Home » Buat Duit di Internet » Menambah Duit Dengan ‘Menaip’ Melalui Internet

Menambah Duit Dengan ‘Menaip’ Melalui Internet

Salam sejahtera.

Terdapat banyak cara yang sah dan betul untuk membuat duit di internet. Cuma sahaja ramai yang tidak tahu apakah cara-cara tersebut.

Biar saya bongkarkan satu rahsia yang tidak ramai mengetahuinya.

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa perlu menaip sebuah buku yang beratus muka surat barulah boleh menulis sebuah buku. Ini sebenarnya pemahaman yang amat karut.

Tahukah anda, sebuah buku yang sekitar 50 mukasurat sahaja dijual lebih mahal daripada buku yang beratus mukasurat?

Apakah beza kedua buah buku yang mahal dan murah ini? Hanya satu sahaja jawapannya:

Kesan yang diperolehi oleh pembaca

Ya, jika pembaca buku anda adalah orang bermasalah, tetapi selepas membaca buku anda yang hebat, mereka akan berubah menjadi seorang yang berjaya.

Jika pembaca buku anda seorang yang miskin, tapi mereka akan bebas daripada kemelut kewangan selepas membaca buku anda itu.

Persoalannya, perlukah anda menulis buku? Jawapannya Ya dan juga Tidak. Namun saya tidak mahu anda pening-pening untuk persoalan perlu atau tidak ini kerana saya akan beritahu satu cara yang sentiasa ‘hot’ di Internet iaitu Ebook.

Ebook adalah produk informasi. Anda boleh tulis (taip) apa sahaja yang boleh menyelesaikan masalah-masalah orang ramai. Jika ramai yang mahu duit cepat, anda tulislah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana menghasilkan wang yang cepat, tetapi melalui cara yang halal dan sah di sisi undang-undang.

Tidak perlu ratusan mukasurat, tetapi cukuplah dalam sekitar 10 hingga 50 mukasurat sahaja. Sebelum saya menulis artikel ini, saya baru saya lepas membeli sebuah Ebook bernilai usd7.00 yang hanya setebal 13 mukasurat sahaja. Dan penulis ebook itu telah menghasilkan ratusan USD seminggu dengan menjual ebook-ebook yang mudah.

Saya tidak kecewa dengan ebook setebal itu, bahkan penulis ebook itu sudah memberitahu awal-awal bahawa ebooknya hanya setebal itu. Tapi, kenapa saya dan ratusan yang lain tetap membelinya?

Jawapannya mudah, kandungannya unik, dia banyak tahu mengenai topik itu dan yang pasti, ebooknya itu dapat memberikan manfaat besar kepada pembaca.

Harga tidak menjadi masalah bagi pembeli. Yang penting di sini ialah, apa yang mereka (pembaca) akan dapat selepas membaca/merujuk ebook anda itu seperti yang saya katakan di awal artikel ini.

Saya sendiri pun menjana 4 angka sebulan (lebih RM1000) dengan menjual Ebook di Internet. Orang sekarang mahukan informasi yang dapat menambah-baikkan hidup mereka. Janji mereka senang, masalah mereka selesai, maka harga bukan lagi menjadi masalah.

Jumpa lagi di lain masa.

==================================================
Mahu menulis Ebook? Dapatkan panduan langkah demi llangkah
bagaimana menulis dan menjual Ebook anda sendiridan mula
membuat duit di internet TANPA perlu berhadapan dengan pembeli!
Klik di sini untuk mendapatkan panduan ini.
=================================================

ps. Banyak cara untuk membuat duit melalui dengan ‘menaip’ dan salah satunya ialah menaip ebook anda sendiri dan menjualnya. :)

pps. JANGAN terpedaya dengan janji-janji manis penipu yang meminta anda membayar untuk bekerja sebagai jurutaip dengan mereka. Ia langsung tidak wujud! Hakikatnya, anda akan disuruh menjual benda yang sama iaitu panduan buat duit dengan menaip.

Nah, anda bukan bekerja dengan mereka, tetapi disuruh menjual! Saya tidak menipu akan hal ini kerana saya telah berkali-kali ditipu. Tulislah ebook sendiri dan simpan 100% keuntungan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.