Kisah Laman Web dan Lesen Memandu

Sebelum saya menulis mengenai tajuk ini, saya mahu cuba melatih menulis dalam masa secepat yang mungkin mulai sekarang. Biasanya untuk menulis satu artikel, saya mengambil masa yang lama juga, bukan satu atau dua minit, tetapi paling lama sehingga 1 atau 2 jam. Ia memang lama, tapi bagi seorang penulis seperti saya, ia tidak menjadi satu masalah kerana ia adalah satu ‘kerja’ yang diminati.

Lamanya saya menulis kerana saya ada flow penulisan saya sendiri seperti berfikir, mengkaji, merujuk, menulis, editing dan proof reading… Ia mengambil masa.

Namun, masa amat penting dan semakin bernilai bagi saya sekarang. Dengan itu, saya mahu berjimat-cermat juga dalam penggunaan masa. 😉 Jika anda merekemenkan PLR articles, upah penulis lain, mungkin saya tidak akan menggunakannya sebab saya mahu menulis terus dari hati saya khas TERUS kepada pembaca blog ini. Saya mahu berkomunikasi terus dengan pembaca, pengkritik, pembeli dan prospek melalui blog ini dan seboleh mungkin tidak mahu outsource-kan kerja penulisan di blog ini.

Oklah, saya mahu cabar diri saya menulis artikel berikut dalam masa 15 minit sahaja. Kita tengok apa hasilnya. 🙂 Start!

Kisah Laman Web dan Lesen Memandu

Adakah anda faham beza antara Perniagaan Internet dan Pemasaran Internet?

Ahaa, saya yakin masih ramai yang keliru!

Perniagaan Internet menggunakan teknik Pemasaran Internet untuk mempromosikan atau memasarkan produk. Dan perniagaan Offline juga sudah lama menggunakan pemasaran Internet untuk melakukan promosi bagi produk mereka.

Jadi anda jangan keliru. Internet Marketing adalah bukan perniagaan, tapi ia adalah method atau proses. Sebaliknya Internet Business barulah perniagaan dan salah satu komponennya adalah Internet Marketing. Saya akan bagi contoh:

1. Saya menjual Pakej Kit Blogger secara online dan memasarkannya secara online juga, maka saya melakukan perniagaan Internet. Saya dan pembeli tidak akan bertentang mata dari proses promosi, pembelian, pembayaran dan sehinggalah penghantaran produk.

2. Doktor Sakit Tuan mempromosikan khidmatnya di Internet dan rawatan fizikal hanya boleh dilakukan di kliniknya sahaja, tidak melalui Online. Maka di sini, Dr. itu hanya melakukan pemasaran Internet, bukan perniagaan Internet.

Jelas, pemasaran Internet adalah satu proses promosi produk atau perniagaan atau perkhidmatan, ia bukan perniagaan, sebaliknya satu kaedah bagi mendapatkan pelanggan atau prospek bagi ‘produk atau servis Offline’.

Contoh yang real adalah: http://www.JBLesen2u.com.

Pemilik laman web itu dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Isman. Beliau adalah cikgu saya dalam pembelajaran dalam proses mendapatkan lesen memandu. Saya amat berpuas hati dengan pengajaran dan pelajaran (servis) yang diberikan olehnya sehinggalah saya lulus dalam Ujian JPJ bagi mendapatkan lesen memandu.

Untuk makluman, laman web tersebut dibangunkan oleh saya dan partner saya SETAHUN yang lepas. Dan untuk makluman, Cikgu Isman telah mendapat berkali-kali ganda pendapatan dengan hanya sekali ‘pelaburan’ bagi mengupah kami membangunkan laman web untuknya.

Laman web JBLesen2u.com berfungsi sebagai salah satu medium promosi dan pemasaran. Tiada produk, tetapi hanya servis. Servisnya adalah memberikan tunjuk ajar dan mendidik sesiapa sahaja yang ingin belajar memandu sehingga mendapat lesen yang sah. Bayaran dan servis itu hanya dilakukan secara bersemuka.

Ketika bersama beliau minggu lepas, tiba-tiba ada orang menghubunginya untuk mengetahui dan berminat untuk belajar memandu dan mendapatkan lesen. Dan katanya, orang itu mengetahui khidmat Cikgu Isman itu melalui Internet. 🙂 Cuba anda taip lesen kereta johor atau lesen memandu johor, laman web apakah no. 1? Saya telah sedaya upaya menggunakan beberapa teknik SEO yang begitu mudah dipraktikkan seperti yang saya kongsikan di sini (click here).

Keyword johor adalah ‘wajib’ kerana khidmat Cikgu Isman lebih tertumpu kepada mereka yang tinggal di Johor sahaja, dan itu pun hanya kepada zon-zon tertentu sahaja. Namun bagi yang mahu belajar di Johor tetapi berada di luar JB atau Zon, maka mereka juga diterima dengan syarat mereka datang ke tempat belajar memandu.

Apabila saya bertanya kepada Cikgu Isman, “Ok ke respons dari pelawat web?”. Katanya, “Ok juga Zul!”. Saya cuba mencongak, ya, memang beliau dah balik modal! Dua minggu lepas, beliau baru sahaja membayar dalam RM85.00 untuk renew domain dan hosting web itu, dan kemudian modal bayaran itu telah diperolehi balik selepas ada pelajar baru yang mendaftar dan mengetahui khidmatnya melalui laman web dalam sehari dua selepas itu. 🙂

Kesimpulan

Jelas, pemasaran Internet amat amat amat “powerful” melalui penggunaan laman web. Jika kena produk atau perkhidmatan kita betul-betul diperlukan oleh orang ramai, maka insyaAllah responsnya juga akan tinggi. Dan sudah semestinya laman web itu mesti ‘menarik’, fully optimized dengan SEO (simple pun dah Ok), ada promosi semasa, mudah dilayari dan lain-lain aspek.

Dalam kes JBLesen2u.com, pelaburan sekali oleh Cikgu Isman itu telah membawa perhidmatan beliau lebih maju ke hadapan berbanding cikgu memandu yang lain. Hanya satu perbezaan: Cikgu Isman ada promoter atau pekerja yang mempromosikan khidmatnya dalam masa 24 jam sehari & 7 hari seminggu walaupun beliau sedang tidur. 😉

Dalam aspek lain, JBLesen2u.com BUKAN perniagaan Internet, tetapi ia adalah sebuah laman web yang digunakan untuk mempromosikan perkhidmatan Lesen Memandu kepada mereka yang memerlukan. Sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh mengisi borang pra-pendaftaran atau terus menelefon Cikgu Isman. Bayaran, servis dan sebagainya, perlu berjumpa face to face dan TIADA urusan jarak jauh yang dilakukan.

Akhir kata, anda perlu jelas perbezaan antara INTERNET BUSINESS dan INTERNET MARKETING atau dalam bahasa Malaysianya PERNIAGAAN INTERNET dan PEMASARAN INTERNET.

Pelajaran yang berguna juga di sini adalah jangan berlengah untuk memiliki blog sendiri atau laman web sendiri. Jadikan kes Cikgu Isman sebagai teladan. Setahun yang lepas beliau telah bertindak berani untuk memiliki laman web sendiri dan tahukah anda, beliaulah cikgu sekolah memandu pertama (di Johor atau mungkin di Malaysia) yang menggunakan laman web sebagai medium promosi dan pemasaran? Saya tumpang bangga sekali lerr. 😉

Bahkan paling hebat, sekolah memandu di tempatnya atau yang lain-lain pun belum ada laman web, tapi sebaliknya beliau telah memiliki web sendiri. hehe… Hebat bukan? Dan terkini, Cikgu Isman pun akan memiliki blog sendiri. Bertambah hebatlah lepas ni.

Pelajaran Lain:

1. Terbukti, menggunakan laman web KHUSUS untuk pasaran local (setempat) yang spefisik juga berbaloi dan berkesan! Buktinya adalah JBLesen2u.com.

2. Tidak kisah anda peniaga pasar malam, penjual ais krim, buat kek (yang ni saya ada cerita juga!), atau siapa pun anda terutama jika buat bisnes, laman web merupakan satu medium yang amat berkesan untuk digunakan bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan Offline anda.

Sekian.

Stop: Uhh… Saya target 15 minit tapi dah terlebih 6 minit = 21 minit. 21 minit adalah tanpa editing dan proof reading, hanya menulis draf sahaja. Tak apa, not bad… 😉

PS. Setiap kali saya bersama Cikgu Isman, paling kurang mesti ada satu panggilan telefon untuk bertanya dan boleh dikatakan 90% yang menghubunginya akan mendaftar bagi belajar memandu.

PPS. Saya selalu berjumpa dengan Cikgu Isman dan biasanya kami berbincang mengenai bisnes! Siapa kata orang yang dah berumur dah terlambat nak buat bisnes? Cikgu Isman yang umurnya dalam 50-an sekarang dalam proses melakukan perniagaan Internetnya sendiri dan mempunyai keinginan belajar yang tinggi. Pelajaran di sini: Muda atau tua (lebih sedap dipanggil lebih berumur), yang membezakan adalah KEMAHUAN DAN TINDAKAN!

Teknik promosi lain yang diguna oleh Cikgu Isman:

1. Flyers dan poster (diguna sebelum ada laman web lagi)

2. Sticker kereta yang terpampang JBLesen2u.com

3. Terbaru: Kad bisnes. Beliau baru cetak 1000 keping. 😉

lesen-memandu-johor.jpg

4. Dalam perancangan: Iklan dalam tabloid dan majalah

5. Guna agen dengan komisen yang lumayan

6. Bagi diskaun dari semasa ke semasa

7. “Teknik kedai makan”. Semalam baru bagi idea ni kat dia. Teknik bagaimana tu? Maybe dah ada yang tahu, nanti saya kongsi next time.

8. Free promotion. Mulut ke mulut. ‘Barang’ baik biasanya akan tersebar. Saya tahu khidmatnya adalah melalui kawan saya… Pastikan anda menjadi seorang usahawan yang jujur dan memberikan servis yang baik kepada pelanggan. Percayalah, nama anda akan disebut-sebut!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Kisah Laman Web dan Lesen Memandu

  1. Kekadang yang tak kita jangka itulah yang meletup…. 😮
    Apa yer Teknik Kedai Makan tu…jangan lupa share yer…
    Saya dapat mengagak tapi kalau dapat penerangan yang jelas dari Zul mungkin boleh membetulkan agakan tu…

  2. Ya betul Zul,

    Ramai yang tidak dapat membezakan Internet Business dengan Internet Marketing, dan betapa besarnya potensi Internet marketing dalam memasarkan perniagaan kita. (apa2 jenis pun)

    Sooner or later, syarikat2 multinational pasti akan masuk internet, untuk perniagaan2 kecil, inilah masanya untuk mereka masuk dahulu. 🙂

    Contoh:

    (US)

    Barnes & Noble vs Amazon

    (Malaysia)

    MAS vs Air Asia

    Sabri

  3. Ye ker Bent. Terima kasih. Semoga berjaya untuk adik Bent tu. 🙂

    Adila, nanti saya bagitahu, ia teknik yg mudah jer.

    Sabri, yup, Internet marketing dah lama digunakan termasuk di Malaysia sendiri. Rasanya teramat-amat amat rugi kalau mereka yg ada offline biz tapi tak guna Internet yg kebanyakan kos pengiklanan, promosi dan pemasaran amat murah malah ada yang ‘tidak ber-kos’.

  4. “Teknik kedai makan” ni mudah jer, nama je gempak, hehe… Caranya:

    1. Buat flyers bentuk A4 atau separuh A4 atau apa2 saiz dan letak di meja kaunter cashier kedai makan tu. Saya tengok kedai mamak yang banyak orang guna cara ni. Boleh juga letak di kedai2 lain, tak semestinya kedai makan.

    2. Kalau anda perasan, biasanya di kedai mamak ada satu company yg menggunakan meja-meja makan di situ untuk meletakkan iklan. Jenis iklan meja ni dipanggil Table Talk atau Table Adsvertising, saya kurang ingat namanya. Kalau nak guna khidmat iklan mcm ni, kena hubungi company tersebutlah.

    Tapi teknik yg saya syorkan rasanya dah berbaloi letak di meja kaunter.

    Tahu tak anda? Ada orang yg buat MLM atau menjual produk jualan langsung, mereka gunakan kedai2 makan mcm kedai mamak untuk buat jualan (untung runcit + semestinya dapat bonus jualan) bagi produk mereka? Kiranya mereka buat deal dgn kedai mamak tu. Dalam kes mcm ni biasanya adalah produk kopi segera mcm Kopi Tongkat Power. :p

    Dalam promosi, kita kena kreatif dalam mencari cara dan strategi yg berkesan.

    InsyaAllah, di tulisan mendatang, saya akan kongsikan mengenai ROI, Return Of Investment. Satu aspek yg WAJIB anda buat kira2 sebelum ‘melaburkan’ wang / modal untuk promosi dan pengiklanan. Mengetahui ROI adalah perlu bagi melihat kadar keberkesanan kempen pengiklanan dan hasil yg diperolehi. 🙂

    1. wah… iklan di meja makan. nampak cam menarik, boleh kombinasikan dengan menu diet di samping meletakkan blog kita untuk promosi. sambil makan sambil teringat2 blog kita… wiahahahahaaa….

      1. memang bagus tu iklan di meja makan…
        orang makan nampak iklan tu…
        tak boleh lari dah dari iklan…
        kena pula yang berminat, terus membeli nya…

        han

  5. emmm…. seronok baca story Zul kat atas tu. Saya dah banyak baca story yang zul tulis kat blog ni. Memang bijak, ada tokoh jadi penulis majalah yg pro. Isi kandungan yang muhibbah, ada tersurat & maksud tersirat 😀 , bagus Zul. Ini caranya kita membalas budi orang yang pernah berjasa pada kita kan. walaupun seorang ‘guru’ sekolah memandu.

  6. PakMie, insyaAllah jika ada rezeki tak akan ke mana. Masih banyak yg perlu dipelajari… Sudah semestinya apabila kita menulis sesuatu, kita kena ada tujuan dan matlamat. 🙂

  7. 😆 Salam Sejahtera untuk Zul,
    TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEBAB MEWAR-WARKAN LAMAN WEB SAYA
    DAN TERIMA KASIH MEMBANTU MEMBANGUNKAN JBLESEN2U.COM BERSAMA
    AHMAD. ALHAMDULILLAH SEKARANG PERKHIDMATAN SAYA DI TERIMA BAIK.
    SEKIAN THANKS ZUL. 😀

  8. yeaa… itulah dia perniagaan offline yang menggunakan internet sebagai medium pemasaran untuk menarik pelanggannya…

    banyak lagi produk lain yang boleh menggunakan medium pemasaran internet untuk memajukan perniagaan mereka sebagaimana dalam bidang pertanian dan penternakan.

    blog kambing boer contoh… promosi kambing dalam blog.

  9. blog kambing boleh promosi bulan korban nanti..hehe…

    bapa saudara saya pembaiki penghawa dingin…
    sesuai tak kalau promosi dalam laman web?
    kalau nak promosi, rasa2 mcm sapa lah nak tengok laman web tu…
    kalau ada bukan kawasan yang boleh bapa saudara saya pergi…
    kalau di kawasan ni, rasa2 kebanyakkan orang tak retu pun pasal internet ni…hehe…

    han

      1. boleh juga tu abdfatah…
        buat awal mungkin ada sell untung pengguna biasa…
        tapi jarang sangat orang nak beli kambing di blog…

        han

  10. kalau kita luar dari kawasan kelas memandu tu, jadi tak boleh nak daftar juga lah…
    jadi terhad kepada orang yang duk dekat kawasan tu je lah…

    han

  11. inilah dia peluang untuk mereka yang berminat nak JV dengan tokei lesen memandu ini. bleh buat bisness secara lebih serius kalo nak tambah pendapatan yang ekstrem dengan perniagaan lesen memandu…

    eh eh perniagaan lesen memandu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *