Home » Strategi Pemasaran Perniagaan » Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?

Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?

Saya tahu, kerja tetap itu banyak kelebihannya. Pinjaman mudah dapat, kebajikan dijaga dan yang paling ‘mudah’ adalah tiap-tiap bulan terjamin akan gajinya (kalau tak dipotonglah). Saya tahu, ‘relaks’nya kerja makan gaji bagi sesetengah kerja/jawatan. Zon selesa namanya kalau si pekerja tadi rasa sungguh selesa tanpa memikirkan sesuatu yang ‘lebih’ untuk hidupnya.

Saya tahu, dengan kerja tetap, ia dipandang ‘tinggi’ oleh masyarakat dan bagi yang tiada kerja tetap biasanya diragui dan dipandang negatif.

Saya tahu, kerja makan gaji terutama yang berjawatan tetap ada kelas, macam-macam ada terutama mereka yang ada sekeping ijazah. “Orang Universiti, kalau tak ada kerja tetap, apa kejadahnya”. Kata kebanyakan orang…

Itu mereka yang kerja makan gaji. Tapi sebagai seorang USAHAWAN INTERNET SEPENUH MASA, hidup dan mati mereka bergantung kepada usaha mereka. Bergantung kepada sejauh mana kekuatan hati dan motivasi mereka. Ya, sudah tentu ALLAH Yang menentukan segalanya, tapi apa yang saya bicarakan ini adalah mengenai USAHA. Usahawan sepenuh masa, jika malas berusaha lebih, maka hasilnya sudah tentu kurang. Usahawan sepenuh masa tiada gaji tetap untuk setiap bulan. Usahawan sepenuh masa, tiada kelebihan (kebajikan) yang orang makan gaji dapat. Kasihan mereka, dah lah perlu melalui hari-hari dengan penuh cabaran, malah dipandang negatif lagi oleh segolongan orang.

Kerjaya usahawan sering atau masih lagi dipertikaikan. Masih lagi ada yang meragui. Masih ada lagi yang kurang jelas, takut dan tidak yakin. Mengapa? Saya menyatakan hal ini kerana keluarga saya sendiri sering menyuruh saya mencari kerja tetap. “Carilah kerja tetap Zul…”. Setiap kali ‘arahan’ itu dikeluarkan, saya akan diam sebab saya yakin, mereka tidak memahami kerjaya saya sebagai usahawan sepenuh masa ini. Lagi-lagi perniagaan Internet, lagilah mereka tak faham. LAGI-LAGI baru keluar fatwa pelaburan Internet, mereka lantas menghubungi saya bertanyakan mengenai hal itu dan bimbang saya turut serta. Walhal saya ini adalah ANTI SKIM CEPAT KAYA. :evil:

Masih ada lagi yang hanya nampak bahawa kerja tetap itu sesuatu yang lebih selamat berbanding menjadi usahawan sepenuh masa. Kerja tetap itu mungkin lebih ‘mulia’ pada pandangan mereka. Hakikat sebenar yang mereka perlu tahu, bekerja makan gaji atau menjadi usahawan SEPENUH MASA itu adalah PILIHAN MASING-MASING. Tidak boleh dipaksa-paksa. Dan yang paling bahaya adalah, pandangan mereka itu sebenarnya boleh membunuh impian mereka yang mahu menjadi usahawan tadi. Mereka tidak tahu, sebahagian penentu kemajuan ekonomi sesebuah negara ada pada usahawan. Merekalah penjana ekonomi. Jika tidak, tak akan berlaku ‘aliran kewangan’. Pelbagai kata-kata negatif diberikan agar si dia yang mahu menjadi usahawan tadi tidak menjadi usahawan. ‘Zalim’nya mereka (pada pandangan saya).

Apa salahnya, bantu mereka itu dengan kewangan agar mereka dapat bermula dengan baik, atau paling kurang berikan motivasi dan semangat. Atau memberikan sesuatu agar mereka berjaya. Mengapa pemikiran dan sikap sebegini tidak ada? Sebaliknya mereka lebih suka bertindak ‘zalim’ daripada memberikan semangat dan inspirasi. Mengapa? Tak kisahlah bangsa apa pun, pemikiran negatif ini masih tebal…

Saya mahukan komen anda akan hal ini walaupun hal ini sudah ‘basi’ diperbincangkan dan dimomokkan yang bangsa Melayu itu tak pandai berniaga, cepat bankrup dan takut untuk berniaga. Padahal bangsa lain pun sama sahaja… Ia soal individu, bukan soal bangsa.

Adakah anda mempunyai pengalaman sendiri dalam menjadi usahawan SEPENUH MASA? Anda ditentang oleh keluarga sendiri? Pernah gagal? Sudah berjaya mengatasi halangan-halangan tersebut? Atau anda masih belum menjadi usahawan sepenuh masa? Apa pandangan anda semua akan hal ini?

Mengapa Kerjaya Usahawan Sepenuh Masa Masih Diragui? dan…

Bagaimana mengubah persepsi tersebut agar kerjaya Usahawan diangkat setaraf dengan kerjaya yang lain?

Rujukan:

Usahawan: Kerjaya Yang Mencabar

Interview SmartZuL bersama Radio Best 104 (Ogos 06)

Usahawan Internet Sepenuh Masa?

PS. Download Ebook Percuma 7 Blogger jika anda belum melakukannya. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. cikgu azleen says:

    Macam tuh ler Zul ooii.. Orang kata usahawan ni kerjaya kelas kedua.. Rugi kalau ada degree tapi takde keje tetap.. Bila jadi kat saya, saya buat derkkkk jek.. Yang penting husband saya kata OK dan support saya sepenuhnya. Orang lain nak cakap apa, dia punya pasal.. Almaklumlah.. saya belum dok rumah banglo 4 tingkat dan bawa kete mercedes kelas terkini.. Rasanya kalau bawa kete mercedes kelas E ke baru dorang kata “Bagus jadi usahawan ni yer!”.

    P.S.: Very typical malay. Just ignore them as long as we are sure with what we do..

  2. Setanjak says:

    Jika dikaji zaman kegemilangan melayu dahulu, hampir semua bangsa melayu bekerja sendiri sama ada b’niaga,b’ladang dll. Istilah makan gaji timbul setelah tanah melayu dijajah. Jd, renung2kan sama ada kita masih lg dijajah di tanah merdeka lg atau tidak.

  3. Saya belum menjadi usahawan secara sepenuh masa, masih lagi buat secara par time.

    Mereka masih ragu2 dengan bidang keusahawanan hanya kerana 1 sebab utama (pandangan sayalah).

    Iaitu : mereka takut rugi! Itu perkara pertama yang timbul di dalam fikiran mereka. Mereka mahu wang, pendapatan lebih tetapi takut untuk berniaga atau menjadi usahawan serta malas belajar menjadi usahawan.

    Bagaimana mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion keusahawanan? ermm… agak susah sikit nak jawap, tapi baru2 ni MeCD ada launch satu program realiti (macam Nescafe Kick Start ) untuk pencarian usahawan. Nak maklumat lanjut, sila kunjungi :-

    http://www.kaliber.net.my

  4. han says:

    yela zul,, kdg2 kecil hati bila kena keluarga ckp begitu… saya sendiri pernah alami perkara begitu… sy skrg ni masih bljr utk th lbh mendalam dlm IT dan cuba bljr bt e-biz tp mereka srh cr keje tetap… bila mereka srh je, saya diam je.. tak boleh ckp apa sb mereka masih tak nampak apa yang sy nampak… kdg2 diperli pun ade oleh kakak sendiri… baik kita diam je dan tunjukkan satu hari nanti kita berjaya… pasti mereka buka mata mereka…

  5. Mohd Sufian says:

    Betul cakap zul tu. Orang tua saya pun sama. Dulu lepas abis belajar terus buat business. Tiap kali balik kg. mesti soalan yang saya je dari org tua saya.

    Bila nak cari kerja. Kalau boleh tu kerjalah dengan kerajaan. Seperti biasa perangai saya, saya akan diamkan diri. Dengar jerlah apa yang mereka nak kata.

    Kalau kawan2 tu lak, memang banyak support dan berikan semangat. Yang nak menumpang pun ada. :D

    Keluarga saya memang tak ada businessman pun. Kalau ada pun banyak yang sekerat jalan. Tapi sebenarnya orang tua saya yang didik saya berniaga tanpa mereka sedari. Dari umur saya 10 tahun lagi. Waktu sekolah petang (sekolah agama) saya akan jual ais krim. :)

    Ayah suka bertani, saya pula yang akan kutip hasilnya dan pergi jual kat kedai di kg. Org tua saya suruh cari kerja yang terjamin, tetapi mereka tak tahu sebenarnya mereka yang mendidik saya berniaga. :D

    Saya tak bagi pun kat mereka, tapi kadang2 tu bila saya terfikir balik, saya tersenyum sendiri. :mrgreen:

  6. batagolek says:

    bro pian… saya tak tahu dulu bro dah start bisnes..very isnspiring ;)

  7. Kerjaya sepenuh masa sebagai usahawan dipandang rendah:

    1) Memerlukan usaha keras pada peringkat permulaan.
    Orang tak nampak “pada peringkat permulaan tu, tapi orang nampak usaha keras tu

    2) Pengalaman terkena dengan orang. Ayah saya seorang businessman juga dulu, tapi dia pernah terkena dengan orang masa dia bujang dulu. Sampai skrg dia fobia dan antara sebab dia tak berapa suka saya terlibat dengan business. Nasib baik emak saya memahami dan cakap, “Zaman ni lain… Kalau Ayie rasa itu yang terbaik, buatlah. Tapi buat elok2.”

    3) Orang sekarang nak cepat & besar. Average. Mindset masih ditakuk lama. Susah nak cari sekumpulan manusia yang benar2 bersungguh dan extraordinary. Kalau kita luar biasa, kawan2 kita biasa. Mereka akan drag kita down. Kalau kita & kawan kita luar biasa, kemungkinan staff2 kita pula biasa. Bila tiada trust mcm ni, mereka akan drag kita down juga. Saya berharap sangat dapat jumpa staff mcm mak saya. Dia tahu dia bekerja dengan syarikat kecil, harapan boss dan komited dengan masa depan syarikat dan tak berkira.

    Orang kita selalunya, “takut terberi lebih”. Nanti orang naik mua…kononnya.

    4) Saya setuju sangat dengan Setanjak tu. Ya tak ya juga. Macam mana kalau orang Melayu sebenarnya pandai berniaga tapi pihak2 tertentu mencanang “propaganda” tersebut, supaya orang Melayu tidak termotivasi untuk menyertai bidang perniagaan. Jadi mereka menguasai ekonomi selamanya? Kita tak tahu kan.

    5) Orang skrg memang memandang tak best kepada orang yang kerja sendiri atau business sendiri ni. jadi saya rasa, short term solution adalah, buat company, buat business kad dan bagi jawatan kat diri sendiri. Tak perlu lah letak CEO, Managing Director & sebagainya, letak je jawatan2 “biasa”, Website Designer, Engineer, System Analyst dan sebagainya untuk memuaskan hati diorang.

    Macam mana nak supaya orang pandang tinggi usahawan?

    Saya rasa tak payah orang pandang tinggi. Pandang biasa pun kita dah
    boleh bersyukur dah… :cool:

    Kita buat macam orang kerja 24/7.

    1) Ada fixed office hours.
    2) Ada “office”
    3) Ada jawatan “biasa-biasa”

    Dan dalam certain bahagian kita buat lebih dari orang kerja 24/7:

    1) Kita spend lebih banyak masa dan kualiti dengan keluarga
    (khususnya kalau dah ada insan tersayang) :mrgreen:

    2) Anak boleh hantar sendiri ke sekolah. Tak perlu upah2 orang.

    3) Emak sakit, ayah sakit boleh temankan ke hospital.

    4) Emak nak pergi pasar boleh hantarkan.

    5) Ayah nak pergi kebun, boleh hantarkan.

    6) Tak tension2 kat rumah sebab tekanan dari pejabat.

    7) Tak iri hati dengan bos sebab dia boss… :razz:

    8) Kalau jadi apa2 pada parents, anak, insan tersayang… kita boleh berada di samping mereka. (jika kita mahu) :mrgreen:

    Fuiyoo…banyak lagi sebenarnya nak cerita ni. Oklah, last.
    Sebenarnya orang kerja pejabat ni yang kesian. Macam kes
    pelaburan haram baru-baru ni, kebanyakannya orang kerja pejabat
    yang terkena.

    Kak Galadriel pernah cakap kat saya (dah diejas2), “Orang kerja pejabat ni,
    kerja separuh hari kat pejabat untuk orang lain (hasil tak segera nampak),
    balik lewat. kadang2 outstation lagi, weekend lagi. Gaji macam tu juga. Kalau gaji banyak pun, kerja akan jadi banyak sekali. Bayangkan kalau 10-20 tahun macam tu, nampak kawan2 pulak tiba2 dapat 10K, 20K…

    Dia nak jugak. Sebab dia dah penat bekerja bersungguh-sungguh untuk orang. 10K-20K dapat senang2, diorang nak try, sebab diorang gelap mata.

    Kepada usahawan tulen, mereka tahu dan mereka faham. Tak mungkin anda instrumen pelaburan yang boleh bagi return sebanyak itu. Jadi kita jauhi. Tetapi tidak bagi mereka yang dah penat berpuluh tahun kerja untuk orang ni.

    Isy3… Kisah last untuk menyokong cerita-cerita mengenai kesian orang kerja pejabat ni.

    Ayah roomate saya adalah seorang “middle manager” di sebuah syarikat multinational. Beberapa tahun lagi dia nak pencen. (Baru burn 20K dalam SC). 2 tahun lepas ayah dia nak beli Volvo tapi dia dan adik dia cakap tak perlu lah, sebab dah ada 3 kereta kat rumah (dia ada 2 adik beradik je). Saya tanya dia, kenapa sebenarnya ayah dia nak beli tu?

    Dia kata, ayah dia dah penat bekerja. Dia nak bila balik rumah, dia nak lihat ada “achievement” dari dia kerja 20-30 tahun tu. Tension2 time dia kat pejabat, bila dia balik dia senang hati. Ini hasilnya, Volvo dari aku bertungkus lumus kerja kat ofis jadi hamba orang 20-30 tahun.

    Saya fikir dalam hati, umur 50 tahun. Kerja keras 20-30 ada sebuah Volvo sebagai satu-satunya achievement ketika bekerja di zaman muda. (Volvo berharga 300K yang akan merosot nilainya ketika saya mula bersara)…. Oh, saya tidak sanggup.

    Nah, kita tahu. Tapi macam mana kita nak sampaikan cerita-cerita ni kepada orang yang asyik “mengenakan” kita tadi? :mrgreen:

    Sabri

    p/s:Sorry kalau berterabur…hehe… dah lama tak menulis…

  8. ambsmart says:

    Makan gaji -> play safe.
    Risiko sikit, peluang pun kecik.
    Usahawan – risiko besar, peluang pun besar. Silap gaya rugi banyak, kena gaya untung banyak..

  9. SmartZuL says:

    Wow Sabri, banyaknya point… Ya, kalau disenaraikan satu-satu, memang kita boleh patahkan hujah2 mereka yg tak faham kerjaya usahawan ni. Mentaliti bila melihat kejayaan yg besar itu baru nak kata usahawan ni OK amat tak patut. Skrg time kita susah, semua jauh2 dan kata -ve. Tapi bila kita dah berjaya kelak, yg bukan sedara pun akan mengaku sedara.

    Cerita sabri mengenai yang makan gaji semata-mata tu amat memberi manfaat. Kerja siang malam, tapi hasilnya tak begitu berbaloi. Ya lah, at least kita nak senang juga hidup di dunia ni. Kerja kuat, hasilnya mestilah juga berbaloi.

    Chef Li ada kata, kerja makan gaji ok, cuma ia umpama naik kereta kancil. Usahawan pula naik kereta Mercedes. Kedua2 ke destinasi yang sama, tapi yang mana sampai dulu? Maksudnya, semua orang nak kaya, TAPI biasanya yang buat bisnes lebih cepat berjaya dan kaya. :)

    *Ni baru cerita pasal usahawan, belum cerita lagi minda -ve mereka yg tak nak kaya. Kononnya kaya tu bahaya… Kebanyakan mereka keliru dan menipu diri sendiri.

  10. sham says:

    Panjang bebenor ye sabri..Saya penah rasa keje dengan orang selama 1 tahun je..lepas tu buat company sendiri..

    Memang lain orang pandang kita masa saya keje dengan orang dengan saya keje sendiri.Kalo dulu,ooo keje sham keje kat situ..

    Sekarang,sham keje kat mana..dok rumah je..pemalas betul..Belajar tinggi,dok rumah je..

    bagi saya,lantak diorang la.. at least saya mampu beli apa yang saya perlukan..pendapatan saya melebihi diorang.Orang bank pun berminat dengan apa yang saya buat.. cek dalam usd..sape tak nak…

  11. amirez says:

    thx tu zul buka topik ni. dpt gak kita bincang2. dh lama terfikir. igtkan sy sorg je yg kena. nak jelaskan kat diorg, x brapa pandai. tp kalau jd pekedai kedai runcit..x pulak diorg pertikaikan psl ni. pekedai pun usahawan jugak kan ? sama aja bah :mrgreen:

  12. azizmansor says:

    Tu lah Zu. Psal la org kita terutamanya bila sebut bisnes terus -ve. Padahal diorang nak barang pergi kedai jugak, pergi pasaraya jugak. Bukankah itu terpaksa jumpa ngan orang bisnes? Tengok orang bisnes dan boleh kaya pakai kereta besar rumah besar, terbelalak pulak biji mata. Tapi, bila org kita sendiri, terutamanya keluarga sendiri, lain pulak pandangannya.
    Kekadang manusia ni terlalu abstrak. Pemikiran boleh berubah sekelip mata.

    Nak tak nak Zul, kita yg paham bab keusahawanan ni lah yg kena buktikan. Kitalah kena jadikan segala permasalahan tadi sbg batu loncatan untuk berjaya. Kritikan tadilah sbenarnya yg mendorong utk kita berjaya.

    Teringat saya satu kisah benar kat TV baru2 ni tentang kisah jutawan tani. Permulaan, mak dan kawan2 sekampung semua kutuk dia. Maknya pulak sibuk suruh dia cari kerja makan gaji. Balik oversea tapi usaha ladang kat kampung. Tak ke gila namanya tu. Akhirnya, usaha dia berjaya dan jadi jutawan tani dengan hanya duduk di kampung. Petani moden. Terus pemikiran mak dan kawan2 dia tadi berubah. Bahkan kawan2 dia pulak yg nak belajar daripada dia pulak.

    Saya rasa termotivasi dgn cerita itu walaupun bidang berlainan tapi senarionya sama.

  13. SmartZuL says:

    Amirez, kalau kedai runcit at least diaorang nampak kita berniaga. :)

    Kalau perniagaan Internet, “apa kejadah kerja la yg kau buat yer…”. Caranya mudah je amirez, diamkan diri dahulu. Usaha sampai berjaya dan kemudian barulah mereka rasa nak sangattt mendengar apa yang kita buat. Masa tu mereka akan kagum dengan kejayaan kita dan akan dengar apa saja. Yer laa, poket kita dah penuh. Saper tak nak rapat kan? :cool: hehe…

    Sham, sama lah kita. Saya kerja 1 tahun dalam 2004. Tapi tak tahan. Tak sesuai dengan jiwa saya kerja makan gaji sebab saya lebih suka yg lebih mencabar dan buat apa yg saya minat.

    Kesimpulannya, makan gaji atau bisnes, terserah kepada diri sendiri. Semuanya OK. :)

  14. amirez says:

    disebabkan IM ni org x nampak berniaga apa..kita kena tunjukkan hasil kat diorg..baru diorg nampak. contohnye..tunjuk kereta yg kita beli dgn duit sendiri. tp ni mcm nak menunjuk2 pulak. pening gak pk :???:

    • jihan says:

      salam.wat jejeka macho.sy stil student.xpnh nk join benda2 cam n.but,ckgu swoh crk bhn.so, tnmpk kmen2 yg agk mbrngsngkn psl ushawan.1day, i’ll b like all of u here.but i stil dn’t noe where i must start 1st.cite2 sy tinggi.sye nk jdk org bduit n mampu ntuk hdup.watever i want,it will easily front of me..

  15. pakdi says:

    once kita dah pakai merc mata belalang, orang nak jadi macam kita :mrgreen:

  16. Robotys says:

    :shock: panjangnya comment sabri! Boleh wat satu post khas! :P

    Mungkin ader sesetengah org boleh pekakkan telinga, tapi kalau dah mak bapak yg perli2 n x restu, x sedap gak. Nasib baik famili saya mmg biz-minded (cuma terkandas di hujung usahanya), so x banyak masalah. Masalah timbul bila kerajaan mula memerangi “pelaburan internet”, x pasal2 saya terkena tempiasnya – bukti masyarakat kita masih buta IT sebenarnya.. heheh

    Saya setuju ngan sabri, pada sesiapa yg dah tak tahan kener perli2 tuh, elokla bukak company sendiri, carik office sendirik n wat bisnes+kasik jawatan kat diri sendiri… konfem senyap mereka2 tuh.. ;)

  17. fahmi says:

    Tangapan negatif orang tu saya rasa dah makin kurang kerana dan ramai jadi usahawan. Bukan senang nak menyakinkan orang. Apatah lagi tafsiran usahawan pun tak arif. Bagi saya USAHAWAN ialah bilamana kita mencipta peluang untuk orang lain.
    Sepertimana zul… zul telah menghasilkan suatu produk dan melalui produk zul itu ianya mencetus peluang untuk orang lain. Ini baru usahawan sebenar-benar. Kalau dulu usahawan sentiasa dikaitkan dengan kegagalan. Kegagalan usahawan diberi fokus dalam masyarakat, kejayaan tidak! Lama-lama perkara-perkara negatif seperti bankrup, saman bank… menjadi igauan ngeri masyarakat. Apapun generasi zul nampaknya mengubah paradigma masyarakat.
    Kalau lagi banyak produk berkualiti yang dihasilkan, maka lebih banyak peluang dicipta untuk bakal usahawan baru. Teruskan usaha zul… yakinlah zul dan mencipta peluang untut banyaaaaaak orang. Sedikit masa lagi segalanya akan berbalik kepada zul.
    Kita teruskan kerjaya yang kita pilih dan tafsiran kita mesti betul.
    let’s move on the right track!

  18. jejaka says:

    Seperti yg sedia maklum segala apa2 yang yg kita ingini ada kelebihan dan kekurangannya… jika kita perhatikan segala perkara yang kita tidak nmpk secara kasar telah di judgekan oleh org lain dengan pandangan -ve atau serong.. ini lah masalahnya apabila berhadapan dengan perangai manusia dlm golongan ini… kita sepatutnya mempunyai minda yg positif dan berfikir atau pun kaji atau bersifat ingin tahu sebelum memberi apa2 kata putus…jgn lah memberikan kata putus secara terus walaupun kita tidak nmpk… ia sememangnya apabila suatu perkara itu dianggap ganjil maka org lain akan memberikan kata2 putus yg entah apa2 disamping mybe juga mengatakan perkara2 yg kurang disenangi.. apa yg kita mengatakan akan memberikan kesan kpd kita jua.. minda yg -ve terhadap org lain akan memberikan tamparan kpd diri kita juga.. kita sepatutnya bersifat terbuka dan membuka minda yg positif… namun kita perlu faham ‘walaupun rambut sama hitam namun hati lain2′ ( ni sekadar pepatah) tidak semua manusia yg mempunyai kritikan atau komen positif, akan tetapi ada juga manusia yg asyik saja memberikan kata -ve yg dikatakan secara tidak berfikir sedalam2nya…

    Perkara2 sedemikian senang shj dan kita tidak perlu berserabut dengan perkara2 yg boleh mematahkan semangat usaha kita…penerangannya akan diterangkan kemudian….

    Berbalik kepada kerja makan gaji ataupun sbg usahawan xperlulah kita pening2kan mana satu yg terbaik utk kita… klu kita fikir dan buatlah kajian sedalam2nya pun xkan habis..percayalah..knp sy mengatakan sedemikian…dua entiti yg berasingan ini mempunyai kebaikan dan kekurangannya… xperlu lah mengatakan mana satu yg terbaik… ok mcm ni…. drpd penerangan td kita sedia maklum makan gaji tentulah idup akan terjamin..btul kan…yer lah kita sure tau klu kita kerja gaji pasti kita dpt dan tahu jwpnnya…ini merupakan sbg zon selesa.. btul x…bila disebut zon selesa tentulah pandangan umum mengatakan kerjaya ini dipandang tinggi.

    Bagi kes kerja sendiri ataupun senang kata usahawan… kita perlu sedia maklum utk golongan ini tentulah ianya bukan dinamakan gaji… kerana apa..kerana matlamat usahwn adalah untung…tiada usahawan di dunia ini xnk untung apa yg diusahakan.. klu nk rugi sy xtau la kes golongan ape…klu yg nk kejar rugi ada..tp tu utk golongan yg terlalu taksub ngan skim cepat kaya la n tu pun ramai yg spesis sedemikian ekeke…. berbanding dgn makan gaji kita sedia maklum ianya bermaksud gaji bos tu kita makan gaji dia yg sebahagian..hihi…bunyinya mcm kelakar bunyi statement ni…=)..tp ni sebagai gambaran supaya prmbaca lebih memahami… dunia usawahan sudah dijamin memang tidak menentu kerana berlandaskan samada usaha yg kita jayakan tu myb berhasil ataupun tidak… org yg menjadi usahawan ni sbg dunia tidak menentu…

    Ok… skrg ni nmpkkan sebahagian yg sy terangkan..tp itu sbg point yg utama..ikutkan mmg pnjg lagi..tp point tu sy nk terangkan utk point2 utama yg biasa kita lalui or dgr.. klu kita tgk perbandingan itu.. sudah tentu org ramai akan memberikan yg lebih baik rs2nye makan gaji..sbb apa…point utama kita dgr org akan kata ‘zon selesa’… btul x…klu usahwan org akan kata ni sbg ‘zon pembunuh’
    Mcm mn takut x..hihihhi…ala..nk takut ape..bukan nye tgk antu pn…tu pun org kita suka sgt ngn pameran antu yg entah ape2 tu hihi…

    ok smbg citer… klu kita berhadapan dgn kes mcm ni senang aje… jgn fikir susah..tp fikir senang…ala mst org kata cakap senang la btul x….jgn kita suka buat alasan tp kene praktik…

    Sy rs komen sy ni dh pnjg sgt la…kwn2 rs pnjg x..sori la ye..ni adalah info yg amat berguna utk kita renung2kan & iktibar..sy akan pendekkan sebaik boleh…

    contohilah org cina…org cina suka berniaga tp org kita suka sgt bagi alasan yg entah apa2 n bukannya tahu nk bagi idea berguna tp bagi kata kutukan aje tau…org sedemikian jgn la kita sensitif sgt apa yg diucap.. buat apa yg kita suka dan buat secara bersungguh2… jgn endahkan kata2 org yg tidak mendatangkan hasil kpd kita… sbnrnya kita yg berusaha atas peluang yg ada..bukan berusaha utk tau beri komen n pastu titik noktah…

    Spt sedia maklum bukankah kita tahu bahawa menuntut ilmu tu tidak akan habis…wang yg bnyk klu kita tiada ilmu kita tidak akan berjaya…ilmu yg bnyk klu kita guna smpi ke mati xakan habis..so ilmu shj lah yg memberikan pulangan pada suatu masa nnt… timbalah ilmu sbyk mungkin dan praktikkan ilmu itu sebaik mungkin… peluang kita sbnrya sgt bnyk tp kita shj yg tidak nmpk…. jgn lah kita bazirkan dgn suka memberikan komen negatif tp peluang yg kita bazirkan itu lah yg kita seringkali abaikan…ok cukup setakat ini shj panjang lebar dan ringkasan info ini utk sy berikan ruang bukan kpd para pembaca tp juga kpd diri sy sendiri..

    Setiap apa yg kita buat pilihlah peluang dan potensi yg ada pada diri disamping cubalah jadikan “hari ini adalah lebih baik drpd semalam”

    Adiosssssssss!!!!

  19. smartzul says:

    Jejaka, panjangnya komen. Pecah rekod dah ni. :)

    Memang betul. Itulah point yg saya nak sampaikan. Makan gaji atau usahawan, dua-dua boleh. Tapi masalahnya, kenapa kerjaya usahawan masih dipandang rendah? Kenapa usahawan2 terutama yg muda atau yg baru bermula diperkotak-katikkan lagi2 oleh keluarga sendiri?

    Kami sebagai usahawan mahukan ‘kebebasan’ daripada belenggu minda negatif ummat manusia yg mengatakan usahawan ini bukan satu kerjaya yg selamat atau lain2 anggapan yang -ve. Pandangan yg +ve juga perlu ada untuk kerjaya usahawan sepertimana kerjaya yg lain.

    Jika usahawan boleh hormat kepada yg makan gaji, why orang lain yg tak suka berniaga/berusahawan tu tak boleh ‘hormat’ usahawan? Kan senang mcm tu (refer komen Jejaka). :)

    Thanks all.

  20. edy_sifuku says:

    bila berkaitan mentaliti ini, memang agak sukar nak diubah dalam masa yang singkat… lagipun, kita dari sekolah lagi dah dididik dan belajar untuk menjadi pekerja makan gaji..itulah realitinya..kalau ikutkan pengalaman saya masa sekolah, tak pernah langsung dengar orang cakap nak jadi usahawan atau berniaga…semua cakap nak jadi guru, bomba,polis dan seangkatan dengannya.. masuk u pun sebab nak kejar cita-cita kerja makan gaji… jadi, bila keluar u, pastu kita tak kerja tetap, orang mulalah perlekeh sebab pada pandangan masyarakat, sebab masuk u tu untuk kerja makan gaji…usahawan ni untuk mereka yang gagal dalam pelajaran sahaja.. itulah pandangan masyarakat kita..

    apa pun, saya gembira sebab saya kembali sedar kebagusan menjadi usahawan berbanding makan gaji…dugaan tu memang banyak… tapi sabar sahajalah… bukan kita buat benda haram…yakinlah, tuhan sentiasa bersama kita… itulah yang lebih penting dari segalanya..

  21. Maizul says:

    Betul kata edy_sifuku sejak kecil telah di didik macam ni…

  22. abdfatah says:

    kenapa masih dipandang rendah? kalo menda berkaitan produk digital memang orang takkan nampak…

    kalo nampak cybercafe… tokei cybercafe laa. kalo berniaga percetakan dn alatulis nampak keperluannya untuk orang ramai…

    ebiz pulok payah sedikit mereka nak nampak. lain citer laa citer yang berdegar2. itu tidak dinafikan mereka terlebih nampak bagi yang terpengaruh… jika tidak semuanya kena pokul rata aje laa…

    kalo dah dapat merce mata belalang, macam mana mereka nak ikut kita sedangkan mereka belum tentu boleh berjaya sebagaimana yang telah kita lalui… siapa lagi jika tidak namanya usahawan internet..

    sekian terima kasih… :cool:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.