Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Menerima Kritikan Dengan Terbuka

Hidup di dunia tidak dapat lari daripada kritikan dan kata-kata manusia. Walaupun kita buat perkara baik, kita tetap dikritik.

Manusia yang teruk adalah manusia yang suka cakap mengenai hal orang. Hatta rumahtangga orang pun tanpa segan silu diperkatakan. Mereka ingat mereka berkata baik agar masalah yang berlaku dapat selesai. Tapi mereka silap, mereka telah mengumpat dan menambah marak api yang belum terpadam.

Semoga kita tidak menjadi seperti manusia-manusia itu. Aib orang, kesalahan orang, ALLAH memerintahkan kita simpan baik-baik. BUKAN dedahkan.

Ok, saya bukan nak cerita pasal mengumpat hal orang, tapi saya mahu sentuh mengenai kritikan.

Usahawan Perlu Berani Terima Kritikan

Sebagai usahawan, kritikan daripada para pemerhati (baca: tukang kritik) atau pelanggan yang tidak berpuas-hati haruslah diterima dengan terbuka dan tanpa ada rasa ‘terseksa’.

Dengar atau fahami kritikan mereka dan jika ada yang baik untuk kita, terima ia dan jadikan sebagai satu pemangkin untuk kita terus berusaha.

Cuma, jangan terlalu habiskan banyak masa dengan kritikan-kritikan yang negatif. Jangan terlalu layan mereka.

Jenis-Jenis Kritikan

1. Kritikan Membina

Kritikan jenis ini amat membantu. Biasanya ia disampaikan dengan beradab dan berfakta.

2. Kritikan Negatif

Biasanya disampaikan dengan emosi yang negatif. Malah terkadang ia bersifat serangan peribadi dan yang lebih teruk, sebahagian kata-kata kritikan adalah tidak betul.

Jadi, jika kita ingin mengkritik orang, kritiklah dengan cara yang baik. Jika tidak puas hati, bawa berbincang dengan orang yang kita tidak puas hati tersebut. Sebaliknya, bukan dihebohkan di sana sini. Ia bukan jalan penyelesaian yang bijak.

Kembalikan Segalanya Kepada ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita sebenarnya sudah mempunyai sumber kekuatan yang abadi iaitu ALLAH. Inilah sumber motivasi yang teragung.

Selagi mana kita ada perasaan takut terutama kepada manusia, ia mungkin boleh dimengertikan bahawa ALLAH belum betul-betul ada di dalam hati kita.

Dekatkanlah diri dengan ALLAH agar hati kita yakin padaNYA 100% dan insyaAllah, kita akan menjadi seorang yang berani berhadapan dengan makhlukNYA yang tiada apa-apa daya dan kuasa.

Firman Allah di dalam Al-Qur’an: “Mereka sekali-kali tidak dapat membahayakan kalian, selain hanya berupa gangguan saja“. (Ali ‘Imran: 111).

Nah, ALLAH sendiri menyatakan manusia tidak dapat berbuat apa-apa. Maka mengapa kita masih takut kepada mereka?

Tiada sebab untuk kita takut selagi mana kita melakukan benda yang betul. Teruskan usaha, fokus pada kerja. InsyaAllah, walhasilnya kita menjadi seorang hambaNYA yang tidak menyia-nyiakan hidup ini.

Tolak Kritikan atau Serangan Peribadi Secara Baik

Allah memberikan panduan bagaimana cara terbaik untuk menolak kejahatan manusia terhadap kita:

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara lebih baik, maka tiba-tiba orang yang ada permusuhan antaramu dan antara dia seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fushshilat: 34-35)

“Maka bersabarlah kamu seperti Ulil ‘azmi (mereka yang mempunyai keteguhan hati) dari rasul-rasul telah bersabar.” (Al-Ahqaf: 35)

“Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) Rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka bersabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka.” (Al-An’am: 34)

Pelajaran:

1. Tolak kritikan dengan cara baik.

2. Bersabar

3. Orang yang baik ada sifat sabar

4. Yakin dengan pertolongan Allah (berdoa dan berharap)

Jangan Hilang Punca

Seorang muslim solat lima kali sehari (solat fardhu). Tetapi terkadang mereka hilang punca, risau, takut dan sebagainya. Maka boleh dikatakan solat itu belum terkesan sepenuhnya untuk diri mereka.

Seperti yang diperkatakan di atas, ALLAH adalah sumber dan punca kekuatan yang abadi. Segala apa yang berlaku, rezeki, kebaikan, keselamatan, semuanya datang daripada ALLAH.

Jadi mengapa perlu hilang punca padahal Allah itu sentiasa ada?

Sebagai seorang muslim, kita perlu usaha agar Allah sentiasa ada di dalam hati kerana perjalanan hidup yang sebenar pun adalah menuju kepada Allah jua..

Formula Kejayaan

Tak guna ada hati yang teguh dan tak guna mempunyai keyakinan kalau tidak melakukan tiga perkara berikut di dalam usaha perniagaan:

1. Perancangan yang BETUL

2. Usaha BERSUNGGUH-SUNGGUH

3. Fokus SEPENUHNYA

Lakukan sahaja apa yang perlu dilakukan. Jangan terlalu risau dan jangan meluangkan masa yang banyak melayan kritikan.

Lakukan Saja..

Jika anda melakukan perkara yang betul, maka anda ada hak untuk melakukannya.

“Lakukanlah sahaja apa yang kamu ingin lakukan. Kalau kamu lakukannya, kamu akan dikritik. Malah kamu juga tetap dikritik kerana tidak melakukannya.”

Semoga kita semua menjadi usahawan yang memiliki hati yang teguh.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

12 Responses to “Menerima Kritikan Dengan Terbuka”

  1. whiteblogger says:

    betul. kekadang ada orang tak leh terima kita kritik diorang walhal kesalahan tu sudah jelas dan terang. Nak gelak pun ada. Tapi nak wat macam mana.. :mrgreen:

  2. pakteh2008 says:

    ahh… tak ada apa yg nak diperkatakan kerana dah terkena batang hidung sendiri.. termenung sekejap.. ok… artikel yg amat bagus. thanks zul…. bd

  3. olie says:

    Bersedia untuk terima kritikan. Pengkritik mungkin saja nak kritik atau atas alasan tertentu. Kebanyakan kritikan atas alasan tak puas hati. Memang susah nak memuaskan hati semua orang. Lain orang, lain citarasa.

  4. em…saya mamang setuju dengan kata-kata Smartzul ,kadang di dunia ini kalau kita terlalu over “merindui” kata orang yang boleh membut kita kehilangan sasaran ,ini adalah satu perkara yang tidak baik ,contoh ada orang yang tidak boleh menerima apa yang orang kata ,mereka bila sudah dengar kata -kata yang negatif akan menjadi muka yang masam ,tak ada mood nak makan ,so kepada korang yang berfikiran begitu ,perlulah tanya diri sendiri ” saya hidup kerana diri sama sendiri ataupun hidup sebab orang lain ? “

  5. KampungBoy says:

    Kadang2 pemikiran negetif yang telah biasa di amalkan sering terbawa2 ketika menjalankan perniagaan Internet kerana ini yang menyebabkan langkah kita untuk bergerak cepat kehadapan terbantut.

  6. usri says:

    Kritikan baik untuk kita lebih2 lagi seorang usahawan internet. Terimalah kritikan dgn cara terbuka.

  7. Suami Hebat says:

    Satu lagi sifat yang perlu kita hindari ialah sering mencari kesilapan orang tapi lupa kepada kelemahan sendiri. Orang lain semua tak betul dia aje yang betul. Memang setiap insan tak lekang daripada kesilapan sama ada sengaja atau tidak tapi bagi kita yang bersaudara kritikan dan teguran hendaklah dgn cara yg baik bukan beremosi.
    Marak kerana Allah.

    • smartzul says:

      Saya suka pendapat ni.

      Betul! Ramai yg asyik dan suka cari kesilapan orang. Tapi kesilapan diri sendiri langsung tak dipeduli. Muhasabah diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain bermuhasabah. :blush:

  8. zool says:

    Hm.. kali ini Zul memberi nasihat yang menginsafkan..

    Betul tu kadang2 kita lupa yang solat kita tak sempurna tu yang menyebabkan doa kita tidak diterima olehNya

  9. Shukor says:

    Hmmm…jika kita terima kritikan yang negatif, jawab/balas dengan akal bukan dengan hati yang panas membara.

    TQ Zul sebab menulis post yang membina :)

  10. lee says:

    betul, dan sangat betul apa yg bro zul tulis tuh.

    apalah sgt kata2 org seandainya apa yg kita buat tu betul. ;)

    tq so much bro zul atas nasihat yg sgt berguna.

    ??? ???? ????? : ?? ???? ?? ???????

    Allah akan bersama-sama org yg bersabar..

  11. Murni says:

    Terima kasih Zul kerana mengingatkan saya.

    Baru2 ini terjadi suatu insiden yg sgt2 mematahkan hati & memakan diri … saya sgt kecewa kerana hal yg terjadi datangnya dari pihak lain yg saya rasakan saya bertanggungjawap menanggung kesilapan pihak tersebut …

    Kata2 Zul ini sgt bermakna … terutama bab firman Allah …

    Saya harap saya lebih kuat selepas ini dlm menerima kritikan dari manusia yg tidak pernah merasa puas & suka menjatuhkan org lain.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)