Tip Untuk Peniaga ONLINE: Mengurus Pembelian Palsu Penipu

Nota ini saya petik dari Nota di akaun Facebook saya.

———

Beberapa hari ini (sebenarnya sejak bertahun-tahun yang lepas lagi), ramai juga yang mahu main tipu dalam pembelian di Internet. Sudah tahu menipu itu berdosa, dibuatnya juga. Kes ini berlaku biasanya pada kaedah pembayaran secara manual (bukan automatik).

Tip untuk usahawan: Jika bukti pembelian meragukan atau tidak cukup, jangan terus menguruskan tempahan mereka. Hubungi mereka dahulu dan minta butir transaksi bayaran yang lengkap. Sebagai penjual, kita ada hak untuk bertindak sebegitu.

Berikut adalah beberapa kes yang pernah saya lalui:

Kes 1: Isi borang dahulu tapi belum bayar. Biasanya tidak sertakan butir transaksi bayaran. Ada dua keadaan kes ini. Satu, mereka isi dulu bayar kemudian. Atau memang saja-saja isi. Penyelesaian: Hubungi mereka. Tunggu sampai mereka respon. Kalau tidak respon, “good bye”.

Kes 2: Isi borang tapi tidak buat bayaran. Kes ini memang jelas mahu menipu. Kita dapat hidu penipuan pada bukti bayaran yang mereka berikan pada borang pesanan (emel) dan juga rekod di akaun bank. Kalau meragukan, hubungi mereka. Penipu biasanya tak akan balas emel kita.

Kes 3: Bayaran melalui MESIN DEPOSIT (offline). Ada juga kes di mana pembeli bayar pada sebelah siang dan isi borang pada sebelah malam. Dan si penipu pula memang bernasib baik isi borang pada sebelah siang pada hari itu itu. Jadi kita sangka mereka buat bayaran, tetapi orang lain yang buat bayaran (yang akan isi borang pada waktu malam).

Untuk kes ini, cadangan saya adalah, bagi sesiapa yang mahu buat bayaran dahulu (memasukkan wang ke akaun bank kita), MINTA MEREKA SMS dengan segera maklumat bayaran.

Kes 4: Sama seperti Kes 3 tetapi bayaran secara Online. Si pembeli A bayar dahulu, tetapi lupa mengisi borang. Kena pula ada seorang penipu pada waktu yang sama yang mengisi borang. Untuk kes ini, semak bukti bayaran dengan teliti. Hubungi mereka jika butir bayaran meragukan.

TIP TAMBAHAN:

1. WAJIBKAN pembeli memberikan maklumat yang penuh seperti NAMA PENUH, NO. TEL, NO I/C (jika perlu). Kalau mereka tidak berikan NAMA PENUH, tempahan tidak akan diuruskan.

2. Ini TIP PENTING, terutama untuk penjual ebook. Jangan terlalu cepat respon tempahan pembelian. Kita sudah beritahu awal-awal di laman pembelian bahawa urusan penghantaran link download akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

3. Perlu buat satu page khas untuk polisi. Atau paling kurang nyatakan di page maklumat bayaran. Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali.

*Macam mana mahu pulangkan balik, maklumat mereka pun tidak lengkap. πŸ˜‰

Jadi, berikan masa untuk anda melakukan semakan dengan teliti. Jangan terlalu ingin menunjukkan servis kita cepat, akhirnya penipu dapat ganjaran. Pembeli faham proses manual yang dilakukan, jadi kita juga memahaminya.

Apa pun yang penting, semak di akaun bank dahulu untuk pastikan bayaran sudah masuk. NAMUN ada satu perkara penting.

KESIMPULAN: Semuanya bertitik tolak pada diri kita sendiri. Kita ada hak untuk TEGAS dan “menyoal siasat” pembeli yang meragukan. Sebagai penjual, kita perlu sederhanakan sikap terlalu teruja semasa menerima bayaran. Lakukan dengan PENUH TELITI, sabar, buat dalam keadaan SEDAR dan yang penting, mulakan dengan BISMILLAH.

Daripada pengalaman saya, para penipu sebegini tidak akan membalas emel SOAL SIASAT yang saya hantar.

Semoga mereka insaf sebelum terlambat.

Polis

Semoga perkongsian ini tidak menakutkan mereka yang baru ingin memulakan perniagaan Internet. Seperti mana perniagaan OFFLINE, perniagaan ONLINE juga ada 1001 ujiannya tersendiri.

//Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Tidak boleh digunakan untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Tip Untuk Peniaga ONLINE: Mengurus Pembelian Palsu Penipu

  1. Salam sejahtera Tuan SZ.

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna ini.

    ”Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali”.

    Saya setuju dengan ayat itu. πŸ™‚

  2. terima kasih atas nasihat yg diberikan.Masih ada yang ingin mengambil kesempatan walaupun jelas ia salah disisi undang-undang dan tidak beretika.Jadi sama-samalah kita berwaspada dengan mereka ini..

  3. Saya juga pernah mengaplikasikan salah satu dari tips diatas semasa aktif dalam perniagaan online suatu masa dahulu.

    Pastikan double check transaksi dalam akaun sebelum hantar produk πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *