Menjadi Semua Orang Dalam Satu Masa

Ada 12 hari lagi untuk kita bertemu dengan tahun 2007. Bermula 1 Januari ini, saya menjangkakan akan berlakunya pelancaran produk yang bertubi-tubi daripada pelbagai pihak. Begitu juga saya. πŸ™‚ Target saya tahun depan, akan menghasilkan dua lagi ebook panduan kepada yang memerlukan. InsyaAllah, ebook kedua dalam proses dan dijangkan dilancarkan hujung minggu ni. Namun saya harap, kita jangan hanya menumpu kepada produk berkaitan “internet marketing” semata-mata, kerana banyak lagi topik lain yang masih belum diterokai.

Tulisan kali ini, saya ingin menyatakan satu sifat yang banyak juga melanda ramai orang, iaitu “menjadi semua orang”. Dia ingin tahu semua perkara dengan anggapan, dia akan menjadi pakar dan tahu segala apa jenis perkara pun. Padahal, dia sedang menempah jalan kesedihan, kegagalan dan kekeliruan.

Sebenarnya, kita tidak boleh menjadi semua orang dalam satu masa kerana, untuk satu-satu masa, kita perlu fokus kepada usaha kita yang belum berjaya atau mencapai matlamatnya. Jika cita-cita anda adalah untuk menjadi usahawan internet, maka fokus dan kerahkan segala tenaga (energy) anda ke arah mencapai cita-cita menjadi usahawan internet itu.

Kebanyakan orang, pendiriannya tidak utuh. Apabila melihat orang berjaya dalam bidang motivasi, mulalah dia ingin mengkaji bidang motivasi dan akhirnya ingin menjadi pakar motivasi. Kemudian, melihat orang berjaya dalam bidang komputer, mulalah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pakar komputer seperti jurutera perisian yang berjaya, pakar komputer forensik dan sebagainya. Dalam masa itu juga, dia melihat kejayaan orang dalam bidang perubatan alternatif, maka mulalah dia sibuk-sibukkan diri untuk menjadi seorang yang pakar dalam ilmu perubatan alternatif. Dan kemudian……

Akhirnya, dia keliru dengan cita-cita yang sering bertukar ganti. Silap-silap haribulan, boleh buat diri jadi serba tidak tentu arah, seolah-olah diri tiada apa-apa. KELIRU. Anda adalah anda, mereka adalah mereka, saya adalah saya. Kita kena menjadi diri sendiri dan perlu ada FOKUS. Jika anda ingin menjadi usahawan internet yang berjaya, maka fokuskan fikiran dan minda anda, serta kerahkan (tumpu) energy anda untuk merealisasikan impian anda itu. Jangan sibuk-sibuk untuk menjadi apa yang tidak anda inginkan.

Cita-cita saya? Ingin menjadi usahawan internet yang berjaya dalam masa 2 tahun dari sekarang dalam bidang pilihan tertentu (ebiz banyak model). Beberapa “kehendak” dan perancangan saya telah terealisasi setahun yang lepas kerana saya betul-betul FOKUS di dalam bidang ini. Saya akan terus dan terus berusaha agar terus maju di dalam perniagaan internet ini walau 1001 ujian dan badai melanda, kerana itulah impian saya. Saya mahu jadi diri saya, tidak mahu menjadi orang lain.

Jika orang lain dalam dunia motivasi, itu adalah mereka. Jika orang lain berjaya dalam bidang komputer, itu adalah mereka. Jika mereka pakar dalam masakan, itu adalah mereka. Saya tak perlu menjadi pakar motivasi, chef masakan atau pakar perisian, kerana itu bukan target dan kemahuan saya. Jika sudah ada fokus, kehendak yang begitu tinggi dan ada usaha yang tersusun, insyaAllah, kita akan berjaya mendapat kehendak kita itu.

Ciri fokus adalah umpama anda sedang memburu seekor kijang yang sedang berada di satu sudut hutan. Tapi dalam masa yang sama ada burung di atas pokok dan ada ayam hutan di hujung sana. Yang mana satu anda mahu? Jika anda pilih burung, sebaik anda melepaskan tembakan, si kijang akan terkejut dan melarikan diri. Malangnya, tembakan ke arah burung tidak terkena, si kijang entah hilang ke mana dan si ayam hutan, sudah lari hilang di mata. πŸ™‚ Atau paling kurang, anda sudah hilang fokus untuk mendapatkan kijang tadi. Kalau anda mahu kijang, biarkan dulu si ayam hutan dan burung tadi. Fokuskan minda dan tumpuan anda untuk mendapatkan si kijang tadi. Inilah analogi fokus yang tinggi serta kesan jika tiada fokus.

Sekarang, persoalkan diri sendiri, anda mahu jadi apa? Lawyer, pegawai kerajaan, pelabur berjaya, pakar hartanah, pakar kewangan, doktor, usahawan kecil, pakar komputer…..?? Tanya diri sendiri dan kemudian, tumpukan kepada usaha yang membolehkan anda mencapai cita-cita itu.

Nota: Cita-cita sebagai usahawan internet di sini bermaksud, bukan hanya sekadar buat duit, sebab semua orang boleh buat. Cita-cita saya lebih daripada itu, bukan hanya hasilkan duit yang banyak, tapi lebih daripada itu……. πŸ™‚

Kesimpulan, jadilah diri anda sendiri, jangan jadi orang lain.

Wassalam.

PS. Belum dapat ebook panduan blog wordpress? Ebook ini sudah membantu ramai orang dan mereka amat gembira! Dapat sekarang di sini.

PPS. Jumpa saya dan sham rajaadsense di Seminar Perniagaan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

TERKINI: Dapatkan 200 mata percuma dan download ebook, perisian dan lain-lain di event SuperGift! Klik di sini sekarang. untuk download banyak, anda perlu menambah mata dengan melakukan cara yang dinyatakan di laman web tersebut.
Ikhlas,

SmartZuL

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Menjadi Semua Orang Dalam Satu Masa

  1. zul,
    tq for the tips. i’m really appreciate it.
    when i 7 years old, my ambition to be a bmw car engineer.
    now, i want to be a millionaire, and help malaysian muslim.

  2. Hehe, cita2 silih berganti. Tapi kalau kita dah besar ni, better perlu menentukan sebik mungkin hala tuju kita. Kalau time budak2, bolehlah nak jadi itu dan ini. πŸ˜€

    John Doe, yup, wordpress especially certain theme, tak compatible dengan IE dan Opera, ia lebih mesra dengan Firefox. πŸ™‚

    PS. Masa kecik2 dulu nak jadi askar, saintis, profesor dan masa mula2 masuk U nak jadi software engineer. Tapi sekarang dah jadi internet marketing “engineer”, hehe..

  3. pengalaman mematangkan kita drpd hari ke hari..yg penting sebaik2nya hari ini adalah lebih baik daripada semalam hihi!!

  4. hari ini cita-cita lain esok lusa cita-cita lain… masa kecik saya punya cita2 nak jadi askar, polis… akhirnya buat cita-cita nak jadi karyawan (penulis laa kononnya)

    sempat jugak masuk kursus penulisan. lepas tu tak jadi hapa dah…

    sekarng nih cari duit online sikit2 dengan join affiliate itu ini… hihiii …

    dan bukan mudah nak jadi semua orang kecuali dalam novel atau filem atau drama. apa sahaja nak dilakonkan memang boleh diusahakan…

    superman pun nak jadi ke…? alahai…

    oleh itu jadilah diri sendiri dan di mana jua anda berada masa kini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *