Membina Perniagaan Internet : Hari 2 – Siri 2

Ok, kita ulangkaji balik apa yang telah kita lakukan.

Hari pertama, kita dah buat kajian pasaran dan membeli produk ‘resell rights’. Ingat, pilih topik yang niche dan jangan melawan arus iaitu menjual macam-macam jenis produk pada satu laman web. Ia tak salah, tapi kurang ‘profitable’. Walaupun ada kebarangkalian untuk orang membeli, tetapi persaingan juga tinggi kerana berapa banyak ‘gergasi’ besar yang melakukan sebegitu. Memahami apa itu ‘niche’ dengan sebaik mungkin, akan membantu anda melihat akan potensi konsep ini.

Jim Edwards (pakar minisite) berkongsi pengalaman dia, di awal penglibatannya dalam ebiz, dia fokus pada laman web yang ada macam-macam (tiada fokus). Tapi selepas itu, dia cuba tukar kepada laman web mini-site dan jual satu produk sahaja. Bangun di keesokan paginya, dia terkejut kerana mendapat jualan yang tak disangka-sangka yang jauh lebih baik daripada laman web yang menjual pelbagai perkara. Isterinya bagitahu pada dia, “Jangan ubah apa yang sayang dah buat ni ya..”. πŸ˜‰ Maksudnya, dia begitu gembira mendapat hasil sebegitu yang amat baik. Bermula dari situ, mereka mula membina laman web yang niche + minisite untuk menjual apa-apa produk. Dan hari demi hari, minisite yang niche banyak membantu hidup mereka kepada kesenangan. Jadi lihat, ‘niche products’ boleh memberikan hasil yang amat-amat lumayan kalau diaplikasikan dengan betul. Tapi kalau anda masih ‘degil’, teruskanlah dengan laman web yang jual macam-macam.. 8)

Baik, di hari kedua pula, kita telah membeli nama domain dan juga hosting. Saya dah terangkan apakah ciri-ciri domain name dan hosting yang baik dan patut anda beli. Saya juga tunjuk macam mana nak semak nama domain.

Dan kali ni, kita sambung lagi kerja yang belum dibuat lagi iaitu melakukan ‘editing’ terhadap laman web resell rights kita. Seperti yang anda sudah maklum, produk resell rights biasanya didatangkan bersama dengan satu set laman web yang telah siap terutama laman web ‘sales letter’nya. Juga, biasanya disertakan juga grafik untuk produk tersebut. Namun dalam kes saya, ebook yang saya beli tempoh hari tidak disediakan ebook cover, malah laman webnya juga tiada imej header dan footer. Tak apa, yang penting adalah sales letter (surat jualan) kerana ia amat berguna kepada mereka yang kurang penguasaan yang baik dalam bahasa inggeris (penulisan) dan sebagai ‘starting point’ untuk menambah apa-apa di laman web tu. πŸ˜‰

Sales letter adalah ‘ayat-ayat’ atau kenyataan yang ditulis pada satu page laman web untuk ‘memujuk’ pembaca (prospek) yang masuk ke laman web jualan agar membeli produk yang ditawarkan. Sales letter biasanya dikombinasikan dengan minisite iaitu laman web yang mempunyai beberapa muka-surat (page) sahaja. Ini yang dikatakan minisite atau dalam bahasa melayunya, laman web mini. 8)

Untuk pelajaran 3 hari ini, saya tidak akan sentuh mengenai macam mana nak tulis sales letter yang berkesan dan cara membina laman web minisite. Ini kerana, laman web yang asas beserta sales lettr telah dibekalkan dan saya akan menggunakannya untuk permulaan dan akan menambah apa yang patut kelak. Namun, sila baca lesen resell rights dahulu samada anda dibenarkan untuk mengubahnya atau tidak, atau ada bersyarat. Juga, biasanya di lesen tersebut akan dinyatakan berapakah harga minimum, boleh tak dipakejkan dengan produk lain, boleh ke dijadikan ‘free gift’ dan sebagainya.

Ok, untuk kes saya, lesen dah dibaca yang mana harga minimum untuk ebook ini adalah USD.13.70 dan boleh dipakejkan dengan produk lain dengan bersyarat. Juga, sales letter (bukan design web yer..), perlu dapatkan kebenaran dahulu daripada pihak reseller (orang yang jual ebook ni pada saya) jika ingin mengubah atau menambah apa-apa. Ini adalah sales letter tersebut:

minisite.gif

Saya akan edit dan tambah beberapa perkara sahaja iaitu meletak nama saya di laman web bersama dengan nama Patric Chan. πŸ™‚ Juga, saya akan letak button buy PayPal menggunakan akaun paypal saya. Lain-lain perkara, saya akan ‘customize’ sikit design web tu seperti letakkan imej header, footer dan buat satu ebook cover yang simple. Grafik sebegini amat penting untuk menarik ‘mood’ prospek yang datang ke laman web! Sales letternya dah ok, cuma saya mungkin akan tambah apa-apa yang patut kelak. Dan saya hanya akan menjual ebook ini sahaja (satu produk tanpa apa-apa bonus). Anda boleh lihat sales letter asal di sini: http://nichemarketinghowto.com/ori/

Harga? Saya akan letak USD13.70 dahulu. Kalau produk ni laku, kita naikkan lagi.. πŸ˜‰ Ini satu strategi juga dalam penetapan harga iaitu kita nak test market terhadap produk ni.

Oklah, saya akan buat kerja-kerja yang saya nyatakan tadi dan saya akan tunjukkan hasilnya selepas ini di tulisan ini (saya akan tambah info terkini). Saya dah tak sabar nak upload web saya ni dan buat sedikit promosi tanpa kos! πŸ™‚ Nantikan laman web minisite yang telah saya ‘makeup’ cantik-cantik yer.. πŸ˜‰ Ingin dinyatakan bahawa, jika anda telah mempunyai satu set laman web yang telah siap termasuk ebook cover, anda hanya perlu melakukan ‘editing’ terhadap beberapa perkara sahaja dan ia dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bagi kes saya ini, saya perlu lakukan kerja sedikit kerana laman web yang diberikan amat simple dan tiada ebook cover yang disediakan.

Terkini: (ditulis setiap kali ada perkembangan..)

Laporan 1: Semasa saya menulis laporan 1 ini, saya sedang membuat ebook cover, header dan footer (dah siap!), dan akan setup payment (paypal). Laman web dah edit sikit dengan meletakkan imej yang rasa diperlukan dan juga warna. Ini semua penting untuk membezakan kita dengan laman lain yang menjual produk resell rights yang sama, di samping dapat meningkatkan kadar ‘conversion rate’ (CR) jualan. Apa itu CR? Saya akan kongsi bila ada masa ya..

Laporan 2: Imej header, footer dan ebook cover dah siap. Begitu juga dengan button buy, dah juga siap dan dimasukkan ke laman web! (saya guna imej sendiri, tak guna imej button yang disediakan oleh paypal). Jadi, saya telah berjaya menyiapkan laman web jualan untuk ebook ini.

Laporan 3: Semua dah siap dan saya akan upload laman web termasuk ebook (folder berasingan) untuk pembeli download secara automatik selepas mereka bayar melalui paypal. Maksudnya, kita juga mesti upload produk yang ingin dijual itu dan kita set di akaun paypal agar sebaik sahaja pembayaran selesai, pembeli akan terus dibawa ke laman download. Satu page khas untuk ruang download juga dibuat. Untuk laman web jualan ini, saya telah fikirkan strategi iaitu meletak di satu sub-direktori dan bukan di domain utama. Mengapa? Saya akan kongsi di tulisan terakhir saya mengenai strategi pemasaran.

Laporan 4: Saya telah upload semua item iaitu laman web (termasuk imej) dan juga ebook (dalam file zip) ke server di sub-direktori /nichemarketingebook/.

Hasilnya, anda boleh lihat di :

http://nichemarketinghowto.com/nichemarketingebook/

Macam mana? Apakah perbezaan yang amat ketara dengan design web yang asal? πŸ˜‰

Jumpa nanti di tulisan saya yang terakhir untuk hari ke-3. Kita bincang sedikit teknik promosi dan pemasaran tanpa sebarang kos $$.

Wassalam.

PS. Saya telah menambah satu lagi perniagaan saya di internet dan pasaran adalah global! Cuma tinggal beberapa perkara lagi termasuk perancangan promosi dan pemasaran. πŸ™‚

PPS. Anda dilarang copy & paste artikel ini. Saya akan sediakan semua pelajaran dalam bentuk ebook untuk anda nanti secara percuma. Ebook tersebut akan disertai dengan imej atau gambarajah, tidak seperti artikel ini yang tulisannya sedikit ringkas. Semua siri panduan akan digabungkan menjadi satu panduan.. πŸ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Membina Perniagaan Internet : Hari 2 – Siri 2

  1. tahniah zul, memang step yang zul bagi sangat mudah nak ikut. memang ia tak sesusah yang disangka. tak sabar nak tunggu posting untuk esok plak.

    good luck!

  2. Wati, post ni sepatutnya untuk hari kedua (semalam), tapi saya post lewat sebab tak ada masalah yang tak dapat dielakkan.

    So, untuk post yang last, saya dah publish dah..

    Moga membantu.

  3. memang nampak mudah ye en. zul… seronok membacanya… sy pun rasa x sabar utk menunggu posting seterusnya dan kalu boleh sampai dpt ebook tu nnt πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *