Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari

Membina sebuah perniagaan internet amat mudah. Diulangi sekali lagi, amat mudah!

Namun, sepertimana yang saya nyatakan di newsletter terbaru saya kepada subscriber newsletter saya – daftar di sini -, anda perlu memiliki dua pengetahuan ini:

1. Ilmu teknikal (internet, komputer, perisian, …)

2. Ilmu perniagaan dan pemasaran internet –> Paling penting

Tanpa salah satu pengetahuan tersebut, anda amat sukar bergerak jauh walaupun anda boleh mengupah orang lain untuk perkara no 1 di atas. Namun, itu jika anda banyak duit lah. 😉 Itu nak upah, ini nak upah, last-last, lebih belanja daripada untung. Maka, adalah menguntungkan jika anda mengetahui sendiri perkara-perkara asas teknikal terutamanya cara membina laman web dan yang berkaitan seperti ‘hosting’ (server). Bukan perlu tahu banyak-banyak pun, cuma beberapa perkara yang diperlukan sahaja.

Bina perniagaan internet dengan 4 Langkah dalam masa 3 hari?

InsyaAllah. Saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah di blog ini bagaimana membina sebuah perniagaan dengan mudah dan cepat tanpa menghasilkan produk sendiri.. 🙂 Kalau menghasilkan produk sendiri, istilah 5 hari atau cepat, mungkin kurang sesuai. 😉 Maka, ia akan sesuai jika menggunakan model perniagaan yang tertentu..

Model apa tu? Macam mana? Apa langkah pertama? Produk apa tu?

InsyaAllah, dengan model perniagaan internet XXXX (saya ada tulis sebelum ini), anda boleh memiliki perniagaan internet sendiri, bukan 1, 2, 5 atau 10, malah sebanyak mungkin yang anda mahu dengan begitu mudah sekali! Apa? Anda belum memiliki apa-apa perniagaan internet lagi? Ok, kali ini saya mencabar anda menghasilkan satu perniagaan dan saya akan bimbing anda langkah demi langkah dengan menggunakan satu model yang mudah digunapakai. Ia amat sesuai bagi anda yang kekurangan masa, ‘nak cepat’, tak pandai buat web dan lain-lain.

Setiap hari selama 3 hari dengan 4 langkah, saya akan menulis (disertai dengan imej, insyaAllah), cara membina perniagaan internet dengan mudah. Ingat, membina, bukan memasar atau mempromosikan ok. 😉 Cara promosi tu, hmm, saya akan sertakan dua tiga cara sahaja. Umpama membina kedai sampai siap, kemudian baru buat promosi.

Model yang akan saya gunakan ini membolehkan anda memiliki produk tanpa perlu bersusah payah menghasilkannya sendiri. Saya akan tunjukkan kepada anda apakah produk yang dikehendaki ramai dengan membuat kajian pasaran di internet dengan satu tools percuma banyak digunapakai oleh usahawan internet sedunia.

Saya akan buat screenshot untuk setiap perkara agar mudah anda mendapat gambaran kasarnya seperti kalau saya beli domain dan hosting, di mana saya membelinya dan saya akan tunjuk proses membelinya. Kalau saya upload website, saya akan tunjuk screenshot saya upload web. Dan yang penting, saya akan tunjuk screenshot semasa membuat kajian pasaran di internet. 🙂

Tujuan saya melakukan hal ini adalah kerana, begitu ramai yang mahu membina perniagaan internet tetapi masih tidak melakukan apa-apa. Maka, saya akan menunjukkan salah satu model yang boleh diguna-pakai walaupun anda tidak tahu menulis bahasa inggeris dengan baik! 😉

Hmm, apa lagi yer.. Apapun, saya akan mulakan pembelajaran percuma ini pada hari Isnin, 22/1/2007. Dan jika anda mahu melakukan apa yang saya buat pada setiap hari selama 3 hari, sediakan wang yang secukupnya sekitar RM100 ke bawah untuk mendapatkan domain dan hosting serta mendapatkan produk yang ingin dijual (saya akan tunjukkan di mana anda boleh mendapatkannya..).

Sekali lagi, kalau nak tahu dan sama-sama belajar, datanglah ke blog ini setiap hari. Tak kena bayar dan tak kena ambil no giliran pun. 8) Selalulah datang ke blog ini atau daftar newsletter kat sini: http://smartusaha.com/news. FREE jer, tak payah bayar.. Dapat ebook percuma lagi tuu.. 😉 Saya akan umumkan nanti ok. Sama-sama kita belajar bagaimana nak bina sebuah perniagaan internet dengan menggunakan model XXX tu. Fokus ‘kursus’ ini adalah: newbie. Dan target pasaran adalah global. 🙂
InsyaAllah.

PS. Nak belajar lagi ‘advance’ dan secara praktikal, jom ke bengkel perniagaan internet anjuran ebizmalaysia.com. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Kalau anda salah seorang peserta bengkel tu, bawa banyak-banyak soalan yer. 🙂

Wassalam.

Nota: Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Muharram. Tahun baru dalam Islam iaitu 1428. Adalah menjadi satu sunnah untuk kita berpuasa pada 10 Muharram dan boleh dimulakan dari 9 Muharram dan dilanjutkan sehingga 11 Muharram. InsyaAllah. Satu bacaan yang menarik dan memaparkan dalil yang shahih boleh rujuk di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari

  1. InsyaAllah semua.. Actually saya sekarang sibuk dalam minggu ni. Namun, saya cuba yang terbaik. 🙂

    Nak bina ebiz ni ‘mudah’ jer. Cuma disebabkan terlampau banyak ‘hype’ terutama oleh gergasi-gergasi di luar sana, maka nampak seolah-olah ia amat susah sekali. Ya, ia susah, tapi macam saya katakan, kalau kita tahu asasnya, kita akan tahu apa yang patut dilakukan…

    Pesan saya, elakkan diri anda daripada hype demi hype yang wujud di internet. Cuma ikut the basic steps dan cuba sikit2 sampai berjaya. Kita ada ramai internet marketer yang sudi berkongsi ilmu dan manfaatkan sebaik yang mugkin ilmu yang mereka kongsikan.

    Macam belajar silat, kita kena belajar asas dulu, yang advance2, belajar kemudian. Tak ada asas yang kukuh, susah…

    1. betul tu zul,
      nak belajar kena belajar asas dulu…
      1. belajar komputer
      2. internet
      3. asas ebiz
      4. advands ebiz
      5. banyak lagi yang kena belajar…

      han

  2. Sesuatu yang menarik…saya pasti akan terus setia bersama blog smartusaha.com…

    Nak belajar kena FOKUS… betul kan Zul??

  3. Saya suka dengan artikel ni.. Pandai SmartZul mengolah ayat supaya newbie-newbie melekat dangan blog SmartZul 🙂 Rasanya macam saya nak terus online dengan blog SmartZul nie.. supaya tidak terlepas semua peluang yang ditawarkan 🙂 Nak contohi blog SmartZul nie! 🙂

  4. 22/1/2007, saya akan tunggu tarikh tu.
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tersebut.
    ni yg best jika selalu melawat blog zul, banyak ilmu “free”.

  5. Betul tu NayanMohd

    Nak belajar kita perlu FOKUS. kalau kita FOKUS, kita tidak akan terjebak dengan hype2 yang melimpah di internet sekarang nie.

  6. membina perniagaan internet zul buat ni mudah untuk difahami dan mudah untuk dibina…
    ni untuk asas sesiapa yang baru nak belajar tu, ni lah tempatnya…
    artikel ni memang sesuai sangat2..

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *