Membina Perniagaan Internet : Hari 3 + Rumusan

Pastikan anda telah membaca post yang lepas sebelum membaca tulisan ini. Berikut adalah link untuk setiap tulisan bagi hari pertama dan kedua:

Mukaddimah 1

Mukaddimah 2

Hari Pertama

Hari Kedua – Siri 1

Hari Ketiga – Siri 2

Setelah melakukan langkah demi langkah selama dua hari, kini sudah tiba masanya untuk kita melakukan promosi dan pemasaran (hari ketiga). Persoalannya, bagaimana? Mudah sahaja, kita akan lakukan beberapa teknik promosi yang efektif tanpa sebarang kos seperti berikut:

1. SEO (Search Engine Optimization)

Yang ni semua dah tahu apa itu SEO. Saya tak akan jelaskan lagi teknik SEO ini terutama teknik on-page sebab saya dah menulisnya di blog ini. Klik di sini untuk membaca tips dan teknik SEO.

Cuma apa yang dapat saya katakan secara ringkas adalah, SEO adalah salah satu cara yang mudah jika tahu caranya dan tidak memerlukan kos. Tetapi, untuk mendapatkan hasilnya, kita perlukan sedikit masa.

Untuk itu, langkah pertama adalah, laman web kita mestilah berada di dalam database enjin carian seperti google dan yahoo.com. Bagaimana caranya? Inilah strategi yang saya ingin kongsikan dengan anda seperti yang saya janjikan iaitu strategi kedua ini:

2. Blog –> I Love This!

Blog amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi artikel / tulisan yang ‘fresh’ (kalau update selalu laa..), di samping cirinya (teknologi) yang berkaitan. Maka, ia dikatakan lebih mesra SEO. Tak percaya, lihatlah di internet, kebanyakan laman web yang keluar di senarai carian anda kebanyakannya adalah blog dan bukan laman web statik!

Apa lagi kelebihan blog? Ya, ia mudah untuk digunakan dan sesuai untuk mereka yang tidak pandai membina dan menguruskan laman web. Dengan blog, kita hanya tulis dan tekan publish, siap. 🙂 Artikel yang ditulis itu terus terpapar di blog. Persoalan di sini, blog percuma atau pasang sendiri? Saya ada menulis hal ini di sini: http://bloggingsteps.com. Namun, saya lebih sukakan blog wordpress yang dipasang sendiri di hosting JIKA saya menjual sesuatu produk di laman web dot com. Pelik jika jual produk di laman web dot com, tapi guna blog percuma… 😉 Lagipun, banyak sangat kelebihan menggunakan blog yang dipasang sendiri. Best!

Nak bercerita mengenai blog, saya sudah bercerita panjang di dalam “ebook buat duit dengan blog”. Jika anda inginkan ebook ini, maka anda perlu mendapatkan Pakej Kit Blogger di sini: http://bloggingsteps.com/kit. Saya ada ‘dedahkan’ beberapa cara bagaimana nak di-indeks cepat oleh enjin carian terutama google dan bagaimana nak dapatkan pelawat. Banyak yang saya kongsikan di ebook tersebut.

Tak apa, saya akan kongsikan sedikit di sini beberapa cara nak blog kita dihadiri pelawat. Di antaranya, kita melawat (beri komen) ke blog orang lain yang topik blognya lebih kurang sama dengan topik blog kita dan teknik ni memang berkesan untuk mendapatkan pelawat dari blog orang lain. Ada trik yang saya nak kongsi mengenai menulis komen di blog mereka iaitu, gaya tulisan komen anda unik dan ada daya penarik. Ini membuatkan orang ingin klik link pada username yang anda letak pada ruangan komen itu. Nak lagi trik? Ok, satu lagi, gunakan nama username yang ada makna dan unik. Trik ini saya simpan dulu dan anda fikirkanlah bagaimana caranya. 😉

Ok ok, cukup dulu, dan dalam kes saya ini, satu blog yang akan merangkap sebagai ‘portal’ utama di nichemarketinghowto.com akan dibina (mudah jer setup blog! Tak tahu? Klik di sini). Untuk laman web produk, saya guna subdirektori sahaja.

Teknik lain untuk beri kesan kepada blog dan laman jualan, teruskan membaca.. 🙂

3. Menulis artikel dan ‘submit’ ke direktori artikel

Ya, artikel adalah salah satu teknik yang terus digunapakai dan masih efektif sehingga sekarang! Tiada siapa dapat menafikannya hatta super internet marketer sekali pun. Namun, menulis artikel juga ada caranya dan triknya. Cuma secara mudah, kita tulis artikel dan submit ke direktori artikel seperti ezinearticles.com, goarticles.com dan banyak lagi. Tip saya, pilih direktori artikel yang nilai google PR nya tinggi dan trafik ke laman web artikel itu juga tinggi.

Di akhir artikel kita, letak sedikit info mengenai kita dan letak link ke blog dan juga link ke laman jualan ebook kita (bukan promosi suruh beli). Triknya ayatnya begini, sebagai contoh untuk ebook yang saya jual: “if you want to find niche market, there are so many reference out there, but one of the best ebook I found are ‘Niche Checklist..”. Saya tak kata, “buy this ebook!”, tidak.. Tetapi di tajuk ebook tu saya jadikan ia link ke laman web jualan.

Satu lagi ‘trik’ yang saya ingin kongsikan adalah, tajuk artikel kita itu mesti ada keyword yang berkaitan dengan produk. Contohnya, “How to find a profitable niche market” atau “Niche marketing exposed” atau “5 niche marketing tips”. Banyak trik dan teknik sebenarnya dalam penulisan tajuk atau dipanggil juga sebagai headline.

Oklah, secara mudahnya, di artikel kita dah letak link ke blog dan juga laman jualan. Kini, insyaAllah, laman web dan blog kita akan di-indeks dengan cepat oleh enjin carian di samping akan datangnya berderu-deru pelawat ke blog atau laman web anda. Nak cepat lagi? Boleh, ada caranya. Nanti ada masa saya kongsi ok. So, datanglah selalu ke laman web ini. 😉

4. Sertai Forum

Saya ulangi, sertai, bukan SPAM! Ya, menyertai bermaksud kita berkongsi pendapat, memberikan ‘komitmen’ kepada forum dan membantu ahli forum lain dalam menyelesaikan sesuatu persoalan perbincangan. Inilah ‘rahsia’ saya selama ini. Sebelum kita mendapat sesuatu, maka kita perlu memberi terlebih dahulu bukan? Tapi sebagai muslim, niat ikhlas itu mesti didahulukan.. 😉

Persoalannya, forum mana yang boleh disertai? Macam mana nak cari forum tersebut? Dan, macam mana nak tahu forum tu ok ke tak? Ok, saya bagitahu satu-satu yer. Anda perlu sertai forum yang berkaitan dengan topik blog anda atau yang berkaitan dengan produk anda. Bagi saya, saya perlu menyertai forum yang berkaitan dengan internet marketing kerana produk saya adalah berkaitan dengan marketing. Jika produk anda berkaitan dengan diet, maka sertai forum yang berkaitan dengan kesihatan dan diet. Ini bertujuan agar kita target kepada mereka yang berminat sahaja. Ya la, orang yang join forum diet, mestilah nak tahu pasal diet kan? 😉

Macam mana nak cari forum? Mudah sahaja. Taip keyword topik anda dan disusuli dengan tanda + dan letak perkataan forum di bahagian carian di enjin carian seperti google.com. Contohnya, internetmarketing+forum. Dan akan keluar senarai forum (tapi tak semua) yang berkaitan. Anda masuk satu persatu forum dan cuba lihat, adakah forum itu aktif? Berapa ramaikah ahlinya. Jika ahli ramai dan perbincangan selalu ada (aktif), maka sertai forum itu. Contoh saya di sini, forum yang akan saya sertai adalah seperti warriorforum dan digitalpoints.com iaitu dua buah forum yang memang tidak asing lagi dalam bidang internet marketing.

Ok, bila dah join, maka lakukan seperti yang saya nyatakan iaitu berikan komitmen sebaik mungkin. Satu lagi cara ialah, letak signature di bahagian bawah post anda. Semua orang tahu kan? 🙂 Selain mendapat ‘prospek’ terus di forum, kita juga membina ‘backlink’ di forum tersebut. Backlink ni maksud mudahnya kita letak link kita la kat forum tu seperti di signature..

Lagi persoalan, kenapa forum? Sebab, bila ahli ramai dan kita berikan sesuatu yang bernilai, maka orang akan hargai dan kenal kita. Maka, mereka akan ringan tangan untuk membeli produk anda sebab mereka sudah mengenali anda. 😉

Penutup

Oklah, dah banyak cara promosi dan pemasaran saya kongsi dan semuanya tak guna sesen pun untuk melakukannya (bil internet tak kira ok!).. 😉 Jadi, ‘just do it’. InsyaAllah, saya akan lakukan beberapa perkara di atas terutama blog. Ya, saya suka blog.. hehe.. Dan kalau sempat, saya akan buat ‘article marketing’ dan join beberapa forum. Fuuh, saya ada kerja lain lagi yang perlu dibuat terutama lusa saya akan ke KL dan keesokannya ada bengkel ebiz. Saya perlu melakukan persediaan untuk para peserta.

RUMUSAN

Selama tiga hari, anda dah belajar dari zero sampai buat marketing. Ya, saya yang buat dan saya harap anda akan membina paling kurang sebuah perniagaan internet untuk anda nanti. Dengan panduan selama 3 hari ini, semoga ia memberikan panduan kasar atau sekurang-kurangnya menjelaskan apa yang anda keliru atau yang tak tahu..

Kalau ada salah fakta, silap taip, maafkan saya. InsyaAllah, saya akan bentukkan satu ebook untuk semua siri panduan ini. Sekali lagi, anda dilarang copy and paste semua artikel saya di blog ini yer. Tapi, kalau catat tak apa, ia tak ada masalah.

Akhir kata, salam maju jaya dan selamat berniaga di internet!

PS. Dengan menggunakan payment processor seperti paypal, saya tak perlu uruskan pesanan pelanggan sebab semuanya akan berlaku secara automatik walaupun saya sedang tidur.. zzZZZzzZZ. Inilah kelebihan produk digital!

PPS. Adakah anda sudah bersedia dengan re-launch Pakej Kit Blogger? Jika anda belum memiliki pakej ini, pastikan anda mendapatkannya. Kepada yang dah beli, saya akan tunaikan janji saya untuk berikan apa sahaja kemaskini terkini. Untuk mengetahui mengenai re-launch pakej ini, sila daftar newsletter smartusaha.com di http://smartusaha.com/news atau datang ke blog ini.

PPPS. Bengkel kali ini di UKM Bangi lebih padat dan mudah diikuti dan difahami. Adakah anda salah seorang pesertanya? Jika tidak, klik di sini untuk mendaftar. Salah satu perkara yang akan saya dedahkan adalah, bagaimana saya menjana RM1000 dalam masa 1 minggu dengan mudah.. 😉

Ikhlas,

SmartZul

irfankhairismartusaha.jpg

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Membina Perniagaan Internet : Hari 3 + Rumusan

  1. terima kasih Zul di atas ilmu yang tak ternilai ini………semoga kita dapat memanfaatnya sebaik mungkin…………………rupa-rupanya bukanlah payah sangat utk membina perniagaan Internet ni ye…cuma perlua berusaha…terima kasih daun keladi

  2. usaha yang sangat bermanfaat kepada mereka yang baru berjinak dan juga kepada mereka yang dah lama dalam perniagaan internet..terima kasih smartzul…

  3. Ahaks,:p bile dah start menulis mesti susah nak berenti la tu…sama jugak kalo bercakap..Nak tengok zul bercakap panjang plak,datang la ke bengkel..

  4. zul, tq for tips.

    sorry rasa lama pula tak baca & komen kat sini.
    sibuk sikit, saya kena buat presentation kpd “board UUM’.
    hari ini, saya free balik. lps ni, boleh baca dan fahamkan apa yg zul dah tulis selama 3 hari ini. semoga zul dirahmati ALLAH dgn memberi ilmu percuma ini.

  5. saya sentiasa melawati blog si Zull ni… dan banyak information yang baru saya perolehi.. walaubagaimana pun oleh kerana saya ni memang tidak mempunyai basic komputer yang baik maka sehingga kini saya masih belum dapat meneruskan perniagaan dalam internet…kalau mr.zull buat talk di sabah kan baguss…..

  6. Zul,

    very interesting article and useful tips to be practiced.

    Hee hee moga panjang umur dan murah rezeki coz sudi kongsi ilmu..

  7. Pingback: Perjalanan yang belum selesai
  8. dah baca semua dah…
    zul mengajar buat bisnes RR…
    perkembang??
    saya tak buat bisnes RR…
    tapi dalam artikel ni ada tips2 yang boleh digunakan…

    han

  9. memang efektif dan tanpa sebarang kos. malahan ia menguntungkan kepada mereka yang beru berjinak dalam perniagaan internet dengan modal yang terhad untuk membuat satu2 operasi promosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *