Mengenal Potensi Diri dan Merancang Hala Tuju

“Kenali potensi diri dan serlahkan ia kepada dunia!”

Kita sering tertanya-tanya, mengapa kita masih belum dapat berubah ke tahap yang membanggakan walaupun sudah lama melakukan sesuatu usaha. Sebaliknya orang lain yang melakukan perkara yang sama kita lakukan malah baru saja bermula, boleh dengan begitu mudah mencapai hasil yang besar.

Jika dilihat pada tindakan, ia telah betul dan Ok. Namun mengapa keadaan masih di takuk yang lama?

Mungkin salah satu sebabnya adalah tersalah melakukan usaha yang kurang serasi dengan diri. Bidangnya telah betul, tapi jalan yang dilalui adalah kurang tepat. Atau usaha telah betul, tapi bidang yang diceburi pula adalah kurang serasi. Umpana kekuatan pada kaki, tapi yang digunakan adalah suara. (Sepatutnya jadi pemain bola sepak, tapi mahu jadi penyanyi).

Maka sebab itu amat penting kita mengenali potensi diri kita, bakat kita dan juga kekuatan kita. Silapnya pendidikan di negara Malaysia lebih menitik beratkan usaha pembaikan kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Sepatutnya difokuskan kepada usaha mengasah potensi dan kekuatan yang ada pada diri.

Kekurangan amat mustahil dapat diperbaiki sepenuhnya tetapi kekuatan jika diasah, ia lebih bermanfaat malah ia dapat menutup kekurangan diri yang ada. Bagi para ibu bapa, usahalah memenuhi potensi anak-anak selain semata-mata mahu mereka memperbaiki kekurangan diri. Saya rasa, salah satu sebab mengapa anak-anak muda mengalami konflik diri dan sukar berubah kerana potensi mereka diabaikan, sebaliknya ibu bapa hanya mahu kekurangan mereka diperbaiki.

Cerita Saya…

Walaupun saya sudah melakukan perniagaan internet hampir empat tahun, namun saya merasakan ada sesuatu yang ‘tidak kena’ pada diri saya. Keadaan ini membuatkan saya mengkaji, membaca dan bertemu dengan mereka yang dapat menggali apakah usaha yang lebih sesuai untuk saya lakukan.

Saya laburkan banyak wang semata-mata untuk mencungkil potensi yang ada pada diri saya dan untuk menentukan apakah jalan yang lebih patut saya lalui. Malah saya mengeluarkan banyak wang untuk membeli buku untuk kajian lanjutan. Tidak cukup dengan itu, saya meluangkan banyak masa untuk mendapatkan keputusan dan kepastian yang lebih mendalam.

Setelah melakukan semua itu, barulah saya dapat kenalpasti kekuatan yang saya ada dan apakah jalan-jalan usaha yang lebih sesuai untuk saya lakukan. Seterusnya saya melakukan strategi agar proses perlaksanaan tindakan dan hala tuju dapat dilakukan dengan lancar dan berjaya.

Jika bagi orang lain duduk dan bekerja di rumah itu amat menyeronokkan, tapi bagi saya ia ‘tidak begitu menyelesakan’ saya. Saya suka “bergerak” dan bertemu dengan orang, maka saya perlu merancang apakah usaha yang sesuai dengan ciri tersebut.

Saya juga suka menolong orang, tapi saya perlu berpada-pada agar saya juga ada dana / wang yang masuk. Maka dari situ saya perlu merancang bagaimana saya dapat membantu orang dan dalam masa yang sama saya mendapat wang (pendapatan).

