Menerbitkan Produk Informasi Yang Asas

Menerbitkan dan menjual produk informasi seperti ebook, audio dan video yang amat asas, ia tidak salah. Walau berapa pun harga yang kita letak. Saya pun tidak pasti sepenuhnya, mengapa ada sesetengah orang, produk informasi yang bagus pun mereka mengkritik teruk.

Alasan pertama, ia tidak salah di sisi Agama (selagi kandungannya ‘halal’) dan cara menjualnya mengikut syariat). Alasan kedua, ia tidak salah di sisi undang-undang. Selain ‘alasan’ tersebut, beberapa lagi alasan adalah:

  1. Tidak semua orang mempunyai masa untuk mencari, mengkaji dan mengumpul maklumat secara sendiri.
  2. Blog: Tidak semua orang tahu kewujudan blog kita. Jadi, artikel yang kita tulis atau informasi yang dikongsikan tidak diperolehi oleh mereka.
  3. Pilihan atau kuasa beli. Jika seseorang mahu membeli, maka itu adalah pilihan mereka. Itu tidak bermaksud mereka malas. Jika kita mengatakan mereka malas, maka perkara lain juga boleh dipersoalkan seperti mengapa tidak masak makanan sendiri dan mengapa beli? Mengapa beli air di luar dan mengapa tidak buat sendiri? Jawapannya adalah, pilihan.

Cuma yang menjadi kesalahan dari segi etika, undang-undang dan hukum adalah penipuan atau tipu daya. Di laman web beritahu lain, dalam produk lain pula isinya. Itu yang pembeli marahkan.

Jadi, di dalam menjual sebarang produk informasi, kita perlulah:

  1. Beritahu sejelas yang mungkin di laman web jualan, iaitu apa yang dijual atau yang terkandung di dalam produk informasi yang dijual itu.
  2. Kandungan di dalam produk informasi itu perlulah sepenuhnya mengandungi perkara yang dijanjikan pada laman web jualan.

Dengan menepati dua syarat di atas, insyaAllah pembeli tidak akan marah-marah, sakit hati atau rasa tertipu walaupun produk informasi itu terlalu asas kandungannya. Ini kerana, mereka telah tahu apa yang mereka akan dapat.

Setiap Tahap Ada Permintaan (Pasaran)

Pada waktu rehat bengkel penulisan yang saya sertai baru-baru ini, seorang peserta di sebelah saya bertanya mengenai panduan yang teramat asas mengenai satu perkara teknikal. Katanya, dia mahu sangat membelinya.

Di sini kita semakin jelas bahawa adanya permintaan yang tersendiri bagi produk informasi bertahap asas. Seperti mana permintaan terhadap produk bertahap pertengahan atau lanjutan, begitu juga yang asas.

Bagi saudara-saudari yang sudah pakar (expert) atau amat mahir di dalam sesuatu perkara, janganlah mengkritik produk-produk yang asas. Produk itu bukan untuk saudara, tetapi untuk mereka yang memerlukannya. Jadi tidak wajar saudara mengkritik produk yang asas tersebut melainkan atas sebab tertentu.

Saya tahu… Salah satu persoalan yang dijadikan hujah adalah, mengapa perlu menjual panduan yang terlalu asas? Padahal ia boleh diberikan secara percuma.

Jawapannya saya telah berikan di awal artikel ini. Satu, ia HALAL. Kedua, ia SAH di sisi undang-undang. Dengan syarat, menyatakan sejelas-jelasnya apa yang dijual dan kedua, tidak menipu pembeli.

Jika kita mahu mempersoalkannya, maka bolehlah juga kita persoalkan perkara yang lain seperti mengapa air suam dicaj 20 sen. Mengapa guna tandas pun perlu bayar. Dan lain-lain lagi perkara yang amat asas yang dikenakan caj. Dalam Islam, kalau ia halal, apakah hak kita untuk mengharamkannya (menidakbolehkannya)?

Di dalam Islam, tenaga dan masa seseorang juga mempunyai nilai. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa poin penting daripada buku “Harta Intelektual Menurut Fiqh Islam”, tulisan Ustaz Arief Salleh Rosman (penyarah UTM dan melakukan kajian mendalam terhadap topik tersebut).

Tip Jualan Produk Informasi

  1. Surat jualan jangan terlalu hype. Berpada-pada di dalam penulisan copywriting. Semakin hype, maka semakin tinggi risiko yang akan dipikul. Ini kerana tanggapan dan harapan pembeli adalah teramat tinggi.
  2. Hasilkan produk yang bermanfaat dan berguna untuk pembeli.
  3. Selain menjual, berikan juga informasi secara percuma yang berguna. Jangan berikan informasi percuma yang sekadar melepas batuk di tangga.
  4. Beritahu maklumat sebenar. Jika jual mengenai ABC, beritahu di dalam produk informasi itu mengandungi perkara berkaitan ABC.
  5. Jangan menggunakan ayat yang membuatkan pembeli tersalah faham. Contohnya, jika menjual panduan pemasaran menggunakan satu laman web tertentu (seperti lelong.com.my), beritahu sahaja itu yang disentuh. Sebaliknya, bukan menekankan cara buat RM10 ribu, empat angka dan sebagainya. Walau ia benar, tetapi tanggapan setiap prospek pasti berbeza dan hasil juga adalah berbeza.

Kesimpulan

Sudah tiba masanya kita berlapang dada di dalam soal yang remeh temeh ini. Berdebat mengenainya langsung tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak, malah amat merugikan bangsa dan umat. Janganlah kerana syok dengan pendapat sendiri, habis rosak dan kecundang bangsa sendiri.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Menerbitkan Produk Informasi Yang Asas

  1. Keypoint bagi mereka yang ingin menghasilkan produk info ialah lakukan kajian permintaan terlebih dahulu. Walaupun perkara yang asas, pasti ada orang yang mencari maklumat sebegini.

    Menerusi kajian pasaran, anda boleh tahu permintaan terhadap produk info yang bakal anda hasilkan.

    Jangan terkejut kalo ada orang yang cari maklumat tentang “bagaimana nak tanam pokok” sedangkan ia sangat asas & semua orang tahu.

    Tetapi orang tak tahu, baja apakah yang elok. Penjagaan pokok yang terbaik & etc. Tambah value added terhadap asas tersebut. Pasti produk anda hot macam pisang goreng walaupun ianya adalah asas.

  2. Betul kata Zul, sy pun kadang-kadang ‘terserempak’ dgn beberapa pendapat yg mempersoalkan dan mengkritik produk-produk informasi di mana isi kandungannya terlampau asas. Bagi sy pun tak salah utk kita jual produk informasi yg terlampau asas isi kandungan.

    Different people have different needs & wants. Begitu juga tahap ilmu mereka.

    Setiap orang tergolong dalam market yang berbeza. Kalau sy senang je, kalau org-org yg tak suka dgn produk-produk informasi yg isinya pada tahap yg asas, sy akan katakan ‘NEXT’. Ada ramai lagi org di luar sana yg memerlukan dan sanggup utk membeli produk informasi yang tahapnya asas.

    Mereka (memerlukan informasi asas)inilah yang kira patut cari.

  3. Ya perkara asas tidak semestinya tidak ada pasaran
    saya tidak bersetuju bila ada mereka yang dah expert kutuk-kutuk produk yang asas…bagi saya terpulang pada individu yang ingin membeli….

  4. Setuju.. Jual produk asas mmg tak salah.. Yg salah ialah menge”hype”kan dan meng”overhype”kan salesletter tu melebihi kemampuan produk digital tersebut.. ๐Ÿ™‚

    ps: Sampah utk anda kadangkala “bunga yg cantik & harum” utk org lain.. ๐Ÿ™‚

  5. Ya, betul tu Tuan Zul.. Pelikla diorang nih.. Kekadang tu apabila saya tersilap, mereka hentam tak berhikmah macam dah bagus sangat ilmu yang di dada tu..

    Saya dalam memperbaiki persembahan cara surat jualan agar ianya tidak begitu hype betul kita mampu mendapat peluang pembelian yang tinggi tapi hanya sementara sahaja di tambah oleh perasaan tidak puashati kalangan pembeli selepas pembelian.

    Pembeli mmg ,mengharapkan dari kenyataan yang di tulis, tetapi malangnya tidak semua dapat memiliki apa yang kita nyatakan tu.. ๐Ÿ™‚

  6. Saya pun bersependapat dengan En Zul dan rakan-rakan lain dalam hal ini. Setiap orang mempunyai ilmu pengetahuan berlainan tahap. Tak salah rasanya orang yang mempunyai pengetahuan basic menjual produk yang juga basic juga kerana itulah kemampuan dia dan dia berhak utk letak harga. Yang penting, dia telah berusaha dan jujur dengan isi kandungan produk tersebut ( tidak hype ). Kepada orang yang lebih tinggi tahap mereka, janganla pula mengkritik tindakan meletakkan harga tersebut. Nak memberi komen tu ok, tapi biarla dengan cara berhemah. Didikla mereka, bukan mematikan semangat mereka yang baru nak bertatih..

  7. Saya setuju tak perlu mengkritik produk-produk yang asas ini. Setengah-setengah yang masih baru memang memerlukan produk-produk yg macam nie.

    Macam saya dulu, saya sukar mencari produk-produk yang asas yang saya perlukan. Dengan kesukaran yg berlaku pada saya dulu, saya akan mengeluarkan produk-produk yg asas ini kpd sesiapa yang masih baru dlm bisnes internet. Kadang-kadang ada produk yang orang yang baru perlukan tetapi produk macam tu tak ade pula…

  8. Saya sependapat dgn Zul,jangan remehkan produk2 asas kerana setiap orang ada tahap masing2.Ada yang dah establish dalam bisnes online dan jangan kita lupa ada yang baru nak bertatih membina sebuah website atau blog!Kita semua bermula dari tidak tau apa2..jadi bantulah sesiapa yang mula baru nak kenal internet.

  9. Pada pendapat saya, jika ada permintaan, ebook panduan yang asas sekalipun memang boleh dijual. Yang penting informasi di dalamnya dapat menyelesaikan masalah kemudian add value kepada si pembeli.

  10. Hype adalah strategi untuk menarik minat bakal pembeli. Namun Hype juga boleh menjadi tipu daya pada si pembeli. Betul kata awak zul. terlalu hype menyebabkan terbentuk harapan yang tinggi bagi bakal pembeli dan secara langsung menaikkan tanggungjawab. Harapan hancur berkecai apabila apa yang diinginkan tidak ditemui dalam produk yang dibeli.Kasihan bagi yang kurang arif dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa mereka tertipu. hahahaHype membuat saya membeli banyak buku yang saya kategorikan sampah.

  11. Nasihat yang baik Zul. Boleh saya menambah? Sedikit sahaja..

    Ekonomi Islam berdiri atas dasar Aqidah, Syariat dan Akhlaq. Dalam sistem Ekonomi Islam, manusia meyakini bahawa harta kekayaan dan alam ini adalah milik Allah (SWT), manusia adalah khalifah yang dilantik untuk menguruskannya dengan sebaik mungkin. Ekonomi Islam berjalan atas dasar untuk memenuhi tuntutan syariat.

    Berdasarkan artikel di atas, kita melihat perlunya ada umat Islam yang menjual produk informasi yang baik dan halal kerana ia adalah keperluan mas kini. Juga, perlu juga ada golongan usahawan dan peniaga yang mampu memberi peluang dan panduan meraih pendapatan kepada golongan yang memerlukan pendapatan untuk menyara kehidupan.

    Sistem Ekonomi Islam berdiri atas dasar akhlaq Islam yang indah dan mulia iaitu didasarkan dengan rasa kasih sayang, adil, bantu-membantu, selamat, menguntungkan semua pihak yang berurusan, amanah dan jujur.

    Ps: Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga Zul dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

    1. Terima kasih ustaz. Disebabkan IM di Malaysia ini bertunjangkan Barat sebahagian besarnya, itulah salah satu punca mengapa bidang IM di Malaysia agak kucar-kacir. Jika kita semua bertunjangkan kepada tiga perkara tersebut (Aqidah, Syariat dan Akhlaq), sudah pasti kita semua dapat berharmoni di antara satu sama lain.

  12. Saya memang sangat2 bersetujulah dengan Zul. Satu contoh saya berikan…cuba kita tengok pada peniaga yang menjual air sirap kat tepi jalan yang berharga RM1 segelas. Jika kita memerlukannya, kita mesti akan beli jugak air tu. Padahal… setakat air sirap, segelen pun kita boleh buat dan minum kat rumah kita. Lepas tu pulak, setakat air sirap, kita pun pandai buat. Kita pun terus marah kat penjual tu. “Apalah awak ni…air sirap camni pun awak nak caj seringgit”. Mungkin penjual tu akan membalas, “kalau encik tak nak beli, tak payah la beli…saya jual untuk orang yang nak beli saja. Ramai lagi yang nak beli air saya”.
    Kesimpulannya…apa sahaja yang kita jual, adalah untuk mereka yang memerlukan.

    Satu contoh lagi, sama la jugak dengan kedai yang menjual cili. Cuba kita fikir, cili ni kita boleh dapatkan percuma je kalau kita tanam kat halaman rumah. tapi kenapa masih ada orang yang menjual cili. So, Setiap barang yang kita jual, ada permintaannya mengikut keperluan seseorang. Renungrenungkanlah…

  13. Realiti yang berlaku: Setiap orang mempunyai tahap kefahaman yang berbeza…Kalau rasa diri dah expert atau otai perlu bagi sokongan pada golongan yang baru nak mencuba (beri kritikan yang membina)…Ilmu yang sedikit jika dikongsi akan bertambah berkat…Prinsip saya mudah je semakin kita merendah diri semakin kita dihormati dan disayangi…”Semakin Hari Semakin Matang,Hari-hari Allah Sayang” ๐Ÿ™‚

  14. Salam saudara zul..

    Betul tu..kadang-kadang ebook yang asas pun kita boleh jual kepada orang lain asalkan ada demand.

    Kadang-kadang ebook yang kita jual membantu ramai orang yang tiada masa untuk memcari info di internet.

    Banyak benda yang kita boleh jual..dan kepada pembeli..kena gunakan kuasa membeli sebaiknya..jangan tengok je terus beli..buat survey..cari info pasal produk tersebut supaya kurang kes refund..tak puas hati dan sebagainya…

    Salam
    AmrilMuidz

  15. Syabas Tuan Zul..

    Kupasan yang jelas dan bermanfaat buat semua…

    Tidak kira samada mereka di peringkat asas, pertengahan mahu pun pakar…

    Tahap ilmu dan keperluan seseorang itu dalam sesuatu bidang ilmu adalah berbeza-beza…

    Maka tidak menjadi suatu kesalahan jika sesuatu ilmu itu disampaikan pada tahap asas dan dijual kerana pasaran untuk ilmu yang asas sebenarnya lebih luas…

    1. Betul Tuan Thinkerich.

      Para ulama pun telah berdiskusi bahawa menjual informasi adalah tidak salah. Syaratnya, kandungan ebook, buku atau sebagainya itu mestilah yang baik-baik, bermanfaat, tidak haram dan tidak mempromosikan kejahatan/maksiat.

  16. Salam mesra,

    Poksue tak pandai komen tapi tajuknya “Tingginya Nilai Ilmu itu”, dulu pernah upah org buat web tup-tup rupanya dia just instal aplikasi yg ada dlm fantastico cpanel saya dan chargenya rm300, nak tahu?? rupanya saya sndiri pn boleh buat TANPA kuar modal (cth blog poksue). Gara’2 tak faham info asas lah sudah kena ini mcm.. adush!

    Poksue tak salahkan org yg charge tu sbb dia berilmu dan itulah yg harus kita BAYAR utk mendapatkannya. Sbb itu kita kena belajar & trs belajar w/pun ianya Info Asas.

    Rentetan dari itu kini saya sdh berazam utk sentiasa menambahkan ilmu.. supaya TIDAK JATUH PD LUBANG YG SAMA. Thinks +ve :).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *