Mengapa?

Mengapa…

Mengapa begitu ramai lagi orang-orang kita masih terjerat dengan skim cepat kaya?

Mengapa orang-orang kita rela ditipu berkali-kali?

Mengapa masih ada orang-orang kita yang mahu menipu bangsa sendiri dengan skim-skim cepat kaya?

Mengapa orang kita apabila kecewa dan ditipu, mereka menuding jari kepada orang lain?

Mengapa masih banyaknya dan bersilih ganti program-program skim cepat kaya di Internet?

Dan mengapa yang melakukan program itu adalah di kalangan orang-orang kita sendiri?

Mengapa apabila kita melakukan sesuatu untuk pendidikan, ia disambut dengan hambar?

Mengapa ada yang masih berkata, tiada sesiapa yang mahu mendidik orang-orang kita padahal sudah ramai yang berkorban masa untuk mendidik?

Apabila dikatakan sudah ada yang berusaha, mereka mengungkit pula cara pendidikan tidak berkesan dan tak sampai. Tapi bila ditanya, apa yang kamu buat untuk mendidik orang ramai atau kamu hanya berpeluk tubuh? Mereka kelu…

Mengapa orang-orang kita begitu mudah mempersalahkan yang betul dan begitu mudah juga tertipu dengan benda yang jelas menipu?

Mengapa buku-buku dan ebook-ebook (hatta yang percuma) yang boleh mengisi kekosongan jiwa, akal dan minda tidak begitu mendapat sambutan?

Mengapa susah benar orang-orang kita mahu melaburkan sedikit wang untuk kemudahan di kemudian hari?

Mengapa yang salah dijemput senyum, tetapi yang betul ditolak mentah begitu saja?

Mengapa?

Banyak lagi persoalan-persoalan lain yang kadang-kadang menyingah ke fikiran saya ini. Terkadang, saya amat pelik. Kita sudah berikan ebook percuma. Bukan satu, bukan dua, tapi banyak. Namun ia disambut dingin. Jika dikenakan bayaran, reaksinya lebih teruk daripada mendapat yang percuma. Bagi percuma salah, kenakan bayaran lagilah salah. Itu belum lagi dikira dengan medium-medium pendidikan yang lain.

Orang-orang yang saya kaitkan itu bukan anda. Jadi yang merasa dan terasa. Oh ya, sebelum anda mahu menyatakan yang ‘orang-orang itu’ adalah orang Melayu, tidak. Saya maksudkan orang-orang kita itu ialah “orang Malaysia”. Tak kisahlah bangsa apa sekali pun. Ini ‘isu’ global, mengenai sikap.

Baru-baru ini saya ada menerima satu emel yang saya tak tahulah dia mahu mengkritik saya atau apa. Dari apa yang saya faham, dia seperti kecewa dengan pihak-pihak yang menipu, mempergunakan nama Agama dan menjanjikan sesuatu yang tak masuk akal. Namun sedikit kesalahan dalam emelnya, dia mengatakan (menuduh) tiada sesiapapun yang menyatakan kebenaran.

Saya sedikit ‘tersinggung’. Lantas saya membalas emelnya dan memberikan satu demi satu fakta bahawa masih ada mereka yang mahu mendidik rakyat Malaysia. Para blogger, ahli-ahli forum dan juga usahawan internet. Saya katakan kepadanya, “kami bukan hanya mengejar keuntungan duniawi, tapi kami juga sedar akan tanggungjawab kami”.

Sehingga kini, dia tidak membalas emel saya yang panjang lebar itu. Mungkin terkedu agaknya dengan jawapan saya terhadap persoalan dan tuduhan tanpa bukti yang beliau nyatakan. Yang salah, salahlah, tapi jangan menuduh tiada seorang pun menjalankan tanggungjawab pendidikan untuk kebenaran.

Apa yang dapat saya simpulkan, selagi kita tidak mencari kebenaran, selagi itulah kita tidak menjumpainya. Kita perlu berusaha, bukan hanya menunggu berpeluk tubuh. Kita perlu ke hadapan dan sama-sama memberi, bukan hanya mahu menjadi sang penerima. Kita perlu juga mengusahakan kerja pendidikan setakat mana yang kita mampu. Jangan jadi seperti si “burung bangau” yang hanya tahu menyalah dan menuding…

Berbalik kepada persoalan-persoalan “mengapa” di atas, saya sehingga kini tiada jawapan yang tepat dan meyakinkan lagi, apakah sebabnya orang-orang kita begitu terpesona dengan skim cepat kaya atau yang bertopengkan dengan istilah “MLM” dan “usahawan internet”. Penyalahgunaan istilah inilah yang paling saya kecewa.

Padahal yang dijalankan adalah skim cepat kaya, skim binari dan piramid. Mereka ini perosak, tapi sekali lagi, kenapa ramai yang mudah ‘terpikat’ dengan si perosak? Pelik tetapi benar.

Jika anda kaji dan membuat pemerhatian, orang-orang kita sedikit susah mahu melaburkan wang kepada pendidikan seperti membeli buku, ke seminar, kursus dan sebagainya. Sebaliknya, lebih suka, rela, sedia dan mahu meleburkan wang ke dalam skim-skim yang menjanjikan kemewahan, kekayaan berjuta dalam masa singkat, kereta besar, rumah besar dan kebebasan hidup.

Orang yang normal mahukan kelebihan-kelebihan itu termasuklah saya dan anda, tetapi orang yang normal tidak akan mudah terperosok masuk ke dalam skim-skim perosak dan penipu.

Dr. Rusly pernah berkata di seminarnya bahawa kebanyakan orang-orang kita walaupun ditaja untuk ke kursus, itu pun masih lambat untuk bergerak. Katanya itu berdasarkan pengalamannya sendiri sehingga perlu di’rayu’ agar datang ke kursus. Beliau juga menyatakan kepelikan, mengapa orang-orang kita sukakan sumber pendapatan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Hmm.. Saya tidak pastilah apa yang mereka mahukan dan apa yang menunjangi hidup mereka. Ya, saya tahu, mungkin di antara mereka ada mengatakan “Buat hal anda sendiri. Ini hal saya”. Saya terdiam. Apa komen anda terhadap kata-kata ini?

Kita mahu membetulkan sesuatu, tapi mereka menolak mentah-mentah. Cuma satu yang saya ‘takut’, nanti-nanti di kemuncaknya, mereka akan datang kepada kita sambil menuding jari dan berkata, “ini salah kamu la ni!”. Apa pula komen anda dengan sikap sebegini?

Begitu banyak persoalan “mengapa” yang belum dapat dijawab dengan tepat. Selagi mentaliti dan sikap orang-orang kita tidak berubah, selagi itulah akan berlangsungnya episod demi episod drama “tipah tertipu” dan juga kisah “si bangau”.

Jumpa lagi.

ps. Semalam, saya melihat satu laman web skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan dalam masa yang singkat. Apabila melihat statistik ahlinya, begitu ramai sekali menjangkau ribuan orang. Mereka ini hanya tunggu masa sahaja untuk merasa kecewa, sedih dan derita dengan janji-janji manis itu. Dalam hati saya berkata, “kan bagus jikalau mereka ini menggunakan bayaran ratusan ringgit itu untuk pendidikan diri dan pembinaan perniagaan yang sebenar… Mengapa jalan bengkok yang ditempuh?”.

pps. Persoalan-persoalan saya di atas bukan tujuan untuk menyibuk atau menunjuk yang kita sudah pandai atau sudah bagus. Tidak salah rasanya untuk kita sama-sama mempersoalkan dan berbincang untuk kebaikan bersama.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

50 thoughts on “Mengapa?

  1. berapa banyak mengapa daaaaaaaaaa…. mengapa dan mengapa… jawapannya dah tentu banyak yang boleh kita perolehi apabila terjebak dengan skim cepat kaya… sekadar nak mengaut keuntungan dari sambutan yang masih tetap akan ada sampai bila-bila biarpun silih berganti… tak percaya?

    kena percaya selagi ada sambutan yang menggalakkan untuk meraih wang segera… kalo tak ada segera mana nak cari jalan yang cepat dapat untung sedemikian rupa… dan mereka yang licik mengambil peluang akan mengaut keuntungan di atas keghairahan mereka yang suka memperdayakan ramai orang… itulah hakikatnya…

    hakikatnya memang begitu… saban tahun dan saban waktu yang yang terluang dan selagi masih terhidang cara nak cepat kaya yang boleh dikemaskini dari semasa ke semasa…

  2. buat hal sendiri? baguslah kalo begitu… tunggulah masanya tatkala dah hancur lebur selagi tak hancur dan mebur buat apa nak kisah. tunggulah menangis tak sudah-sudah barulah kisah buat hal sendiri akan menjadi sejarah…

    kenapa nak salahkan orang lain… diri sendiri yang cari pasal nak menyusahkan diri sendiri tu kenapa? dah ada kepala minda yang telah dianugerahkan dengan sebaiknya untuk berfikir… berfikirlah dengan cara yang lebih bijak…

    kalo rasa tak pandai sangat… cuba-cubalah tanya tokei skim cepat kaya tu macam mana nak buat website dan apa-apa yang berkaitan dengan internet… itupun kalo nak diajarnya cara yang salah lagi bengkok berlekok… cara-cara nak menipu ramai orang agar lebih ramai lagi kena tipu…

    selalunya mereka bersembunyik disebalik awan kelabu…. bersembunyi dan akan cabut lari tatkala masanya yang sesuai untuk menesankannya tanpa sebarang alasan… akhirnya bungkus lah jawabnya…

    sedar-sedarnya duit dah lebur… kalo dah tak serik memang sukar nak kembali ke pangkal jalan dalam masa yang singkat….

    senang dapat? maka senanglah habisnya… jika caranya adalah menipu si tipah dan melangutnya sang bangau…

    1. Saudara abdfatah,

      saya setuju dengan pendapat anda. senang dapat, senang pergi.

      mungkin, rezeki sebegini tiada keberkatannya. pengalaman saya, saya ada seorang rakan yang mendapat pendapatan lebih RM100K sebulan dengan lakukan perkara sebegini dulu. banyak dia beli. benda-benda yang langsung tak berguna pun, dibelinya. sampai masa, zaman jatuhnya. hairannya, ntah mengapa, semua yang dibelinya ntah ke mana. rumah kena jual dengan murah, 2 kereta yang dibeli cash pun kena jual juga dengan harga murah, malah banyak lagi. ish, ish, ish… cobaan…

      1. biasalah kalo semuanya dah dapat dengan cepat. nak cepat kaya yang sementara buat apa? apa hasilnya yang sebenar yang dapat diperolehi… biarpun bermodalkan kecik atau besar sekiranya ia tidak dapat mengekalkan program tersebut secara turun temurun dari generasi ke generasi… hasilnya yang terkemudian tetap zero…

        lebih baik berniaga beskal jepun bundle. untung bukan kepalang beskal bundle jepun nih… saya pun nak beli jugak satu nak bawak ke tempat kerja… wiahahahaa…

        1. hahaha….

          betul Raymond. masalah financial blueprint mungkin adalah faktor utama penyakit ni. πŸ˜€

  3. slmt mlm zul,
    sebenarnya kebanyakkan orang nak kaya dengan senang…
    mereka ingat kaya tu senang dan lantah kena tipu…hehe

    yang menuding-nuding tu memang tak patut walaupun kena tipu…
    sapa suruh percaya kan????

    yang penting di sini, jangan kita tolong orang tipu orang pula…
    kalau dah kena tipu tu, sedar lah…jangan tipu orang lain pula…

    han

    1. Ermm, banyak sebab sbnrnya. Kadang2, nak salahkan yg terjebak tu x boleh juga. Mereka ni ada yg tak tahu apa2, ada yg baru mencuba buat duit di internet, bahkan ada yg terpaksa melakukannya walaupun tahu ia salah.

      Dulu, sekitar tahun 2004/5 masa sy di kampus, ramai student yg terjebak dengan skim piramid sebab mereka kesuntukan wang. Tapi dalam masa yg sama, wajarkah kita persalahkan pihak lain sebab mereka ni bermasalah kewangan?

      1. yela zul…
        kadang2 ni mereka tak dengar cakap orang…
        orang kata benda ni tipu dia nak juga…
        tu yang susah tu zul…
        bila dia tahu je benda tu tipu, dia nak salahkan orang yang ajak dia join tu…
        padahal orang dah pesan kat dia benda ni tipu…

        han

  4. Banyak post-post yang terdapat di sini yang banyak mendidik…. ianya merupakan nilai murni yang baik untuk mendidik masyarakat. teruskan usaha Zul.

    Ps: Heran jugak mengapa masih ramai yang terjerat….

    1. Bukan setakat di sini je Maizul, malah blogger-blogger lain pun banyak menulis. Tu tak kira lagi ebook, buku, special report dan medium2 yg lain.

      Tak apalah, janji kita terus buat yg patut. Kesedaran ni tak boleh dipaksa2, sebab semuanya bergantung kepada kehendakNya jua.

  5. Hi semua. πŸ™‚

    saya Azam, AzamWahid. saya baru di laman blog ni. kalau ada apa-apa, baik atau buruk, tolong tunjukkan ya. πŸ™‚

    isu ini amat kritikal sekali. terutamanya kepada orang melayu. mungkin dengan ceteknya ilmu yang ada, membuatkan mereka rekusnya membuat keputusan yang tidak bernas.

    rakan-rakan, sedarlah, sebelum kita tak mampu untuk sedar kelak. πŸ˜€

    1. Adalah kurang betul jika kita labelkan orang Melayu sebagai golongan yang cetek ilmu.

      Ada orang yang bijak dan kurang bijak dalam semua bangsa di dunia ini. Mungkin yang kurang bijak ada kelebihan yang lain.

      Apa kata anda?

      1. yap, saya salah kerana poin kepada orang melayu sahaja, sedangkan ini adalah masalah global. maafkan saya.

        mungkin kerana terbitnya saya memberi pendapat sebegitu adalah kerana setelah terbaca sahaja post Sifu SmartZul ni, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.

        mungkin ketika itu (1st post saya), saya agak emosi memandangkan dulu (ketika skim saham ‘neraka’ internet ni tengah panas antara april hingga november 2007 lalu), saya banyak berkecimpung dengan orang melayu yang lakukan perkara sebegini. terutamanya di kelantan. boleh dikatakan, di mana sahaja ada capaian wireless, di situlah mereka-mereka ini tumpu.

        terima kasih Raymond. πŸ™‚

        = AzamWahid@yahoo.com =

  6. Sebenarnya, semua informasi yang kita perlukan untuk berjaya sudah boleh dapat melalui internet secara percuma.

    Jadi, kita sebenarnya tak perlukan kos untuk menjadi jutawan dalam dunia sekarang ini.

    Buktinya, kita boleh membuat tinjauan pasaran secara percuma, guna blog percuma dan boleh jual produk orang lain dan dapat sebahagian daripada wang jualan tersebut.

    Semuanya percuma. Kalau dah dapat duit nanti bolehlah guna yang berbayar.

    Walaupun semua maklumat sudah menjadi percuma di internet, saya masih lagi membeli ebook kerana ia menjimatkan masa saya untuk mencari maklumat yang dikehendaki.

    Jadi kepada yang tidak mampu, berusahalah untuk cari maklumat sedia ada yang sudah diberikan secara percuma. Kepada yang mampu, hargailah masa anda. Belilah ebook yang sepadan dengan kehendak anda.

    Jangan salahkan mana-mana pihak kecuali diri sendiri.

  7. Ibarat kata si bodoh makanan si cerdik.
    Ye la…tokey skim tu mengambil kesempatan memanipulasikan keadaan, sebab ramai sgt orang nak kaya secara mudah πŸ™„

    Semalam, dua tiga orang kawan saya email ajak sertai skim ‘dermawan’.
    Dia punya ayat niat bukan nak kaya, cuma ajak menderma jerr… Ehhh…memang kes ‘tipah tertipu lagi…’ 😈 😈

    1. Jimiey, menderma kat saper? Menderma kat si tokey skim cepat kaya ekk? Hehe.. Inilah satu contoh skim yg menyalahgunakan istilah yg baik2. Lebih teruk, ada yg mengaku mendapat puluhan ribu dan duit mencurah-curah dgn skim mcm ni. Padahal, itu semua ayat pemanis semata-mata.

      1. derma untuk mereka yang suka buat derma untuk kaya. itulah cara derma cepat kaya yang menyusahkan ramai orang… berapa ramai yang dah kaya sebenarnya dengan derma tersebut…?

        derma apa kebenda macam tu…?

  8. Yang pasti disebalik mengapa…ada banyak mungkin mengapa mereka bersikap begitu, walhal telah banyak sejarah hitam dalam skim cepat kaya.

    Mungkin….cetek ilmu dan tinggi ego untuk menerima nasihat ramai.
    Mungkin….desakan hidup untuk mengharap durian runtuh bagi melangsaikan hutang yg membelenggu hidup.
    Mungkin….bodoh sombong kerana menganggap hanya diri snediri saja yang betul tindakannya.
    Mungkin….terpengaruh dengan rakan2 yang sanggup bertopengkan ******
    Mungkin….mengharapkan tuah menyebelahinya kali ini walaupun telah banyak kali tuah tidak menyebelahinya.
    Mungkin….telah ditutup pintu hatinya untuk mencari rezeki dengan cara yang betul
    Mungkin….tidak sabar untuk kaya tetapi sanggup sabar untuk menunggu sesuatu yang belum pasti hasilnya.
    Mungkin….tidak tahan godaan melihat kejayaan palsu daripada pengasas skim-skim sebegini
    atau banyak lagi mungkin yang kita sendiri tidak tahu.
    Yang pastinya KAYA bukan boleh diperoleh dengan pantas tanpa malas berusaha.

    Maklumat yg bagus πŸ™‚ bangga kerana ada anak Melayu berparadigma seperti ngko Zul πŸ™‚

    Good Luck Good Job

  9. Secara tabi’enya, manusia sukakan perkara yang mudah…
    Sebenarnya saya percaya maslaah bukan sekadar menimpa rakyat malaysia semata2, malahan seluruh dunia. Saya teringat seorang kenalan saya dari australia pernah mengajak saya menyertai 1 program yang saya yakin ianya merupakan skim cepat kaya. Tak lama pastu, dia menghubungi saya dgan nada yang sedia menyatakan dia di tipu. Tapi ape leh buat, nasi dah jadi bubur.

    Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan?
    Saya sendiri tak boleh menjawabnya kerana selagi program ini tidk disekat selagi itulah perkara yang sama akan berlaku. Ianya akan sentiasa berulang-ulang.

    Mungkin dah sampai masanya persatuan usahawan internet di negara ini ditubuhkan untuk menjadi jurucakap & menjelaskan kepada umum mengenai perniagaan internt yang sebenar.
    Di sini, masyarakt khususnya mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan internet akan lebih faham erti perniagaan internet yang sebnar sebelum menceburinya.

    Ini sekadar pandangan saya shj. Mungkin boleh diperbahaskan lagi keberkesanannya ..

      1. Sebab tu kena ada yang amik tindakan spy ianya tak merebak..
        mana yang kitamau..
        dok diam dan lihatianya berterusan berlaku..
        atau bertindak membandung dr terus berlaku??

  10. saya masih baru lagi dengan IM ni, pasal skim cepat kaya tu, tiap-tiap hari saya dapat emai…spam lah tuu…dah tak larat nak delete, satu hari saya pun cuba-cuba baca 2,3 email tu sebelum saya delete…nak tau apa terjadi…wwaaa saya pun terjerat sama, RM 50 melayang. Dan saya rasa kat luar sana tu, pasti ramai lagi yg terkena. pengajaran buat saya. salam.

  11. skim cepat kaya!!! sebenarnya skim cepat kayap!!! mengapalah masih ramai lagi yang tak sedar walaupun dah tahu ramai yang join skim cepat kaya ni dah jadi miskin..hutang keliling pinggang.

  12. emm, saya pun dah tak dapat nak kata apa2 mengenai perkara ini. Saya sendiri pun pernah menerima emel sebegitu tapi saya cuba fikir positif terhadap semua kritikan mereka. Mungkin mereka ni terlalu kecewa dan cara melepaskan kekecewaan mereka adalah dengan menyalahkan orang lain. Mereka takut nak ambil kegagalan mereka sebagai tanggungjawab pada diri mereka.

    Sebenarnya, mereka ni inginkan ‘sesuatu yang indah’ jatuh tanpa perlu berusaha. Mereka MALAS untuk berusaha. Itu sahaja yang saya nampak.

    p.s: Allah dah kurniakan akal pun tak nak gunakan untuk kebaikkan sendiri.

  13. saya ingin menambah pendapat,

    Sifu SmartZul, yap, yang salah tetap salah. memang tak patut langsung jika ada pihak yang menyalahkan semua pihak adalah terlibat dalam sesuatu masalah. yang pasti, pasti ada yang betul. yang betul inilah yang perlu dicari dan dijadikan panduan. dunia ini telah dicipta seadilnya, ada baik, ada buruk. norma kehidupan. πŸ™‚

    mungkin, jawapan kepada soal ‘mengapa-mengapa’ di atas adalah kerana lumrah manusia itu sendiri. manusia tercipta dengan kekadang lupa. bottom line, segala sesuatu, pasti ada hikmahnya. tidak berlaku sesuatu tanpa sebab dan tanpa pengajaran bagi yang terkena atau yang menyedarinya. sekali lagi, inilah norma kehidupan. πŸ™‚

    sedikit komen saya akan hal ‘buat hal anda sendiri’. jika kita berhadapan dengan orang yang sebegini, jangan mengiyakannya dan jangan menidakkannya (mereka ini tentunya panas baran orangnya). cuma mungkin apa yang termampu kita lakuan adalah, ingatkan mereka akan apa yang mereka akan hadapi kelak. pandangan masyarakat, keadaan ekonomi mendatang dan bermacam lagi. pengalaman saya (ya, saya pernah ‘terjatuh’ dalam masalah ini), sehinggakan saya terpaksa menukar 2 nombor telefon saya untuk menjaga keselamatan diri saya (kemungkinan ancaman bunuh atas urusan bersama rakan di seberang). takut…

    penting, sikap mencari siapa yang salah adalah silap. tiada apa di dunia ni yang perfect. mungkin ya di planet lain. tetapi tidak di bumi kita. yang penting, cari apa yang salah. seterusnya, ia dapat diselesai dengan mudah, insyaALLAH. πŸ™‚

    teringat akan pesan COACH Azizi Ali; dah ada highway yang lurus, tepat dan terbukti, ikut saja. mengapa perlu mengikut highway yang berliku-liku lagi (highway mereka yang sering kecundang, malah tidak serik untuk kecundang lagi!).

    mungkin, faktor yang menyebabkan hal ini daripaa berlaku, adalah kerana mereka jarang mendengar kisah dan pengajaran daripada orang yang ‘belum berjaya’ dan insaf (saya adalah di antaranya). dan insaf. kerana mereka yang belum insaf, tiada gunanya dengar apa sahaja dari mereka. dengan kurangnya perkara sebegini, ramai yang tidak sedar bahawa jalan yang mereka lalui adalah salah sebenarnya.
    istilah ‘belum berjaya’ yang saya ketengahkan di sini adalah sinonim dengan istilah ‘gagal’. saya gunakan sedemikian kerana saya amat setuju dengan saranan Sifu Azman Ching yang menyatakan bahawa tiada istilah gagal pada setiap orang selagi dia masih hidup. ini adalah kerana dia masih hidup! selagi itulah dia mampu untuk bangun! hanya gagal, apabila oksigen dah tak masuk dalam paru-paru mereka. tak gitu, kawan-kawan. πŸ™‚

    rakan-rakan, sedarlah, sebelum kita tak mampu untuk sedar…

    P/S:
    kepada para usahawan dan para graduan (yang sudah, sedang, lepas) di luar, kini ada alternatif jalan kejayaan (pastinya yang bagus; bukan skim-skim sebegini) iaitu MIBO (www.mibo.com.my). saya bukan jurucakapnya (saya hanya dapat ganjaran akhirat sahaja), tetapi Sifu Irfan Khairi adalah dutanya! baru semalam saya dengar sinopsisnya dari program JejakJutawan bersama Irfan Khairi, WAH!!! this is it! the gret way to be a real millionaire!!! (there are still many other great way for sure, and this is one of it!) πŸ˜€

    = AzamWahid@yahoo.com =

  14. Saudara Raymond,

    sedikit saya ingin menambah pandangan di sini.
    sebenarnya jalan untuk menjadi jutawan, memang benar, bukan semudah seperti yang disangka. COACH Azizi Ali 13 tahun menjadi jutawan. Sifu Irfan Khairi 5 tahun menjadi jutawan. tentu banyak liku-liku dan pengalaman berguna telah para jutawan tempuhi. yang mana, pasti juga melibatkan kos (walaupun sedikit). misalnya, untuk berjaya sebagai usahawan jutawan internet, seseorang itu masih perlu membayar kos langganan internet dan bil elektrik. cuma, sekarang telah terdapat banyak cara untuk ke sana (menjadi jutawan) yang lebih mudah, malah, menjimatkan kos juga. pastinya ada.

    yang perlu dilakukan, teruskan mencari. saya amat mencadangkan agar sesiapa sahaja membaca 2 buku COACH Azizi Ali iaitu ‘Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda’ dan ‘Jutawan Ekstrem’ untuk pencarian ini. juga sila layari http://www.mibo.com.my. it’s a great oppurtunity! πŸ™‚

    1. Kalau kita fikirkan cara percuma, minda kita akan pergi cari cara percuma untuk kita.

      Misalnya langganan internet dan bil elektrik. Macam mana nak dapatkannya secara percuma.

      Cara 1:
      Kemudahan yang ada dalam universiti. Di universiti tempatan ada banyak komputer dan internet yang boleh digunakan secara percuma (untuk pelajar dan staff je lah)

      Cara 2:
      Kalau tak belajar kat universiti, boleh lah buat sistem barter. Kalau kawan anda ada komputer dan internet kat rumah, bolehlah buat satu perjanjian.

      Misalnya tolong mereka buat sedikit kerja seperti membersihkan taman, cabut rumput, sapu lantai … dll

      In return, mereka bagi anda pakai komputer dan internet mereka. Percuma lah tu.

      Mungkin mereka tak cukup duit untuk menggaji pekerja, tapi kalau pakai sistem pertukaran, ia memudahkan urusniaga dan tidak merugikan mereka. Win Win situaton.

      Rumah saya memang ada komputer tambahan (dengan internet sekali). Kalau ada orang yang sudi tolong saya cabut rumput, cuci akuarium, sapu dan mop lantai, (semuanya kerja-kerja yang mudah – cuma memerlukan masa) saya rela bagi mereka pakai komputer dan internet aku sebagai pertukaran.

      Ada siapa-siapa yang berminat? πŸ˜€

      Salah satu contoh sistem barter dalam hidup saya ialah anak-anak jiran saya selalu datang rumah saya pakai internet dan tanya homework. In return, jiran saya akan bungkuskan dinner bagi saya setiap malam.

      Kan bagus bayangkan boleh jimat RM5 sehari. Boleh melabur ni. πŸ˜‰

  15. Zul,

    kalau kita tengok tv sekarang ni,blogger selalu kena tindih dan dipersalahkan.Kata mereka kita ni menulis membangkang pihak tertentu.Tak nak la sebut sapa.Katanya semua blogger ni ada unsur politik.Tak pasal2 kita yang tulis pasal perniagaan,pasal produk pun turut kena tempias. πŸ‘Ώ

    Mengapa?

    Bab skim cepat koyak ni plak:smile:,Kalau nak diberi nasihat bukan nak dengar,masalah utama adalah ego.Diorang anggap diorang lebih pandai.Kita pun tak pandai tapi tau menilai yang mana kaca yang mana plastik.Jadi usaha kita teruskan mendidik dan jangan give up,walaupun mereka ego.

    Maap Zul,komen panjang sangat:mrgreen:

    1. ohohoho… skim cepat koyak rabak dibuatnya… takpe laa itukan duit mereka. biarkan mereka sedar selepas mereka tak sedar duit dah koyak rabak…. harapnya boleh kembali ke pangkal jalan…

  16. Di saat orang lain bising dengan harga barang naik,tol naik dan mcm2 lagi yang naik, ada jugak yang menghabiskan duit pada skim cepat kaya ni.

    Mengapa yer???? Sebab mereka semua dah kaya. Jadi inilah masa nak menderma. πŸ˜‰

    Pada saya jati diri. Memang kita tahu benda tu skim cepat kaya, tapi sebab jati diri tak kuat kita pun terbabit sama. Macam firdaus cerita. (sori yer firdaus) Dia tahu itu skim cepat kaya, tapi oleh kerana baca iklan yang menjanjikan fantasi yang hebat2, terus join sekali.Last2 melebur ler.
    Jati diri kita tidak kuat untuk kita menolak benda2 mcm tu. Manusia biasa memang pasti akan terpengaruh dengan janji2 hebat menggunung. Kalau tiada jati diri yang kuat jangan ler kita nak pandai2 nak membaca apa yang dijanjikan oleh skim2 mcm ni. Delete je email2 tak berpekdah tu. Sebab silap2 orang yang kukuh pendiriannya pun, bila membaca lagi banyak tentang janji2 skim mcm tu akhirnya terkubur juga dipintu skim cepat kaya.

    Sebabnya mudah sahaja. Kita membaca sebagai orang yang laparkan duit,yang inginkan kekayaan. Tapi kalau baca sebagai orang yang bukan berkeinginan seperti itu( macam Zul melihat web skim tu) insyaAllah tidak terpengaruh. Sebab Zul baca dalam keadaan ingin mencari jawapan soalan2 nya(Mengapa?).

    Banyak yang nak dikongsi pasal topik ni,tapi takut melebih2 lak….;) harap2 kita semua yang ada ni dapat ler sama2 mengingatkan sesama kita. Kita menjalankan tanggungjawab, yang lain terserah pada yang empunya diri.

    adios…

  17. πŸ˜† saya rasa kita just jalankan tugas beritahu dan terpulang pada memasing nak ikut ke tak nak sbb nanti dia kata “duit diorang suka hati diorang lah sebab aku tak beli barang ko, ko nak marah” so daripada kita sakit hati mendengar perkataan yang macam tu lebih baik kita buat kerja kita biarkan mereka πŸ˜‰ So to Zul just continue to give a good info yang betul many thanks from me

    1. peringatan sebegini untuk mengelakkan orang lain yang masih bayi nak kenal perniagaan agar tidak tertipu… yang dah selesa kena tipu dan suka tertipu biarkanlah mereka dengan cara mereka. kita hanya bagi peringatan kepada mereka yang masih baru nak kenal cara kejar duit secara segera tersebut agar tidak terpedaya sebagaimana mereka yang dah terkena…

      sekurang-kurangnya dapat selamatkan sikit-sikit okeh laa tu dari tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan orang ramai… tak gitu, zul?

  18. Nak kata hidup susah tu mmg ada lagi org yang hidup susah tapi tak ada la melampau sampai sertai skim penipu nikan..lebih baik kopek kelapa tua jual kat kedai..tak kesah la dapat murah pun tak per..dapat average 4 kupang pun tak apa.. hehe.. apsal kaitan dgn kelapa ni? mmg aktiviti saya mengopek kelapa jer cuti2 nih.. posting saya terbaru ada gambar sabut berlonggok.. πŸ™‚ good job smartzul.. kalau kita yg ada ilmu ni walaupun sedikit memberi info kepada mereka2 yg tak alim dan mudah dipengaruhi oleh penipu skim2 cepat kaya ni lebih baik daripada kita tak sampaikan apa2 langsung. terpulanglah kepada mereka yang terlibat untuk memikirkannya yang pasti halal sudah jelas haram pun sudah jelas.. skim2 macam ni mesti dikutuk sekeras2nya..mereka ini ibarat bangkai yang mencemari dunia perniagaan internet yang sebenar..wah kasar sangat ayat nih..harap2 dengan info zul ni segala kes yg melibatkan penipuan internet ni dapat dikurangkan..wallahu a’lam

  19. Ehm. Susah mahu cakapla. Mentaliti diorang suka bende2 cam gitu. Even dah bagitau pun memang diorang still suka. So, nak buat macam manalah kan? Bukan kita tak tegur pun..

  20. Bagi saya , semua yang negatif terjadi bila kita tak berdoa untuk mendapat positif dan kecenderungan dalaman yang mahu kaya cepat tanpa berusaha, mahu benda free, tak makan diajar dan sebagainya.

    Orang-orang camni tak sedar bahawa “Nothing is free in the world” tetapi bila bab skim-skim cepat kayap ni ada jer ayat diorang “kalau tak sanggup ambil risiko , tak yah join” . Bila dah tak bayar , satu malaysia heboh :p

    Tanggung sendiri lah. Tak da orang lain yang akan tanggung apa yang berlaku.

  21. soal yang terjebak dan sengaja menjebakkan diri ini masih lagi memang mpunyai nasib yang berbeza-beza.

    Mereka terjebak mungkin kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah skim cepat kaya. apabila kecewa, mereka akan salahkan orang lain..

    Tetapi paling teruk sekali, mereka yang dah tahu itu skim cepat, meletakkan diri mereka dalam program sebegini (dengan maksud, sengaja menjebakkan diri) dan apabila mereka kecewa, mereka masih lagi tidak serik, sehinggalah sampai pada waktunya mereka sedar, skim cepat kaya bukan lah menjaminkan kewangan mereka akan terus selamat.

    Ada mereka yang pernah terjebak, sentiasa bersangka buruk kepada orang lain yang pernah mengalami nasib yang sama. apabila mereka berubah, mereka bukan disokong, sebaliknya dihentam dan terus dihentam. Mereka busuk hati kerana ada rakan mereka mula menggunakan saluran yang sah mencari peluang pendapatan.

    Orang-orang seperti ini, jika jangan anggapkan mereka sebagai racun yang boleh merosakkan anda, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pemangkin membakar semangat anda untuk terus berdiri kukuh. Bentengkan diri dengan berdamping dengan mereka yang memiliki minda positif. apabila anda terus bersama mereka ini, percayalah, nilai satu sen yang pertama dari sumber yang halal akan masuk ke kantung anda. Bersyukur dengan nilai ini kerana ianya lebih berharga dari apa yang anda peroleh dari segala macam skim cepat kaya.

    Noorizam
    noorizamshah.com
    hyipoint.com

    1. Betul tu. Kekurangan bukan alasan. Masa Singapura merdeka dulu. Mereka cuma ada sebuah pulau. Tak ada galian, tak ada sumber semulajadi, keluasan tanah terhad.

      Tapi tengoklah Singapura hari ini. Malaysia yang kaya dengan sumber semulajadi dan galian, mempunyai tanah yang luas, ramai penduduk pun belum dapat menyainginya.

      Apa yang boleh kita pelajari daripada situasi ini ialah fokuskan kepada apa yang kita ada dan bukan sebaliknya.

      Singapura maju sebab mereka fokuskan kepada apa yang mereka ada iaitu cahaya matahari serta kedudukan geografinya di asia tenggara.

  22. MENGAPA ? SIAPA ?
    Dua persolaan yang mudah untuk di kata ,tapi susah nak di selesaikan.
    Semua kerana WANG /DUIT/RM/DOLLAR …. NAK CEPAT,tak tahu akhirnya
    gigit jari, gigit telinga kawan……. last-last cepat pergi Tampoi, Tanjung
    Rambutan . Kalau cepat taubat tak apa, ni tak… tau buat aja. untung2 jadi
    jutawan. impian penipu.

  23. Pingback: Mengekalkan Motivasi Dalam Menulis Ebook - Blog Berniaga Di Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *