Mengapa Anda Perlu Subscribe (daftar) Newsletter Saya? :)

Tulisan kali ni saya terus terang cakap, lebih kepada promosi kepada newsletter saya. hehe..

Ada orang mempersoalkan, mengapa nak bagi ebook free perlu daftar nama dan emel? saya jawab,

“ebook saya akan sentiasa dikemaskini dan salah satu cara untuk menghubungi anda adalah melalui emel, maka tinggalkanlah emel dan nama anda. Tak perlu bayar..”. πŸ˜‰

Begitu ramai yang skeptikal dengan emel berbentuk newsletter ini. Ya, secara jujurnya saya mengaku, newsletter (email marketing) adalah salah satu cara pemasaran internet. Selain memberikan info percuma khas untuk yang berdaftar, disertakan juga ‘promosi’ sesuatu jualan / produk bersama emel tersebut. Maka, sebahagian yang skeptikal akan menyatakan alasan, “alah, saja jer nak ambik nama dan emel aku, pastu lepas ni sampailah apa-apa promosi ni. Malas ah nak daftar..”.

Hehe, satu alasan yang begitu teramat ‘dangkal’ bagi saya. Mengapa? Kerana…

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!

Jika emel newsletter itu disertakan dengan promosi produk, maka anda yang menentukan untuk membeli produk tersebut ataupun tidak. Jika mahu, beli dan jika tidak mahu, tak apa, tak ada paksaan. Very simple.. πŸ™‚

Baik, beberapa ‘alasan’ saya mengapa anda perlu subscribe atau daftar newsletter smartusaha:

1. Anda akan dapat percuma beberapa item yang berguna. Pembaca blog saya yang biasa, tapi tak daftar tak akan dapat. πŸ™‚

2. Ada beberapa info ataupun fakta yang saya TAK DEDAHKAN di blog ini, tapi saya sampaikan kepada pendaftar newsletter. Hmm, bertuahnya mereka! πŸ˜‰ Ya, apa yang saya tulis di newsletter, saya tak tulis di blog.

3. Jika saya ada produk atau peluang, yang daftar inilah dulu yang akan tahu. DAN, mereka juga akan mendapat harga yang istimewa atau SPECIAL deal. Benda ni saya dah janji awal-awal.. πŸ™‚

4. Banyak yang telah saya rancang untuk mereka yang mendaftar newsletter saya, sebab saya hargai usaha mereka untuk mendaftar. Ya, masukkan nama dan emel, lepas tu approve email registration, satu benda yang ‘cerewet’ juga.. Terima kasih kepada mereka.

5. Saya layan balasan emel anda terhadap newsletter saya! InsyaAllah, anda dapat berkomunikasi dengan saya secara individu. Namun, ikhlas saya katakan, bergantung kepada keadaan dan jenis emel. hehe..

Pendek kata, yang daftar newsletter saya akan dapat LEBIH berbanding mereka yang hanya sekadar membaca blog saya..

Kesimpulannya, daftar sekarang newsletter saya di alamat di bawah dan anda akan mendapat sebuah ebook panduan paypal dan dua buah special report ebiz secara PERCUMA.

Sila daftar di:

http://smartusaha.com/news

Nota Penting:

Kepada anda yang telah daftar dan download ebook paypal percuma saya dan lepas tu anda un-subscribe (remove email form newsletter system – dengan klik removal link), jujur saya katakan, ANDA TELAH RUGI BESAR.

Sebab selepas ini, anda tidak lagi berpeluang untuk mendaftar newsletter saya dan mendapatkan sesuatu yang TER-AMAT ISTIMEWA dan ada nilai. Maka, jika anda hanya daftar semata-mata untuk dapatkan ebook dan lepas tu un-subscribe, i say good bye for you. Jika anda fikir anda berjaya ‘perangkap’ saya, saya dah ‘perangkap’ anda awal-awal.. πŸ˜‰ Bagaimana? It’s my trade secrets, tiada siapa yang tahu.. Business is Business. hehe.. Namun, tiada paksaan bagi anda, dan saya suka ber-urusan dengan mereka yang terang pemikirannya.

Maka, usahlah takut nak menerima emel sebegini, tiada paksaan untuk anda. Saya atau sesiapa sahaja yang buat begini (email newsletter), hanya menghubungi anda, BUKAN MEMAKSA anda. Ini yang patut anda faham, lainlah newsletter yang tiada nilai atau promosi semata-mata, maka anda berhak untuk un-subscribe. πŸ™‚

Ketahuilah, melalui emel newsletter-lah salah satu cara yang terbaik untuk anda dan pihak lain berkomunikasi. Think about it.

P/S: Jika ada masalah pendaftaran atau masalah download atau apa sahaja, sila maklumkan kepada saya.

P/P/S: Jika anda yang dah un-subscribe tu nak daftar balik, sila lakukan dengan segera sebelum sistem newsletter saya ‘block’ emel anda. Mengapa block? Sebab saya menganggap yang un-subscribe is not my targeted person. πŸ˜‰

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Mengapa Anda Perlu Subscribe (daftar) Newsletter Saya? :)

  1. Ade jgk yg subscribe smata2 nak download ebook percuma je rupanya..
    Lps dpt unsubscribe plak..

    Saya kalau IM Malaysia punya newsletter saya xkan nak unsubscribe sbb bkn snang nak dpat ilmu..

    PS: Asyik nak free je pastu unsubscribe pastu cetak rompak.. pastu three(er gurau la) he he

  2. Fai, tak leh nak salahkan mereka yg un-subscribe, sebab tu hak mereka & terkandung dalam undang2 siber SPAM. hehe..

    TAPI, ketahuilah, yang un-subscribe tu bukan ‘targeted person’ kita. Bermaksud, maklumat atau sesuatu yang kita sampaikan TAK SESUAI untuk mereka.

    Maka, tumpukan sepenuhnya kepada mereka yang terus ‘setia’ dan yang sesuai.. πŸ˜‰

  3. saya punya pun kejap naik kejap turun..yang pasti ramai yang unsubcribe..subcribe just nak dapat ebook free..pastu unscubribe..Agaknye diorang takut saya bagi ilmu kot..xpela,orang tak sudi,,kita tak memaksa..

    Saya selalu tengok trend kat autoresponder saya tu..Walaupun yang free,xleh nak broadcast email tapi saya ada cara nak mengatasi masalah tu..hehehe..

    Kalo tak subcribe newsletter Raja Adsense..Saya ada offer yang best nanti.ia just subcriber dan customer saya je.Tunggu laman web company siap dulu..baru bagitau offer tersebut..

    Tengah pening ni..Khamis ni nak kene present lagi kat coaches MDEC tu..baru ni kene hentam sampai sampai tak terkata..sampai saya tak tau nak mula dari mana balik..jadi blur dah..Homework diorg bagi pun tak terbuat lagi..

    Mlm bulan puasa,saya balik lambat skit dari masjid,ada tadarus..kalo ada kol saya,saya tak angkat la ye..sms saya akan reply la..

  4. kadang² malas nak lawan apa yang diorg ckp..kita tengah belajar..kusut la otak ni..banyak keje tertangguh jadinye..esok kene ke pusat pelancongan terengganu,kutip data..

    Nak data yang betul..entah diorg ada ke tak statitistik² ni..dah la kene siapkan prototype lagi..blur² dah ni..

  5. Saya tabik kat Zul sbb memberi xtra to all M’sian mengenai internet biz. Kenapa perlu unsubscribe newletter tu. Kita surf cari info dan mr Zul akan dan terus memberi info sagt berguna kepada kita, hari2 plak tu. Blog, Bisness letih jugak tu.. Teruskan mendidik zul..

  6. Assalamualaikum Zul dan semua yang lain..

    Semua informasi yang ZUL berikan memang berguna dan berfaedah.
    Rugi bagi diri saya, kalau saya tak subscribe newsletter ZUL.

    Kepada yang lain tu, kalau nak subscribe, cepat2..jgn lambat.

    hohoho!!! (trademark Zul)

    Kita wajib menuntut ilmu.

    P/S : Tuntutlah ilmu yang berguna dan diredhai ALLAH.

  7. Saya suka subscribe newsletter.Lagipun biasanya bukannya “makan” space sangat.Banyak maklumat berguna.Kalau tak beli produk dalam newsletter tu pun tak pe… kita dapat maklumat yang terkini.Kekadang tu takde masa nak update,so newsletter membantu secara tak langsung update kita.Terima kasih sebab sudi hantar e-mail.

  8. Act Zul, untuk buat emel marketing yg lebih efektif kita perlu tegas sikit.

    1) Waktu request email, just ckp:

    “I need your email so that I can send you your ebook”.

    Cukup.

    Kalau nak tambah, Kalau anda tak beri alamat emel anda, mcm mana saya nak send?

    >>>Don’t worry, 90% akan blank dan tak akan sedar yang diorang boleh juga download dari website. Sebab tak ramai lagi orang faham ciri-cri autoresponder ni.

    2) Jangan halang mereka unsubscribe. Biarkan. (galakkan jika perlu)

    Kenapa?

    Sebab tujuan bina emel list kita nak emel list yang responsif. (yang aktif dan ada relationship dgn kita) Kalau orang yang nak tak nak, yan ni akan ada masalah nanti. Tersalah report spam ke etc.

    Dulu, kat blog SaifulSham kitorang letak cara nak subscribe 3 step. Klik sana, klik sini, hasilnya. Subscriber sangat berkualiti. Tiada unsubscribe langsung.

    Tapi pas letak obvious ni, unsubscribe still tak banyak. Tapi ada banyak la “kemalangan” berlaku. πŸ˜‰ Salah reg email addy, salah klik.

    Dulu En Tazilan pernah cerita pada saya.

    Dulu dia guna autoresponder free, ada 6K subscriber. Lepas tu dia tukar Getresponse , tinggal 3K je. Sebab baki dia tak verify email.

    Saya kata, tak apa, sebab kita tahu kita ada 3K subscriber berkualiti. Dari 6K yang kita tak tahu statusnya.

    Go for kualiti! πŸ™‚

  9. Setiap kali keluar e-book baru di sini saya pasti akan mengdownload nyer tetapi saya dapati kenapa setiap kali hendak mendapatkan e-book yang baru kena bagi jugak email yang penah saya bagi untuk e-book2 yang lepas dan lepas tu kena plak cornfirmkan lg skali. Boleh tak jadikan one time subscribe? Apapun terima kasih di atas e-book2 yang telah saya download πŸ™‚

  10. Thanks sabri, good tips and info. Itu yg saya maksudkan ‘not targeted person’.. πŸ™‚ Biar sikit, asalkan kita dapat bina relationship.. Quality is more important than quantity.. πŸ˜€

    zealious, saya rasa mudah jer kan nak subsribe, hehe.. Lagipun, itu adalah standard, dan yg pasti, lain ebook, lain pulak campaign dia.. Maksudnya, pemberian ebook free tu ada laman web tersendiri walau orang sama.

  11. zul,

    maaf mencelah. saya budak baru dlm dunia ebiz ni. saya telah mendownload semua ebooks hasil karya zul, sham, saifulsham, shuth, tuahemas, aku, dll. tq atas perkongsian zul dan rakan2 yg lain. saya tengah mengkatam semua ebooks saudara dan cuba mempraktikkannya. utk masa terdekat ni, saya hanya buat ebiz pada waktu mlm dan masa terluang saja. takpa ka? maklumlah, siang hari, saya adalah peg kerajaan.

    tapi, saya pun hairan juga kalau ada mereka yg tak nak terus menerima ilmu terutamanya drpd mereka2 yg telah berjaya.

    zul, saya pun graduate utm skudai. rasa bangga gak tengok perkembangan zul. lepas ni, boleh ka saya berkongsi ilmu dgn zul?

  12. Hi Zul.. Kini saya kembali setelah lama menyepi.. Saya rasa newsletter memang perlu untuk menerangkan tentang lebih terperinci tentang produk kita.. Betul ker??

  13. Hi Zul…Saya punye pengalaman ler tentang newsletter ni. Kadang-kadang sampai tak larat nak membaca. Pastu ada plak yang janji 2 minggu sekali..tapi sampai nya dekat 1 bulan. Isinya ada yang boleh dipakai dan ada yang tidak. Sebab utama saya unsubscribe ialah isi-isi yang sama dalam web/blog mereka sendiri..ermmm leceh ler. Betul tak?? πŸ™‚

  14. Zul ,
    Jangan sedih dan jangan risau… apa apa jer zul nak bagi kat saya – saya terima…sebab saya tak ada ilmu , baru nak belajar … bagi saya apa saja yg berfaedah adalah ilmu. Ilmu itu luas – seluas sistem cakerwala planet.. planet sentiasa silih berganti sehinggakan para saintis dah naik bingung dibuatnya…. tapi Zul masih steady lagi….

    zali

  15. kenapa ada yang unsubcribe dari newsletter zul? adakah ia suatu perkara yang merugikan untuk mendapatkan info terus dari emel anda atau apa2 makluman penting yang akan disampaikan terus ke emel anda… memang rugi sakan laa kalo removing dari newsletter zul nih…

    1. memang rugi lah sapa yang unsubscribe tu…
      lagi bagus kalau mereka unsubscribe kalau tak berminat…
      sebab tu bukan target yang baik dan juga bukan pembeli…

      han

  16. Salam zul,

    Inilah masalah orang kita. Sebenarnya mereka ni dengki bila melihat kejayaan kita. Mereka tahu dalam newsletter diselitkan sedikit promosi produk disamping info-info berguna.

    Jadi, bila dah dapat sesuatu yang ditwarkan secara percuma, terus unsubscribe. Tak perlah, kitakan ushawan. Kenalah bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *