Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Perlu Akaun Paypal?

Akaun Paypal adalah keperluan asas untuk para usahawan yang meniagakan barangan mereka di internet. Tidak memilikinya umpama ada satu kekurangan. Kegunaannya adalah untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit.

paypal malaysia

Mengapa perlu memiliki akaun PaypalTM?

  1. Pada asasnya, tiada masalah dari segi syariat Islam. Baca di sini.
  2. Membuka akaun Paypal adalah percuma sahaja. Dan caj hanya akan dikenakan jika ada transaksi sahaja (menerima bayaran) dan memindahkan wang ke akaun bank atau kad debit.
  3. Boleh membeli barangan di Internet seperti di Ebay dan kebanyakan laman web lain. Hampir sebahagian besar laman jualan di Internet menyediakan kemudahan bayaran melalui Paypal.
  4. Rekod transaksi yang lengkap. Ini amat penting untuk pengurusan kewangan terutama bagi perniagaan.
  5. Perniagaan akan pergi lebih jauh dan global berbanding hanya menyediakan bayaran melalui akaun bank sahaja.
  6. Paypal akan membuka cawangan kedua di Asia iaitu di Malaysia. Mungkin kita tidak nampak apa yang pihak Paypal nampak sehingga mereka memilih Malaysia.
  7. Penggunaan kad debit dan kad kredit di Malaysia sentiasa meningkat. Mereka ini boleh membeli di Internet. Jadi, kita sebagai usahawan perlu menyediakan kaedah untuk memproses kad debit/kredit itu. Salah satu caranya adalah melalui Paypal.

Ya, walaupun Paypal juga ada masalah dan kekurangan tersendiri, namun tiada yang sempurna di dunia ini. Maka dengan itu, kita perlu merancang untuk mengurangkan sebarang risiko yang wujud dengan belajar daripada pengalaman orang lain.

Bakal dilancarkan: Panduan Asas Paypal

KEMASKINI: Ebook ini telah dilancarkan pada 27/6/2010.

panduan paypal kad debit

www.duitdigital.com

Walaupun teramat banyak panduan dan informasi percuma di internet mengenai Paypal ini, namun saya mempunyai beberapa alasan tersendiri untuk mengeluarkan versi berbayar.

  1. Kebanyakan ebook percuma tidak dikemaskini secara konsisten. Polisi Paypal kini telah banyak berubah. Tidak semua penulis ebook percuma komited dengan pengemaskinian. Al-maklum, ia percuma. Jadi tidak wajib bagi mereka mengemaskininya. Pembaca pun tidak berhak meminta-minta.
  2. Artikel di kebanyakan blog sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Contohnya, artikel pada tahun 2007 yang masih lagi boleh ditemui melalui Google mungkin sudah tidak boleh digunapakai lagi untuk masa sekarang.
  3. Saya melihat begitu banyak persoalan di forum-forum atau di blog (pada bahagian komen) tidak terjawab.
  4. Tidak ramai lagi rakyat Malaysia terutama para usahawan memiliki akaun Paypal kerana sebab-sebab di atas, information overload atau mereka sudah pening kepala mencarinya sendiri.
  5. Masih ramai yang tidak tahu dan terus menerus bertanya. Di kotak emel saya, persoalan Paypal adalah sebahagian persoalan yang popular. Saya tertanya-tanya, mengapa ini berlaku walaupun sudah banyak panduan percuma?
  6. Pelbagai ‘mazhab’ dan pendapat mengenai Paypal. Ini memeningkan ramai pengguna baru.

Jadi saya merasakan, sedikit sebanyak situasi di atas akan dapat dihilangkan dengan panduan berbayar ini. Sekurang-kurangkan bantuan yang diberikan adalah berbaloi kepada kedua-dua belah pihak iaitu saya dan juga pembeli. Usaha saya dibayar dan pembeli pula mendapat panduan yang tersusun dan teratur. Inilah peranan usahawan produk informasi.

MAKLUMAN: Saya ada menulis sebuah ebook percuma mengenai Paypal pada tahun 2006 dan telah dibaca oleh ribuan orang (saya tahu statistik sebab ebook ini perlukan pendaftaran untuk mendapatkannya).

Ia terus tersebar dan didownload sehingga kini. Namun, kandungannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Sudah banyak yang berubah. Sebelum melancarkan versi terbaru yang berbayar ini, saya akan ‘menamatkan riwayat’ ebook percuma itu.

Persoalan….

Mengapa masih ramai yang belum memiliki akaun Paypal (verified) walaupun begitu banyak informasi percuma? Lantas saya mendapat salah satu jawapannya: Kebanyakan Blogger dan Internet Marketer tidak akan menyebarkan artikel walaupun ia amat berguna untuk orang lain, kerana mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Ini adalah hakikat walaupun anda menggelengkan kepala.

Contohnya, mahukah anda menyebarkan link artikel ini tanpa anda mendapat apa-apa upah atau bayaran? Pada artikel ini ada promosi terhadap produk dan bisnes saya. Saya yakin, sebahagian besar tidak mahu. Sebaliknya hanya sekadar membaca sahaja.

Maka saya membuat keputusan, panduan versi berbayar perlu dikeluarkan, dan program affiliate akan dibuka agar pihak yang menyebarkan informasi ini akan mendapat bayaran yang setimpal di atas usaha mereka itu. Sedikit sebanyak dengan program affiliate ini, mereka bermotivasi untuk menyebarkan maklumat ini.

Dengan harapan, lebih ramai rakyat Malaysia (terutamanya usahawan) akan mengenali apa itu Paypal dan menggunakannya untuk usaha perniagaan mereka. Kelak, kita para usahawan semua yang berniaga melalui Internet ini boleh menerima bayaran daripada kad debit, kad kredit atau Paypal itu sendiri.

Nantikan kemunculan ebook Panduan Asas Paypal ini dalam masa terdekat. Yang pasti, isi kandungannya adalah 100% percubaan dan pengalaman saya sendiri. Dari mendapatkan kad debit sehinggalah mengeluarkan wang terus ke akaun bank saya.

Dan yang syoknya, ada satu screenshot yang tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana blogger atau IM. Screenshot ini penting untuk memahami caj-caj dan proses caj itu terhadap kad debit Maybank Visa. Misteri? Ya, misteri ini hanya akan diketahui oleh pembeli ebook ini sahaja. :D

Penafian: Paypal® adalah Trademark berdaftar milik Paypal, Inc. Pihak SmartUsaha.com tiada kaitan dengan pihak Paypal secara langsung mahupun tidak langsung. Segala imej, screenshot dan logo yang digunakan adalah untuk tujuan pendidikan dan hakciptanya milik bagi pihak berkaitan.

-

PS. Pening kepala dengan proses pendaftaran dan pengesahan akaun Paypal? Klik di sini untuk solusinya.

Facebook comments:

27 Responses to “Mengapa Perlu Akaun Paypal?”

  1. oops..saya dalam planning untuk jadikan buku.huhuhuh.

  2. tahniaha Zul….boleh join affiliate ni :)

  3. dAzz says:

    Selain paypal, ada beberapa lagi ‘payment gateway’ yang tidak kurang hebatnya termasuk daripada syarikat-syarikat tempatan sendiri.

    Namun populariti paypal memang tidak dapat dinafikan.

  4. hasbulaqill says:

    curios ingin tahu SS apakah tu? hanya boleh nantikan sajalah. apapun, nice post dan gud luck untuk produk akan datang ;)

  5. yap. penting sebab tak ramai orang tahu tentang benda nih.

  6. Hafiz Mohd says:

    newbie tumpang lalu… pernah nak buat akaun paypal suatu masa lalu tp terbantut.. lebih gemar guna Maybank2u… harap dpt lah buat akun paypal itu nanti..

  7. imran says:

    Paypal ni dah jadi satu keperluan sekarang. Bukan untuk kegunaan penjual sahaja, malah pembeli-pembeli online. Selain caj yang murah dan berpatutan :D

  8. hafizmd says:

    saye salah sorang yg guna maklumat ebook paypal saudara zul yg lame tu..mmg sungguh berguna..saye pasti yg dilancarkan ini..pasti penuh bermakna..

    ps. saye juge sudahpun verified akaun paypal..byk term2 yg udah berubah..tpi bagaimana? haa..kenela beli ebook saudara zul nanti yer..

  9. perlu ada sekurang-kurangnya 2 account PayPal

  10. Zairi Zaidi says:

    ada lesen RR tak?

  11. sufian says:

    update juga ebook/website yg lama tu..
    kata “utk dapatkan maklumat terkini….sila dapatkan maklumat terkini di ….” hehe

  12. Rahman Basri says:

    Jangan lupa maklumkan kat kawe kalau dah launch ya, nak juga sertai affiliate ebook ni…

    Sb ramai yg ternanti2 ebook tuan Zul ni :)

  13. aimanahmad says:

    ramai kawan yang tanye pasal paypal ni.. dgn ilmu yg sedikit… susah jugak nak jawab… harap adanya ebook ini bertambah mudah dalam penggunaan paypal :) bile nk keluar tuan zul?

  14. fairuz says:

    salam.. wah.. mcm best je bunyinya.. dah kluar ke e-book ni?

  15. khairole says:

    wahh.bagus ni.tak sabar rasanya menantikan kehadiran ebook paypal

  16. Faizal says:

    Salam kepada smartzul dan semua pengunjung..inilah pertama kali saya menulis kat ruang ni walaupun kerap mengunjungi blog smartusaha..
    Kebetulan topik ni pasal paypal saya nak tanya mengenai paypal.

    Macam ni saya ada buat blog untuk rakan saya…dan rakan saya ni nak jual barang melalui blog dia..selain dari bank online transfer dia nak pakai credit card..nak pakai payment gateway yang sedia..paham jer la sebab dia baru nak mula..option terbaik adalah guna Paypal sebab boleh terima kredit kad dan boleh transfer fund ke bank tempatan. Dan dia dah open akaun paypal dan sekaligus dah verified ..sekarang akaun paypal under premiere.. So dalam kes ni dia benarkan saya akses paypal dia untuk tujuan intergrate BUY NOW button ke dalam blog dia..ok itu tak ada masalah.. masalahnya sekarang.. bila saya test..tiada option buyer untuk bayar terus guna kredit kad…buyer kena buka akaun paypal terlebih dahulu..
    Saya dan aktivekan “On” pada option Paypal Account Optional yang mana mengikut paypal buyer boleh terus bayar guna credit card tanpa open paypal akaun… ada bagi pendapat saya kena delete cookies kat browser dan sebagainya..saya dah buat tapi still tak ada option terus bayar guna credit card tanpa buka paypal akaun..
    Soalan saya macam nak buat dan adakah fungsi ini tidak terdapat dalam Paypal di malaysia.. Terfikir juga saya.. kalau kena buka akaun paypal mungkin buyer malas nak buat..then terus tak jadi beli..rugi tu :)
    harap dapat bentu..
    Minta maaf panjang soalan saya.. :)

    • smartzul says:

      Salam saudara Faizal,

      Betul, pembeli perlu membuka akaun Paypal dahulu sebelum membuat bayaran melalui kad kredit. Saya pun tidak pasti mengapa tiada pilihan untuk buat bayaran terus tanpa membuka akaun. Nanti saya cuba semak dan cari maklumatnya.

      Apa pun, tujuan Paypal mahu pembeli mendaftar adalah agar di pembelian yang seterusnya (akan datang), pembeli dapat membeli terus dengan pantas tanpa perlu memasukkan maklumat kad kredit lagi. Hanya perlu login ke akaun Paypal dan kemudian terus bayar.

      PS. Dahulu tidak berlaku ‘situasi’ begini. Mungkin ‘polisi’ Paypal telah diubah atau ada ‘setting’ yang terselindung.

      • Faizal says:

        Terima kasih smartzul atas penjelasan..

        Nampak gayanya kena tulis nota..cadangkan kat bakal pembeli daftar paypal terlebih dahulu ..kalau nak beli guna credit card..

        btw terima kasih..smartzul :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan Paypal: Harga Pengenalan Tamat | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)