Itu diri saya sebagai contoh untuk artikel ini. Bagaimana pula dengan anda? Masih tertanya-tanya mengapa usaha anda tidak mendatangkan hasil yang setimpal? Hanya ada dua sebab yang mungkin menjadi punca usaha kurang berhasil:

1. Anda sudah melakukan perkara yang betul, tapi tidak melakukan dengan cara yang tepat dan berkesan.

2. Anda sudah melakukan dengan betul, tapi anda tidak melakukan perkara yang serasi dengan potensi dalaman.

Jangan Tersalah Jalan

Begitu banyak kaedah untuk berjaya, tapi sebelum mendalami dan melakukan cara-cara itu, cubalah untuk menggali dan mengenalpasti potensi diri kita dahulu. Setelah kenal diri sendiri, barulah merancang strategi dan hala tuju untuk mencapai kejayaan.

1162026_business_decision Tidak guna melakukan cara yang berteknologi tinggi (banyak produk mahal sekarang) atau yang terhebat kerana itu semua tidak membawa kita ke jalan yang betul. Seolah-olah memandu kereta termahal tetapi ia akhirnya terhumban ke dalam gaung iaitu tidak membawa diri kita ke jalan yang sepatutnya (jalan yang serasi dengan diri).

Sebaliknya jika kita kenali potensi diri dan menggunakan alat-alat itu untuk ‘memandu’kan potensi kita itu ke arah jalan (usaha) yang serasi dengan kekuatan dalaman, sudah pasti kita akan sampai ke puncak kejayaan.

Cuba tanya diri anda, adakah anda suka dan menyintai sepenuhnya kerja yang dilakukan sekarang? Jika setiap kali melangkah ke tempat kerja hati anda tidak begitu seronok, malah melakukan kerja sambil lewa, itu mungkin satu petanda kerja itu kurang serasi dengan anda.

Cuba lihat mereka yang aman damai dan gembira hidupnya walaupun duit tidaklah sebanyak mana pun, mengapa begitu? Salah satu sebabnya adalah mereka lakukan apa yang mereka suka dan bukan menjadikan duit sebagai sasaran utama.

Seperti mana kata-kata Tiger Woods, pemain golf:

I get to play golf for a living. What more can you ask for – getting paid for doing what you love.

Don’t force your kids into sports. I never was. To this day, my dad has never asked me to go play golf. I ask him. It’s the child’s desire to play that matters, not the parent’s desire to have the child play. Fun. Keep it fun.

I want to be what I’ve always wanted to be: dominant.

I’m addicted. I’m addicted to golf.

Sumber: http://www.brainyquote.com/quotes/authors/t/tiger_woods.html

Sesuai VS Serasi

Kata Dr. Rusly dalam salah satu bukunya, sesuai itu tidak semestinya serasi. Ia mempunyai maksud yang berbeza. Apa saja kerja memang sesuai dengan kita. Tapi serasi adalah lebih daripada itu di mana sesuatu kerja atau usaha bukan hanya sesuai, malah sebati dan ada ‘hubungan’ terus dengan hati dan spiritual.

Contoh mudah, katakan saya ada ijazah dalam bidang komputer dan perisian. Maka saya sesuai jadi programmer atau system analyst atau project manager atau pegawai sistem maklumat. Tapi adakah kerja-kerja itu serasi dengan saya? Mungkin tidak.

Kesimpulan

Setiap manusia itu dijadikan dengan begitu unik dan tersendiri dengan setiap orang mempunyai potensi dan kekuatan dalaman yang tersendiri. Galilah dan kenalilah ‘diri’ anda yang sebenar. Utamakan potensi dan jangan terlalu mahu memperbaiki kekurangan sehingga terabai kekuatan yang ada.

Jika potensi dalaman diasah, dilatih, dididik dan digunakan secara optimum, anda dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri anda. Ya, diri anda akan menjadi hebat dan kejayaan akan diraih.

Alangkah bagusnya jika setiap orang melakukan sesuatu yang sesuai dengan dirinya. Satu bangsa yang setiap posisi diisi oleh mereka yang serasi dan mempunyai ‘kekuatan’ untuk ruang tersebut. Hasilnya, negara dan umat kita akan mempunyai kekuatan yang lebih maksimum dan hebat.

Umpama sebuah pasukan bola sepak, setiap posisi diisi oleh pemain yang memang sesuai untuk memenuhi posisi tersebut, maka mereka amat sukar untuk dikalahkan. Sebaliknya, apakah yang akan terjadi jika si penyerang dijadikan penjaga gol dan penjaga gol pula diletakkan di posisi penyerang? Sudah pasti pasukan itu amat mudah untuk dikalahkan.

Potensi diri + Usaha yang betul = KEJAYAAN

Kenali potensi anda, letakkan di jalan yang betul dan berusahalah dengan cara yang berkesan, insyaAllah kejayaan pasti akan dapat dicapai.

Selamat berjaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Mengenal Potensi Diri dan Merancang Hala Tuju

  1. Salam SmartZul,

    Gud article! Terima kasih sebab memberi pandangan serta pendapat sendiri mengenai potensi diri. Saya juga sedang mengkaji dan membuat penelitian utk diri sendiri skang. Selepas membaca beberapa buah buku dan artikel mengenai bakat, kebolehan, minat, saya mula memikirkan sesuatu ttg bakat sendiri. Ya, apa yg saya boleh buat mengenainya.

    Ada bakat pun tak berguna tanpa kemahiran dan ilmu yg sepatutnya. Jadi, saya otw mengasah bakat sedia ada dan ditambah dgn ilmu dan kemahiran. Mudah2an berbaloi utk masa depan. Amin.

    Terima kasih utk artikel sebegini,
    kakeru

  2. Good article as always Zul. Potensi diri saya dikenalpasti selepas bertahun2 saya dalam bidang yang salah. Dan sekarang dalam usaha untuk memperkembangkannya lagi. Saya juga seperti Zul, sebenarnya suka bergerak. Jadi insyaAllah sambil kerja online, saya ada backup offline (pss..berkaitan design juga).

  3. Salam Zul.

    “Utamakan potensi dan jangan terlalu mahu memperbaiki kekurangan sehingga terabai kekuatan yang ada”

    Saya sangat setuju dengan ayat ini. Sebagai insan yang mempunyai sedikit kekurangan fizikal, saya telah banyak belajar dan berlatih sejak kecil untuk tidak memikirkan tentang kekurangan itu.

    Perbaiki kekurangan yang mampu kita perbaiki, tapi jangan abaikan mencetus kelebihan diri yang dikurniakan Allah SWT. Jika ada kekurangan diri yang tidak mampu kita ubah, terimalah dengan reda
    bahawa kita adalah makhluk yang pasti punya kekurangan, juga mustahil untuk tidak memiliki kelebihan.

    Terima Kasih Cekgu, Artikel yang menginspirasikan ini:-)

  4. Muhasabah diri dan kenali potensi dan kekuatan anda selama ini. Bidang yang patut ada ceburi ada disitu ditambah dengan minat yang mendalam dan usaha yang gigih inshaAllah akan berjaya dalam kerjaya.

    Sedikit petikan dari buku yang saya baca “A person with a clear purpose will make progress on even the roughest road. A person with no purpose will make no progress on even the smoothest road ”

    Seamat berjaya rakan rakan.

  5. bagus untuk baru nak mula….
    supaya tak trsalah langkah
    persediaan sebegini mat penting
    supaya halatuju yang patut dipilih

  6. Wah panjang betul artikel zul kali ni. Tapi aku tetap baca dgn penuh minat. Memang betul kata zul..menyedari potensi diri sgt mustahak utk mengecapi kejayaan sebenar. Cth paling mudah..ramai pelajar lepasan sekolah masuk U ikut apa shj tawaran yg datang. Tapi selepas beberapa semester..mula la rasa bosan & tak minat. Paling teruk tu..ada yg terus berhenti! Sebabnya..bidang yg dipilih tak kena dgn jiwa & bakat. Sama gak dlm menjalankan usaha perniagaan internet & buat duit di internet..ada yg main redah jerk tanpa menilai kemampuan & bakat diri. Akhirnya..cepat berputus asa coz takdek pulangan yg berbaloi. Kenapa? Sebabnya takdek fokus seperti yg zul selalu ingatkan dlm artikel2 yg lepas..FOKUS adalah kewajipan kalau nak suksess!!! Thank’s zul :)

  7. Setahun yang lepas,saya sering tanya diri sndiri,

    Adakah saya suka dan menyintai sepenuhnya kerja yang dilakukan sekarang ini?

    Setiap hari….

    Kerana setiap kali melangkah ke tempat kerja hati anda tidak begitu seronok,bosan,jemu, malah melakukan kerja sambil lewa, dan sebagainya yang semakin negatif.

    Akhirnya,awal tahun 2009,saya mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baru sebagai usahawan internet sepenuh masa.Alhamdulillah!

  8. Salam,

    Artikel ini amat bagus, mengenali potensi diri memang susah selagi terlalu memikirkan potensi kekurangan diri dan kelemahan luar dan dalam. Namun untuk mengenali potensi kekuatan dalaman harus harungi dahlulu kelemahan diri sendiri. Selagi tidak mencuba dan melakukan, kita tidak akan tahu hasilnya, kita hanya akan gagal apabila berhenti mencuba, kita sentiasa berjaya sekiranya berpuluh kali menghadapi kegagalan sebab setiap kegagalan terselit kejayaan yang perlu dicungkil dan diolah untuk dijadikan potensi kejayaan dalam dan luaran diri seseorang individu. Untuk mencungkil dan mengolah potensi diri, adakalanya kita harus melakukan PAKSAAN (push yourself to be competent) dalam diri dan harus selami kelemahan terlebih dahulu diikuti dengan kekuatan diri. Paksa diri anda melakukan sesuatu perkara dalulu. Boleh atau tidak anda akan mengetahuinya apabila berada disatu simpang TIGA. Jika anda sudah tahu potensi diri sudah tentu anda akan terus kehadapan, namun jika ada kelemahan kita akan berhenti dipertengahan simpang tersebut seolah-olah melakukan turasan keatas air yang bercampur pasir. TQVM

  9. kadangkala melalui kesilapan dan kegagalan yang dilalui membuatkan kita lebih mengenali potensi diri sendiri. yang penting hidup dengan penuh bermakna dan gembira. apakah kita akan hidup dengan gembira jika melakukan perkara yang tidak disukai? buatlah sesuatu yang sesuai dengan naluri kita dan yang pasti lebih banyak perkara baik akan datang kepada kita. sesusah dan sesukar mana sekalipun, apabila melakukan perkara yang disukai itu semua bukan halangan bahkan akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk mengusai potensi kita itu. apapun don’t give up. it’s ok to fail.

  10. Memang benar ramai yang berusaha tetapi tidak selari dengan potensi diri kejayaan tidak tercapai walau pun telah lama berusaha. Jika kita kenal apa potensi diri kita dan bertindak tepat dengan potensi yang kita ada insya Allah kejayaan akan lebih pantas.
    Setelah kita kenal pasti potensi diri maka ubahlah minda separa sedar dari tahap yang biasa kepada luar biasa. Setelah itu menjana kuasa minda kita lalu memperalatkan minda untuk menarik kejayaan datang kepada kita.
    Salah satu kaedah mengenal potensi diri melalui analisa tarikh lahir kita sendiri.

  11. salam en zul
    dan saudara/saudari
    sungguh hebat artikel saudara dan sy membacanya berulang kali .memang tepat dengan situasi yg sy hadapi skrg.jika tdk keberatan sudi berkongsi bagaimanakah cara mengenal potensi diri dan buku2 yg berkaitan dgnnya.

    terima ksih

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.