2012 : Membantu dan melatih individu yang serius SAHAJA

Pada tahun 2012 ini, saya telah membuat satu keputusan yang besar, di mana saya hanya mahu membantu, membimbing dan melatih individu-individu yang serius sahaja dalam membina perniagaan Internet mereka.

Sejak beberapa tahun dahulu, saya banyak menerima emel yang bertanyakan mengenai “bagaimana memulakan perniagaan internet”, “macam mana nak mula”, “macam mana nak buat” dan seumpamanya. Ada yang saya jawab dan ada yang tidak.

Apabila saya menjawab soalan mereka itu, mereka terus senyap membisu. Kemudian saya mula bertanya pada diri sendiri, apakah keuntungan di sebalik memenuhi persoalan-persoalan golongan tersebut. Jawapan saya mengatakan, “Ia amat merugikan.”

Kerugian itu adalah pada kedua-dua belah pihak:

  • Mereka yang bertanya, membuang masa dengan perkara yang mereka tidak serius, iaitu hanya sekadar mahu tahu dan belum membuat keputusan muktamad untuk melakukan perniagaan melalui Internet.
  • Yang menjawab (seperti saya), menggunakan banyak masa tanpa memberikan apa-apa hasil. Walhal saya lebih wajar mengutamakan dan fokus kepada individu yang lebih serius.

Jadi pada tahun 2012 ini, saya akan lebih mengutamakan mereka yang serius sahaja. Jika sekadar ingin tahu, blog ini sudah mempunyai ratusan artikel yang boleh dibaca dan dihadam tanpa perlu bertanya.

Mulai tahun ini, saya mahu menerima soalan yang berbunyi, “Apakah program latihan yang boleh saya sertai dan buku/ebook yang boleh saya beli? Berapakah modal yang perlu saya keluarkan?” Inilah soalan yang paling tepat untuk ditanya, sebaliknya bukan soalan-soalan lain. Soalan ini adalah soalan mereka yang betul-betul mahu bermula.

Apa yang akan saya lakukan adalah, saya akan bertanya dahulu kepada mereka yang bertanya soalan “bagaimana nak mula perniagaan internet” dengan soalan mudah ini: “Adakah anda benar-benar mahu buat bisnes internet?”

Kedua, mereka juga perlu menyatakan serba sedikit mengenai perancangan mereka, keinginan mereka, modal yang dapat mereka keluarkan dan beberapa hal berkaitan.

Hanya yang memberikan jawapan “Ya” dan menceritakan hal-hal berkaitan itu sahaja yang akan saya teruskan menjawab soalan yang mereka emelkan kepada saya. Kemudian barulah perbincangan dan perkongsian akan lebih bermakna apabila saya mengenali mereka secara umum melalui maklumat yang dinyatakan. Sekurang-kurangnya berbaloi walaupun mereka tidak membayar saya apa-apa.

Jadi, jika anda ingin bertanyakan saya apa-apa persoalan, pastikan anda benar-benar serius dan sudah bersedia untuk memulakan perniagaan Internet atau projek-projek berkaitan.

ps. Salah satu visi perniagaan saya pada tahun ini adalah melatih sekurang-kurangnya 100 orang usahawan Internet baru.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “2012 : Membantu dan melatih individu yang serius SAHAJA

  1. Assalamualaikum..saya pernah membeli buku panduan blog dari zul dua tahun lepas..alhamdulillah saya minat saya terhadap blog semakin bertambah dan saya juga telah membina beberapa laman blog/web secara free untuk saudara terdekat untuk menambah profil & pengalaman..namun begitu saya masih ragu-ragu untuk memulakan perkhidmatan kepada orang luar kerana kurang ilmu untuk memulakan perniagaan ini secara serius untuk menambah pendapatan sampingan..mungkin saudara zul boleh berkongsi panduan yang merangkumi caj2 dikenakan, dokumen, pakej dan sebagainya yang berkaitan..terima kasih

  2. alam bang. Saya berasal dari Kota Belud Sabah dan sudah 2 tahun memendamkan niat ingin memliki sebuah perniagaan sejak 2010. Namun setelah merujuk kepada perancangan sedia ada saya mendapati bahawa perniagaan yang ingin saya mulakan iaitu menjual baju yang dicetak dengan jenama/design sendiri dan barangan elektronik memerlukan modal di bawah RM 30,000 bagi penghasilan produk yang optimum. Setelah saya mengkaji semula dengan meminimumkan kos ataupun modal, saya hanya mampu bermula dengan mencetak baju dengan design tersendiri yang hanya memakan kos RM 6000 – RM 7000 sebagai permulaan. Secara jujurnya saya sedang mengurus pinjaman Tekun untuk memulakan perniagaan kerana saya tidak mempunyai simpanan ataupun modal. Saya sudah berganti kerja sebanyak 2 kali kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberi oleh syarikat tmpat sya bekerja. Kebolehan dan bakat yang saya ada diambil kesempatan oleh majikan bagi mengurangkan kos upah pekerja dgn memberi saya tugasan yg sngat bnyk termasuklah mengurus laman web syarikat. Saya ingin memohon saranan dan nasihat abang ttg cara mencari dan memasarkan barangan ataupun perkhidmatan yang mempunyai permintaan yang banyak. Saya memerlukan sokongan dan bimbingan abang utk bermula krn mentaliti org2 di sekeliling sya mghalang sgala usha yg ingn saya lakukan bg mncari duit dengan usaha sendiri dan bukannya dengan berhempas pulas memerah tenaga untuk terus hidup kerana saya yakin saya mampu menjadi seperti pemilik perniagaan yang lain. Saya harap abg boleh menjadi panduan kpd cita2 saya. saya memerlukan panduan dari abg. Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *