Home » Perniagaan Internet » Menjadi Orang Yang Bersyukur

Menjadi Orang Yang Bersyukur

Artikel ini ditulis pada jam 7.30 pagi.

Saya terdetik untuk menulis artikel ini di pagi ini selepas melihat bapa saudara saya keluar daripada rumah untuk pergi bekerja. Mungkin beliau tidak membaca artikel ini kerana beliau amat jarang memasuki internet, bahkan tidak tahu pun saya mempunyai blog ini.

Selepas saya melakukan sedikit senaman di pagi ini, saya berehat sekejap. Dan kemudian mengambil sampah untuk dibuang ke tong sampah di hadapan rumah.

Rumah saya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya. Beliau seorang yang amat baik hati, malah teramat ringan tangan membantu saya walaupun saya tidak meminta. Semoga Allah membalas budi beliau dengan memurahkan rezekinya. Malah satu ketika tempoh hari, saya mengalami sedikit “masalah”. Pada masa itu, beliau banyak membantu, memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

Sebaik sahaja saya selesai membuang sampah tersebut, kelihatan bapa saudara saya baru keluar daripada rumah dengan mata yang masih mengantuk dan melihat badannya sedikit lemah. Semenjak dua menjak ini, beliau sering demam dan tidak sihat.

Saya sedikit sedih dan menumpang rasa ‘sakit’ beliau apabila melihat riak wajahnya yang kurang sihat itu. Kelihatan juga isterinya (ibu saudara saya) menemani beliau ke muka pintu. Mereka sudah berkahwin 10 tahun lamanya, namun tetap bahagia dan mesra.

Lantas selepas bertegur sapa, saya terus kembali ke rumah..

Sebaik masuk ke dalam rumah, saya terus berkata di dalam hati, “Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Mungkin diri ini begitu jarang dan alpa untuk mengucapkan syukur ke atasMu dan mungkin terkadang riak tanpa sedar di atas rezeki yang diriMu berikan kepadaku..”.

Saya berkata begitu di dalam hati dan disusuli dengan istighfar beberapa kali di samping kelopak mata yang hampir menitiskan air mata.

doa-syukur Mungkin saudara-saudari tertanya-tanya, apakah yang ingin saya sampaikan di sini. Fokus saya di sini adalah kepada para usahawan internet atau sesiapa sahaja yang berada dalam golongan yang berpendapatan mudah dan besar. Apa yang saya tulis ini adalah ikhlas dan sebagai muhasabah untuk kita semua.

Kita, untuk membuat RM1000 amat mudah sekali. Hanya beberapa jam sahaja. Tapi, mereka di luar sana, untuk mendapat RM1000 dalam satu bulan pun belum pasti.

Kita, hanya duduk menghadap komputer, menggunakan hanya jari jemari, tidak perlu keluarkan keringat, malah sambil menghirup secawan kopi panas. Malah mungkin di dalam ‘air cond’ dan kerusi pula yang empuk dan lembut.

Namun, mungkin tatkala dengan senangnya cara itu, ia mungkin amat mudah melekakan kita di dalam menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Malah yang lebih teruk, datangnya sifat berlumba-lumba di dalam mengumpul harta dan wang, dan ingin menjadi yang terhebat dan terkaya. Jika ini walhasilnya, ia sudah jauh terpesong jauh di dalam tujuan sebenar mencari rezeki iaitu untuk ‘beribadat kepada Allah’.

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah (api neraka yang membakar sampai ke hati)..”. (Surah Al-Humazah: 1-5).

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..” (Surah At-Takaatsur: 1-3).

Pernahkah kita, katakan dalam satu bulan hanya mendapat RM3000 daripada perniagaan internet dan mengeluh dengan hasil sebegitu? Jika ya, kita telah GAGAL di dalam menjadi orang yang bersyukur. Mengapa?

Jawapannya mudah. Mereka yang bekerja di bawah panas mentari, kerja yang memenatkan dan bergaji lebih rendah daripada pendapatan kita, mereka tidak merasa resah dan kecewa pun. Malah, mereka tetap bersyukur dan yang lebih hebat, mereka sumbangkan sedikit pendapatan mereka itu kepada perkara yang baik. Hidup mereka tetap tenang, bahagia dan tidak berkeluh-kesah.

Bagi diri saya, tidak kisah saya menjadi jutawan atau tidak kerana ia adalah hanya satu pilihan semata-mata dan bukan kewajipan. Cukuplah saya bebas hutang, mampu menyara diri dan keluarga, ada simpanan (bekalan) dan selebihnya disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Utamakan TAQWA..

Kita sepatutnya lebih mengutamakan saranan-saranan Allah di dalam Al-Qur’an iaitu agar menjadi orang yang bertaqwa terlebih dahulu berbanding mendahulukan harta, material dan kekayaan. Dengan adanya taqwa, wang tidak akan berkuasa terhadap kita. Tetapi jika kita mengutamakan wang, ia mudah ‘makan tuan’.

Apalah wang setinggi gunung tetapi tidak bersyukur dan tidak pernah rasa erti cukup (qanaah). Sebaliknya terus menerus rakus menimbun harta bergunung-gunung dengan anggapan “hanya cara itulah aku akan senang bila datang kesusahan nanti”.

Secara tidak sedar, kita telah meletakkan pergantungan kepada wang dan tidak meletak keyakinan kepada kekuasaan Allah. Allah itu Maha Adil dan rezeki pun sudah tercatat sekian lama. Kita hanya perlu berusaha dan merancang tanpa perlu rasa gusar, risau, terkejar-kejar dan berlumba-lumba.

Tanda-Tanda Orang Yang Bersyukur

Tidak salah menjadi seorang yang kaya, jutawan atau mengumpul harta. Isi pokok di sini adalah menjadi seorang yang bersyukur dan dari manakah datangnya harta tersebut (halal atau haram).

Di dalam buku ustaz  Zaharuddin, “Wang, Anda dan Islam” pada bab permulaan, beliau menerangkan secara jelas dan ringkas apa erti zuhud yang sebenar iaitu bukan soal wang yang banyak atau sedikit yang perlu dipersoalkan, tetapi yang perlu diperbincangkan adalah dari mana wang itu datang dan ke mana & bagaimana ia disalurkan.

Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?

miskin 1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan.

2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan.

3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.

4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu.

5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’.

6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain.

7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha.

Berbalik kepada kisah bapa saudara saya tadi, kerjanya amat meletihkan. Mungkin bekerja di bawah panas yang terik. Gajinya bukan seberapa pun. Namun, beliau seorang yang tekad. Masakan tidak, sudah belasan tahun hanya kerja yang sama.

Jangan sesekali saudara-saudari semua mengatakan beliau sekeluarga susah dan merana. Saya setiap kali memasuki rumahnya, hati saya rasa tenang, mata pula sejuk memandang. Beliau bersama isterinya melayan tetamu (termasuk saya) dengan penuh ramah dan tetap menyambut tetamu dengan baik pada bila-bila masa pun. Ruang rumahnya walau tidak sebesar mana, tapi tetap rasa luas.

Saya sering tertanya, mengapa saya berasa sedemikian setiap kali memasuki rumah mereka. Jawapannya mudah. Mereka mendapat rezeki yang berkat, hasil jerih-perihnya yang menumpahkan peluh di dalam kerja yang dilakukan. Inilah dikatakan sebagai hidup yang sentiasa dipayungi oleh rahmat dan kasih sayang Allah. Berkat rezeki yang halal dan dilakukan dengan susah payahnya.

Tapi, mengapa kebanyakan kerja yang senang seperti perniagaan internet, wang cepat habis dan yang lebih teruk wujudnya perasaan ingin terus-menerus menambah wang tanpa rasa cukup? Malah seperti wujudnya rasa sering ketinggalan? Mungkin… Mungkin telah termasuk ke jalan yang kurang berkat. Atau mungkin… Mungkin tiadanya rasa syukur atau tidak merealisasikan rasa syukur ke dalam beberapa bentuk tertentu seperti bersedekah dan sebagainya.

Patutlah… Patutlah jika kita mendapat pendapatan dengan mudah di internet seperti RM1000, RM5000, ia cepat habis atau kita terus ingin berlumba-lumba dan rasa amat resah jika ada orang lain lebih hebat. Rupanya salah satu sebab adalah mungkin kita tidak bersyukur kepada Allah dan tidak pernah rasa cukup.

Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak akan membazir wang yang ada. Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak rasa pelik dan tercabar dengan pendapatan orang lain yang lebih besar. Jika kita seorang yang bersyukur, kita memiliki satu perkara yang tiada pada orang yang tidak bersyukur iaitu KETENANGAN HATI DAN JIWA.

Jiwa orang yang tenang (mutmainnah) hanya satu sahaja tujuannya: Hidup gembira di syurga yang tenang dan menatap wajah Allah Yang Maha Pengasih. Dunia material hanyalah alat sahaja yang berada di tangannya buat bekal hidup, dan bukan di hatinya.

“Dunia itu terlaknat, dan terlaknat apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan apa yang mengikutinya, orang berilmu dan orang yang menuntut ilmu.” (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Maka ambillah apa yang telah Aku berikan padamu, dan jadilah orang-orang yang bersyukur.” (Al-A’raf: 144)

Jika tujuan dan nawaitu kita adalah ALLAH dan menelusuri liku-liku kehidupan ini dengan jalan yang telah ditunjukkanNYA, insyaAllah hati kita pasti TENANG.

Penutup tulisan kali ini, bersyukurlah ke atas apa saja yang kita dapat dan teruskan bekerja tanpa rasa putus-asa. Menjadi orang yang bersyukur itu lebih HEBAT berbanding menjadi kaya tetapi tidak menyertakan rasa syukur.

‘Kejarlah ketenangan, bukan kekayaan’. Si kaya atau si miskin, tak ke mana jua, tak berbeza destinasinya. Akhirnya semua ke kubur jua. Yang menjadi pengukur ‘di sana’, adalah amal, bukan harta yang menggunung.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. salam
    Kejayaan seseorang bukan boleh diukur dengan kekayaan.
    ada orang kaya, tetapi tidak bahagia
    ada orang kaya tetapi tidak sihat
    ada orang kaya tetapi penuh dengan hutang
    dan banyak lagi contoh, kadang2 pada mata kita, kita nampak seseorang itu berjaya, tetapi, kejayaan itu bukan lah selalu bersama mereka.
    Jadi bersyukur dengan apa yang ada, kita akan tenang, dan tidak mudah tercabar dan berasa sakit hati dengan org. rezeki kita, kalau kita berusaha, ianya takkan kemana. dan kene ingat, rezeki bukan hanya dengan harta kekayaan, tetapi rezeki itu datang daripada pelbagai jalan, mungkin kesihatan, mungkin anak isteri soleh, dan munking kejayaan kita di akhirat kelak.

    entry zul kali ni penuh bermakna, dan sangat memotivasikan. terima kasih. dan hanrapnya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca yang lain.

  2. azizi says:

    salam,
    tersentuh baca post kali ni. dah lama tak comment. rasa tergerak hati nak comment tulisan Zul kali ni. saya amat, amat, amat bersetuju dgn Zul. lagi satu contoh terbaik ialah bapak kita. bila difikirkan balik dengan pendapatan yang tak seberapa, mampu membesarkan dan bagi pendidikan sampai peringkat yang tinggi. sedangkan ibu hanya suri rumah sepenuh masa.

    itu tanda adanya keberkatan pada pendapatan tu. dan yang penting selalu bersyukur dengan apa yang ada. tidak membazir membeli perkara-perkara yang tidak perlu.

    artikel yang cukup bagus Zul. rasanya pemikiran dan kematangan Zul mengatasi usia Zul. semoga Zul sekeluarga berada di dalam rahmatNya dan berjaya dalam apa jua bidang yang Zul ceburi.

    p/s: bila nak buat training kat Kedah ni? ari tu tak boleh join kat Penang. ada kerja. nanti boleh set lain dengan abg Jimieray.

    • Benar, azizi. Memang tersentuh hati dek baca kepada tulisan Zul kali ini. Ada jiwa, ada aura. Syabas Zul. :)

      Benar, mereka-mereka yang bersyukur adalah lebih beruntung daripada mereka-mereka yang sebaliknya (antaranya, golongan yang dewa-dewakan dan uja-ujakan keduniaan fana semata). Mereka yang bersyukur adalah lebih dekat dengan Nya. Mereka yang tidak adalah lebih sombong dengan Nya. Ingatlah, kita sebagai manusia, sebagai Khalifah Allah, ada tujuannya hidup di alam ini. Dan ingatlah juga, bahawa, bukan hanya alam ini sahaja yang akan kita hidupi. Malah, telah ada alam-alam yang telah kita hidupi dan seterusnya menanti juga alam-alam selepas alam fana ini. Bermakna, alam-alam lain selain alam infiniti (akhirat), adanya mula dan hujung. Jika sudah di alam fana ini kita besar-besarkan ia, mungkin, alam-alam seterusnya akan ‘memakan’ kita.

      Zul juga ada berbicara tentang wang. Bagi saya, prinsip saya: “Jangan kita dikuasai oleh wang, tetapi kitalah yang seberhaknya yang mengawalnya. Jika tidak, kita adalah hamba yang zalim malah pada diri sendiri.”

      Zul, terima kasih di atas usaha ini. Banyak yang saya pelajari hari ni. :)

      p.s. Saya akan tambah dan mula berpegang kepada prinsip Zul: “di dunia adalah tempat kita bekerja kuat, dan tempat berehat adalah di dalam kubur.” Boleh ya Zul. :)

      - Usahawanita Internet, Zainun Mat Deris

  3. pakteh says:

    Artikel yg mantap dan banyak ilmu yg dapat dipelajari. Sebagai insan yg sering lalai ada baiknya kita sering ingat mengingati antara satu sama lain. Apakah kita hanya perlu bersyukor jika mendapat banyak wang, rumah besar, kereta besar dan semua kehendak dipenuhi? Berapa ramai yg bersyukor ketika gagal, kesempitan hidup, hilang harta benda? Semua ujian datang dari Allah SWT dan perlulah kita bersyukor.Hadapi hidup ini dgn penuh senyuman :)

  4. Benar, azizi. Memang tersentuh hati dek baca kepada tulisan Zul kali ini. Ada jiwa, ada aura. Syabas Zul. :)

    Benar, mereka-mereka yang bersyukur adalah lebih beruntung daripada mereka-mereka yang sebaliknya (antaranya, golongan yang dewa-dewakan dan uja-ujakan keduniaan fana semata). Mereka yang bersyukur adalah lebih dekat dengan Nya. Mereka yang tidak adalah lebih sombong dengan Nya. Ingatlah, kita sebagai manusia, sebagai Khalifah Allah, ada tujuannya hidup di alam ini. Dan ingatlah juga, bahawa, bukan hanya alam ini sahaja yang akan kita hidupi. Malah, telah ada alam-alam yang telah kita hidupi dan seterusnya menanti juga alam-alam selepas alam fana ini. Bermakna, alam-alam lain selain alam infiniti (akhirat), adanya mula dan hujung. Jika sudah di alam fana ini kita besar-besarkan ia, mungkin, alam-alam seterusnya akan ‘memakan’ kita.

    Zul juga ada berbicara tentang wang. Bagi saya, prinsip saya: “Jangan kita dikuasai oleh wang, tetapi kitalah yang seberhaknya yang mengawalnya. Jika tidak, kita adalah hamba yang zalim malah pada diri sendiri.”

    Zul, terima kasih di atas usaha ini. Banyak yang saya pelajari hari ni. :)

    p.s. Saya akan tambah dan mula berpegang kepada prinsip Zul: “di dunia adalah tempat kita bekerja kuat, dan tempat berehat adalah di dalam kubur.” Boleh ya Zul. :)

    - Usahawan Internet, Zainun Mat Deris

  5. Aqif says:

    Salam saudara smartzul,

    Saya amat tersentuh dengan artikel ini. Tidak dapat dinafikan kadang-kadang saya juga tergolong dalam golongan orang yang “tidak bersyukur” kerana terlalu mengejar duniawi. Namun dengan salah satu penyedaran yang telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada saya melalui artikel saudara, saya sedar saya telah melakukan kesilapan.

    Ada ketika saya tidak mendapat sebarang keuntungan, saya mengeluh. Ada ketika saya hanya mendapat keuntungan yang sedikit, saya mengeluh.

    Sepatutnya kita harus bersyukur kepada Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki walaupun pada masa itu kita tidak mempunyai pendapatan yang kita inginkan. Namun kita harus percaya bahawa Allah S.W.T maha adil. Hanya DIA tahu yang terbaik untuk hambanya.
    :)

    Sekali lagi saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana saudara smartzul atas penulisan artikel ini.

  6. taza says:

    Yup saya besyukur dengan rezeki yang diterima tak kisah ler sama ada sikit atau banyak sebab kengkadang ada orang lain yg tak dapat peluang langsung menjana wang…malah ada yang tak de wang…

    bila renung balik perjalanan hidup ni macam masih jauh..

  7. Faiz says:

    Salam’alaik bro smartzul,

    benar kata-kata anta… ana jga tersentuh dgn posting diatas… syukran krn mengingatkan…

    “Lain syakartum la’azidannakum, wala’in kafartum inna azabilasyadid…” (Ibrahim: 7)

  8. KomenEbook says:

    Dunia ini hanya sementara, tiada yang indah sebenarnya jika hidup ini tak tahu nak hargai nikmat hidup sebenar yang diberikan Allah. Sentiasalah bersikap “Husnu-Dzon” dalam semua ujian-NYA dan jauhilah “Su’uZ Dzon”.

    Sentiasalah berdoa agar tergolong dalam golongan yang “sedikit” (tahu bersyukur atas semua kurniaan dan dugaan-NYA)

    Allah boleh tarik rezeki & keberkatan bila-bila masa sahaja…

    Nice article Zul :-)

  9. AdvanceBiz says:

    Saudara Zul,

    Saya tertarik dengan petikan saudara yang ini :

    “Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak akan membazir wang yang ada. Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak rasa pelik dan tercabar dengan pendapatan orang lain yang lebih besar.”

    Saya sangat bersetuju dengan petikan saudara ni. Bukan apa, kita selalu lihat orang lain berjaya dapat sejumlah pendapatan tapi kita tak pernah pun nak lihat apa yang kita dah dapat dan malah kita tak pernah pun bersyukur.

    Kekadang kita terlupa rezeki sebenarnya ditentukan oleh Tuhan.. Bagi saya kita kena berusaha sendiri.

    Terima Kasih Saudara atas peringatan2 di atas. Dan saya amat berharap agar ramai kawan – kawan kita membaca post saudara kali ni..

  10. zahrul azua says:

    sebab tu ustaz saya ada katakan lebih baik doakan kan diri jadi orang yang bersyukur dari doakan diri jadi orang yang sabar….

    bila doa akan ada ujian… takut2 ujian kesabaran tersebut kita fail… tapi ujian kesyukuran mungkin boleh menambah lagi nikmat dari tuhan…

  11. mazlienadzri says:

    Salam Zul,

    Sebak saya baca. Terima kasih kerana mengingatkan. Itulah, kadang2 kita lupa, leka dengan nikmat yang kita ada, lupa pada orang yang lebih susah daripada kita.

    Terima kasih Zul. Teruskan dengan artikel2 begini, tidak hanya kepada mencari duit sahaja :)

    Thanks,

    Mazlie Nadzri

  12. Shukor says:

    Salam bro Zul,

    terima kasih byk2 kerana post Zul, saya tersedar kembali tentang konsep syukur dalam kehidupan kita.

    Terfikir pula saya kenapa orang-orang zaman dulu macam mak ayah kita masih mampu menyekolahkan dan menghantar anak2 mereka ke menara gading walaupun beliau seorang nelayan, tukang kebun atau petani?

    Renung-renungkan….

  13. KampungBoy says:

    Satu artikel yang penuh dengan pengisian…
    kadang2 kita sebagai manusia
    kena selalu diperingatkan

  14. Nabieel says:

    Bila baca artikel ni teringat kisah ayah..menyara 5 org dengan gaji RM500.

    Masih boleh hidup dengan sempurna walaupun hidup dengan penuh kekurangan. Semua ini berlaku pada 10 tahun yang lalu.

    PS ; Sedih juga dengar cerita ada manusia makan nasi tiap2 hari dengan air teh sahaja sebagai lauk.

    __________________
    Rahsia Kerja Kerajaan

  15. IsteriCun says:

    sekarang ni memang ramai yang tak tau nak bersyukur.. bila blom dapat punya la berusaha… tapi bila dah dapat abaikan aje..

  16. nuwa says:

    Tersentuh jiwa raga baca post zul kali nie.. Bersyukurlah seadanya.. amin…

  17. Izham says:

    Salam…

    Post bro Zul kali ini betul menyentuh perasaan. Jika di baca dan difaham ia mempunyai maksud2 yg mendalam. Memang saya baca ni menyentuh perasaan dan menyedarkan saya la.. Thank Allah thank bro Zul..

  18. lanchini says:

    Salam Zul,

    Dah banyak hari saya tak buka google reader saya. Bila buka, terus klik artikel Zul mengenai pentingnya bersyukur ni..

    Bila habis baca, saya terkedu jap. Bukan apa, bila dinilai diri sendiri adakah tergolong org yang bersyukur, saya rasa insaf. Sedar tak sedar, banyak kurniaan Nya yang saya terlupa untuk mengucapkan kesyukuran sebagai tanda terima kasih. Bila dah asyik mengejar cita2, kita memang mudah terlupa kepada Yang Maha Kuasa yang memberi kudrat, kesihatan dan rezekiNya…

    Terima kasih atas peringatan ini..

  19. zai says:

    salam Zul,

    post zul kali nie trlalu menyentuh hati saya,di sini baru saya teringat kembali..apakah sebenarnya yang ku cari-cari dalam hidup.moga-moga diharap post nie dapat dibaca oleh ramai orang lagi

    terima kasih atas peringatan ini….

  20. eyeman says:

    setuju, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada dan bersederhana selalu.

  21. fakhrul says:

    seriously, saya sungguh adored kepada penulisan ini.

    sungguh membuka mata saya.

    tq.

  22. syahirah says:

    terima kasih sangat2..artikel ini sangat2 membantu diri saya. saya mohon share ye..

  23. [...] Tidak percaya? Boleh baca tulisan saya di sini. [...]

  24. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian yang penuh dengan peringatan. Walaupun artikel ni dah berumur lebih 3 tahun, saya tetap terpanggil nak berikan komen. Semoga Allah merahmati kita semua & memperoleh kejayaan hidup di dunia & di kampung akhirat yang kekal abadi. Amiin :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.