Menjadi Jutawan Senyap | Berjumpa Dengan Jutawan!

Pada 26/4/07 yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh ITKAU (Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara) milik Dr. Rusly. Ya, sudah semestinya yang memberikan ucapan atau ceramah adalah Dr. Rusly sendiri. πŸ™‚ Salah seorang yang saya anggap antara orang-orang yang berjaya di Malaysia. Oh, sudah tentu seorang usahawan. πŸ™‚

Jika saya ingin ceritakan semula apa yang telah disampaikan oleh beliau, saya rasakan begitu panjang nanti. Jadi, jika anda ingin mengetahui apakah yang disampaikan olehnya dari pagi sampai ke petang, sertailah seminar jutawan senyap oleh Dr. Rusly. Pesan saya, sebelum menghadiri seminar, cukupkan tidur anda di sebelah malam sebelum seminar. Jika tidak, otak anda tidak larat menerima banyak input positif daripada Chef Li semasa seminar berlangsung.

chefzul.jpg

*Masa ambil gambar ni, Dr. dalam nak cepat sebab beliau perlu ke KLIA untuk ke Tawau.

Di sini, saya ingin memetik beberapa kata-kata Chef Li daripada modul dan buku beliau:

“Manusia diberikan akal yang boleh merekacipta dan menambah nilai pelbagai benda dan sumber yang ada di sekeliling kita. Satu perkara yang hanya Allah berikan kepada kita ialah kebolehan untuk bertamaddun!”

“Setiap manusia dimotivasikan oleh Allah agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Manusia sepatutnya menjadi makhluk yang dinamik dan progresif. Ia adalah makhluk yang sentiasa menuju kemenangan dan kecemerlangan…”.

Dr. Rusly bertanya, apakah definisi kecemerlangan manusia?

Jawabnya, “Yang terbaik di sisi Allah ialah yang paling taqwa. Yang terbaik di sisi manusia ialah yang paling banyak mendatangkan manfaat”.

chef.gif

*Dr. Rusly tengah bagi ceramah. Maaf gambar kurang cerah.

Di dalam modul seminar, Dr. Rusly ada menyatakan ‘formula’ bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Kalau nak tahu, kenalah ‘berguru’ dengan beliau yer. Saya tak boleh suka-suka letak formula orang lain kat sini tanpa kebenaran. πŸ™‚

Cuma secara ringkasnya, kejayaan, kekayaan atau apa sahaja, ia bermula daripada kepercayaan yang kita tanam dalam minda dan fikiran kita. Ia bermula di situ. Kalau minda kita berkata “aku tak mampu”, “bisnes yang aku buat ni tak bagus”, “aku tak yakin”, maka usaha dan hasil bisnes sudah pasti akan sedikit atau terus lingkup. Sebaliknya, bagi mereka yang ada keyakinan kuat akan usaha yang dilakukan, insyaAllah mereka akan menjadi seorang yang pro-aktif, progresif dan akan berjaya.

Mudah ceritanya, ia berkaitan dengan kepercayaan terhadap usaha yang dilakukan dan sikap kita terhadapnya. Anda sendiri pun tahu, siapa yang usaha lebih, sentiasa bermotivasi, yakin, ada ilmu, maka mereka akan berjaya jua. Sebaliknya yang malas, takut-takut, malu tak bertempat, pasif, tak percaya yang dia buat itu boleh mendatangkan kekayaan, maka sudah pasti susah untuk dia berjaya.

Di dalam seminar, Dr. Rusly banyak menyentuh mengenai formula TNS x L. Sekali lagi, saya tak akan mengulas mengenai formula itu. Anda perlulah belajar terus daripada Dr. Rusly di seminarnya. πŸ™‚ Cuma secara ringkas adalah, kebanyakan daripada kita tidak pandai menggunakan apa sahaja barang, bahan atau kemudahan yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dijual.

Kami para peserta terkejut apabila Dr. Rusly memberikan satu resepi yang bermodalkan RM10 tetapi dapat menghasilkan pendapatan sekitar RM200-RM300! Malah, kami juga seperti seorang yang jahil apabila Dr. Rusly bertanya “bahan apa yang digunakan untuk membuat aiskrim?”. Semua peserta diam dan kelu tidak dapat menjawab. Kemudian beliau terus menyatakan bahan-bahan untuk membuat aiskrim yang begitu simple, tetapi boleh memberikan hasil yang lumayan. Dari keadaan yang senyap, semua peserta menggeleng-gelengkan kepala sebagai isyarat, “sungguh aku tak percaya…”. πŸ™‚

Tidak dapat saya ceritakan lain-lain input yang Dr Rusly berikan di seminar itu. Ruang ini amat terhad untuk saya menulis. Cuma kesimpulan yang dapat saya katakan adalah:

1. Usahlah banyak alasan lagi untuk anda tidak menjadi usahawan jika anda ingin menjadi usahawan.

2. Tak ada modal? Ia satu alasan yang tidak dapat diterima lagi jika anda mengamalkan formula TNS x L. Bisnes kecil itu tak bermakna hasilnya sedikit. Belum cuba belum tahu.

3. Gunakan apa sahaja yang anda ada sebagai permulaan bisnes anda.

4. Bisnes yang berjaya bermula daripada benak fikiran anda. Jika anda yakin, positif, maka hasilnya juga akan positif.

5. Ilmu, ilmu, ilmu. Guru, guru, guru. Siapa yang dapat menafikan akan perlunya ilmu dan juga seorang guru yang ‘mursyid’?

6. Anda perlu melakukan sesuatu sebelum mendapat sesuatu. Maksudnya di sini, anda perlu ada produk yang diniagakan dan anda akan mendapat wang daripada bayaran orang untuk produk anda. Jika anda malas, maka tiadalah hasilnya!

7. Ego. Tak perlulah anda ego. Tak perlulah anda kata anda hebat dan lebih tahu. Tak perlulah anda menolak sesuatu yang lebih benar daripada kata-kata anda. Tak perlulah semua itu. Yang perlu adalah, kita sama-sama berusaha. Inilah intipati dunia keusahawanan Islam.

Saya rasa, anda atau semua orang tahu perkara-perkara yang saya senaraikan di atas. “Ala Zul, benda yang kau cakap tu aku dah tahu…”. Tapi bila ditanya semula, “Dah buat ke? Dah amal ke benda-benda tu? Hasilnya sekarang?”. Lantas, kepalanya mula menjadi macam kepala kura-kura. Rupanya dia hanya sekadar tahu, tapi tak mengamalkannya. Itulah dia manusia yang ego… Tahu, tapi tak buat. Kata Dr Rusly, manusia macam ni adalah jenis tak ada sikap positif dan tak percaya sepenuhnya apa yang perlu dilakukan.

Setelah menghadiri seminar itu dan berjumpa dengan Dr Rusly, semangat saya untuk menjadi usahawan yang berjaya terus meningkat! Saya semakin bersemangat! Nampaknya, diri saya semakin susah untuk diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang menjadi penghalang usaha saya. Daripada membaca buku tulisan Dr Rusly, menghadiri seminarnya dan kelak saya akan mengikuti kursus beliau yang lain, kini saya sudah tahu akan hakikat keusahawanan yang sebenar!

Walaupun bidang kami berbeza, saya Bisnes Internet dan beliau masakan, tetapi input-input yang beliau berikan dan konsep TNS x L dapat diaplikasikan juga ke dalam perniagaan Internet. Oh ya, lagipun saya ni minat memasak! Siapa yang nak join saya ikut kursus memasak Chef Li nanti, angkat tangan. Kita pergi sama-sama. πŸ˜‰ Saya serius ni, tak gurau. πŸ™‚

Oklah, saya rasa momentum saya sebagai usahawan kini semakin meningkat. Inilah kerjaya saya sampai akhir hayat. Tak ada sesiapa yang dapat mengubah haluan saya kecuali ALLAH sahaja. Cuma apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah, terus-menerus berusaha dengan gigih tanpa rasa putus-asa, percaya akan perniagaan yang saya lakukan dan perlu bersikap positif selalu. Anda pula bagaimana?

Kepada semua usahawan, semoga kita semua berjaya! Baik di sisi Allah dan baik juga di sisi manusia!

“Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Adalah lebih malang lagi kerana anda sebenarnya boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskin… Malaysia menawarkan peluang yang sangat banyak…”. – petikan dari buku Menjejaki Jutawan Senyap.

Wassalam.

PS. Sertailah seminar jika anda mampu, banyak input positif yang akan anda dapat selain dapat menambah kenalan.

PPS. Kata Dr Rusly, selepas kaum Cina dan India yang banyak menyimpan di bank Malaysia ini, orang Indonesia pun banyak juga. Fikir-fikirkan…

PPPS. Saya juga ingin menjejak usahawan-usahawan yang telah berjaya. Usahawan ‘sederhana’ tetapi berjaya. πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Menjadi Jutawan Senyap | Berjumpa Dengan Jutawan!

  1. Wah wah. Dr Rusly ni Chef Li kan? Buku dia memang bagus.. Dan pasti seminarnya pun bagus juga..

    Memang betul bila dia cakap yang kat Malaysia ni kita boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskin.. Dalam Islam pun lebih baik kaya barulah kita boleh dermakan harta kekayaan tuh untuk menyebarkan syiar Islam.. Malang sekali banyak kalangan kita yang merasakan sikap ingin kaya tu adalah sesusatu yang jijik..

    Asalkan jangan bertuhankan duit sudahlah.. InsyaAllah, semua orang boleh berjaya kalau ada keinginan dan ketabahan yang kuat..

  2. Ò€œHidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang. Adalah lebih malang lagi kerana anda sebenarnya boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskinÒ€¦ Malaysia menawarkan peluang yang sangat banyakÒ€¦Ò€. – petikan dari buku Menjejaki Jutawan Senyap.

    Askm Zul! Sebenarnya kata2 ni lah yg menjadi inspirasi dan pembakar semangat saya utk berjuang untuk menjadi ushawan yg sebenar. Ingatkan Zul yg menjadi usahawan internet tak akan pergi seminar macam Dr Rusly ni. Maklumlah bidang yang berbeza.

    Tapi saya tersilap sangka rupanya. Saya dulu pun(awal tahun lepas) pernah pergi ke seminar Dr Rusly ni selepas aje habis baca tiga-tiga buku beliau dlm tempoh seminggu. Memang menarik betul seperti apa yg Zul katakan. Tiada kata yg boleh dijelaskan disini melainkan individu itu sendiri yg menghadirinya. Kerana buku dan seminar beliaulah yg membuat saya terus nekad dan memulakan perniagaan kecil-kecilan dan seterusnya menjumpai blog Zul dan sedang dlm proses menjalankan perniagaan internet juga.

    Selapas ini diharap blog Zul ini juga sebagai pemangkin inspirasi saya dlm perjuangan menjadi usahawan yg sebenar. Dah lama saya mengikuti blog Zul ini, baru hari ini diizinkan oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama memberi catatan yang tak seberapa ini.

    Wasalam.

  3. riosm, walaupun kita berlainan bidang dalam bisnes, kita tetap USAHAWAN. Sama kerjaya. πŸ™‚ Konsep asas bisnes tetap sama, motivasi tetap sama, matlamat lagi sama. Cuma jalan jer yg berbeza. πŸ™‚ riosm, jangan ingat saya tak suka bisnes kecik2 macam pasar malam, hehe.. πŸ˜‰

    Semoga kita semua berjaya. InsyaALLAH.

    Cikgu Azleen, tu lah. Saya pun naik pelik juga apabila memikirkan akan sikap sebegitu. Jijik dan hina ke jadi kaya? Haram ke jadi kaya? Mentaliti ni perlu dikikis. Asas kefahaman yg jelas mengenai kekayaan, kemiskinan tu perlu ada. Baru kita faham.

    Saya respek Chef Li. Di seminar, hanya beliau dan anak beliau sahaja. Tak ada urus setia (staf), tapi hanya anak beliau yg membantu. Bahkan Dr. juga tolong angkat kerusi untuk para peserta. Datang ke JB pula dengan kereta, drive sendiri! Lepas ke ke Tawau Sabah pula. Jutawan macam ni tak kenal lelah dan usahawan macam ni yg patut kita jadikan teladan dan contoh. Sentiasa bersemangat!

  4. Zul Smart berjumpa Chef Li? Satu lagi kejutan dari pakar IM kita. Tahniah.. insyaallah, penulis pun nak ‘join’ juga jadi Jutawan Senyap. :mrgreen:

  5. hai zul… πŸ˜› hebatlah u, boleh jumpa jutawan senyap. Maklumat yg diberikan juga sangat berguna.. Diharap jadi panduan kepada usahawan baru seperti saya.

  6. wah.. chef li, penulis buku yang saya minati dan beliau adalah usahawan idola saya.. saya sukakan konsepnya.. biar kecil asalkan berhasil… dan buku2 beliau lah telah mengubah hidup saya sehingga menjadi peniaga pasar malam dalam beberapa bulan.. Isyallah kalau berpeluang saya juga ingin menghadiri seminar jutawan senyap beliau .. terima kasih zul di atas kesimpulan yang zul berikan… memang praktikal sekali untuk sesiapa yang bercita-cita menjadi usahawan beriman .

  7. Saya begitu respek kepada usahawan yg begitu merendah diri dlm apa segala perkara yang mana maksud sy bersifat tidak menunjuk-nunjuk… klu difikirkan sy ni pule mempunyai karekter ‘low profile’ sbb sy sbnrnye xbrp suka menunjuk-nunjuk berlebihan dan itulah yang terbaik buat saya… lagipun kita semua tidak pernah lari daripada kesilapan… so klu boleh kita perlu mempelajari sesuatu setiap hari agar hidup ini sentiasa bermakna agar ilmu itu memberi manfaat dalam kehidupan!!

    Best regards,
    Best in Shah Alam

  8. Wah, seronok dapat jumpa golongan jutawan senyap ni.Zul senyap senyap je ke seminar Chef Li ye..Ingat nak belajar masak jugak la..

  9. Sham, dah nama seminar jutawan senyap, so senyap-senyap je la ke sana. πŸ˜†

    PS. Dr Rusly kata, dia take time dalam 3-4 tahun untuk jadi jutawan. Maksudnya, bukan dalam 60 saat lah. 😎

  10. inilah pentingnya minda jutawan… kalu takder minda jutawan macam mana nakjadi jutawan? jutawan bukan ambik masa yang singkat dengan cara yang cepat lagi berlipat tetatpi terjerat… hahha…

    jual air soya tetap dapat menjadi jutawan kalu ada komitmen yang kukuh…

    nampaknya dah makin mantap stamina zul sekarang nih…

    tabik spring laaa buat zul…

    saya… kalu bab masa nih nasik goreng je boleh dengan telur mata kerbau wahahha… tapi skang nih mana-mana seminar saya belum pergi buat masa nih… memang best kalu pergi seminar nih terutama yang berkaitan dengan bidang keusahawanan dan bidang yang kita minat…

    tahu tapi tak bertindak apa maknanya…

  11. shueqry!!.. your blog very nice and interesting too… with a much of info’s and guidelines drive to visitor more benefits from your writing… anyway you are smart guy and i appreciate… keep up a good work ok :mrgreen:

    Best regards,
    Best in Shah Alam

  12. haha… takpayah bagi tahu apa ke dia TNS x L … aplikasikan aje. jangan tunggu lama-lama untuk manfaat dalam perniagaan internet.

    kalu dah releven untuk urusan bisnes internet lagi bagus digabungkan untuk melipatgandakan lagi perniagaan internet yang sedia ada.

    minda yang mantap, hasil berlipat tanpa terjerat, rezeki berkat tidak tersekat…

    teruskan perjuangan zul, usah gentar dengan apa jua cabaran yang mendatang…

    wah! berapi2 pulak saya nih… hehhehehe

  13. 4 thn utk jutawan?

    saya pula bagi tempoh 7 thn utk capainya.

    setakat la, saya bersyukur kerana ebiz saya yg dipasarkan ke antarabangsa dah mula mendapat puluhan usd walaupun baru 3 minggu mempromosikannya.

    tq zul krn sering berkongsi ilmu ebiz dgn saya.

  14. aku tetap percaya pada kata2 ini… tp aku lebih percayakan diriku sendiri.tapi apa salahnya kita berkongsi bersama kan…anugrah tuhan mesti di sebarkan kerana itu milik kita bersama.jadi aku setuju apabila ada insan yang rajin memberi motivasi pada insan yang masih seperti katak di bawah tempurung 😳 :ev :mrgreen: il: macam aku sendiri pun masih lemah dan perlu belajar untuk melompat keluar dari tempurung .god bless for all.thanks πŸ˜† good information.

  15. Salam,

    Telah membaca buku Dr.Rusley. Kisah benar iaitu seorang Cik gu dengan suaminya menjual air-krim pada waktu pasar malam sambil membunyikan loceng aiskrim dan menjadi kaya raya akhirnya. Harap-harap saya akan menjadi sepertinya pada suatu hari nanti.

    (TAIB ABDULLAH – Selayang)

  16. Saya juga ada baca buku Chef Li. Memang bagus buku tersebut kerana banyak motivasi yang diberikan. Di dalam perniagaan, sekiranya tiada semangan dan motivasi, pasti akhirnya nanti akan kecundang atau kemungkinan besar, perniagaan tersebut tidak pernah berjaya…! πŸ˜‰

  17. salam sejahtera..

    saya dh baca 4buku chef li,smua bagus…Gred A+

    perlu ditekankan disini,kite sama2 menolong ummah islam utk maju kedepan,tanamkan jiwa jihad ekonomi islam dlm diri…kalo sape yg dah berjaya,bantulah kwn2 yg blum bjaya,bg smangat,idea2 yg baik utk bisnes..kalo ade ilmu,curahkan…xsemua org bole pergi kursus Chef Li..marilah kite berkongsi ilmu,adalah baik utk diri,silatulrahim sesame islam…

    MARI JIHAD EKONOMI ISLAM

  18. Sekarang buku Chef Li yang latest dah keluar, title “Aku Tak Nak Miskin”. Insya-Allah saya akan buat review di dalam blog saya nanti.

    Buku2 Chef Li sebelum ni pun telah saya review. Memang best, saya suka baca buku mcm penulis sebegini. Benar2 bermanfaat! Boleh bg A+++ la…!

    Regards,
    kakeru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *