Siapa Saya?
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Nama saya Mohd Zulfadli. Anak jati Kelantan, tapi saya menetap di Johor Bahru mencari rezeki. Walaupun menetap di sini, pelanggan saya 95% dari negeri lain, serata Malaysia bahkan dari negara luar.
Nama panggilan saya yang ‘femes’ adalah SmartZul. Itulah nama saya yang dikenali di minda dan fikiran para penggiat perniagaan di Internet.
Saya minat berniaga. Berimpian besar mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Amat meminati, bersungguh dan penuh komitmen di dalam bidang perniagaan Internet dan keusahawanan. Kini melakukan juga beberapa jenis perniagaan offline.
Insyaallah, cita-cita saya yang terakhir adalah ingin menjadi coach, trainer & writer untuk bidang pembinaan diri (self development) dan keusahawanan. Dengan cara sebegini, saya dapat membantu lebih ramai orang mencapai kejayaan dalam erti kata hidup yang sebenar.
Produk Saya
Setakat ini, saya telah mengeluarkan beberapa produk informasi khas untuk rakyat Malaysia:
Malah, saya ada beberapa buah blog lagi. Salah satunya adalah Panduan Blogging & Wordpress.
Jika diperhatikan, saya lebih kepada bidang information business. Inilah salah satu bidang yang sentiasa ada permintaan sejak dahulu lagi.
Educate, Motivate..
Saya tidak mahu hanya berjaya seorang diri, tapi juga sama-sama mahu membantu mereka yang lain. Mereka yang serius dan benar-benar mahu membina dan memiliki perniagaan Internet sendiri.
Niat saya dalam menulis di blog ini dan juga melalui ebook, hanyalah satu: Semoga dengan penulisan saya ia dapat mendidik dan memotivasikan orang lain untuk lebih berjaya atau sekurang-kurangnya dapat membantu diri sendiri (self help).
Saya juga mahu memotivasikan orang lain agar hidup mereka walau kempis poketnya, tapi tenang dan gembiranya jiwanya. Biarlah hanya secebis kata-kata, tapi jika ia mengembirakan orang lain, saya turut sama berkongsi kegembiraan itu.
Pastikan anda sentiasa mengunjungi blog SmartUsaha.com ini pada setiap hari. Blog perintis (terawal) berkaitan perniagaan internet di dalam bahasa Melayu dan di Malaysia khasnya yang telah memberikan inspirasi kepada ramai pembaca.
Sekali lagi, ingat nama saya dan panggil saya SmartZul!
Saya boleh dihubungi di sini.
Salam perkenalan.
Dari setulus jiwa dan seikhlas hati.
- SmartZuL
p.s. Bagi anda yang ada Yahoo Messenger, boleh Add saya:
Id YM: ebizsmartusaha
Namun saya tidak mampu melayan Chat pada setiap masa walaupun saya Online. Cuma tinggalkan apa-apa pesanan di YM untuk makluman dan tindakan saya. Harap anda memahami. ![]()
Selain YM, saya juga ada beberapa social profile:
Twitter: http://twitter.com/smartzul
Facebook: http://profile.to/smartzul
ps. Download ebook percuma saya di sini:















No comments yet.