Home » Perniagaan Internet » Di Sebalik Nama Perniagaan…

Apabila menyebut perniagaan internet, biasanya mereka yang melakukan perniagaan ini mempunyai perancangan masa panjang. Ya lah, dah nama perniagaan, bukan setakat buat duit.

Salah satu ciri yang perlu ada pada sesebuah perniagaan ialah nama perniagaan. Sekadar menyatakan di antara contoh nama perniagaan yang dimiliki oleh para usahawan internet Malaysia:

G World Enterprise – Sham RajaAdsense.com

Extreme-D Enterprise – Shuth WangCyber

Irfan Khairi Sdn. Bhd. – Irfan Khairi

SaifulSham Consultants – Team SaifulSham.com

Inspirasi Maya Enterprise – SmartZul :D

*Mungkin ada yang tak pernah tahu sebab nama pemiliknya lebih dikenali berbanding nama perniagaan mereka.

Hanya menyenaraikan beberapa sahaja. Kalau anda ada nama perniagaan sendiri, boleh nyatakan di bahagian komen blog ini.

Kelebihan Nama Perniagaan

Mengikut undang-undang, sesebuah perniagaan wajib didaftarkan. Saya telah merujuk dengan pihak SSM, perlukah mendaftar perniagaan untuk perniagaan melalui Internet? Jawabnya, ya. Selagi ia ada transaksi jual beli, maka ia adalah perniagaan.

Namun saya tak pastilah jika target anda adalah luar negara, wajib atau tidak anda mendaftar. Namun jika anda buat untuk pasaran Malaysia, bagi saya anda perlu mendaftar perniagaan yang anda lakukan.

Di antara kelebihan mendaftarkan perniagaan:

1. Mendaftar perniagaan juga bermaksud anda mendaftarkan sebuah nama untuk perniagaan yang anda lakukan. Jadi, usaha anda lebih profesional.

2. Para pelanggan lebih yakin kerana mereka berurusan dengan sebuah perniagaan, ‘bukan’ sekadar dengan individu.

3. Penyelesaian masalah lebih mudah. Jika terdapat sesuatu masalah terutama berkaitan dengan pihak berkuasa, anda lebih mudah menyelesaikannya kerana anda memiliki perniagaan yang berdaftar.

Jika anda mempunyai matlamat jangka panjang untuk perniagaan yang anda lakukan, daftarlah perniagaan tersebut agar anda boleh pergi lebih jauh.

Nota 1: Jangan menganggap perniagaan internet adalah satu cabang perniagaan yang amat berbeza dengan perniagaan konvensional. Ia sama sahaja, tetap sebuah perniagaan. Cuma platform dan caranya sahaja sedikit berbeza.

Nota 2: Blog ini lebih menekankan perniagaan berbanding buat duit di internet. Sebab itu amat jarang saya menulis mengenai cara buat duit. InsyaAllah, saya akan bina blog lain khas untuk mengupas mengenai buat duit di internet.

Artikel berkaitan:

  1. Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan
  2. Kekeliruan Terhadap Perniagaan Internet
  3. 400 Usahawan dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan…

-

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

44 thoughts on “Di Sebalik Nama Perniagaan…

  1. Salam..

    Saya dulu dah memang nak daftar perniagaan ni, dah pergi pun, cuma salah timing kot, sistem diorang down masa tu. Dahla masa tu pergi waktu lunch, nak tak nak, terpaksa balik.

    Sampai sekarang ni bertangguh je :-(

    insyaAllah, memang nak daftar nanti

  2. nabieel says:

    nama perniagaan tu penting..biar le cari yang bersesuaian dengan apa yang kita sertai..

    ada nama perniagaan,lebih bersemangat tuannya nak lakukan kerja.. perniagaan sendiri,siapa nak rugi..

    nak tanya kalau ada sesiapa tahu daftar Enterprise agak-agak berapa?

    1. Han says:

      nabieel,
      kalau nak daftar enterprise yuran nya RM60 setahun…dan tahun pertama ada kos daftar rm10…so tahun pertama tu kena bayar RM70 lah…

      han

  3. amirol says:

    menarik artikel ni zul. :) memang penting ada kompeni sendiri. Selain daripada untuk biz internet semata – mata, kita boleh buat biz lain sekali under nama kompeni kita. Paling penting kena ada kad bisnes skali.

    nabieel : nak register enterprise, dalam RM70 gitu setahun. pegi jer ke ssm tu, ikut ajer arahan dorang. kalau nak cepat, pegi awal pagi. dalam beberapa jam jer dah boleh dapat nama perniagaan.

    Untuk perniagaan di internet ni, letak jer apa2 service yang boleh dibuat. contohnya rekabentuk laman web ke,.. coz kalau letak nama macam perniagaan internet, ia jadi terlalu umum. Saya hari tu letak “perkhidmatan hosting”.. dorang tak tau apa benda. so make sure kena letak bahasa mudah faham bagi mereka. kalau dapat staff yang tak banyak kerenah, takper, tp dapat yg byk kerenah, macam2 dorang soal.

    1. Luv says:

      Apa syarat yang perlu ada untuk register enterprise?

      1. Raymond Chua says:

        Kena umur >21 tahun

        Kena ada duit daftar <RM100

        Kena ada IC

        Kena ada premis/kedai/tempat berniaga

        Kena isi borang

        Kena pergi SSM

        Kena ambil giliran

        Kena tunggu giliran

        Kena ada nama perniagaan (sekurang-kurangnya 3 nama)

        Kena tahu jenis perniagaan yang hendak dijalankan

        rasanya itu je lah. :)

    2. smartzul says:

      Yup. Saya pun hari tu dapat staf yang ‘garang’ sikit. Bila tiba bab bidang perniagaan tu, beberapa minit dia persoalkan perniagaan internet. Saya pun sarankan benda yg sama spt yg Amirol cadangkan. Jangan letak perniagaan internet pada borang. Tapi isi apa perkhidmatan anda. Letak jer.

      Luv, tak ada apa-apa syarat. Just ikut prosedur dia sahaja. Kat wc saya ada bagi step dia. Nanti saya edit balik letak kat blog ni.

      Cuma sedikit tip, nama perniagaan tak boleh campur aduk BM dan BI. Then, nama bidang perniagaan tu kena dalam BM yang betul. Kalau servis tu, kena guna perkhidmatan. Perkataan servis dia anggap BI. :)

      1. Raymond Chua says:

        Saya pun kena benda yang sama.

        Staff tu nak saya tuliskan benda-benda yang hendak dijual. Macam manalah nak terangkan kalau nak buat model ebay atau affiliate.

        Nasib baik seorang lagi staff yang faham lalu kat situ terdengar perbualan kami. Pas tu, okay.

        Bukan kat SSM je. Masa nak terangkan kepada akauntant saya pun pening saya dibuatnya sampai kena lukiskan carta alir kat pejabatnya.

  4. Han says:

    slmt mlm zul,
    saya pun daftar dah…
    masa daftar tu saya tulis perniagaan internet mereka tak tahu apa…
    byk tul dia tanya…terpaksa lah terangkan…hehe

    Han

  5. ruhay says:

    bila daftar syarikat ni, pemilik dengan syarikat akan jadi berasingan. tu yang bagusnya. separate legal entity. jadi, kalu berlaku sesuatu yang tak diingini..macam kena saman ke, apa2 je..orang tak saman pemilik syarikat, tapi saman company. so, selamat la kita. tapi tengok keadaan juga..kalau dah memang kita breach of duty tu,orang boleh saman kita juga.
    lagi, kalau nak buat pinjaman dengan bank, urusan kita lebih mudah sikit.

  6. Rammel Firdaus says:

    Saya dah daftar nama syarikat, digunakan untuk ofline dan online.
    Saya cadangkan kepada mereka yg ingin meletak kan jenis perniagaan
    pada borang untu perniagaan internet , seperti berikut:

    General trading, Services, Consultation, Management

  7. amirol says:

    Salah satu kelebihan ada company sendiri adalah dapat memberi gambaran bahawa perniagaan yang kita jalankan bertahap professional.

    Pengguna akan berasa lebih secure bila ada nama company. Biasalah kan, psikologi manusia.

    Lain – lain kelebihan, senang nak deal dengan company lain yang sedia ada untuk tujuan JV dan sebagainya.

    Malah urusan dan transaksi dapat kita gunakan under nama syarikat jer untuk apa – apa projek yang besar, deal dengan bank dan lain – lain hal macam hak cipta, penerbitan ke. Jadi, kalau dah betul – betul nak fokus dengan buat bisnes di internet, ikut saranan zul tu, register nama company.

    Nampakkan perniagaan kita sebagai satu bentuk perniagaan yang professional barulah kita dapat berdaya saing + maju dengan orang – orang berjaya.

  8. Zack says:

    saya punya RANGGI NETWORK…
    saya letak sebagai perkhidmatan internet & multimedia… kalau letak perniagaan internet, takut dia fikir lain je…

  9. sham says:

    Daftar perniagaan untuk mereka yang serius dalam biz..kalo keje gov tu, leh la register atas nama bini/suami..kalo pape,guna nama company.. Kepercayaan orang pun akan sedikit tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat berdaftar.

    1. zool says:

      Aiya.. ye la.. keje gov tak leh daftar.
      susah le cam ni…
      nak pakai nama sapa ye??
      Hm… takpe.. tunggu kredibiliti ligakampung dikenali dulu barulah boleh daftar syarikat…

      Best ke kalau nama
      Ligakampung Enterprise
      mesti orang ingat pasal bola plak

      1. smartzul says:

        Kalau boleh nama tu kena lah sesuai dengan perniagaan yg dilakukan. Itu salah satu syarat dalam daftar nama. Kalau nak juga guna nama tu, boleh je. Tapi kena buat permohonan.

        1. zool says:

          Oooo camtu rupanya…
          kena guna nama yang ada kaitan ngan bisnes ye..
          Er memang org keje gomen tak leh daftar ke Zul????
          Kena ambil keputusan nanti

  10. Labanon says:

    Yup… akan nampak lebih pro… bila dah ada company sendiri..

    bila saya bagi business card.. orang akan kata “wah kecik2 dah ada company ha ha ha!” ( tambah dengan alamat virtual office) :P

  11. Mukhlis says:

    Macam mana dengan cukai pendapatan/perniagaan. Kalau kita dah daftar syarikat mesti kita takleh lari lagi kan…

    1. asmaa hussin says:

      yep. betul tu. kalu dah daftar, x leh lari dari bayar cukai. tapi kalu x daftar…x syok la. sebab..

      kadar cukai yg lebih rendah, untuk profit atau chargeable income kurang dari RM500,000 setahun, kadar cukai untuk syarikat sdn. bhd. ni ialah 20% sahaja. tp kalau personal income….kadar cukai dah 24% untuk pendapatan yg kena cukai lebih dari RM100,000 setahun.

      mana lagi untung dan selamat..kan set up a company..

  12. Faza says:

    Oh kena pulak cukai ye…tak apa gantikan dgn zakat perniagaan, lagipun zakat perniagaan/pendapatan ni sykt register ke atau tak tetap kena bayar….dah bayar zakat nanti, boleh dpt pengecualian dari incometax…
    Semoga lebih berkat perniagaan kita…

  13. Raymond Chua says:

    Syarikat saya

    Green Rectangle – Raymond Chua :)

  14. Mohd kamal says:

    Saya orang baru.
    saya nak tanya sikit sesiapa yang boleh bantu.
    saya baru dilantik sebagai agent projek usahasama .
    jadi sebagai agent akan dapat komisen apabila dapat
    membawa peserta baru.

    Untuk mencari client saya berhasrat untuk promosi kat
    web saya sendiri.
    Adakah saya perlu register perniagaan sedangkan saya
    tiada urusan jual beli?
    Bolehkah saya mohon domain .com ?

    tolong bantu

    terima kasih

    Mohd Kamal

    1. smartzul says:

      Agen kepada sebuah company ke? Atau agen kepada sebuah perniagaan yg telah berdaftar? Jika ya, setahu saya tak perlu lagi kita berdaftar sebab kita bernaung di bawah company tersebut. Yang penting, ada dokumen lah yg membuktikan kita agen kepada mereka.

      Boleh beli domain .com di sini:

      http://malaysiasoho.com/netkl

  15. cetot says:

    emm nak tanya la pada sifu2… kalau buat perniagaan internet tapi masa mendaftar company tu.. saya cuma menjual dan membekal pakaian.. tak apa ke ek?

  16. pening says:

    ala korg ni…

    crte la stepnya betul2..

    perlu jgak la kongsi. kita perlu TICk ape pada borang tu… jenis service mcm ne utk perniagaan intrnet?

    dan..

    soalan apakah yang pernah ditanya oleh pegawai tu kepada anda???

    1. smartzul says:

      Bersabar. Tajuk artikel ini mengenai hal lain, bukan mengenai cara mendaftar.

      Terlalu detail jika mahu ceritakan cara isi borang. Mudah sahaja cara isinya. Pergi sahaja ke SSM dan jika tidak faham, staf mereka sentiasa terbuka untuk membantu kita. Contoh ada diletak di dinding pejabat mereka. Atau jika mahu, beli buku panduan asas perniagaan di kedai-kedai buku. Ada cerita cara isi borang. Tajuknya saya lupa. Tengok-tengoklah di kedai buku.

      Soalan yang ditanya tidak ada, melainkan mereka mahu penjelasan jika perlu mengenai bisnes yang kita buat. Pergi sahaja. Lain orang lain keadaannya. Jadi tidak relevan untuk saya ceritakan di sini mengenai soalan yang bakal ditanya.

      Proses daftar amat mudah:

      1. Isi borang.
      2. Ambil no giliran dan ke kaunter apabila dipanggil.
      3. Borang akan diproses. Perbincangan akan dilakukan di sini jika perlu.
      4. Mereka akan bagi resit. Sijil akan diberikan dalam 1 jam. Jadi boleh pergi minum-minum dulu.
      5. Cukup sejam, pergi ambil sijil tersebut.

      Itu sahaja. Selebihnya, boleh rujuk staf di sana. Ingin dimaklumkan, SSM akan mengubah cara dan prosedur mereka dari semasa ke semasa. Jadi jangan malu untuk bertanya terus kepada mereka.

  17. pening says:

    saya nak bertanya sikit.
    saya ingin menjual produk maklumat berkaitan masakan melalui pos. tapi … saya tak tahu nak letak ape.

    apa perlu saya buat? boleh tak saya letak
    “menjual buku” sahaja?

    harao dibalas. tq

    1. smartzul says:

      Pada asasnya, boleh letak apa sahaja yang berkaitan. Pihak SSM tidak menetapkan satu-satu perkataan yang tetap dalam hal ini. Jika tidak sesuai, mereka akan cadangkan sesuatu. Jika mereka diam, bermaksud ia Ok.

      Dalam kes saudara, boleh letak menjual buku atau menjual produk informasi. Dalam pendaftaran, peluang berbincang dengan staf SSM sentiasa terbuka. Jika mereka bertanya, beritahu dan jelaskan apa yang kita lakukan.

  18. feZzy says:

    erm nk mntk pndapat korng smua…kalau saya daftar B.S EMBASSY ENTERPRISE untuk perniagaan saya bersesuaian x?saya buat perniagaan membuat banner,bunting n signboard…

    1. smartzul says:

      Fezzy: Kalau bagi saya, ia sudah OK. Tapi lihat juga kepada persetujuan pihak SSM. Pergi sahaja ke mana-mana cawangan untuk mendaftar. Jika di KL, SSM kini berada di KL Sentral. Ambil borang pendaftaran dan isi. Tunggu nombor giliran dan semasa di kaunter, kalau semua OK, pegawai mereka akan terus mendaftarkannya. Jika ada perkara berbangkit, mereka akan bincang di situ terus dan mencadangkan apa yang patut. Pendaftaran di kaunter tidak sampai 30 minit.

  19. reezluv says:

    salam zul,

    rasanya kalau kakitangan kerajaan dilarang untuk mendaftar perniagaan bukan?Bagaimana pula nak setelkan isu berkenaan kalau dia terlibat dalam perniagaan internet/blogging?

    1. smartzul says:

      Salam,

      Saya tidak pasti. Setahu saya pada tahun lepas kerajaan telah membenarkan pekerja kerajaan melakukan bisnes sampingan. Dengan syarat meminta kebenaran terlebih dahulu dengan majikan. Atau jika tidak boleh, kebanyakan orang menggunakan nama orang lain untuk daftarkan. Mereka hanya jadi “orang belakang” sahaja.

      Satu lagi, jika kita fokus pasaran luar sahaja, setahu saya kita telah ‘terlepas’ daripada undang-undang Malaysia dan hanya terlibat dengan undang-undang di negara berkaitan sahaja, melainkan ada dinyatakan oleh mana-mana bahagian undang-undang Malaysia. Satu tip yang pernah saya baca, kalau mahu fokus pasaran luar, daftarkan server di luar juga, bukan server di Malaysia.

      Apa pun bab undang-undang ini, lebih baik dapatkan nasihat atau pandangan daripada mereka yang lebih arif. Semua di atas hanyalah pendapat saya sahaja (penafian ini amat penting). :D

  20. muazan says:

    Salam..nak tanya pendapat rakan2 disini mengenai memberi nama pada syarikat…boleh ke saye letak nama Corporation pada nama syarikat saya??

    terima kasih

    1. smartzul says:

      Salam,

      Itu saya tidak pasti. Setahu saya, tuan boleh lakukannya dengan menggunakan perkhidmatan ‘setiausaha syarikat’. Setiausaha syarikat ni adalah pihak yang menyediakan servis pendaftaran syarikat dan menguruskan hal-hal tertentu untuk kita (syarikat). Beritahu mereka tuan mahu gunakan perkataan Corporation.

      Boleh juga terus hubungi pihak SSM untuk pertanyaan:

      http://www.ssm.com.my/hubungikami.php

  21. tieqa says:

    salam,,,
    saya nk tanya…
    cam mane…nk letak nama kt ssm..sya meniaga secara on9 kt fb…
    kata nya x boleh letak perniagaan internet…
    then..ape patut saya letak???

    1. smartzul says:

      Salam.

      Letak aktiviti bisnes yang kita lakukan. Jika jual pakaian, tulis menjual pakaian. Keterangan detail saya ada tulis di sini:

      http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-vs-daftar-perniagaan/

  22. ain says:

    nak tanye klau lesen enterprise da expired 2 tahun.mmg da xleh renew kn.klo nk wat baru kne denda ke?

    1. smartzul says:

      Setahu saya, apabila sijil pendaftaran perniagaan kita tidak di-renew dalam tempoh setahun, nama/pendaftaran itu akan lupus secara automatik. Perlu ke SSM semula untuk melakukan permohonan yang baru.

      Namun, saya sarankan merujuk terus kepada pihak SSM.

      Jika lewat kurang daripada 12 bulan, boleh renew, tapi kena denda. Saya lupa caj dendanya (kadar bulanan). Tapi seperti yang dikatakan, jika sudah expired lebih daripada 12 bulan, kita tidak boleh renew lagi. Perlu daftar baru. Itu yang saya tahu. Untuk pengesahan, hubungi SSM.

  23. Myza Myra says:

    Salam Zul…,

    Saya nak tanya , bolehkah seorang shareholder didalam sesebuah company services…?

    1. smartzul says:

      Salam Myza,

      Mohon maaf, saya tidak begitu tahu soal ini. Cuba emel rakan saya ini yang mengkhusus bab-bab syarikat dan berkaitan:

      En. Zahari – zaharico@yahoo.com
      FB: https://www.facebook.com/zaharihamzah

  24. Rin says:

    Slm, sy dah buat pendaftaran sudah 2 thn beroperasi tapi sebelum ni saya menjalankan bisnes supply barang office beralamat rumah, sekarang sy aktif menjalankan perniagaan barangan bayi dan kanak2 secara online jadi saya ingin tambah bidang perniagaan shj, tetapi nama perniagaan online sy di FB berbeza cthnya ‘kidsshoppe’ sedangkan nama pernigaan yang didaftarkan sebelum ini ialah naqib ent.
    Adakah salah disisi undang2?

    1. smartzul says:

      Salam.. Tidak salah.

      Hanya perlu nyatakan nama perniagaan di bahagian info FB Page / profile.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.