Bagaimana Membina Kredibiliti Diri

Bagaimana Membina Kredibiliti Diri

Pertama sekali, tip ini adalah untuk usahawan. Tip ini tidak berkaitan dengan komunikasi bersama rakan-rakan FB seharian.

Kredibiliti diri dapat dibina melalui Facebook dengan cara memberikan komen di status-status (tulisan) rakan-rakan yang lain, ataupun di group / FB Page yang kita sertai.

Tetapi ada sedikit trik seperti berikut:

1. Utamakan komen (berikan pendapat) pada tulisan (post) yang ada banyak komen. Memberi komen pada status yang tidak mendapat sambutan itu dari segi asasnya, tidak mengapa, tetapi merugikan.

2. Jangan berikan satu komen sahaja. Tambah komen lain apabila ada orang lain yang berikan komen / pendapat / idea.

3. Beri komen yang padat dan ringkas, tetapi bernas. Akibatnya, orang lain ada rasa ingin tahu “siapa kita”.

4. Tulis dalam bahasa dan tulisan yang lengkap. Elakkan ejaan singkat ataupun bahasa pasar (melainkan dengan kawan rapat). Ingat, di FB ini bukan orang muda sahaja yang membaca, malah orang yang lebih berusia daripada kita juga ada. Malah terdapat pelbagai peringkat kerjaya seperti doktor, pensyarah, CEO dan golongan profesional yang lain. Bahasa merupakan jiwa bangsa, dan identiti diri kita.

5. Lengkapkan profile FB kita dengan maklumat yang ringkas, iaitu sedikit biodata diri, bisnes yang dilakukan dan pautan ke website, FB Page ataupun blog kita.

6. Akhirnya, jika profile kita lengkap dan sentiasa ditulis dengan status yang bermanfaat, mereka akan “add” kita sebagai rakan, subscribe ataupun menyertai FB Page kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *