Cara mudah memulakan perniagaan di Facebook

1. Cari pembekal produk (satu jenis produk saja). Beli secara borong.

2. Buat ‘packaging’ dan gunakan jenama sendiri (jika sesuai).

3. Ambil gambar produk.

4. Siapkan FB Page dan masukkan maklumat produk dalam Page itu.

5. Promosikan FB Page melalui FB Ads untuk dapatkan pelanggan dengan segera.

6. Tunggu tempahan dan bayaran. 😉

7. Poskan tempahan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Cara mudah memulakan perniagaan di Facebook

  1. Terima kasih brother SmartZul diatas perkongsian ini. Saya masih confuse. Jika kita menjual produk fizikal, lebih baik buat FB fanpage ke atau FB group? Apakah kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua platform tersebut. Mungkin next post bro boleh ceritakan mengenai hal ini. Terima kasih 🙂

    1. Sama-sama. 🙂

      Sedikit perbandingan kedua-dua platform tersebut adalah:

      1. FB Page lebih target jumlah ahli yang besar. FB Group pula lebih sesuai jumlah ahli yang kecil.

      2. Di FB Page, post kita lebih ketara paparannya, berbanding FB Group yang akan bercampur-campur dengan post ahli lain.

      3. FB Page ada fungsi yang tiada pada FB Group. Contohnya FB Page ada fungsi Insights untuk lihat statistik.

      4. FB Page sesiapa pun dapat join tanpa perlu ditapis oleh kita. FB Group pula kita boleh tapis terlebih dahulu.

      5. FB Page adalah umum, manakala FB Group ada tiga jenis: public, closed dan secrets.

      6. Saya lihat FB Group adalah lebih ‘personal touch’ berbanding FB Page. Salah satu sebabnya, setiap post akan keluar nama kita, bukan nama Group.

      Boleh guna kedua-dua platform untuk menjual. Cuma lihat kepada skop, situasi, jumlah sasaran pelanggan dan tujuan jualan.

    1. Menggunakan FB Ads lebih targeted berbanding kaedah lain. Targeted maksudnya, kita boleh tentukan siapa yang akan lihat iklan kita.

      Contoh: Iklan kita hanya dapat dilihat oleh mereka yang telah berkahwin sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *