Merana, Kerana Membuang Masa
Tonton drama di TV: 3 jam sehari
Main Facebook: 4 jam sehari
Berbual kosong + mengumpat fitnah: 1 jam sehari
Membaca blog gosip artis: 30 minit sehari
Jumlah bazir masa: 8 jam 30 minit sehari
Membuang masa begitu sahaja, umpama membuang emas yang bernilai.
Alangkah ruginya kita apabila membazir masa. Umur semakin meningkat, bermaksud hari terakhir kita di dunia semakin dekat. Maka beruntunglah mereka yang sedar, kemudian insaf dan memohon kekuatan daripada-Nya agar menjadi manusia yang produktif.
Kita perlu berusaha melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam masa 15 minit, 30 minit atau 1 jam dan kemudian ia memberikan pendapatan berterusan kepada kita, ataupun kebahagian yang berpanjangan.
Gunakan masa sebaiknya seperti untuk:
- Menambah baik mutu kerja atau bisnes.
- Meluang masa berkualiti bersama keluarga (anak, isteri dan keluarga).
- Ibadat khusus – solat sunat, solat jemaah, zikir, baca Quran
- Membaca buku pembangunan diri dan berkaitan bidang kerja/bisnes.
- Menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan berdakwah.
- Belajar/menuntut ilmu di majlis-majlis ilmu.
- Beriadah seperti bersenam.
- dan banyak lagi perkara berfaedah…
Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Jika sekarang kita sihat, esok mungkin kita jatuh sakit bagi tempoh yang lama. Maka tiada lagi masa untuk bergembira bersama yang tersayang.
Kita perlu bertindak segera, agar tiada penyesalan yang tidak berkesudahan.
Sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha
-
Incoming search terms:
- membuang masa
- suka membuang masa
- masa untuk bergembira
- isi membazir masa
- kesan berbual kosong
- Kesan berbual kosong membuang masa
- perlunya masa rehat pada usia emas
- ulasan artikel belajar dan bergembira di internet












Assalamu’alaikum.
Ya, saya kira memang banyak masa kita yang terbuang dek kerana kelalaian kita. Padahal 24 jam yang dibekalkan setiap hari siang dan malam itu ada urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan di dunia ini.
Peri pentingnya masa ini ditegaskan oleh Allah ta’ala dalam al-Quran menerusi suatu surah yang diberi nama Surah al-Asr. Allah ta’ala bersumpah yang bermaksud Demi masa! atau Demi waktu Asar! pada permulaan ayat.
Ini memandangkan bahawa ramai antara kita yang mensia-siakan masa kecuali yang beriman dan beramal solih serta berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
Satu lagi kata-kata hukamak (jika tak silap), ingatlah lima sebelum datang lima iaitu muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati. Hakikatnya, itulah masa yang ada.
Biasanya, kita termasuklah saya, gagal menghayati sesuatu. Apabila terhantuk barulah terngadah.
Saya teringat pesan guru agama sewaktu saya dalam Darjah Tiga, Haji Husin sewaktu di SRK Ismail 1, Muar pada sekitar tahun 1980 dulu bahawa masa ini hadir sekali sahaja dalam hidup kita. Katanya sebagai contoh (saya ubah suai ikut tahun terkini), jam 4.30 petang hari ini hanya hadir pada tarikh hari ini, misalnya Ahad, 23 Januari 2011. Jika kita anggapkan jam 4.30 petang akan hadir lagi esoknya itu 4.30 petang, Isnin, 24 Januari 2011 pula. Jadi, masa hadir sekali sahaja. Kita tak mampu untuk kembalikan masa yang terlepas bahkan masa muda kita.
Sama-samalah kita berpesan-pesan dalam urusan menghargai masa ini.
Wa’alaikumussalam.
Terima kasih untuk pendapat yang panjang dan bernas, penuh dengan isi.
Benar, masa hanya datang sekali sahaja. Jam 4.30 hari ini, tidak sama 4.30 hari esok.
Orang yang hebat, menjadi hebat kerana menggunakan masa rehatnya dengan sebaik-baik guna. Masa rehat bukanya bermakna tidak berbuat apa-apa. Membaca juga adalah satu kerehatan dan begitu juga aktiviti lain. Berapa ramai orang yang setuju dengan kerehatan cara ini?
Betul. Saya juga membaca sebagai satu cara berehat.
Saya pun suka membaca.Kita membaca kita berilmu,kita berilmu kita berjaya,kita berjaya kita bertambah kaya,kita bertambah kaya kita bertambah bahagia…semuanya dtg dari kita.