Mengapa usahawan Internet KECUNDANG?

KODAK. Anda pasti mengenali jenama ini sejak kecil lagi. Satu jenama yang gah satu ketika dahulu dalam bidang filem fotografi. Ke mana sahaja kita pergi, Kodak ada di mana-mana. Tetapi kini, empayar KODAK sedang berada di ambang kejatuhan yang teruk.

Mengapa ia berlaku? Apa yang saya ingin nyatakan ini turut sama perlu diambil serius oleh para usahawan Internet, dalam apa jua bidang sekali pun.

Puncanya adalah… TIDAK MAHU BERUBAH mengikut peredaran zaman dan TAKUT untuk BERINOVASI dengan idea-idea dan produk yang baru.

Kodak contohnya, mereka masih terus mengeluarkan dan menjual filem-filem gambar dengan menjadikannya sebagai produk utama (core product). Walaupun mereka ada mengeluarkan kamera digital mereka sendiri, namun mereka ‘takut’ untuk mempromosikannya dengan alasan jualan filem akan jatuh menjunam.

Akhirnya, akibat mereka tidak menghasilkan produk yang serasi dengan zaman dan semasa, mereka menghadapi kegagalan yang tidak disangka. Mereka sedar tetapi tidak mengambil serius, bahawa zaman analog telah beralih ke zaman digital.

Dikatakan juga, mereka terlalu banyak membuka cabang-cabang bisnes yang lain sehingga ‘hilang fokus’ terhadap asas perniagaan sebenar.

Berbeza dengan syarikat Apple. Dahulunya mereka terkenal dengan siri komputer Macintosh, tetapi Apple terus mencipta inovasi baru dari tahun ke tahun.

Bermula dengan komputer Mac, disusuli dengan ipod Nano, kemudian ipod Touch, dan seterusnya iaitu iPhone, iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPad dan terkini iPad 2. Dan pelengkap kepada itu semua adalah aplikasi iTunes.

Apple sama sekali tidak takut andaikata ciptaan awal mereka iaitu komputer Macintosh tidak lagi mendapat sambutan hebat seperti dahulu. Bagi mereka, survival perniagaan untuk bertahan lebih lama adalah lebih utama.

Apakah pelajaran yang dapat kita ambil daripada dua cerita berbeza di atas?

  • Berubah mengikut zaman dan keadaan.
  • Berani mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru (inovasi).
  • Fokus kepada asas (visi dan misi) perniagaan yang paling utama.
  • Pentingnya jelas terhadap ‘perjuangan’ utama perniagaan. Jika tidak jelas, kita akan hilang fokus.
  • Rela ‘mengorbankan’ sesuatu yang kita sayang demi masa depan yang lebih baik.
  • Kreativiti adalah unsur penting dalam bisnes. Biar produk sama, tetapi diubahsuai mengikut masa dan zaman.
  • Perlu fokus pada USP perniagaan.
  • Sentiasa peka dengan perubahan dan tuntutan semasa.
  • Mengambil tahu berita-berita semasa terutama berita perniagaan.
  • Belajar daripada perniagaan-perniagaan yang berjaya.
  • Mempunyai plan B dan exit strategy untuk bisnes.
  • Sehebat mana kita, teruskan belajar dengan sesiapa sahaja. Konsep “aku nombor satu kamu nombor dua”, sudah tidak boleh digunakan lagi pada zaman sekarang.
  • Gunakan kaedah marketing yang selari dengan keadaan zaman dan masa.

Bagi tahun 2012 dan seterusnya, utamakan relationship marketing. Jika dahulu ramai yang tidak tahu mengenai Internet Marketing, tetapi kini tidak lagi. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan tidak melihat mereka sebagai orang yang tidak tahu apa-apa, tetapi kita perlu ‘bersama-sama’ mereka melakukan sesuatu untuk mereka.

Kaedah relationship marketing boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti email marketing, media sosial seperti Facebook, forum online dan juga blog. Manakala kaedah penulisan dalam berkomunikasi pula, amalkan kaedah penulisan persuasif iaitu penulisan yang tidak ada unsur ‘membodohkan’, menyindir dan ‘mengajar-mengajar’ pembaca.

Sama ada kita adalah Internet Marketer ataupun usahawan Internet ‘berskala besar’, cara kita menulis dan bercakap akan memberi kesan kepada perniagaan.

Jika anda seorang pakar sesuatu topik, bahasa yang anda gunakan akan melambangkan anda profesional ataupun tidak.

Jika anda seorang pemilik perniagaan, bahasa, percakapan dan tulisan anda akan melambangkan bisnes anda itu dibangunkan dengan hati yang bersih ataupun tidak.

Jika anda seorang freelancer atau apa sahaja, cara anda menulis dan berkata-kata akan melambangkan peribadi dan ketulusan anda dalam memberikan sesuatu perkhidmatan.

Mahu tidak mahu, itu adalah pandangan pada mata seorang pelanggan. Mereka melihat yang zahir (iaitu yang kita tulis dan katakan), walaupun kita memiliki hati yang suci bersih. Hanya Allah saja yang tahu hati kita, tetapi manusia akan menilai pada yang zahir.

“Bisnes adalah mengenai keunikan dan kreativiti. Pepatah inggeris berbunyi, differentiate, or die!”

Saya pula berkata, “Berubah, atau rebah?”

>> Like FB Page MZ-IM untuk mendapatkan info terkini artikel-artikel terkini yang pasti berbaloi untuk dibaca tanpa melukakan hati anda. DIJAMIN.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Mengapa usahawan Internet KECUNDANG?

  1. Kejatuhan Kodak kerana “takut” menerima perubahan sememangnya menjadi satu pengajaran berguna,apatah lagi jika kejatuhan syarikat gergasi seperti enron (awal tahun 2000) akibat dari amalan korporat yang tidak telus, malah ia turut melibatkan firma audit terkenal-Arthur Anderson. Pendek kata untuk survive dalam dunia online ni, selain dari kena jaga tingkah laku (cth: tak tipu customer), kita turut kena lihat dari semua sudut – 360 darjah, Insya Allah, selamat semua…

    p/s: Zul, dalam dunia akademik pun, ada satu istilah – “publish or perish” 🙂

  2. Akar tunjangnya sama, tapi dahannya boleh dibiarkan panjang, dipangkas pendek dan sebagainya. Ini analogi yang mudah untuk mengambarkan perubahan perlu namun kekal fokus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *