Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Hakikat 8: Sentiasa mencuba (trial and error)

7 03 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Hal ini juga sudah banyak kali saya sentuh, tapi saya suka ulang lagi. :)

Tak ramai yang mahu mencuba walau sekali sebab nak cepat dan tak tahu sabar. Ketahuilah, saya amat pantang sikit kalau berhadapan dengan orang yang tak tahu sabar. Saya serius dalam hal ini dan tak bergurau ok. Kalau saya kata ikut langkah demi langkah apa yang saya bagi, buat sahajalah, jangan nak lompat-lompat (skip).

Sebagai contoh, ebook panduan membina blog saya, ada seorang pembeli ni menghubungi saya dan beliau mengadu ada masalah sikit. Apa yang dia buat tak jadi katanya.. Dah hampir putus asa!

Akhirnya saya bantu dan masalah berjaya diselesaikan. Beliau gembira dan saya pun happy juga. Tapi selepas itu, baru saya perasan, ada sesuatu yang tak kena. Beliau tak ikut step yang sepatutnya!!! Ahhh, patutlah ada masalah, hati saya tiba-tiba rasa panas dan tidak puas hati dengan pembeli itu. Katanya, dia baru beli 2,3 hari je ebook tu. Tapi bila dilihat balik, dia dah buat langkah terakhir tapi saya lihat, ada beberapa langkah sebelumnya dia tak buat!

Saya sudah berulang kali memesan ikut langkah demi langkah dan jika ada masalah, sila stop kejap dan tanya di ruang support. Saya juga telah berpesan, jangan SMS atau call saya pada waktu privasi saya (waktu solat, makan, rehat dan sebagainya), tapi ada juga yang tak dengar kata. I’m sorry, saya tak akan angkat call dan layan SMS pada waktu tersebut, sebab ia adalah polisi saya.

Ok, berbalik kepada tajuk kali ini, memang mencuba itu betul dan perlu sangat-sangat. TAPI kalau mencuba tak ikut langkah demi langkah seperti yang diajar melalui ebook atau arahan dalam file readme atau dalam pelan tindakan, maka sifat mencuba anda TAK BERGUNA. Itu sebab saya tulis contoh si pembeli ebook saya tadi.

Saya berulang-kali mengatakan buat satu demi satu, buat satu-satu, buat langkah demi langkah, sabar, jangan nak cepat, relaks, tapi tak dengar kata, degil… Dan bukan mereka sahaja yang menghadapi masalah, orang lain turut diseret sama sebab… Sebab kedegilan mereka. Anda jelas mesej saya?

Apa yang saya ingin sampaikan adalah apa sahaja yang anda sedang cuba dan biasanya apa yang dicuba itu ada panduan. Cuba memasang sistem, cuba buat tutorial laman web, cuba pasang blog dan sebagainya… Semuanya ada panduan (kalau ada lah..). Biasanya, panduan itu akan kata, ok, langkah 1 buat ini, langkah 2 buat ini, tapi kalau anda tak buat langkah 1 dan terus buat langkah 5, apa akan jadi? Ahaa, tak jadi apa-apa. ;)

Mencuba sesuatu (try & error) bukan bermaksud mencuba bodoh-bodoh begitu sahaja. Anda kena tahu apa yang anda nak buat, apa perlu buat, apa langkah-langkahnya, apa yang perlu anda ada seperti perisian, dan lain-lain aspek. Dah ada dan tahu apa yang perlu, maka buatlah langkah demi langkah. Maka jelas, nak cuba try & error pun ada caranya juga, bukan main tibai sahaja.

Orang kata, kalau berjalan dalam kegelapan pun, paling kurang kaki dan tangan akan digunakan untuk meraba-raba di dalam kegelapan. Tapi kalau main jalan sahaja, kaki akan tersepak tunggul kayu. Itulah analoginya dalam mencuba sesuatu. Anda perlu tahu walau nak cuba sesuatu…

Mencuba amat penting iaitu semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh, saya memberi tips kepada pembeli ebook saya, mula-mula belajar dahulu pasang blog dan godeh-godeh dahulu sistem wordpress tersebut. Dah tahu guna, barulah buat blog yang sebenar. Tapi saya kecewa, ramai yang tak dengar kata, akhirnya, saya diseret bersama dengan kedegilan mereka.

Jika anda pembeli ebook saya, saya berharap sangat-sangat, ikut apa yang saya sarankan, kalau ada masalah, kita ada ruang support, manfaatkan sepenuhnya, tanya dan bincang bersama di sana. Bersabarlah jika ada masalah, nak dapat sesuatu bukan hanya dalam satu malam ok. Tahukan apa itu sabar?

Try & error dalam bahasa melayunya adalah kaedah cuba jaya. Maksudnya, cuba dan cuba sampai dapat yang mana sebelum berjaya, ada masalah yang akan berlaku. Masalah itu adalah pelajaran sebenarnya, TAPI TAK SEMUA ORANG sanggup nak belajar daripada kesilapan!! Semuanya nak cepat… Ikhlas saya nyatakan, saya kurang selesa berurusan dengan orang yang tak ada sabar. Sebaliknya saya suka membantu mereka yang suka sabar dan sama-sama berusaha.

Ketahuilah, mencuba dan mencuba sampai dapat adalah satu proses pembelajaran. Jika kita tak berjaya pada awalnya, haaa, itulah pelajarannya. Kita akan tahu, kalau buat begini, maka tak jadi. Kalau buat macam tu, ermm, senget sana. Akhirnya, buat macam ni rupanya baru ok. Itulah try & error, satu cara pembelajaran secara sendiri-sendiri. Anda sanggup belajar cara try & error? Jika tak sanggup, anda susah nak berjaya. :)

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?
  • Error dah settle..
  • Error?
  • Zoobie : Si Newbie Yang Main Hentam Sahaja…
  • Mitos Produk Master Resale Rights
  • Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.
  • Hakikat Perniagaan Internet + 14 Siri Artikel
  • Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus
  • Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..
  • Tiga Tanda Orang Yang Berjaya

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    12 Comments »

    Comment by mazri
    2007-03-07 15:29:59

    Jangan marah zul, dia orang tu bukan apa, terlalu excited. Biasa la dah simpan lama cita-cita nak buat blog. Rambut sama hitam, semangat lain2. Itu bermaksud pembeli anda itu seorang yang cukup berminat. Rilek zul, jangan panas-panas. Bisnes beb…hehe

     
    Comment by Azahari
    2007-03-07 16:42:27

    Dia nak cepat tu…betul la mungkin dia over excited tu. Tambah pulak baru dapat domain dengan hosting. Kalau skip kena mula dari awal balik kan lagi susah tu..kalau ikut step-by-step mungkin dah selesai pun :)

     
    Comment by Robotys
    2007-03-07 17:19:02

    Hahaha, overexcited pon kalau dah menyusahkn org.. x bleh gak.. :) .
    Mungkin kalau ada sesiapa wat ebook:- “Cara2 mengikut Arahan yg betul” mesti cepat tersebar nih.. sbb org2 mcm smartusaha akan sertakan seklai dalam pakej ebook beliau..! :)

    ps: Saya pon pernah kena juga, sbb itu saya paham perasaan smartusaha. ;)

     
    Comment by Imo Imora
    2007-03-07 23:21:30

    Ya.. yang Zul kata tu memang salah satu kelemahan saya sampai mak saya kata “Hai.. Along ni, esok nak kahwin sok mesti x sabar2″.. hu2.

     
    Comment by mazri
    2007-03-08 00:53:51

    Bila dah biasa nanti, boleh la slow slow. Taklah gelojoh sangat. Hehe. Saya baru upload theme adense plugin, mudah. Upload, activate terus keluar iklan adsense. Hanya tukar kod di Theme Editor saja. Cuba tengok http://portaljutawan.com . Blog baru siap.

     
    Comment by Maizul
    2007-03-09 18:13:35

    Betul tu Zul tu yang payahnya… kalau tak mahu ikut cakap.

    Comment by abdfatah
    2007-10-25 21:21:30

    degil yang tersangat degil agaknya sampai taknak dengar kata orang. biasalah kalo nak cepat siap dan nak cepat tengok blog yang dibangunkan terpapar diruang legar cyberjaya… skip laa jawabnya.. akhirnya tak jadi apa-apa. kena mulakanlah dari awal… buat semula blog tersebut…

    Comment by Han
    2007-10-26 09:44:14

    em…
    dah taknak dengar cakap orang…
    biarkan dia ar…
    janji jangan susah kan kita…hehe

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by ktom
    2007-03-09 22:07:44

    Askm Zul….jgn marah dik nanti kena jual :) . Zul, kadang2 bukan nak skip2 tapi tak tahu yg mana satu nak kena buat dulu. Mula2 dulu memang ktom juga hadapi problem cam ni…maklumlah org yg pure newbie…apa2 pun ktom tak tahu…blur sgt2 sampai sakit kepala dan rasa nak give up..tp bila Zul dah bagi semangat dan tunjuk ajar serba sikit tu dptlah juga ktom buat blog tu…itupun memakan masa yg lama. (may be slow learner sikit ler bab ni ) Zul pun tahu kan masa tu ttg FTP pun ktom tak tahu, apa tah lagi bab2 teknikal…tp dah terlanjur beli dan minat nak buat blog ni belajar lah juga…dan ktom bernasib baik sebab forumers kat forum kitbloggers tu semuanya sudi membantu.

    Jadi disini…Zul jgn mudah marah…rasa marah tu sebab rasa tersinggung…bersabarlah…kita manusia ni memang begitu….mungkin dia org skip tu sbb terlalu excited sgt nak buat blog ok….

     
    Comment by mypapit
    2007-03-11 12:41:53

    banyak perkara dalam dunia ni bergantung pada ‘trial and error’ sebenarnya, terutama sekiranya anda ingin berjaya dalam hidup. Ini disebabkan ‘life experience’ untuk berjaya adalah berdasarkan pengalaman yang sukar dibukukan ataupun dipindahkan melalui cara pembelajaran melalui buku

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 11:37:57

    macam mana nak berjaya kalo takut nak mencuba. sekiranya anda hendak mengenali dunia internet dan anda takut untuk menyentuh komputer, anda tidak akan dapat mencubanya sampai bila-bila. mencuba memang penting kalo nak berjaya dengan jayanya…

    Comment by Han
    2007-10-26 09:45:58

    ada ker sampai takut sentuh komputer abdfatah…hehe
    kalau takut sentuh komputer tu memang susahkan diri tu…
    nak buat perniagaan internet tapi takut nak sentuh komputer…
    apa nak jadi la…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: