Mengapa SEO?

Saya suka teknik SEO. Ia adalah salah satu sumber trafik automatik yang akan kita perolehi tanpa batasan, selagi mana blog kita berada di kedudukan terbaik di enjin carian.

Baik, apa itu SEO sebenarnya? SEO atau Search Engine Optimization adalah satu istilah untuk proses atau usaha menaikkan kedudukan (ranking) laman web atau blog di senarai hasil carian enjin carian (SERP). Apa itu SERP? Mudah ceritanya, selepas anda taip perkataan di Google.com, akan keluar hasil carian kan? Itulah SERP! Atau dalam bahasa panjangnya, Search Engine Result Page.

Semakin banyak ciri-ciri SEO pada sesebuah blog yang ‘ditetapkan’ oleh enjin carian (seperti Google, Yahoo dan Bing), maka peluang untuk blog anda berada di SERP yang tinggi (seperti muka pertama SERP) adalah lebih besar.

Apabila blog yang kita bina sudah mula mendapat ‘perhatian’ oleh enjin carian seperti Google, maka bermula saat itu, boleh dikatakan apa sahaja artikel yang kita terbitkan di blog akan cepat diindeks oleh mereka. Malah, untuk keyword utama, blog kita akan cuba didahulukan.

Contohnya blog ini, dalam beberapa minit setelah artikel di-publish, artikel itu akan diindeks oleh enjin carian. Dan jika ada orang mencari mengenai perniagaan internet, blog ini biasanya akan mendapat ‘ranking’ TOP 10.

Contoh lain: Kalau saya menulis mengenai pakar ebook, maka kalau orang menaip ‘pakar ebook’ di Google, blog ini atau artikel yang telah saya tulis akan berada di kedudukan Top 10. Mengapa ini terjadi dan mengapa blog ini boleh menewaskan blog atau website lain dengan mudah? Pasti ada sebabnya bukan? Teruskan membaca….

Cuba anda taip ‘pakar ebook’ di Google dan lihat hasilnya. Blog SmartUsaha.com berada di kedudukan yang terbaik. Dan paparannya seperti ini:

pakar ebook

Kalau anda lihat, kedudukan blog saya mengalahkan (berada lebih atas) laman web produk pakar ebook! Sekali lagi, mengapa ini boleh terjadi? Sudah pasti ada jawapannya.

Sedikit perkongsian…

Kalau anda perhatikan, saya gunakan tag. Pada mana-mana platform blog seperti WordPress dan blogspot, ada satu bahagian untuk kita masukkan kata kunci (keywords) yang berkaitan pada artikel yang ditulis. Dan kedudukan blog saya itu adalah dengan ‘bantuan’ tag.

belajar seo

Kedua, saya gunakan plugin Platinum SEO Pack. Ini hanya untuk pengguna WordPress pasang sendiri sahaja.

plugin platinum SEO Pack

Ketiga, cuba perhatikan entri itu, saya mengulangi beberapa kali keyword ‘pakar ebook’. Keempat, Title. Anda perlu setting Title dengan berkesan untuk entri. Anda boleh gunakan plugin SEO untuk melakukannya jika perlu.

Kelima, permalink untuk artikel/entri blog. Pastikan dalam URL artikel ada keyword utama. Kalau anda lihat paparan di bawah, tajuk entri adalah “Mengapa SEO?“, tetapi pada permalink lain pula ‘ayatnya’ iaitu ada keyword ‘panduan SEO’. Dengan WordPress, kita boleh tentukan perkataan yang perlu ada dalam URL entri (permalink).

Bagi contoh ini, kalau orang cari ‘panduan SEO’ di Google.com, kemungkinan blog saya akan mendapat kedudukan terbaik di SERP.

permalink wordpress

Apa yang dikatakan di atas adalah perkara asas dalam SEO. Dan itu semua adalah ON-PAGE SEO sahaja, belum lagi mengenai OFF-PAGE SEO seperti link building.

Satu lagi perkara penting dalam penggunaan kata kunci (keywords) adalah, jangan hanya bergantung kepada keyword yang pendek (short tail) seperti ‘perniagaan internet‘. Gunakan juga long tail keyword seperti ‘buat duit dengan perniagaan internet dari rumah‘. Dengan long tail keyword, peratusan untuk mendapat kedudukan tertinggi di enjin carian adalah lebih besar.

Untuk menentukan short tail atau long tail, anda tidak boleh sesuka hati membuat andaian. Anda perlu menggunakan keyword tool seperti Google Keyword Tool. Caranya, taip keyword umum dan akan keluarkan long tail keywords.

Oh ya, satu lagi tip adalah (bagi pengguna WordPress), anda boleh masukkan senarai laman web Ping di bahagian Settings > Writing. Atau boleh gunakan plugin yang berkaitan (saya tidak guna sebarang plugin).

SEO Ping WordPress

Dengan melakukan setting Ping, setiap kali kita menerbitkan (publish) entri terbaru di blog, maka proses Ping akan ‘memberitahu’ kepada laman web ‘terbaik’ dan link blog kita akan disenaraikan di sana. Enjin carian akan ‘crawl’ laman web itu termasuklah link blog kita sekali. Dan itulah salah satu sebab entri terbaru cepat diindeks oleh mereka. Jadi… Tiada rahsia sangat pun sebenarnya untuk diindeks dengan cepat. πŸ˜€

Kalau mahu, anda boleh cuba ping blog anda (jika belum; kalau telah buat tidak perlu buat lagi) di sini:

http://blogsearch.google.com/ping

Apa pun, segala results (hasil) adalah bergantung kepada banyak faktor lain. Antaranya adalah sejauh mana anda kerap mengemaskini blog, backlink dan juga jangka hayat blog anda. Blog saya ini sudah berusia lebih daripada 4 tahun! Sudah pasti mempunyai perkiraan tersendiri di sisi Google dan ada kekuatan tersendiri.

Dan satu pesanan saya, jangan ‘bazirkan’ banyak masa sangat dengan SEO kerana permainan tiga gergasi besar iaitu Google, Yahoo dan Bing tidak kita ketahui sepenuhnya. Lagi-lagi Google yang memang sering merubah ‘permainan’ (algortima) mereka. Jadi bagaimana?

Mudah sahaja. Amalkan teknik-teknik asas, jangan buat kaedah SPAM dan blackhat. Ikuti tip-tip dan juga syarat-syarat mereka. Kalau ikut beberapa perkara tersebut, blog anda akan ‘selamat’ dan akan tetap ‘dicintai’ oleh Google.

Tip terakhir untuk entri ini (bukan selalu saya nak tulis pasal SEO ni, lagipun saya bukan pakar, hehe…). Teknik paling mudah untuk dapat ranking terbaik di Google atau enjin carian lain adalah, gunakan keyword pada nama domain.

Contohnya kalau anda menjual pakaian terpakai, bolehlah beli/guna nama domain seperti www.pakaianterpakai.com. Saya belum tahulah kalau ada orang sudah beli domain ini. Kalau belum, cepat-cepat anda beli kalau berminat. Hehe..

Di mana, kalau orang taip ‘pakaian terpakai’ di Google.com katakan, biasanya, laman web yang keyword rich domain seperti contoh itu akan mendapat kedudukan yang terbaik di SERP! Setakat ini, kebanyakan percubaan saya dengan teknik ini TIDAK PERNAH GAGAL!

Pendek kata, buat cara yang mudah-mudah sahaja. Tidak perlu terlalu mengejar teknik rahsia itu dan ini. Asas pun kadang-kadang sudah memadai. Kalau tahu yang ‘advance’, itu satu kelebihan!

Salam sukses!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

28 thoughts on “Mengapa SEO?

  1. Thanks Zul, satu review yang lengkap dan jelas.

    *Sedikit tambahan Zul tentang TeamPenang terdiri dari 4 orang. Zamri Nanyan, Razif Yusof, JimieRay (saya la tuu…) & Rosli Shafie.

  2. Terima kasih, Zul!

    Semoga panduan asas ini akan mengajar cara yang betul untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan kempen SEO untuk website mereka.

    terima kasih,
    Zamri Nanyan

    1. Salam Amrie,

      Sudah semestinya berkesan. Cuba tak boleh guna plugin seperti blog pasang sendirilah (WordPress). Untuk blogspot, optimumkan on page dan off page SEO seperti yang saya nyatakan. Perbanyakkan link building dengan keyword berkaitan.

  3. Pingback: teknik seo website | Motivasi Dan Perniagaan
    1. SEO banyak tujuan. Ada orang hanya mahukan trafik sahaja (bagi kes menjual ruang iklan di blog mereka). Ada orang mahu menjual, seperti yang saudara persoalkan.

      Jika mahu menjual, sukar untuk terus pembeli itu lakukan pembelian, melainkan beliau menggunakan keyword produk dan pada masa itu memang mahu membeli.

      Saranan, gunakan email marketing. Seluruh usaha menarik trafik akan berakhir dengan meminta nama dan emel mereka. Kemudian lakukan follow up dari masa ke semasa melalui emel.

      Kedua, surat jualan perlulah berkesan terutama headline (tajuk paling atas). Ia akan menentukan mereka akan terus membaca laman web kita atau tidak.

      SEO hanya usaha membawa masuk bakal pembeli, seterusnya laman web jualan perlu memainkan peranan. Tugas SEO selesai sebaik bakal pelanggan memasuki laman web.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *