihat dan bimbingan yang tak putus-putus, didik anak-anak kita dan generasi yang akan datang.

    InsyaAllah, 20 tahun lagi kalau dunia tak kiamat, kita boleh lihat hasilnya.

  7. assalamualaikum..hari ni ditakdirkan Allah, terklik kat blog ni.. :)
    alhamdulillah banyaknye ilmu yg dapat dr blog ni..tertarik pulak nak temuramah skit untuk dimasukkan dalam tugasan saya..itupun kalau dapat luangkan masa..email saye kalau ada kelapangan ye..ape pun kalau xdapat, semoga berjaya untuk saudara..terima kasih..

  8. alahai… orang goreng pisang dengan orang buat bisness kedai runcit mana nak sama incomenya? kalu setakat nak tunjuk bukti baik tak payah nak berniaga… hang tengok bukti orang yang dah berjaya dah ler… nak tengok bukti duit orang yang berbukit2 buat apa??

    kalu dah tengok dan tak buat apa2… mana nak dapat hasilnya…

    kena usaha ler… setakat nak tunjuk bukti jer buat apa?? semangat? semangat sekerat je… pastu down balik…

    motivasi sikit… semangat sikit… pastu down balik. yer tak?

    banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi….

  9. thanks.i just inter-click to these websites…alhamdulillah…it,s worth it….would u mind to teach me how to become a great businessman…i mean the best from the best…help a little bit..tq…wasallam

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.