Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Mereka Berjaya?

Mungkin kita pernah bertanya pada diri sendiri, “Mengapa mereka mudah sahaja berjaya tetapi orang lain begitu sukar untuk berjaya?”

Untuk menjawab soalan mudah itu, maka mari kita bertanya beberapa soalan berikut untuk mengetahui jawapannya:

1. Adakah kita telah mempunyai ilmu yang BETUL dan BERKESAN?

Semua orang banyak tahu. Tetapi adakah yang diketahui itu boleh digunapakai? Untuk meraih sesuatu, perlulah ada ilmu yang boleh memberikan hasil.

2. Adakah kita telah mempraktikkan ilmu itu dengan bersungguh-sungguh?

Banyak ilmu yang hebat, tetapi tidak mempraktikkannya, maka sia-sialah sahaja. Ilmu perlu digunakan semaksimum mungkin dengan bersungguh-sungguh.

3. Bagaimana dengan tahap KERAJINAN kita?

Orang yang malas, amat sukar untuk berjaya. Malah akan mengambil masa yang amat lama untuk berjaya.

4. Apakah bentuk PERSEPSI kita terhadap KEJAYAAN? Adakah kita negatif terhadap wang, orang-orang berjaya dan kekayaan?

Kalau kita mempunyai pandangan yang negatif terhadap wang, kekayaan atau kejayaan, maka sudah pasti amat sukar untuk kita meraih sesuatu impian atau matlamat. Kita perlu positif terhadap itu semua. Dan yang paling penting, jangan dengkikan orang-orang yang berjaya. Berkawan dan jadikan mereka sebagai sumber rujukan. Mereka ada ‘rahsia’ untuk berjaya. Belajarlah dengan mereka.

Mengapa perlu positif dengan kejayaan, termasuklah terhadap wang? Kerana itulah yang kita mahu miliki. Adalah pelik kita mahu itu semua tetapi kita meletaknya pada sisi pandangan yang amat negatif dan buruk. Setelah positif terhadap itu semua, barulah mudah perjalanan usaha kita.

5. Adakah kita seorang yang suka bersendiri, pasif dan pesimis?

Kalau kita suka menyalahkan orang lain, padahal mereka tidak ada lakukan apa-apa pun terhadap kita, maka itulah dinamakan PESIMIS. Sikap menyalahkan orang lain adalah sikap untuk memuaskan hati sendiri, padahal diri sendiri telah tahu yang salah adalah diri sendiri, cuma malu untuk mengakuinya. Orang-orang yang sering mengelak untuk mengakui kesilapan diri sendiri adalah insan yang amat sukar untuk berjaya.

6. Adakah kita konsisten dan fokus dengan usaha yang dilakukan?

Cuba lihat orang-orang yang berjaya. Mereka amat fokus dalam perniagaan yang mereka usahakan. Mereka punyai satu bidang utama walaupun mungkin mereka ada ceburi bidang-bidang yang lain. Orang yang amat mudah mengikut arah tiupan angin biasanya amat sukar untuk berjaya. Teguhlah dalam impian dan matlamat.

7. Adakah kita tidak berkira di dalam soal mengeluarkan modal?

Dalam tahap tertentu, kita perlu keluarkan modal untuk memajukan lagi perniagaan yang dilakukan. Jika tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.

8. Adakah kita cepat berputus-asa?

Orang yang selalu mudah berputus-asa adalah umpama sebuah kereta yang sering mati enjinnya dalam perjalanan. Lambat sampai ke destinasi. Jadi, kalau ‘gagal’ dalam sesuatu usaha, teruskan lagi dengan tidak mengulangi kaedah yang menyebabkan kegagalan itu tadi. Cuba dengan kaedah dan strategi lain.

9. Bagaimana dengan amalan ibadat kita, atau secara mudahnya, hubungan kita dengan ALLAH?

Tidak dinafikan, ramai orang yang munafik atau ahli maksiat kaya raya dan berjaya material. Mereka tidak begitu bagus dari sudut amal ibadah seperti solat dan sebagainya. Tetapi jangan kita melihat mereka untuk menilai erti sebuah kejayaan. Ramai lagi usahawan berjaya yang beriman dan baik perilaku mereka untuk kita contohi.

Mereka tidak tinggalkan solat dan solat itu dilakukan sebaik mungkin dari sudut bacaan dan juga geraknya. Dilakukan dengan penuh tertib dari takbir sehingga salam. Itulah orang-orang yang berjaya. Itu baru solat, belum lagi hal-hal yang lain.

Kejayaan juga sebenarnya bersangkut paut dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kalau banyak dosa, sudah pasti hati kita akan semakin jauh daripada ALLAH. Jagalah hati kita sebaik-baiknya. Jangan dengki, riak, taksub, mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan peribadi orang lain.

Itulah beberapa persoalan yang boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri, andaikata kita merasakan terlalu jauh ditinggalkan oleh orang lain, terutama di dalam bidang perniagaan.

Hanya kita yang mengenali diri kita. Ambillah masa untuk menilai diri sendiri (muhasabah).

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • rahsia berjaya dalam perniagaan
  • rahsia kejayaan dalam perniagaan
  • rahsia berjaya dalam bisnes
  • rahsia berjaya
  • sukar untuk berjaya
  • sebab usahawan berjaya
  • rahsia untuk berjaya dalam bidang marketing
  • rahsia usahasawan berjaya
  • rahsiah usahawan berjaya
  • rasiah kejayan dim perniagan


16 Responses to “Mengapa Mereka Berjaya?”

  1. abgzol says:

    Salam Ramadhan Zul. Artikel berbentuk FAQ di atas memang sangat memberangsangkan :) dan saya paling suka point no 9. Rasanya itu yg sering diabaikan sebab tu ler..kadang2 sukar untuk kita mencapai kejayaan. Biasanya ada jer halangan yg akan menjadi blok untuk tiba ke destinasi yg dirancang.

    Memang diakui ramai juga di kalangan mereka yg kaya raya telah mengabaikan hubungannya dengan Allah SWT..tetapi jangan kita lupa ada masanya kekayaan itu jua adalah ujian daripada Allah SWT & apabila tiba masanya jika masih juga tidak bersyukur kepadaNYA dah tentu akan tiba hari pembalasannya. Wallahu’alam.

  2. Tokey says:

    Salam Ramadhan Tuan Zul :) entry kali ini sangat mudah, sebab cara macam Q&A.. Segala soalan ada jawapannya.. Entry yang sangat baik kepada mereka yang nak berjaya tetapi tidak mengetahui apa matlamat mereka..

  3. Tokey says:

    Maaf tersalah bagi email heee.. Nanti Tuan Zul tak kenal saya hehehe!

  4. Hanafi Wawi says:

    Salam, selamat berpuasa diucapkan terlebih dahulu, soalan yang cukup mantap yang harus dipersoalkan kepada diri sendiri sekiranya gagal dalam sesuatu tugasan, projek, perniagaan dan sebagainya. Memang ramai yang tak perasan soalan diatas ni sebab mereka anggap diri mereka tak boleh berjaya padahal sebenarnya tidak ikuti segala apa yang diajarkan.

    Terima kasih banyak diatas tips diatas….

  5. salam ramadan..

    dalam mengejarkan kejayaan, kita akan diuji dgn pelbagai dugaan dan rintangan. kena hina, fitnah, ditertawakan org, diperlekeh serta org pandang kita sebelah mata…tu lah yg saya alami sekarang…takpa NIZAM BOLEH!

    bisnesku.com

  6. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera Tuan SZ.

    9 persoalan & jawapan yg mudah utk difahami.

    Ilmu itu penting namun penting lagi mempraktikkannya bak kata pepatah arab ‘ilmu tanpa amal adalah seperti pohon yang tidak berbuah’.

    No. 9 juga sangat memberangsangkan seperti kata abgzol. Hubungan manusia dengan ALLAH mesti dijaga dgn sebaik2nya kerana DIAlah segala2nya.

    Salam maju jaya. ;-)

  7. hairul azmi says:

    salam ramadhan al mubarak.

    Konsisten@istiqamah saya rasa antara faktor kejayaan seseorang..apa jua yang dilakukan perlulah berterusan kerana disitu baru kita akan nampak hasilnya walaupun pada peringkat permulaan nampak seolah-olah tiada hasil..tetapi bila kita fokus dan konsisten insyaallah kita boleh berjaya.

    bicarausahawan

  8. titan says:

    yap. kita kena praktikkan apa yang kita belajar. Kalau tak, sia-sialah ilmu tu. Sebab tu ramai yang merungut macam-macam. Walhal, satu habuk pun tak buat apa-apa.

  9. a.izzuddin.y says:

    Menjadi seorang yang tidak berputus asa kadang-kadang membuatkan saya risau yang saya hanya akan rugi dengan sikap saya ni. Terima kasih untuk article diatas, mengembalikan keyakinan=)

  10. sufian says:

    bila dah banyak sgt maklumat nak cari, rasa tepu sekejap..last2 satu pun tak diamalkan..jadi buang masa je.

  11. suhaili says:

    salam,saya yakin, kalau kita fokus sesuatu perniagaan internet atau informasi ikhlas untuk membantu masyarakat sejagat, Allah pasti akan bersama kita dalam setiap kebaikkan yang kita lakukan.

  12. sofian says:

    salam..yang tersurat ramai dah tahu, yang tersirat tu yang ramai lupakan..nice one :)

    FAQ yang last tu yang paling best :)

  13. nas says:

    salam tuan zul

    artikel yg sgt menarik.saya telah copy artikel ini.terima kasih atas kebenaran tuan.semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh org lain pula.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Rahsia Kejayaan: Minda POSITIF | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  2. Panduan asas SEO| panduan asas cari keywords
  3. Peluang bisnes online yang hebat dan selamat

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)