Bagaimana Pengaruh Boleh Terbina?

Mempunyai pengaruh yang baik adalah salah satu perkara yang dapat membantu perniagaan terus keterhadapan. Salah satu tanda seseorang itu atau sesebuah perniagaan mempunyai pengaruh adalah apabila nama mereka disebut, maka yang mendengar akan memberi respon yang baik-baik.

Tanda lain pula adalah, apabila disebut tentang sesuatu topik, maka nama mereka biasanya akan menjadi keutamaan untuk disebut-sebut seolah-olah beliaulah yang mendominasi bidang tersebut.

Persoalannya di sini, bagaimanakah cara untuk memiliki pengaruh?

Sebelum saya terlupa, segala cara di bawah perlulah dilakukan dengan ikhlas dan bukan dengan niat untuk membina pengaruh walaupun kita boleh membinanya. Pengaruh itu boleh terbina sendiri. Maka, fokuslah kepada keikhlasan dan juga pada proses yang dilakukan.

Berikut adalah 18 cara yang boleh dilakukan untuk membina pengaruh di dalam perniagaan atau dalam erti kata yang lain, jika ia dilakukan secara konsisten walaupun tanpa niat untuk membina pengaruh, ia boleh mencipta pengaruh yang berpanjangan..

1. Tidak terlalu meminta-minta dengan orang lain. Banyakkan berdikari. Alasannya mudah iaitu kuasa pengaruh kita tidak terlalu kuat kerana apa yang kita miliki bukan hasil usaha kita sepenuhnya. Pengaruh biasanya wujud akibat daripada diri individu itu sendiri.

2. Tidak menyatakan kelemahan kita secara terbuka. Banyakkan berbicara mengenai kejayaan. Walaupun kita mempunyai 99 kegagalan dan hanya satu kejayaan, kerapkan berkongsi cerita mengenai satu kejayaan tersebut. Orang lebih mahu mendengar cerita kejayaan berbanding cerita kegagalan.

3. Tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Bagaimana orang boleh yakin pada kita jika kita sendiri tidak yakin pada diri sendiri?

4. Banyakkan berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa mengenakan bayaran. Ini tidak dapat disangkalkan lagi keberkesanannya. Tangan yang memberi itu amat tinggi kedudukannya..

5. Tidak memperbodohkan orang lain terutama di dalam proses menjual.

6. Tidak memaksa-maksa orang lain memenuhi kehendak kita seperti di dalam jualan.

7. Banyakkan bercakap atau menulis mengenai perkara yang menjadi bidang fokus kita. Pengaruh akan terbina kerana fokus.

8. Membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka dengan sepenuh hati (ikhlas).

9. Elakkan perkara atau perbuatan yang jelas salah. Jika tidak tersengaja, minta maaf dengan mereka yang terlibat.

10. Tidak memuji-muji diri sendiri.

11. Menghormati prinsip dan pegangan baik orang lain.

12. Integriti yang tinggi: Melayan semua orang sama rata tidak kira tahap, pangkat atau kedudukan. Bagi diri saya sendiri dalam bidang Internet Marketing, saya melayan semua orang sama rata tidak kira mereka newbie atau otai.

13. Berbahasa dan berkata-kata dengan baik. Yang penting bukanlah apa yang kita katakan sama ada positif atau negatif, tetapi bagaimana kita berkata-kata di mana kata-kata itu tidak melukakan si pendengar. “Sampaikan yang negatif dengan cara positif”.

14. Sentiasa berkongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti kata-kata yang boleh memotivasikan atau menggembirakan orang lain.

15. Elakkan berkongsi perkara yang terlalu peribadi terutama perkara peribadi yang boleh mencalar kredibiliti.

16. Tidak menyerang peribadi seseorang atau tidak terlalu emosional.

17. Gunakan bahasa aras tinggi seperti Bahasa Melayu Tinggi di dalam sebarang komunikasi perniagaan. Ia bukan bermaksud bahasa baku, tetapi bahasa yang sedap didengar dan membuatkan pelanggan kita amat-amat rasa dihormati dan ‘diletak di tempat yang tinggi’.

18. Tunaikan janji. Jika tidak dapat tunaikan pada waktu yang dinyatakan, berterus-terang kepada pelanggan agar mereka tidak tertunggu-tunggu. Orang yang amanah pada janjinya biasanya mudah dipercayai oleh ramai orang. Dari situ akan berlakunya cakap-cakap mulut yang positif mengenai kita atau perniagaan.

Tidak semua cara di atas perlu dilakukan secara serentak. Mungkin boleh dilakukan satu persatu.

Disediakan oleh,
Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul
http://www.smartusaha.com

ps. Anda boleh merujuk dua buah buku yang bertajuk “30 Strategi Individu Berpengaruh” dan “Magnet Diri” terbitan PTS. Saya belum lagi membaca buku ini. Belum berkesempatan.

pps. Ada persoalan mengenai perniagaan atau pemasaran internet? Gunakan ruang soal jawab yang saya sediakan di sini:

http://smartusaha.com/soaljawab/ (Dimulakan sejak bulan Julai lepas lagi). Klik pada link Hubungi di laman tersebut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Bagaimana Pengaruh Boleh Terbina?

  1. Salam Zul,

    Semua 18 Tips yang dikongsikan dalam dihimpunkan menjadi satu iaitu “ikhlas dan sentiasa memberikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain”.

    Jika kita memberikan fokus untuk memberikan manfaat terhadap orang lain, sudah pastinya pengaruh akan terbina secara automatik. Ambil contoh yang paling mudah iaitu blog Zul sendiri. Lihatlah betapa luasnya pengaruh yang telah dibina.

    Pembinaan pengaruh juga mengambil masa yang lama dan ianya untuk proses jangka masa panjang (long term).

    Btw, saya amat setuju sangat dengan tips “jangan memperbodoh-bodohkan orang lain” ini kerana perkara sedemikian semakin terjadi-jadi terutamanya dalam sales letter kononnya dikatakan sebagai “pencetus emosi jualan”. Apa pendapat Zul? šŸ™‚

    1. Prospek dan pelanggan perlu dididik. Jika kena caranya, konsep mendidik pun boleh mencetuskan emosi membeli juga. Dari ramai orang yang saya jumpa, ramai yang setuju bahawa mereka tidak suka laman web yang membodoh-bodohkan mereka. Jadi ia bukan lagi teori, tapi memang betul-betul berlaku.

  2. duit juga boleh mempengaruhi. tapi bergantung kepada kita selama mana kita nak diri kita berpengaruh kepada orang lain. sikap kita yg paling penting untuk berpengaruh lebih lama lagi. terima kasih zul. banyak tips tu.

  3. Salam rakan2,

    Zul, anda sememangnya mempunyai cara berfikir yang sama seperti saya.

    Saya dahulu semasa mula2 menceburi bidang bisnes dan juga apabila berada dalam keadaan tertekan akan membuat promosi dan provoke secara membuta tuli.. Saya cepat2 sedar akan kesilapan saya itu.

    Apa yang penting kita mesti berkata dan memberi nasihat dengan berhikmah, berfikiran positif dan ikhlas. Berilah sedaya anda kerana kita akan lebih banyak menerima.. Itulah keajaibannya! šŸ™‚

  4. pengaruh juga sering dikaitkan dengan kepimpinan iaitu kebolehan mempengaruhi orang lain.ini ada kaitan dengan teori kepimpinan yang pernah dipelajari.terima kasih kerana memberi info yang membuka minda ini.

    1. Seperti kata penulis buku “30 Strategi Individu Berpengaruh”, sesiapa saja boleh memiliki pengaruh. Pengaruh itu bukan hanya milik orang atas, yang banyak harta atau yang banyak kejayaan, malah ‘orang-orang bawah’ juga memiliki pengaruh yang mungkin boleh mengubah cara kita berfikir & bertindak.

  5. Selama ni kalau sebut pengaruh, cuma ingat bab politik je, hehe.. Tak sedar rupanya dalam alam siber ni pun pengaruh pun penting untuk membina ‘bisnes’ kita..
    Siapakah yang dapat ‘pengaruhi’ saya? Tentulah orang dirasakah ikhlas membantu dan saya selesa berkawan dengan nya..Dan lebih best kalau saya pun boleh pengaruhi orang tu.

    Thanks en Zul..

  6. yup. banyak point yang menarik dan bagus untuk dibaca. Cuma aku kurang gemar beberapa perkara.

    Tapi macam biasalah. tak semua orang sempurna. mesti ada silap sana sini punya. Dan satu, aku cukup tak gemar kalau orang memaksa kita terima pendapat dia walaupn kita ada pendapat kita sendiri. Belum pula lagi yang melabelkan seseorang hanya kerana kita tak sependapat dengan dia. Orang sekarang ni, ramai yang begitu. Camanala nak kita hormat dia kalau dia pun tak nak hormat kita..

    1. Salam Yusmi. Terima kasih. Saya juga sebelum ini telah melawat dan baca blog evolusi minda. Kalau ada post terbaru, emel saya melalui newsletter. Saya salah seorang subscriber.

  7. salam bro..

    pengaruh ni sebenarnya sesuatu yg memakan masa utk dibina..kepercayaan yg diberikan oleh org lain tulah akan membina pengaruh sedikit demi sedikit..

    terima kasih bro..info menarik..

    1. Pengaruh itu meluas maksudnya. Orang-orang biasa pun boleh menjadi pengaruh kepada mereka yang berada di kedudukan yang tinggi. Contohnya seorang penyapu sampah yang tawadduk dan tenang hidupnya, dapat mempengaruhi si kaya yang tamak, resah dan gundah-gulana hidupnya agar kembali ke pangkal jalan.

  8. Salam,
    Semua pakar-pakar perniagaan internet bermula dari ASAS. Dan ini adalah satu perkara yang paling MUSTAHAK jika hendak BERJAYA. Oleh itu, jangan abaikan perkara ini!
    FAKTA : Untuk membina sesuatu perniagaan yang berjaya, anda perlu mempunyai asas dan pemahaman yang kukuh dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.
    FAKTA : Dengan menggunakan sistem perniagaan yang baik, perniagaan internet anda dapat beroperasi secara separa automatik atau automatik sepenuhnya. Anda hanya memerlukan 1-2 jam sehari untuk menjalankan operasi perniagaan internet anda.
    Perniagaan internet boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan kaedah yang betul dan bersungguh-sungguh dan amat menyeronokkan. Tidak perlu jadi hebat untuk bermula TETAPI perlu bermula untuk jadi hebat!
    Jadi kat mana kena letak “pengaruh” tu terpulang pada diri sendiri.Bagi saya pergaruh terbina dengan sendirinya jika anda jujur dan ikhlas, tepuk dada tanya selera. Tips2 tuan zul pun dah memadai. sekian wasalam

  9. secara peribadinya, saya pernah buat silap. Lantas mengakibatkan saya merana menanggung kesusahannya, untuk beberapa minggu.

    Saya suka tips no. 2.

    Satu teguran yang amat telus buat diri saya juga. TQ Zul.

  10. Sekadar tambahan kepada ifo yang telah Zul lengkapkan. Saya pernah ke program ESQ dan banyak yang saya dapat dari program tersebut. Antaranya berkenaan dengan pengaruh.

    Kepimpinan itu sebenarnya adalah pengaruh dan orang yang berpengaruh(baik) ini, selayaknya menjadi pemimpin.

    Kalau seseorang itu menjawat jawatan ketua sekalipun, tanpa pengaruh, beliau tidak akan dilihat berpengaruh.

    Meskipun seseorang itu tidak memegang sebarang jawatan, tetapi pengaruhnya besar, orang akan melihatnya sebagai ikon yang hebat. Contohnya seperti Mahatma Gandhi.

    18 tips yang bagus daripada anda. Terima kasih banyak-banyak Zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *