Membina Perniagaan Internet : Hari 2 – Siri 1

HARI: 2

Pelajaran: Siri 1 untuk hari ke-2

Topik: Nama domain dan hosting

Apa khabar semua?

Pertama sekali maaf kerana lambat melakukan posting ini. Apapun, teruskan membaca.

Hari ini adalah hari kedua cabaran kita (terutama saya sebab saya buat dan catat untuk anda!) untuk membina sebuah perniagaan internet dengan menggunakan model ‘resell rights’. Saya harap, anda sudah membaca laporan mukaddimah dan juga panduan untuk hari pertama. Apa? Ya, hari pertama merupakan hari yang amat ‘pack’ dan task yang dilakukan amat teknikal sedikit iaitu membuat kajian pasaran dan menentukan ‘niche topic’ atau ‘niche market’.

Sedikit mengenai bilangan carian bulanan melalui overture, saya amat menggalakkan anda menggunakan bilangan carian yang berjumlah 10,000 ke atas dan bilangan persaingan pula 100,000 ke bawah (kurang lagi bagus). Mengapa 10,000 carian ke atas? Pasaran tumpuan kita adalah global (international) dan bilangan ‘prospek’ atau pengguna internet amatlah besar bagi satu-satu pasaran (topik). Jika merujuk kepada panduan hari pertama, saya mengambil topik ‘niche marketing’ dan bilangan cariannya adalah 1000 dan bilangan pesaing adalah sekitar 1 juta.

Anda perlu tahu, saya amat berminat dalam bidang perniagaan internet dan ia merupakan ‘kerja’ saya. 🙂 Maka, anda sebaik mungkin mengambil atau fokus pada topik yang anda sukai dan minat. Walaupun bilangan pesaing banyak, namun saya yakin, dengan minat yang mendalam, saya boleh terus berkekalan dalam pasaran bagi topik ‘niche marketing’ ini. Anda pula bagaimana? Jika anda ada pengetahuan mengenai diet, maka cari topik niche yang berkaitan dengan diet. Jika anda ada pengetahuan atau minat mengenai bunga, maka cari topik yang niche mengenai hal tersebut dan jual sesuatu seperti ebook. Hal minat ini sangat penting kerana dengan minat (benda yang anda suka), maka anda akan dapat bertahan lama untuk memasarkan sesuatu produk yang bekaitan dengan topik tersebut.

Namun, ia adalah optional, terserah kepada anda nak buat topik yang anda suka atau tidak. Tapi yang terbaik adalah, yang anda suka. 😉
Pendek kata, yang paling penting di sini adalah bilangan carian (permintaan) yang tinggi. Manakala, bilangan pesaing pula sebenarnya tidak kisah sangat tetapi ia hanya sebagai satu skala panduan untuk kita. Maksudnya, jika ramai sangat, maka kita perlu kerja kuat sedikit, dan jika pesaing tidak banyak sangat, maka ‘mudah’ sikit kerja kita. 🙂 Moga anda faham apa yang sampaikan ini. Kesimpulan untuk hari pertama tersebut adalah:

Bilangan permintaan tinggi + Persaingan yang kompetitif + Topik ‘niche’ yang anda minat

InsyaAllah, anda akan boleh berdaya-saing.

HARI KE-2

Baik, di hari kedua ini, saya akan lakukan pembelian nama domain dan hosting. Untuk itu, saya akan membeli nama domain di satu company lain dan hosting pula di company lain. Ini sebenarnya salah satu kaedah iaitu jika sesuatu berlaku kepada company hosting, maka ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada pengurusan nama domain kita. Namun, ia hanya satu cadangan sahaja.

Bagi contoh ini, saya akan membeli nama domain di sebuah syarikat yang saya dapati merekalah yang paling murah harga nama domainnya iaitu http://netkl.com:

netkl.png

Psst, saya tak ada kaitan dan tak ada apa-apa pakatan dengan company ni ok. Nak tahu kenapa saya pilih company ni? Dalam perniagaan, kalau servis kita baik, cepat dan berkualiti, maka ia akan tersebar melalui mulut ke mulut dan pembeli tak akan berat mulut untuk merekomendasi produk kita kepada orang lain. Sama juga dengan company ini, Sham RajaAdsense yang rekemenkan pada saya dan saya dah beli domain dan hosting dari mereka. Ya, servis mereka memang pantas!

Servis pantas? Ya, anda perlu pilih hosting yang reliable dan servis company hosting itu perlulah cepat! Saya letak tanda seru tu, maksudnya ia amat penting. JANGAN sesekali lihat pada harga, ia murah atau mahal, itu nombor dua tetapi yang UTAMA adalah hosting mesti reliable (uptime 99% ke atas), laju dan servis company tersebut juga cepat. Hosting adalah ibarat kedai kita, maka adalah amat penting kita memilih sebuah bangunan kedai yang kukuh, baik dan mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu perniagaan.

Ok, teruskan mengenai projek kita ini. Saya akan beli nama domain di NetKL.com yang mana harganya adalah RM33.00 untuk extension dot com (harga paling murah setakat yang saya tahu di Malaysia).
Manakala hosting pula, saya akan beli di http://sempoihosting.com. Sempoi? Mungkin sudah ramai yang tahu bukan servis ini? Milik Shuth WangCyber. Servisnya juga memang tip top dan pelan hostingnya juga amat fleksibel!

Sila rujuk laman web sempoihosting untuk melihat pelan hostingnya. Saya akan beli saiz 10MB sahaja dulu dan akan tambah kalau tak cukup. Ya, kita boleh pilih saiz yang kita mahu! 10MB = RM9.00. Murahnya.. 😉

sempoi.png

Mari kita lihat ‘features’ hosting yang ditawarkan oleh SempoiHosting.Com:

planhosting.png

Tak faham senarai ‘features’ tersebut? Tak apa, kita hanya lihat kepada beberapa perkara sahaja iaitu:

1. Hosting mesti support PHP : Sempoihosting support

2. Ada disediakan database MySQL (kalau boleh unlimited atau boleh create banyak database) 🙂 : Sempoihosting sediakan MySQL dan boleh create unlimited database!

3. Bandwidth ‘mencukupi’ –> 1GB per month dah cukup sebagai permulaan. Lebih lagi bagus : Sempoi bagi 3Gb bandwidth bulanan untuk pakej 1! Bandwitdh ni maksudnya berapa banyak data yang boleh melalui hosting tersebut. Kalau bandwitdh untuk sebulan hanya 1Gb, maksudnya bila pelawat laman web anda mencecah bilangan tertentu atau mendownload apa-apa file di laman web anda, dan saiz download itu dah mencecah 1Gb, maka laman web anda akan automatik OFF. 🙂 Anda boleh cari mengenai bandwitdh ini di google.com.

4. Ada email features (webmail) : Semua ada. Unlimited lagi! Rujuk jadual pakej di atas.

5. Saiz? Di sempihosting, anda yang tentukan! 😉 Jika di company lain, biasanya mereka yang tentukan.

6. Reputasi syarikat hosting ini? Memuaskan. Dah ramai yang beli di sini terutama mereka yang mempunyai modal yang terhad. Walaupun sempoihosting adalah reseller, tetapi pemiliknya (shuth) memberikan servis yang amat baik!

7. Server Uptime? InsyaAllah 99% ke atas bagi setiap bulan. Uptime ni maksudnya, berapa peratus kah server ni akan ON. Kalau banyak kali ‘down’ jer, anda jangan beli kerana ia kurang sesuai untuk laman web perniagaan anda. Saya pernah mengalami hal ini di mana laman web saya kerap kali down dan menganggu prestasi jualan harian produk saya. Macam mana nak tahu uptime server ni? Hmm, nanti saya kongsikan satu toos yang boleh kita semak uptime sesuatu server tu.

8. Lain-lain fungsi biasanya disediakan, tetapi melihat senarainya terlebih dahulu merupakan satu tindakan yang bijak. Contoh fungsi lain adalah seperti fantastico dan juga autoresponder.

9. DAN PALING PENTING untuk newbie terutamanya, beli hosting yang platformnya LINUX dan control panelnya menggunakan CPanel. Bertanya (emel, call..) pihak company tersebut adalah satu langkah bijak jika anda ingin memastikannya. Mengapa cpanel? Sebab ia banyak digunapakai dan mudah diguna oleh newbie. Ada control panel lain yang namanya seperti Plesk, tapi ia sedikit sukar untuk digunakan. Saya lebih suka guna cpanel. Apa control panel tu? Hmm, ia adalah satu bahagian tempat kita manage akaun hosting kita macam nak create database, nak create email dan bermacam lagi. Nak cuba cpanel secara percuma? Sila ke sini:

http://demo.cpanel.net:2082/login/?user=xdemo&pass=xdemo

Cuba-cubalah cpanel tu yer.. Best.. Lagi best kalau anda ada hosting sendiri. 😉

Penutup cerita untuk hosting ni, segala bayaran anda biasanya adalah secara tahunan. Domain, memang dibayar setiap tahun dan hosting bergantung kepada pelan hosting tesebut. Ada yang bayar bulanan dan ada yang kena bayar tahunan. Rujuk di laman web hosting atau tanya mereka. Satu lagi tips, untuk memastikan sesuatu company tu ok ke tak, tanyalah kawan-kawan terdekat, atau contact saya atau gunakan komuniti forum seperti wangcyber.com. Tanya pandangan mereka kerana biasanya ada yang berpengalaman dengan company tersebut sepertimana saya, Sham yang rekemenkan NetKL.Com kepada saya setelah saya bertanya kepada beliau.

Persoalan: Saya beli domain dan hosting dari dua tempat yang berasingan, jadi bagaimana nak ‘connect’ nama domain dan hosting zul? Haa, insyaAllah, saya akan masukkan dalam laporan nanti (ebook) ok. Ruang agak terhad untuk saya masukkan di sini. Saya akan tunjukkan bagaimana nak setting NameServer di akaun domain kita iaitu setting untuk ‘point’ domain ke hosting.

Anda jangan pening, kerana jika fikirkan terlalu mendalam sesuatu perkara teknikal, anda akan pening jika anda seorang non-teknikal. Cuma mudah ceritanya, nameserver tu adalah no. ip server dan kita set agar nama domain akan menuju ke server (hosting) yang kita point tersebut. Mudah cerita, nama domain iaitu seperti alamat, maka alamat itu untuk rumah mana? Dan kita bila-bila masa boleh ubah setting ini seperti jika kita ingin menukar server lain kelak, maka kita perlu tukar setting ini. Apapun, jangan pening-pening, just do it ok. Saya akan tunjukkan step by step nanti. 😉

Saya dah sentuh serba sedikit mengenai tips hosting, dan sekarang saya nak cerita sikit pasal nama domain. Ia secara analogi adalah seperti alamat rumah. Hosting pula adalah rumah tersebut. 🙂 Nama domain kita perlulah mudah diingati, tak panjang sangat dan mudah dieja (elak salah taip oleh pelawat! Kalau tak mereka akan masuk ke laman web lain..), elakkan guna tanda sempang (-), elakkan extension .net, .info, .biz, .org dan lain-lain untuk perniagaan internet anda. PILIH dot com! Bagi saya, ia wajib! Namun, jika tiada pilihan, terserah kepada anda, tetapi sebaik mungkin, pilih nama domain yang unik dan guna extension .com ok.

Dah pilih nama domain, dah tentukan nak beli kat mana hosting dan domain, maka apa lagi? Kita akan belilah. 🙂 Untuk kes saya, saya akan beli satu nama domain yang bernama xxxx.com. Nanti saya beritahu apa nama domain saya yer.

Bagaimana nak tentukan nama domain? Haa, ni satu perkara lagi belum selesai. Mudah, pastikan nama domain berkaitan dengan topik anda. Contohnya saya telah memilih topik ‘niche marketing’ dan akan menjual ebook yang berkaitan dengan topik itu. Maka, nama domain yang sesuai adalah seperti nichemarketing.com, nichemarketing123.com, nichemarketingguides.com dan yang berkaitan. Nampak tak saya menggunakan keyword topik? Ya, ia penting untuk SEO! Rujuk balik salah satu cara kajian kita menggunakan google iaitu inurl. 🙂

Namun, pastikan tiada lagi orang yang mengambil atau membeli nama itu. Bagaimana ya nak semak? Mudah sahaja, pergi ke http://whois.net atau biasanya di laman web hosting atau domain yang kita nak beli tu, ada disediakan fungsi ini. Whois adalah satu ‘tools’ yang digunakan untuk melihat adakah nama domain yang kita tentukan tadi sudah ada orang punya atau tak. Jika hasil keputusan adalah available, maksudnya nama domain yang anda mahu itu masih ada! Jika unavailable, maka anda terpaksa menggunakan nama lain. Oleh itu, senaraikan dahulu beberapa nama domain yang sesuai. Cuba lihat contoh ini:

whois1.png

whois2.png

Nama domain nichemarketing123.com dah ada orang ambil. Sekarang, saya cuba nama ni pula: nichemarketinghowto.com.

av.png

Yes, masih ada! 🙂 Apa lagi? Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang! Betul, saya dah alami benda ni beberapa kali. Punyalah suka nama domain yang cantik belum ada orang ambil, tup tup masa nak beli, tiba-tiba nama tu dah orang beli.. 🙁 Jangan tagguh pembelian nama domain ok! 🙂

Nak semak nama domain tu, gunakan tools di sempoihosting.com di URL ini atau klik pada menu di laman web tersebut:

http://sempoihosting.com/mrwhois2.php

So, saya akan beli nama domain dan juga hosting. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah dan berikan laporan dalam bentuk PDF. 🙂 Cuma, langkah pembelian adalah, beli domain name dahulu dan kemudian baru beli hosting. Atau, anda boleh beli domain dan hosting sekaligus dengan satu company. Tapi untuk kes saya, domain akan saya beli di netkl.com dan hosting akan saya beli di sempoihosting.com.

Di artikel ini saya hanya menerangkan mengenai nama domain dan hosting dan di siri ke-2 untuk hari 2 ini, saya akan cerita pasal web editing’ dan setup payment. Lepas tu kita akan upload laman web ke server yang kita dapatkan tadi! 😉
Jumpa lagi!

PS. Di bengkel perniagaan internet ebizmalaysia.com, saya akan tunjukkan langkah demi langkah pembinaan perniagaan internet anda termasuk cara kajian pasaran (ada lagi teknik lain yang akan saya dedahkan..). Daftar di http://ebizmalaysia.com/bengkel.

PPS. Nak copy & paste artikel ini? Tidak di-izinkan. 8) Jangan risau, saya akan jadikan ia dalam bentuk file PDF (ebook) nanti ok.

Ikhlas,

Zul.

Syarikat Hosting Yang Dicadangkan:

1. http://namsahaz.com

2. http://exabytes.com.my

3. http://netkl.com

Kemaskini Terkini:

Saya telah pun mendapat nama domain nichemarketinghowto.com. NetKL memang best! 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Membina Perniagaan Internet : Hari 2 – Siri 1

  1. semakin tidak sabar utk menanti pelajaran seterusnya terutama bagi “budak baru belajar” seperti saya…terima kasih Zul…..tak sabar menanti pdf pelajaran ni

  2. Siri kedua untuk hari kedua, insyaAllah saya akan post malam ni. Esok, hari ketiga.. 🙂 Di hari ketiga, kita akan lakukan sedikit promosi tanpa kos. 🙂

    Dan tunggu juga panduan 3 hari ini dalam bentuk ebook ya.

    InsyaAllah.

    PS. Saya anggarkan, panduan ini bernilai RM97 sebab ia amat ‘complete’. 8) Tapi saya berikan secara percuma kepada anda..

  3. Sorry menyampuk, cuma nak bagi tau untuk mereka yang ada kad kredit, kad debit atau paypal boleh juga beli domain di godaddy.com

    Minggu lepas saya beli harganya USD7.20 (sekitar RM25) setahun.Walaupun murah servisnya juga tip top.

  4. yahoo pun kekadang ada buat promosi domain USD1.99 ( sekitar RM10.00 ) utk tahun pertama, so bole lah save bajet utk memulakan bisnes..

    sekadar dipinggiran..

  5. Banyak maklumat baru yg saya dapat dari artikel yang zulsmartusaha hantar. Tak sabar nak mulakan internet business. Nak pi kursus tapi takde peluang lagi.

  6. kalo menda kita tak minat boleh buat jugak agaknya. contohnya yang ada permintaan ramai tapi kita tak minat dengan produk tersebut. namun minat berniaga memang ada untuk produk yang kita tak minat? macam mana haaaa???

  7. betul laaa tengah cari2 itu hari nama domain dah ader orang ambik….hahaha tengah mencari lagi laa ni…..sabar je laaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *